Wednesday, March 19, 2014

Diet Atkins

Assalamualaikum....

Lama aku tinggalkan blog ni.. huhu.. Tuntutan sebagai student membantutkan jari-jemari aku untuk menaip entry di sini.. maap! bukan alasan tapi hakikat.. :) alhamdulillah assignment untuk semester 5 ni da selamat di submit, next adalah final exam..Dan InsyaAllah sem depan aku akan defer atas sebab -sebab yang telah aku diskas dengan Radhi.

Ok straight to tajuk entry. Yesss atkins diet! akhirnya aku mengalah untuk berdiet atkins..heheh To be honest, mula-mula aku nak start diet ni, memang aku macam berat hati sangat sebab asyik dok fikir boleh ke aku nak bertahan tak makan nasi untuk tempoh yang panjang. Before this pun aku pernah try tak makan nasi dan cuma bertahan untuk 4hari je, masuk hari ke -5 aku lembik, pandang biskut pun nampak nasi..haha

This time aku semangat nak beratkins sebab aku join weight lost challenge kat ofis. dan sekarang dah sampai half way challenge, ada sorang mamat kat ofis aku dah turun 16kg equals to 3months challenge. Challenge ni berjalan selama 6bulan. Masa sharing , dia share 1st month dia buat atkins - no carb. trun 10kg.. bulat mata aku dengar and dia ada tunjuk jugak gambar masa dia before start challenge ni.. memang berbeza sangat-sangat. Owh aku tak kenal sangat mamat ni coz dia lain department dengan aku and then dia di tingkat bawah, aku di tingkat atas so chances untuk bertembung tu amat payah sebab majoriti yang kerja di tingkat bawah adalah berkerja shift.

Lepas mamat tu share, aku berpakat dengan 2 orang lagi gossip girl aku kat ofis untuk start atkins jugak. percayalah, bila ada geng and ada orang yg support, korang akan lebih bersemangat!!!! and aku tak tipu, kalau korang ikut resepi-resepi atkins dari otai-otai atkins ni, insyaAllah takkan ade istilah gigil  tak jumpa nasi tu. And aku berjaya lawan nafsu dan godaan untuk makan nasi tu. Memang takde rasa gigil - gigil tu and amazingly bila perut korang dah terbiasa dengan atkins ni, takkan ada rasa nak makan banyak lagi, mungkin kapasiti perut kita dah jadi kecil bila makan.

Tapi 1 aku nak cakap, kalau nak betul-betul buat atkins ni..korang kena rajin.. Rajin mencari resepi-resepi baru untuk di try, rajin masak dua menu cam aku buat skrg sebab kat rumah, aku sorang je atkins diet, Radhi takkkkk...so aku memang kena masak 2 menu , 1 untuk Radhi, 1 untuk aku. Radhi kata dia orang kampung, nasi tu memang kewajipan dia...hahaha...ngade sangat!!!

So far aku start atkins aritu 19February, 2minggu pertama memang aku straight takde cheat, lps tu start la cheat sket2..haha alasan, aku kebizian dengan assignment..macam nak menangis buat sebab bahan rujukan aku jauh and dalam family terdekat aku kat sini takde sape dapat tolong or dapat aku tanya untuk aku settlekan assignment aku.. sedih weyyyy... programming! aku mmg zero! dulu masa diploma, aku men taram je, dapat result aku dapat C..melompat sakan sebab aku tak tau ape aku jawab dlm final boleh dapat C...haha.. Bila tension aku start la makan tanpa ingat aku tengah diet...kononnya...haha...So far 2minggu aku straight tu, aku dah lost 4kg..tapi ade sekali tu aku rasa macam dehydrate sebab bila Radhi sibuk pegi kelas jugak and lepas kelas dia smbung bt kerja freelance dia, then aku sorang-sorang kat rumah tak cara sangat pasal makan n minum sebab taksub berdiet ditambah dengan kebuntuan buat assignment.. ni la jadinya...nasib aku tak 'pingsan' aje di rumah...tapiiiii syyyhhhhhhh.. aku tak pernah cerita kat Radhi, sebab takut dia bebel..haha.. So 1 pengajaran aku dapat di sini, bila diet.... air masak sangat penting! Sebab atkins tak boleh makan buah.. so bila kekurangan minum air and buah pun ko tak makan, dehydrate akan berlaku..

