Friday, December 30, 2011

Kenangan 2011 ^_^ Impian 2012

Salam peeps..

Jam dah pukul 2pg, mata ni dah mengantuk sebenarnya. Tapi malas nak naik bilik lagi, Radhi pun dok online lagi, cari benda tah! Mudah.com la tu..huhu

Owh tadi (semalam=khamis) hari last saya kerja untuk tahun 2011. Hari ni saya amik cuti, ada lagi sehari cuti boleh digunakan untuk tahun ni, the rest carry forward la..^_^

Secara ringkasnya, saya imbau kenangan di tahun 2011. Rasanya tak banyak sangat kenangan yang tercipta.
Wishlist pun tak ada yang tercapai lagi..sobss. :(
Tapi yang best, Radhi dah offer diri untuk beli kamera untuk saya,dah lama hajat tu tersimpan, mungkin dia dah kesian kat wife dia ni. huhu..
Yes, saya memang menjadi kupik(kedekut) sekarang, sebab i wanna spend my money for my study next year..Sampai nak beli kamera pun asyik downgrade aje.huhu..
Lastly, asal ada sudah! 
Tapi bila Radhi nak belikan, of course saya demand sikit..ihikss.demand lebih 100 aje dari target nak beli dengan duet sendiri..ahaha

Niat nak khatam Quran di tahun 2011 tak kesampaian pun. Ish terlalu banyak perkara 'lagha' yang dibuat gamaknya..hurmmm..apa nak jadi la..Rasanya 3/4 pun tak sampai. 
Astagfirullahalazim.. !__!

Impian 2012..
Yang pertama masih kepinginkan cahayamata penyeri rumahtangga, pendakap kasih sayang suami isteri.
Harapnya Allah makbulkan niat itu.Amin
Kedua, lebih banyak mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa.
Semoga berjaya saya khatam Quran di hujung tahun 2012 atau lagi baik awal dari itu. Niat saya tak mahu tinggal bacaan Yasin pada setiap hari khamis malam jumaat kecuali dengan alasan uzur. (mintak-mintak 9bulan tak datang uzur utk tahun 2012)
InsyaAllah, Februari nanti i will start my class for 4years on every weekend..Semoga saya boleh menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik sepanjang waktu itu.

Bukan senang nak senang kan? Owh hampir menuju 3series. Moga Allah bukakan pintu hati untuk lebih dekat padaNYA.. ^_^

Wednesday, December 28, 2011

WW ^_^ : the way he propose me

Salam peeps...


got it somewhere in December 2006 *_^

since ada yang tanya, saya jawab terus je kat sini:::> pokok tu buat dari kabel yang dicabut penebat diluarnya..Cinta orang elektrik katenya..ihikss..

Abang nak pindah!!!

Salam peeps..

Weekend ni kita akan melangkah ke tahun baru. Azam tahun ni da tercapai ke?
Saya..ada yang dah, ada yang belom..yang belom tu kira carry forward la ke tahun 2012 . Hopefully tercapai la azam dan impian tu di tahun 2012 nanti..
Amin Ya Rabbalamin

Sabtu ni saya akan ke Melaka, sebabnya 1Januari tu (ahad) abang saya nak pindah/angkut barang-barang ke rumah baru dia di Sungai Buloh. Al-kisahnya abang saya dah pun bertukar tempat kerja ke Damansara. Dah 2bulan jugak dia start kerja baru kat Damansara tu, tapi sebabnya dia buat keputusan drastik untuk terima offer dari company baru tu, so tak sempat nak cari rumah lagi. Abang sekeluarga tinggal di rumah family mertua dia di Klang.
 Mujur dekat! tapi sesak nafas jugakla nak pergi kerja pagi-pagi sebab kene ikut federal..hiihi..

