Monday, September 29, 2014

Hari pertama di JB - Pulai Spring Resort

Assalamualaikum...

Minggu lepas, 22-24 September aku ke JB ber'team building' dengan rakan-rakan 1 division. Mula tu sedih gak aku nak tinggalkan Radhi 3hari. FYI, kitorang tak pernah berjauhan sejak kahwin..hihi Tapi sebab masa aku nak pergi tu, PIL aku dengan adik ipar aku ada kat rumah aku, so takdela sedih mane pon..haha

Aku bawak hiking bag, sebab memang kitorg tak ada troli bag tu. Nantilah ada baby, baru aku nak fikir beli bag troli tu. Sekarang ni berdua senang bawak hiking bag je, sebab aku gulung-gulung je baju. Kalau travel dengan Radhi, memang die la dukung bag tu, aku berlenggang dengan sling bag aku je..hehe

Nahh nak tengok aku dukung hiking bag yang mana baju untuk pakai 3hari 2 malam...


Eh gambar ni, gambar masa dah check out sebabnya aku lupa nak ambil gambar dukung bag masa baru check in. Ingat nak masuk bilik cepat-cepat je.hehe Yang dalam plastik putih bersangkut tepi bag tu, sport shoes aku. Lupa nak bawak sport bag yang aku selalu bawak g aerobik tu sebab sport shoes memang dah ada dalam kereta, nasib aku tak lupa sport shoes tu.

NI gambar dalam bas, kitorang bertolak dari office pukul 740pagi, bas yang dari Cyberjaya memang sebuah je, dari HQ kat Bangsar 9buah bas..plus minus yang bawak kereta sendiri, ada la dalam 500orang..huhuhu


Ko tengok muka masing-masing bukan ceria nak meninggalkan office.muahahha

Untuk 3hari 2malam tu kitorang menginap kat Pulai Spring Resort. Entah aku pun tak tahu kat daerah mana, sebab aku memang fail area JB.kekkee.. Sampai-sampai je kat PSR, terus port bag masing-masing ikut no bas kat dalam 1 bilik, then lepas tu ape lagi santapan tengahari sudah tersedia. Makanlah!! Sorry aku lupa nak ambil gambar makanan..haha.. Tapi standard makanan hotel, masak tak pedas, so sape yang tekak melayu pure, nak pedas-pedas memang kena amik sambal.

Lepas makan beratur plak ambil kunci bilik. Pasangan bilik dah ditetapkan, alhamdulillah aku sebilik dengan ex-exec aku, liaton. Bilik kitorang adalah apartment 2bilik. So ade master room dan ade double singlebedroom. Master room rumah aku, 2orang manager ofis aku duduk, mula cuak jugak duduk dengan manager, tapi so far diorang ok je..macam kakak-kakak kita jugak, xde la peel macam kat office nun.hehe


Ni lah katil Master room. Sorry aku lupa sangat nak ambil gambar the whole bilik ni. So aku describe la sini eh. Depan katil tu, ade TV then tepi yang korang boleh nampak meja tu, ada sliding door luar tu ada balkoni sket. Ok sebelum aku teruskan, bilik-bilik memang romantik2 sangat, sebab lampu yang ada hanyalah lampu site table tu je kalau dalam bilik, Kat living hall ada lah lampu siling downlight..


Ni pulak bilik aku, tu yang ada bag atas katil tu tempat aku menghenyakkan diri la tu...hehe.. Macam yang aku cakap tadi, lampu bilik, tu haaa lampu site table tu je. Kat tepi katil aku tu kan ade meja kan, tu cam meja kalau orang nak menulis macam orang business trip kot bergunalah.Tepi meja tu ada bilik wardrobe dengan dressing table dan cermin besar. Wardrobe tu habis aku susun kain baju aku buat macam rumah sendiri. Yang dah bergosok untuk malam dinner dan baju nak balik pun aku dah siap-siap hanger dalam wardrobe.

