Friday, September 20, 2013

Multivitamin & Multimineral Shaklee ~ Vitalea

Assalamualaikum...

Shaklee sharing dari aku hari ni, aku nak cerita pasal multivitamin dari Shaklee. Multivitamin Shaklee dikenali as Vitalea


# Multivitamin penting untuk tubuh #

Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.

Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:

* Menjaga kesihatan jantung.
* Meningkatkan tahap tenaga
* Meningkatkan sistem imun tubuh
* Menguatkan tulang
* Kesihatan mata dan penglihatan
* Menjaga kualiti kulit sihat
* Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. 



Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.

Antara indivitu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah

* Wanita hamil dan menyusu anak
* Pengamal diet
* Perokok
* Pengamal vegetarian
* Peminum alkohol yang kerap
* Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
* Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
* Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.


Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien.

Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin.

Ketahuilah suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya.


Okeh, banyak kan kebaikan multivitamin shaklee. Meh la order, mesti ade special price untuk pembaca blog ni..hehe

whatsapp/sms : 012-3492056
email : leeyanaradhi@gmail.com

^__^

daa~~


Wednesday, September 18, 2013

Wordless Wednesday

Assalamualaikum...



I'm feeling depressed! yesss totally depressed! :(

Tuesday, September 17, 2013

Pameran Kucing Putrajaya 2013

Assalamualaikum...

Asalnya aku browse fb dr phone hari rabu kalau tak silap.. sekali aku nampak banner ni

banner dr FB Perbadanan Putrajaya

Dah katanya 'hantu kucing', aku pun share kat wall kakak aku. memang haruslah kitorang terjah pameran ni.

On da set date, kitorg jumpa kat foodcourt presint 9, pagi sabtu! breakfast dulu kat situ. Lama kot tak datang situ. Last dengan TTC geng la, pekena nasi lemak ayam dara..huhu..Dulu zaman-zaman bercinta, memang ni port wajib la setiap minggu. Tak sah tak datang dalam seminggu, makan roti john..kekekeke

Siap breakfast, kitorang menuju ke perbadanan, anak buah aku yang sulung naik kereta aku. Dia memang suka camtu, kalau nak kemana-mana konvoi, dia suka naik kereta aku.
Sampai sana, kami parking kereta di parking tanah lapang belakang perbadanan, so menapak la sikit..ala tak jauh pun. Masuk-masuk je kat lobi perbadanan je, amboihhhhh penuh kucing.

Anak buah aku pon tersengih-sengih la tengok kucing banyak. Meh aku share sikit gambar


banyak lagi kucing sebenarnya, aku tak sempat nak amik gambar semua.. dok sebuk pegang-pegang, usap-usap kucing lagi..heheh..


Bawah ni spesis kucing tak berbulu, aku is very geli..ahaha

Masa aku dok tengok kucing ni, ada sorang tu dok interview owner kucing ni.. antara yang aku dengar:
Nama kucing ni : Alex.. Baka: Sphynx .. Umur : 3tahun .. Asal: Kanada .. Harga: +- 7K (if i'm not mistaken, aku ingt2 lupa) tapi semua modal dia nak bela kucing ni around 15K.. gulp gulp..huhu.
1 yang tak best masa aku dok amek gambar kucing ni, ada 1 au yg kurang menyenangkan, bukan bau hancing or what tapi mungkin bau air jantan kucing kot, sebab before tu ada 1 owner cakap,disebabkan banyak sangat kucing kat situ, kucing dia terbau bau kucing betina, then kucing dia rasa nak mengawan and mengeluarkan bau jantannya..gitula lebih kurang citenye...hohoh...Geli pun ye jugak aku ni tengok kucing tak berbulu macam tu, PELIKSSS...haha..Puas aku panggil2, dia takmo paling pun, so aku tak dapat tengok muka dia..hihi

Tapi almost kucing-kucing kat pameran tu, memang comels-comels..Yang baka macam garfield tu ofkos la duduk diam je tutup mata..nampak sangat pemalasnya..haha..

Most important thing on dat day, kakak aku tergoda membeli seekor anak kucing baka Persian long hair.keke..memang kucing tu comel sangat, mula-mula kitorang dok berebut amek gambar dia..Last-last terbeli jugak..hehe..Kakak aku dengan anak dia dah pernah buat survey kat internet, harga yang dia beli tu memang murah jugak dah dr harga yang dia pernah survey..

so here the new 'baby' in our life...