Barang-barang saya banyak lagi kat rumah tu. Segala buku-buku masa zaman study dulu semuanya kat rumah lama abang. Memang saya niat nak ambil semula before start study ni..opsssss...nanti cerita lain entry..ihiihh..Katil bujang saya dari zaman sekolah rendah dulu,masih kukuh lagi sampai sekarang. Rasanya saya tak ambil yang itu kot, anak buah saya da ambil alih katil tu, so sedekah aje kat budak-budak tu. Rumah sekarang pun dah ada katil bujang, katil Radhi dulu. ^_^

2hari lepas call mama, dia suruh kemas barang-barang dia kat rumah Melaka tu. So da remind siap-siap kat Radhi mintak belikan kotak kat kedai apek photostat tu, siap suruh beli masking-tape lagi, nak seal barang-barang mama..hihi

Agaknya sempat tak nak pergi makan yong tau foo sup kat kedai feveret kat Malim tu? hurmm sejak kahwin takde dah g makan situ. Dulu before kawin, balik tiap-tiap bulan mesti wajib g makan situ takpun ikan bakar kat umbai..walllaaaa yummy yummmyy... =)

Hurmmm lepas ni kalau pergi Melaka da kena sewa hotel.. sedihnyeeee.. =(
Melaka best! Serius..Makanan murah & sedap.. *__^

Friday, December 23, 2011

Percutian Keluarga..

Salam peeps...

Wahhh tittle nak best aje...hiihih...memang pon..ada aku kesah?ihih

Setelah berakhirnya promo Air Asia yang sepuluh sen tu berlalu tanpa sebarang tempahan, so saya pun plan lain dengan abang saya..Mulanya kami adik-beradik plan nak balik ke kampung mama di Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia, tapi disebabkan beberapa masalah yang dihadapi oleh kakak saya so, kitorang cancel aje. Saya da esaited giler kentang, mencari tiket yang murah untuk 9org dewasa, 4org kanak-kanak dan seorang bayi yang total costnya dalam 1k +-..Then ada halangan pula dari belah kakak, hurmmm rasa kuciwa bukan main la..Radhi pun da bagi kata setuju, even rupa pasport pun xde lagi pada kami berdua ni..haha...

Memang saya frust, yela bukan senang kan nak ngadap web Air Asia time promo..kalau tak waiting list mesti error...huhu....
Lepas kakak cancel untuk join, abang saya pulak cakap passport dia nak mati dah..adehhhh..down againnn!!..Terus terkeluar dari mult saya, jom kite g USS la..haha...tak payah saya dok ngadap web Air Asia tu lelama sampai naik hangin ...hihi...suggestion saya, kita drive kereta dari KL to JB, tidur hotel di JB 1malam, esok pagi-paginya naik shuttle terus masuk USS..best betul suggestion adik kau kan bang...haha

Word yang memberi harapan dr abang : Boleh dipertimbangkan...(abg, adik tau ko da kaye kerja tempat baru kan kan kan ...heeee~~ senyom meleret,da lame abg xbelanje adik! haha)

Da lama kitorang tak bercuti-cuti riang-ria.haha..semenjak semua adik-beradik saya dah ada keluarga sendiri,  cuti raya kena bahagi-bahagi, kalau semua balik raya rumah mertua, kesian pulak mama dengan ibu raya sendirian..adik-beradik 3orang cuma, so macam tula.. Masing-masing kawin dengan orang lain-lain negeri..Yang sulung jodohnya orang utara, yang tengah, naseb di Klang saje, yang bongsu dengan orang orang pantai timur <-- its ME ^_^

Saya rasa USS tempat terbaik nak melayan 6orang anak buah saya tu..hihih...betul tak betul tak? Sure riang tak hengat punyalah, kalau ada maskot-maskot animasi-animasi kartun ni kan? jangan yang kecik sekali tu bantai menangis pulak sudah! Haru Mama kau nanti..hihi

tepek sikit attraction kt USS ..hihih

sebenarnya, ucu kamu ni yang lebih, anak-anak!..ahaha

InsyaAllah next month balik Kelantan, pergi rumah kakak dapat jumpa mama...untungkan? balik kampung halaman suami, boleh jumpa mak sendiri sekali..dek kerana kakak duduk kelantan jugak, dan mama tinggal dengan kakak, so bila balik kelantan, dapat jumpa dua-dua mak..ihih

