Thursday, March 29, 2012

Lokasi Studio Aerobik

Assalamualaikum...

Since ramai sangat yang tanya saya dalam komen & juga email saya tanya kat mana letaknya tempat Aerobik di Equine Park tu, so saya jawab general aje la kat sini yea..

Studio Aerobik tu berdepan dengan Jusco. 
Di Putra Walk.
Sederet bangunan My Mydin & Avon.

Studio ni kat tingkat atas sekali. 
Ada signboard 
Dynamic Aerobic Studio

Ni no telefon owner studio:
Kak Pozi @ 019-2109847

^__^

daa~~

Friday, March 23, 2012

1st GA by Leeyanaradhi ^_^ ~~ Pemenangnya =)

Assalamualaikum readers..

Saje publish result pukul 10pagi..ala-ala amik result SPM giitu...hihih

Macam yang saya janji, hari ni 23 Mac saya umumkan pemenangnya.

Kebanyakkanya jawapan 3soalan tu betul, cuma ada yang letak tahun ada yang tak letak..Saya abaikan je tahun tu. Saya tak amik kire pun.. =)

Melonjak-lonjak saya baca cadangan sorang-sorang untuk pergi bercuti tu. Macam semua tempat nak pergi..hiihi

Saya cari 3 pemenang...so 

saya umum yang ketiga dulu


tempat kedua


pemenang pertama

PnStoberi (tak dapat nak link, sbb private blog)

hadiahnya masih dlm proses lg..maaf yea..saya tengah sibuk dok kemas-kemas barang masuk kotak nak pindah..owh later saye cerita..ihih

Untuk pemenang, sila email alamat ke leeyanaradhi@gmail.com untuk tujuan pengeposan hadiah..nanti semua hadiah dah siap, saya buat entry..

bagi yang tiada rezeki, saya mintak maaf banyak-banyak. InsyaAllah ada rezeki lebih saya buat GA lagi. Sekarang kepala serabut, tak dapat nak berfikir banyak-banyak perkara dalam satu masa..ihih

untuk Eida Baharum sila email saya alamat kamu, ada rezeki lebih untuk dikongsi sebab submit entry GA ni dgn kencang sekali..hiihih

daa~~

^______^

Monday, March 19, 2012

Ayam Penyet Pakcik

Assalamualaikum readers...

Sekarang ni dah macam seminggu sekali baru saya update blog ni..kesian sungguh! :'(
Saya masih dalam usaha adapt dengan waktu kerja baru ni.
YESSSS..after 4years kerja shift, 15 mac lepas saya dah start kerja normal hour macam other people. yeay! 
But then, Radhi still in shift rotation. 
Ada peluang dapat normal hour, saya diskas dengan Radhi. Dia suruh saya fight jugak untuk normal hour.
Dan akhirnyaaa...Alhamdulillah...
Dalam hati kesian sebenarnya, sebab time Radhi kerja petang, lunch dia kena masak sendiri. Even saya tahu suami saya hebat memasak, tapi naluri hati seorang isteri susah nak di ketepikan. ^_^
Dah suami lebih suka saya kerja normal hour, so saya ikutkan..=)

END of that story.

Berbalik pada tajuk entry. 

Minggu sudah, saya pergi makan di terminal bas Cyberjaya. tujuan utama, ofismate saya nak pos barang. Kebetulan pos mini tu letaknya di terminal bas tu, so kitorg end up makan disitu sahaja.

Saya teruja tengok ayam penyet pakcik ni dari jauh and suddenly teringat rasanya gerai pakcik ni pernah masuk dalam JJCM dl. Masa tu Qi lagi yang jadi host.
So saya pun try la nasi ayam penyet pakcik tu.


menarek tak?
nampak je sambalnye tu oren, tapi memang kaw giler..Saya tak kuat pedas sangat, so sambalnya tak habis pun saya makan..hihi

harganya RM 5.50.
pecal lele pun ada..Harga sama tak silap saya..Pakcik ni memang goreng bile kita order. tapi kalau datang ngam-ngam waktu lunch memang kene beratur panjang la. Luckily saya pergi masa tu, dalam 1145, so belum ade line panjang.haha..Tapi orang yang order bungkus pakai fon pun berderet tau!.

Air pula di gerai sebelah pakcik tu. Dalam JJCm aritu, QI ada minum satu air tu. Saya lupa pulak namanya. Aritu masa tengok kat gerai tu ingat.hhih

Tapi saya pilih air ni...