Bila aku habis kelas, pergi rumah kakak-mak masak sedap...hehe bila mak pelawa makan-takkan aku nak tolak,kecik pulak hati mak nanti..aku amek jugakla nasi dalam pinggan kecik then amek lauk.. ade la 3-4suap nasi..lepas makan rasa bersalah dalam hati...huhu..tapi pendam aje..bila da start cheat sket-sket..cheat la banyak-banyak pulak.. so skrg berat aku dah naik pulak 2kg..muahahhaha.. tapi minggu lepas, masa pergi rumah kakak, aku minta mak ukur badan aku refer ukuran yang sebelum aku diet.. Alhamdulillah aku melompat, mak pun senyum meleret bila mak ukur dada - kurang 2inci, pinggang- kurang 3inci and punggung kurang 2inci.. Alhamdulillah..even berat dok turun naik-turun naik.. inchloss tetap ada. Owh mak aku tukang jahit, so memang tak silap la ukuran yang dia buat.kalau aku ukur sndr mau cheat jugak kot..haha

So far aku masih lagi beraerobik, tapi agak terbatas sket skrg sebab aku kena OT-Wajib ok! hari isnin..frust jugak sebab isnin adalah hari zumba..huhu..aku OT setiap minggu selang isnin and jumaat. let say minggu ni aku OT on isnin, so the next week aku OT on Jumaat pulak and the following week isnin pulak. OT 4jam dari 530ptg - 930mlm. Kelmarin 1st time OT hari isnin, balik rumah tengok Projek memikat Suami, habis je cerita tu automatik mata aku tinggal seinci nak tutup. adehhhhhh... kul 1110 aku dah naik, terus tak sedar benda...

So okla tu je aku nak bebel pasal 1st experience aku dengan atkins diet. Bila dapat result best lagi nanti aku share lagi ye.

The main reason aku berdiet ni dan aku pilih jalan ni adalah sebab aku sedang berTTC and aku perlu turunkan berat aku untuk chances aku pregnant lebih tinggi since gynae aku diagnose aku OK thru all tests yang dah dibuat cuma sebab berat aku lebih, buatkan aku susah nak lekat. Ini juga berdasarkan 1 test yang dibuat dengan darah aku. Ubatnya hanyalah dengan menurunkan berat badan dan mengawal pemakanan. Ok aku taknak cerita lebih pasal treatment TTC aku kat sini, sebab aku akan share kat blog TTC aku yang 1 lagi. Blog aku ni dah ramai sangat budak ofis tau, aku malas nak cerita kat sini, sebab ramai sangat kepochi dalam diam = STALKER LA SENANG.... korek wall fb aku, korek blog aku nak tau cerita-cerita aku- sila terasa!!! muahahha...padahal kalau tanya aje aku face to face, aku boleh je nak cerita..tak syok la gini babe...huhu... cerita ko, klu boleh sampai 7lapis kain nak sorok, cerita orang sampai dicarik-carik kain orang, ko nak tauhu punye pasal!!!!

okeyla aku nak out, nak prepare untuk bekalan lunch esok....huhu..actually entry aku schedule..hehe..

^__^
daa~~


Wednesday, March 5, 2014

Vitamin C Sustained Release Shaklee

Assalamualaikum....

Hari ni aku nak share tentang kebaikan Vitamin C Shaklee. Ok Gambar bawah ni fakta ringkas tentang 1tablet  Vitamin C ni..


Yaaaa.. bila korang telan sebiji Vitamin C Shaklee ni, korang akan dapat khasiat macam makan 7biji buah oren. Tak perlu susah-susah nak potong buah oren, dan rasa kemasaman buah oren tu. hehe

Vitamin Shaklee mahal? huhu... okey untuk pengetahuan korang Vitamin C Shaklee ni dalam sebotol mengandungi 180biji tablet. Dan sehari cuma perlu makan sebiji je, so purata dalam sebulan adalah 30 hari. maknanya sebotol Vitamin C boleh bertahan 6BULAN tauuu.. IYAAAAA 6 BULAN!!! dan harganya sangat berbaloi...

Bagi mereka yang menghidap darah tinggi, memakan Vitamin C amat digalakkan bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

Nak tahu lebih lagi pasal Vitamin C ni boleh Call/SMS/Whatsapp saya - 0123492056.. aku akan cerita lebih lagi. dan InsyaAllah aku akan share lagi kebaikan Vitamin C Shaklee ni.

Nak tahu produk Shaklee lain atau cara nak jadi ahli Shaklee juga boleh sembang-sembang =).

Leeyana - SID : 910502
COD : Equine Park, Puncak Jalil, Seri Kembangan, Cyberjaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

^_^
daa~~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...