Tapi teringat pulak satu masa dulu pernah cakap dengan mak nak bawa dia pergi Langkawi.. adehhh..Pastu langkawi plak bermain-main dalam kepala ni..hiihi..tanya Radhi macam biasa la dia, ikutla yang..itu jawapan standard dia..^__^
Rasanya nanti nak tunggu promo AA yang lain aja, bawak mak & ibu ke Langkawi..saya & Radhi memadu kasih..hahhaha :p

Then teringat pulak nak pergi Cameron Highland. Kalau pergi sana, sure stay kat Sri Intan punyalah.. Kata kerja T* kan..Gunakanlah kemudahan yang disediakan..hihiih..Sorang staff boleh sewa 2apartment. 1 Apartment ada 2 bilik.. so orait la tu..1apartment untuk Family kakak & Family abang, 1 apartment lagi untuk saya+Radhi & mama+ibu...hmm ok jugak kan? hiihih..aiyoooo..memang pendirian dah tak stabil ni..hahah..
Apa-apapun kita tunggu bonus Radhi..eyh salah-salah..ahahha kita tunggu pengumuman CEO, berapa agaknya bonus nanti..ishh tak keruan dibuatnya..Walaupun kebiasaan bonus bulan 4, tapi sekarang ni da start rasa gatal-gatal tapak tangan kanan..haha.. okeh drama! :p ..gatal-gatal tapak tangan tu, sebab bonus Radhi bulan depan kot..haha..

 da start mengarut..noted!
Kalau korang la mana pilihan tempat korang akan pergi? Remind disitu, akhir Jun 2012, saya & Radhi bersama BFF kami dan baby Adreanna akan ke Borneo..hihi


Monday, December 19, 2011

Random

Salam peeps...

xde tajuk nak tulis..tapi nak tulis jugak..hihih..

16 Disember 2011- Genap 9tahun Arwah Papa tinggalkan kami... T_____T
Papa, adik miss u so much *'____'*

19 Disember - genap setahun usia blog saya ni - Leeyanaradhi.blogspot.com..

22 Disember - Roadtax + insurans kereta saya mati..huhuh..total cost : RM 770++    -____-
 [include wind screen, disebabkan cermin tu terserpih sket kena batu kat Maxhighway bulan lepas]

23 Disember- kena Friday Talk kat office..adehhh, ape mau di talk-talk kan? tazkirah jumaat boleh?huhu..
tetibe nanti AGM saya nak masuk Islam plak dengar Tazkirah Jumaat saya nanti..haha...blurrrrrr

1 Januari - keputusan permohonan saya di keluarkan..cukup bersediakah saya?..hmmm..dalam kepala nak enjoy lagi.. :p



Wednesday, December 14, 2011

Rabu tanpa kata ^_^

Salam peeps...


gabungan idea saya & Radhi... hihih ^_^

Monday, December 12, 2011

Dia sangat comel..

Salam peeps

Malas nak taip panjang-panjang, layan gambar si dia yang comel ni je eyh...

ini gambar masa 4hari

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ini pula gambar sekarang..
agak-agak korang la berapa umur baby ni? hihi
comel kan ? geram...


ini lagi buat aunty oleen geram tau adreanna!..
owh calar kt tepi mata tu, kena kuku dia..da pandai cakau-cakau yea..


haaa tengok kau...gaun kembang lagi gitu.. ;)
Nama dia : Nur Adreanna Delisha..


inilah anak teman baik saya dan Radhi.. Mama & Papa Adreanna ni 2tahun kawen baru dapat Adreanna..dua bulan lepas anniversary kedua, Mama Adreanna disahkan pregnant..hihhi..
3bulan Adreanna dalam perut Mama, saya n Radhi angkut diorg ke Cameron Highland, hanimun secara berpakej..kitorg mmg cenggitu..ihih..
Next year tunggu Adreanna besar sket, kita jalan jauh lagi yea tayang mucuk-mucuk..