Toilet sangat seksi you!!!


Ok aku silap ambil gambar, shower ni kat bilik aku. Tapi gambar toilet bowl kat bawah ni, toilet dalam bilik master, sebab tu kalau korang tengok ada 2 sink situ...haha..Actually 1toilet 1 sink je.. Cumanya aku nak tunjuk kalau orang tengah honeymoon bolehlah main auummm cakk aummm cak dalam bilik air tu...haha sebab memang luas gila dan cermin shower transparent..hehe


Owh ok baru aku perasan lepas upload gambar ni, toilet master ada hair dryer rupanya. haha

Bawah ni pulak living hall. TV besar ada siaran astro dan ada sofa.


Malam kedua masa tunggu nak solat maghrib sebelum nak ke dinner, aku ada baca note pihak resort letak atas coffee table tu yang diorang tengah upgrade siaran TV untuk include siaran HyppTV. TQ for supporting TM =)


Ni pulak dining hall. Ada freezer, lega Liaton boleh simpan susu yang dia pump. Yes, Liaton ada baby, anak kedua. Aku baru teringat rasanya macam aku tak duduk pun kat kerusi dining table tu.haha Tak berkesempatan, sebab makan minum semua kat diorang punya restoran, bukan bawak masuk bilik pun. Balik bilik memang terus tuju katil je..hehe


So this is Pulai Spring Resort from my apartment view. Cantik!! ni sebenarnya Golf Resort, keliling resort ni adalah padang golf, so buggy car memang bersilih ganti meronda-ronda. Cumanya hajat nak naik tu tak kesampaian. Aku tengok yang lelaki ni kemain slumber drive sendiri, kitorang yang gegirl ni takut nak bawak so jadinya tak kesampaian la hasrat nak naik buggy car tu perasan cam Golfer.. muahahha

So kalau korang nak cek rates or tengok lagi macam-macam pasal Pulai Spring Resort ni, let check out their website : Pulai Spring Resort

#next entry, Explorace TM Global Wholesale di Legoland!!!!

^__^
daa~~

Saturday, September 27, 2014

Sutra Manjakani Feminine Wash

Assalamualaikum....

Aku nak share barang baik ni.. hehe..So far aku guna alhamdulillah aku puas hati..Ni pasal penjagaan wanita, aku memang aku memang tak pakai sabun biasa cuci bahagian itu, sebab sabun biasa berasid sebenarnya. Ok malas nk elaborate panjang-panjang pasal tu, korang sendiri mesti tau kan...hehe

Ni dia pencuci yang aku guna..


Harganya RM25/200ml..Memang sangat-sangat berbaloi sebab guna sikit je, liquid ni pekat. Lepas picit je atas tapak tangan, renjis sikit air gosok-gosok dengan tapak tangan, terus banyak buih. Bau pun sedap tau, bau strawberry!!

Produk ni keluaran Sutra Wellness yang ada berdaftar SSM dan ada kelulusan KKM.


Sebenarnya banyak lagi produk keluaran Sutra Wellness ni, antaranya multipurpose aromatherapy spray macam yang kat bawah ni.


Aku ada beli jugak multipurpose spray ni, ofkos aku beli bau sweet lavender...hehe..actually bau pandan pon sedap, kawan aku beli pandan buat sembur dalam kereta. best jugak!! Untuk multipurpose spray tu harganya RM20/200ml. Aku beli multipurpose spray tu dari office mate aku punya kawan by postage. Cumanya yang Feminine wash tu aku beli dgn kawan office mate aku masa kat HalFest di Mines tempohari, diorang ada bukak booth kat sana, kebetulan feminine wash aku masa tu dah nak habis siap tonggeng-tonggeng botol dah..hehe.. so aku beli jela, memang aku rasa berbaloi sangat sebab rasenye dekat sebulan dah aku guna, tapi macam tak bergerak je isipadunye.