Teh bunga!
Seringgit je! sedap, tapi saya tak pandai nak telan sekali dengan bunga tu.haha..
Air ni dia dah buat banyak, panas. 
Kalau nk sejuk dia akan letak ais dalan gelas.
kalau nk panas, boleh mintak aje panas!..hihih

Kalau berkunjung ke cyberjaya, sila la try yea..
Pasti tidak mengecewakan.
^__^

daa~~

Wednesday, March 14, 2012

1st GA by Leeyanaradhi ^_^ ~~ Senarai penyertaan.. =)

Assalamualaikum readers..

Tamatlah sudah GA pertama dr Leeyanaradhi..

ni saya senaraikan kesemua pnyertaan yang saya terima


rasanya itu saja yang ada dalam list saya, kalau ada yang tertinggal please remind me...
Dalam seminggu ni saya akan buat review balik utk semua entry. 

Full result saya akan announce pada 23 March 2012..

tungguuuuuuu..

daa~

Tuesday, March 13, 2012

1st GA by Leeyanaradhi ^_^

Salam peeps..

ini sticky post sehingga 13 mac 2012 @ 1159pm
utk entry baru sila scroll ke bawah..

Seperti yang dijanjikan. hari ni saya nak announce GA pertama blog picisan ini..hihih


Soalan yang kena jawab =)


1) Tarikh Birthday saya - Clue *1st trimester of the year  =)
2) Tarikh Birthday Radhi - Clue *3rd trimester of the year =)
3) Tarikh saya & Radhi disatukan - Clue * 2nd trimester of the year (,")(",)
4) Cadangkan tempat untuk saya dan big family saya untuk bercuti nanti. Saya berhasrat, InsyaAllah kalau ada bonus yang mantop tahun ni, lepas bonus saya nak bawak family saya bercuti-cuti =)
Dalam Malaysia aje tau...hiih.

Syarat-syarat


1) Saya tak tetapkan nak follow atau tak blog ini. Tapi kalau rasa nak tahu perkembangan blog ini dan GA ini, follow la.. ^___^
2) Untuk jawab semua soalan tu, buat entry kat blog u all, then tinggalkan komen dan link kat ruangan komen entry ni ye ^_^
~Saya nak menjelajah ke blog korang!!~
3) Wajib copy banner yang saya buat kat atas tu ,then tepek dalam entry jawapan u all. Tak payah letak kat sidebar pun tak pe =)

Saya nak cari 3 pemenang. Semua hadiah saya akan buat handmade.. ^_^

Selamat mencuba ^___^

daa~

Marimo

Assalamualaikum readers.

Sape tau Marimo? 
Saya baru dengar dan tahu pasal Marimo dalam 24jam lepas. Lepas tengok sorang member FB saya pelihara Marimo ni. Teruja pulak nak tahu lebih lagi pasal benda ni..

Dari semalam saya dok google pasal Marimo ni..ihih
Hari ni saya dok cakap dengan ofismate pasal Marimo ni pulak. 
Balik kerja ni nanti, nak mintak izin Radhi nak bela Marimo. Aritu saya mintak bela kucing, dia kata saya pemalas nak bagi makan, sebab ikan dia saya jarang tolong bagi makan..tihihi..(saya tak suka, sebab ikan biasa je- ikan puyu..) cuba kalau ikan emas ke, flowerhorn ke, mesti teruja saya dok asyik bagi makan je kot..haha

Marimo ni tak perlu bagi makan. Dia duduk dalam air je. 

tepek sikit gambar marimo


haaa ni la gambar marimo..yang hijau bulat-bulat tu.

comel kan? ^_^

ni tepek lagi satu


ni sikit info pasal marimo :

1. Membesar sebanyak 5mm je setahun
2. Bila berlaku fotosintesis akan kuar bnyk buih2 halus yg kdg2 wat dia terapung. Tapi dlm keadaan biasa dia akan duk kat dasar bekas.
3. Air perlu ditukar 2 minggu sekali. Ini termasuk menukar air dan bersih2 kan marimo tu.
4. Tak perlu kasik mkn apa2 pun.. Cukup dgn air bersih dan cahaya
5. Membiak secara replication. So nnt klu perasan ade kuar mcm satu benjol kt tepi dia, means dia akan kuar lg 1 marimo. So jgn gatal2 tgn gi belah dia jadik 2.
6. Lg cepat membesar klu suhu air tu sejuk sikit. Dan blh mati klu kea direct sunlight dan bilik yg suhu dia lebih 35 darjah celcius


Dalam FB ade Marimo club.. try la cari kalau siapa yang teruja jugak..hihih..