Aishhh...memang buat aunty geram, kang hari-hari ajak uncle Radhi g umah nanti...hihi..

Thursday, December 8, 2011

Solat sunat Isyraq

Salam peeps..

Korang pernah buat solat sunat Isyraq?
Saya baru tauhu tahu pasal solat sunat Isyraq ni semalam dari seorang kakak..uhh jahiliah nye aku, MasyaAllah..
:( 
Saya rasa macam pernah tahu pasal solat sunat Isyraq ni masa di sekolah agama dulu, tapi tu la kan bila masuk sekolah tu tanpa kerelaan hati, memang susah nak lekat ilmunya..lagi sekali jahil...Ampunkan hambamu ini Ya Allah..

Malam semalam kakak tu cakap amalkan solat sunat Isyraq, banyak kelebihannya..
Sebelum tido semalam, saya try buka buku panduan solat-solat sunat yang ada dalam simpanan. 
and yes ternyata tertulis di mukasurat 8, Solat sunat Isyraq..tengok sekali imbas sebab da larut malam sangat, perlu berjaga awal sebab baju belum gosok untuk ke pejabat pagi ni..^_^

Pagi ni sampai pejabat, dah siap log on semua sistem, terus saya google tentang solat sunat isyraq.

Untuk panduan kamu yang membaca: 

Solat sunat Isyraq ialah solat dua rakaat yang dikerjakan pada pagi hari sebaik sahaja terbit matahari di mana tingginya kira-kira 3 meter (10 kaki)pada jam antara 7.00 hingga 7.30pagi. Solat sunat ini memberi ganjaran pahala yang besar bagi seseiapa yang menunaikannya. Sabda Rasulullah saw (maksudnya) :

"Sesiapa yang solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah SWT sehingga naik matahari dan mengerjakan soalt dua rakaat, adalah baginya pahala seperti pahala haji dan umrah yang sempurna".

Lafaz dan niatnya :

"Sahaja aku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Taala".

a) Pada rakaat pertama, selepas membaca al-Fatihah disunatkan membaca surah 
al-Kafiruun hingga akhir.

b) Pada rakaat kedua pula, disunatkan membaca surah al-Ikhlas hingga akhir selepas 
membaca surah al-Fatihah.

Selepas memberi salam, baca doa berikut :

"Segala puji bagi Allah yang menjadikan hari dengan sejahtera dan menjalankannya dengan matahari daripada laluannya. Ya Allah, kurniakan aku rezeki yang baik pada hari ini dan jauhkan daripada aku keburukan. Ya Allah, kurniakan cahaya pada hati aku dengan nur hidayah, sebagaimana Engkau telah menyinari bumi dengan cahaya matahariMu selama-lamanya, dengan rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang".

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama menunaikan solat sunat Isyraq bila mana kita mempunyai kelapangan, khususnya pada waktu pagi. Rebutlah peluang semasa hayat kita dikandung badan untuk mencari sebanyak mungkin bekalan menuju ke akhirat sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

"Dan carilah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah taqwa".

image credit to google

Monday, December 5, 2011

Ombak Rindu

Salam peeps..