Umur : 3bulan..Jantina : Betina (gegurl.. :-p) Nama : Melo... asalnya kitorang letak Cici and ade lg la beberapa cadangan lain, tapi dok panggil-panggil Cici, dia tak tau kot nama dia. Then teringat adik yang jual tu cakap nama dia Melo..so kitorang try panggil Melo masa anak buah aku dok bergurau dengan Melo, memang tergedik-gedik la telinga dia , means dia tau nama dia Melo...haha..tergelak jugakla kami time tu..Melo memang aktif, best gurau dengan Melo..hehe

tu je la cerita aku..hehe.

^__^
daa~~

Monday, September 16, 2013

Resepi Kek Gula Hangus Kukus

Assalamualaikum...

Cuti 3hari mood membaking mari. Dah lama sebenarnya aku nak buat kek gula hangus ni. tapi biasala kan tunggu mood..hehe..aku tak suka buat benda-benda kalut-kalut, mesti tak menjadi nanti..hehe

disebabkan buku resepi aku yang tebal tu kakak pinjam, so aku menggoogle la resepi kek ni. Aku suka tengok 2-3 resepi sebelum aku cuba buat. saje nak banding-banding sukatan, then aku suka yang resepinya jenis sukat pakai cawan n sudu.. aku akan elakkan amek resepi yang sukatannya guna penimbang. Penimbang ada, tapi aku MALAS!!!..hehe

Ni resepinya, asalnya dari blog mana tah, aku tak ingt..huhu

Bahan-bahan

1cawan gula pasir
1cawan tepung gandum
1cawan air panas
1cawan susu pekat manis (aku kurangkan sket jadi 3/4 cawan je)
2sudu besar mentega
1sudu kecil soda bikabornat
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil esen vanilla
4biji telur

Aluminium foil

Cara-cara

1- Masak gula dalam kuali/periuk hingga hangus-warna bertukar coklat, masukkan air panas sedikit demi sedikit hingga habis (hati-hati gula akan sedikit meletup-letup) kemudian masukkan mentega dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan sejuk sendiri.

2- Ayak tepung gandum, soda bikabornat dan baking powder.

3- Satu telur dan susu pekat, kacau hingga kuning telur pecah dan sebati dengan susu pekat. Kemudian campurkan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit hingga sebati. Campurkan gula hangus tadi dan esen vanilla hingga sebati.

4- Sediakan loyang yang dioles dengan mentega (supaya tidak melekat). Tuangkan adunan tadi dan tutup dengan aluminium foil. Biarkan selama 2jam sebelum dikukus. Aku tak pernah tak biarkan. Nanti nak try kalau tak biarkan jadi ke tak kek aku..hehe

5- Kukus selama sejam atau sehingga masak. Dalam setengah jam or 45minit tu try la tengok and try cucuk sikit kalau tak de melekat tu, so masakla..hehe

Nah...aku tepek gambar kek gula hangus aku...


Aku tak suka pahit-pahit, tu yang kek aku light-light je warna coklatnye. hehe.. As long as Radhi cakap sedap... aku dah puas hati.hehe

okla, selamat mencoba. senang je kek ni.. bahan-bahan pon tak la susah nak cari.

^__^
daa~~

Tuesday, September 3, 2013

Skuad Hoki Malaysia ke Piala Dunia

Assalamualaikum..

Pagi tadi masa on the way ke ofis, aku dengar radio ERA. Dalam segmen arena sukan ERA, Johan, Ray dan Haniff ada bagitahu skuad hoki Malaysia layak ke Hoki Piala Dunia nanti. Tapi aku cuba cari cerita pasal tu tak jumpa.

Katanya disebabkan Korea Selatan menjadi juara menewaskan India, so itu menjadi sebab Malaysia layak ke Piala Dunia.

Kalau benar bagai dikata, Tahniah buat Skuad Hoki Malaysia. Dah lama tunggu saat Hoki Malaysia ke mata dunia..

#masih teringat pada mendiang Chua Boon Huat.. =(

daa~~

Monday, September 2, 2013

Shaklee Hot Selling

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak share beberapa set Hot Selling Shaklee.. Meh cek gambar bawah ni..hehe


Kalau tak nak beli by set, nak beli per bottle pun boleh.

Setakat ni ramai orang mencari ini dengan aku :

1) ESP 
2) Lecithin
3) Alfalfa
4) B Complex
5) GLA Complex

Bagi yang purchase ESP dengan aku for the first time, aku akan bagi 1 free gift yang amat berguna untuk korang minum ESP tu.. hehe

Anything nak tanya or nak order, boleh :

Email : leeyanaradhi@gmail.com
SMS/ WhatsApp: 012-3492056


^___^

daa~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...