So ok kalau korang nak beli boleh visit ig : mylemari83 . Ni instagram kawan office mate aku tu, laili namanya. Ni bukan iklan berbayar ye, aku saje nak share ;)

Friday, September 12, 2014

Resepi Daging Berlada My Mom

Assalamualaikum...

Salam Jumaat..

Hari ni aku nak share resepi mak aku, tak taula kot-kot ade orang buat daging berlada camni jugak..hehe.. Senang je resepi ni..



Bahan-bahan

~ Daging lembu dipotong nipis - dalam 10-13 keping
~ Sebuk kunyit
~ Garam
~ Lada merah 5-6biji
~ Tomato - separuh je
~ 2 ulas bawang putih
~ 1 ulas bawang merah

Cara-Cara

1. Untuk bagi daging tu empuk, rebus daging dengan kuali tau, air tu agak2 tenggelam keseluruhan daging, bubuh garam secukup rasa dan kunyit sket.

2. Bila air rebusan tu dah macam nak kering, masuk minyak masak sket untuk goreng. Yes guna kuali tu jugak, sebab tu aku cakap guna kuali rebus daging tu senang terus goreng.

3. Goreng daging tu bukan goreng sampai kering jadi sekeping rangup tau. Goreng-goreng lembab gitu. Then keluarkan dari kuali. # ni cara MIL aku buat daging goreng, sodapppp!!!

3. Tumbuk daging yang telah digoreng tadi. tumbuk sampai dia jadi nipis jangan sampai hancur pulak.

4 Tumbuk pulak bawang merah n putih, lada merah n tomato tu sampai lumat.Lada merah tu memang tak boleh nak lumat sangat, tak pela kasar-kasar sikit tu. Penyeri!.

5. Siap tumbuk, tumis saje la bahan yang korang tumbuk pada no 4 tu. Then bubuh la garam sket, pastu bila dah naik bau kalau kering sket, bubuh la sikit air nak kasi dia berkuah sket gitu. Lepas tu bubuh daging yang dah tumbuk tadi then gaul sebati.

6. Dah sebati, hidangkan la dengan nasi panas-panas.. perghhh maveles!!!

* sambal tu buat dengan ikan bilis or ayam goreng or ikan goreng pun sodapppppp!!!..hehe

selamat mencoba!..hehe

^___^
daa~~

Thursday, September 11, 2014

20 Random Facts About Me

Assalamualaikum...

Aku terbaca banyak blogger buat 20 facts ni..Macam senang nak kenal owner blog terus baca entry facts pasal diri owner tu. Kira macam summary la nak kenal blogger tu kan. Yela kalau blogger yang dah 5-6 tahun punye cerita tu, letih nak go thru satu-satu entry. So pada aku 20facts pasal diri aku ni kiranya macam summary pasal aku la..hehe

Let's go thru...

1. Aku anak bongsu dari 2 beradik yang mana jarak umur kami 3 beradik agak jauh. So masa kecik-kecik kami tak berapa rapat sebab masa aku lahir, kakak aku yang sulung dah nak masuk sekolah menengah, abang aku pulak dah nak masuk sekolah rendah. So alam kami dah berbeza..haha

2. Aku sempat bermanja dengan Papa hanya selama 18tahun, Papa pergi menghadap penciptanya di saat-saat aku perlukan sokongan untuk melangkah ke alam pengajian tinggi. ='(

3. Love Cat ... meowwww..

4. Suka nasyid. aku start suka nasyid sejak form 1 masa d sekolah rancangan khas agama.. huhu.. Start pada tu, aku gila dengan kumpulan Saujana, Inteam, UNIC. Masa form 4 , kat sekolah teknik dalam locker aku sebesar pintu dalam locker tu ada gambar Shahril & Syam- Inteam... kekekke

5. SUKA PURPLE , TAK SUKA PINK...hehe

6. Aku anak bongsu while Radhi anak sulung, My mom anak bongsu while Arwah Papa anak sulung, My MIL anak bongsu while My FIL anak sulung.... hehe... kebetulan!!!