Rasanya ramai yang da tengok jugak dan ramai yg dah review.
Saya dah tengok semalam dengan adik saya di GSC Alamanda, tgk early bird tuuuuu..tak mau bersesak-sesak, tiket plak beli online dari hari Jumaat lagi.. esaited kan?!! hihi

Sejujurnya saya tak pernah suka lakonan Maya Karin..haha 
Tapi setelah menonton Ombak Rindu ni, ternyata lakonannya membuat air mata saya banyak kali mengalir.  *_^
Ditambah pula dengan hero yang menjadi sebutan ramai sekarang - Aaron Aziz-. 
Aaron Aziz menangis! 
Kau pernah tengok Aaron Aziz berlakon menagis dgn realnya? :p

Saya rasa memang seluruh panggung mengalirkan air mata, saya dengar kiri-kanan atas -bawah seat saya srooottt-srootttt...jeling kiri-kanan ,sesekali tangan menyeka air mata..
Mula saya agak kontrol, tapi part yang menyentuh hati saya terlalu banyak. saya keluarkan jugak sekeping -2 tisu dari bag. Dat time rasa, lantaklah orang lain pun same aje..ahhah ^_^

Syabas buat pelakon-pelakon Ombak Rindu. Nanti keluar DVD saya pasti akan beli..huhu

image credit to google

Sape-sape yang belum tengok, come on la mari support filem melayu...jangan bila filem "mat salleh" keluar aje berebut-rebut nak tengok..filem melayu sebelah mata pun tak pandang!!...

Ni satu OST Ombak Rindu yang saya suka..

Nyanyian : Hafiz AF7
Tajuk : Untuk kamu

Raut wajah...Mendamaikan...
Dan sesuci..Selembut hatimu..
Sinar mata...Mempersona...
Bagai gugur seluruh jantungku...

Aku Ingin engkau tahu...
Cinta aku satu...
Tercipta buat dirimu..
Hanya... Untuk kamu...

Huuu....Huuu...Huuu....
Huuu....Huuu...Huuu...

Aku ingin engkau tahu..
Cinta aku satu.....
Tercipta buat dirimu...
Hanya untuk kamu....



lyric from here

Friday, November 25, 2011

Malang tak berbau T__T

Salam peeps..

Hari ni nak share kisah sedih..huhuh..fresh lg neh..hihi

Kisahnya jadi semalam, memang our bad day kot..huhu..bukan rezeki kami..tapi hati kena tenang  ^_^

Minggu ni kami kerja pagi, so dalam jam 3.30- 4 petang baru ada di rumah. Hari ni punya plan, ke rumah ibu di Kg. Bharu.  Mulanya rancangan nak belanja my big family kat satay aje..tapi Radhi kata tak mau makan Satay Kxxxx Haji. S tu...hihi..so end up dengan kami beli ikan siakap senohong gelama ikan duri di pasar dan bawa utk di masak di rumah ibu..

-kes pertama-
Semalam saya lewat sikit touch out di opis.. dalam pkul 4.08ptg gitu, sebab bergosip dulu kejap..ihih..Tengah menapak ke kereta, Radhi kol tanye sport shoes saya letak mana? dalam hati masa tu dah terdetik ada yang tak kena kat rumah..
Saya cakap , ada je dalam kereta. (Mostly kasut saya semua dalam kereta.huhu....selipar jepun je kat rumah..) saya tanya Radhi, kenapa?
Dia cakap kasut kena rembat. Tinggal selipar buruks je..adoi dalam hati lagi sekali, habisla sandal baru laki aku..haha..

Radhi baru je beli sandal Admiral yang jenis bertali tu. Walaupun design macam dah lama, tapi saya suka tengok Radhi pakai sandal tu, sebab terserlah kaki dia yang putih mengalahkan saya..haha..
Dia kata 1st time dia pakai sandal macam tu..hihi
Poor my hubby, da la kaki panjang susah nak car saiz, bila dapat yang berkenan n ada saiz. ini pula jadinya.. Rasanya tak sampai 5kali pun lagi pakai..
Tak pe sayang, nanti kita beli baru ek..Jangan nanges tau! heee~~