Okeh saya nak mencari lagi maklumat pasal Marimo ni..

daa~~

Monday, March 12, 2012

Kisah balik kampung

Assalamualaikum readers...

Seminggu rasanya saya tak update blog. Macam-macam perkara terjadi.
Minggu lepas saya balik kampung, kenduri tahlil 40hari arwah nenek Radhi.

Hanya lebih kurang 48jam kami di kampung, 
masa itu la tolong memasak didapur untuk lebih kurang 100orang
masa itu la pergi jenguk mama saya, tak sempat mama masakkan rendang daging sebab plan bertukar ..sobbbss. [ kempunannnnn...T___T ]
masa itu jugak la heret mak mertua pergi pasar tani bershopping tudung, blouse, ikan masin,ikan bilis, asam dalam botol yang dikirim member opis, keropok keping yang dikirim jugak..hihihh

Bila pergi pasar tani hari sabtu tu, memang Radhi malas nak ikut..haha..sebab dia tahu wife dia ni akan berbelanja bagai nak gila meroyan tak ingat donia...hahha

Saya kalau balik kelantan, tak sah kalau tak bawa balik sekurangnya sehelai blouse baru..hihih..
Murah sangattttttttttt hokeh!..
Macam-macam design, macam-macam warna.
Tudung toksah cakap la, dari bawal ke tudung awning dan sekarang shwal pun da ada.
Latest feveret saya sekarang tudung awning kain t-shirt.heee..
memang sedap kain jenis ni, lembut dan sejuk!
Saya ada plan nak jual tudung kain t-shirt ni, tapi masa tak sesuai sekarang.
Nak tahu sebab apa? Entry lepas ni saya cerita.sadisssss...wuuwuwuw @__@

REMINDER! 
:
:
:

first GA saya akan berakhir dalam masa kurang dari 25jam..
setakat ni saya dah ada 10 penyertaan. 
Sebaik tamat masa untuk submit entry GA saya, saya akan paparkan semua nama yang join!.
stay tune! =)

daa~~

p/s: hadiah sedang dalam proses pembikinan  ^_^

Thursday, March 1, 2012

Kelas Aerobik

Assalamualaikum readers...

Dah 2hari saya start ber'aerobik'..hihi..syiok..Dah lama tak rasa peluh keluar dengan banyaknya.
Sebenarnya dah lama saya mencari tempat untuk aerobik. Kalau boleh tak nak la jauh-jauh dari rumah.
Boring dah kot main badminton depan rumah dengan suami.
Penat, Radhi main mengelat, asyik smash tajam kebawah aje, nak menang cepat..haha

Lepas google punya google, jumpala satu tempat aerobik.
dapat no telefon owner, saya pun call direct.
Baik akak tu, Malay!
Dia bagitahu datang terus, senang cerita dan boleh tengok sekali. ^_^

Luckily time saya pergi for the first time saya dapat tengok diorg ber'zumba'...wahhh seronok!
Makin semangat pulak nk join. Sebelum datang lagi say adah minta izin Radhi untukjoin aerobik.
Dia ON aje.. Sejak kawin dah kurang aktiviti mengeluarkan peluh.Selalu dok kemas rumah, sapu sampah, mop lantai je la yang keluar peluh...hihi

Memang berbaloi-baloi dengan harganya. Dekat pun dekat dengan rumah. Sekali sesi dalam sejam saja. Itu pun dah berpeluh mencurah-curah.
Setakat ini saya belum berzumba. hihi..haritu pergi tengok je. Isnin aritu kelas hi-lo petang, malam zumba tapi saya balik terus, first day kan tak nak tekan sangat..
Selasa  petang kelas step. haa ini pun best.
Macam biasa first time masuk, step saya berterabur lagi. Ada jugak yang saya boleh catch up dengan cepat.
suka! suka! suka!
Serius seronok..

Balik rumah terus Radhi tanya, best tak?
Sure la saya jawab best!..haha
Cuma yang tak best, saya kerja shift. Seminggu pagi, seminggu petang. Aerobik pulak petang dan malam.
Jadinya saya hanya dapat pergi aerobik time shift pagi je. :(
Better than nothing kan?!!..
Kena positif  =)

Owh lupa, pusat aerobik ni area Equine Park.
Khas untuk perempuan sahaja!
Jomlah join..hihihih

daa~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...