7. Dulu aku kurus...tak caya? nahhhhh.
     haha.. caye tak? Masa ni aku darjah 6.. Aku rasa aku start menembamkan diri lepas SPM, bila dah stop semua sukan yang aku ceburi..kkeke.. Lepas masuk study, aku aktif balik sukan.. ketembaman tu kurang balik sikit, bila masuk kerja duduk je dalam opis ngadap PC...ketembaman tu bertambah dan semakin bertambah setelah berkahwin...kuikuikui..


8. Jenis cepat tacing, tapi bukan pendendam.

9. Bila terlalu marah, aku menangis. Then marah hilang lepas nangis.

10. Pernah berangan nak cari suami orang kampung berasal dari Johor . Reason nak orang kampung, sebab nak merasa balik kampung dan beraya jauh-jauh :p Pernah je bercinta dengan orang Johor, tapi tak kesampaian, bertahan sebulan je sebab tak boleh blah bercinta 1 kelas...haha

11. Dalam sebulan tak migrain memang tak sah..

12. Suka nyanyi. Kalau dalam kereta sorang-sorang, lagi parah...haha

13. Pernah terfikir nak bawak diri jauh-jauh ke tempat tak de orang kenal aku sebab merajuk dengan mak suatu masa dahulu..muahhaha.. my bad!

14. Tak suka orang yang meleweh-leweh, makan lembap. Mak kata kalau makan lambat, buat kerja pun lambat!..

15. I LOVE COOKING & TRY NEW RECIPES...hehe

16. Mak aku tukang jahit, makcik-makcik aku almost sume tukang jahit tapi aku dengan kakak buta mesin jahit...huhuh.. my bad no 2!!!!

17. Dari darjah 1 sampai tingkatan 5, rumah sukan aku adalah KUNING walau bertukar sekolah menengah 3kali (termasuk teknik)

18. Bila tak kenal aku memang pendiam, bila dah kenal aku kepoh tau!!! hihi

19. Tak suka fakta , suka nombor....means.. LOVE Maths HATE Admins & History..keke..

20. Suka sangat makan pisang. Semua jenis kuih yang terjadi dari pisang, aku suka.. ( itulah yang tembam ni kot, pisang buah paling tinggi gula!) huhu...

Tu je la kot yang aku boleh summarize.

daa~~
^__^

Tuesday, September 2, 2014

Matta Fair - Grand Lexis Port Dickson


Assalamualaikum...

This weekend ada Matta Fair kat PWTC. Korang tak pergi ke? Aku mungkin tak KOT..haha.. this weekend mungkin mak n pak mertua aku ada kat rumah kitorang lagi. Lagipun Sabtu aku kena ke OUM, ambil modul untuk next sem. Radhi pun ada kelas sabtu and ahad tu. 

Last 2years aku pernah pergi dah dengan kakak aku ke Matta Fair tu. Pada aku memang berbaloilah.

Sebenarnya aku nak promote (tak dibayar tau..hihi) hat Grand Lexis PD tu (tengok brochure bawah nun) memang berbaloi gila...Alhamdulillah aku dah pergi bulan 4 haritu yang Grand Lexis -Sky Pool Villa. Tapi aku bukan pergi dengan Radhi. Aku pergi dengan sisters-sisters yang tersayang - Yannie, Nana, Teeta and Zana..

Aku memang tak buat review. kalau korang nak baca review boleh terjah blog Zana  blog  Teeta , diorang dah cover semua cerita bercuti kat sana. Best gila.. Bagi aku pergi ramai-ramai best. Kalau aku pergi dengan Radhi je mati kutu kot even ade swimming pool dalam bilik bila-bila boleh terjun pun. Sebab mungkin aku dengan Radhi bukan spesis romantik- romantis kot..haha

Harga macam tu memang berbaloi gila...tak tipu...               



p/s: minggu ni rumah penuh dengan in laws.. hehe

^__^
daa~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...