- kes kedua-
Lupa dah kisah kasut kene curi. bersiap untuk ke pasar dan shoot ke Kg. Bharu. 
Secara pantas, pilih-pilih ikan, beli-beli bahan lain. Dalan jam 530ptg gerak ke KL melalui Max Highway sebab fikir jam orang balik kerja. Biasa la Max Highway memang perjalanan lancar je kalau tak eksiden ataupun kontraktor baiki jalan. Dah separauh jalan, rasanya sampai di Bukit Jalil, tiba-tiba "tuuuppp", seketul batu singgah ke cermin kekasih gelapku, Si putih...adehhhhhh.. trus nak nanges... 
berbekas tau!. dan luka kekasih gelap..even selapis aje yg retak (belah dalam xrasa) tapi saya tetap rasa nak nangis.. huhu..Yela kekasih gelap tu accident free tau setakat ni..Terus keluar dari mulut Radhi,
""Yang, nanti renew roadtax n insurans tambah windscreen la"
huhu..
Bila renew sebelum2 ni, dia asyik cakap tak payah je bila saya tanya nak tambah windscreen ke..Dia just suruh tambah untuk bencana alam je.. Hoho
Lega jugak bulan depan saya dah nak renew roadtax n insurans..So harap cermin kekasih gelap bertahan la yea..ihihi..

-kes ketiga-
Sampai rumah ibu, kakak belum balik bawak anak-anak dia jalan-jalan. So saya dengan mama n ibu la yang bersilat kat dapur..ihih.
Time basuh ikan siakap yang 3ekor tu, zassss ibu jari kanan saya tercucuk siripnya. adeh trus mengalir darah. dalam jugak la tercucuknya. terus saya alih ikan dr sinki, alirkan terus ibu jari ke paip air.. picit darah kuar sampai habis.. ade jugak la dalam 2-3minit..Rasa nak nanges lagi (kuat betul drama!)
Buat relax aje, sebab rasa cam tak de pape. 
Owh kasi perut kamu kamu berdendang sket

Ikan siakap yang 3ekor tu saya masak :
2 ekor saya masak 3rasa - yippiee!!
           seekor saya buat masak stim..yummieee!!

Bila dah beramah mesra dengan anak-anak buah saya yang 6org tu, saya pun mintak diri untuk pulang, esok (arini la tu) kerja, haruslah pulang awal, sebab sy yang paling jauh. Abang sy sampai lambat sebab habis kerja pun pukul 7mlm. Mula kerja pun pukul 10pagi, xyah la nak terkejar-kejat balik kan. huhu..Sepupu saya pun dok Gombak tu je haa...Pejam sekali celik sekali dah sampai (okeh tipu!) ..Dalam kereta msa nak balik tu baru terasa ibu jari saya sakit lagi sebenarnya, sampai rumah mandi, tengok macam bengkak je. Sebabkan ngantuk gile n penat masak kat dapur tadi, saya terus tertido dan lupa nk sapu minyak gamat yang Radhi suruh tu.

Eyh tapi bangun pagi tadi saya bau minyak gamat kat jari saya..hee~~~
So sweet u hubby! 
^_^

Itulah 3 kes yang jadi semalam, saya sedar hidup kita ibarat roda..adakalanya diatas dan adakalanya dibawah.

p/s : Kalau duet banyak-banyak pun tapi xde life, dan tidak mengagihkan kesenangan kamu itu ke arah kebaikan, percayalah ia tidak akan bertahan lama.. renung-renungkan.. ~ buat ingatan kamu-kamu dan diri sendiri juga  =)

Tuesday, November 22, 2011

another baby booties

Salam peeps..

Bila da minat semua menjadi kan? hihih..
okeh saya memang dah start heart this to the maxxx!!
Nasib Radhi selalu bagi komen yg membina, thanx sayang!

Sy jahit booties ketiga yg dibuat khas utk baby Adreaana who is anak kepada our BFF ~ Eyda & Azrul...

tadaaaaaaaaaa......


material : felt, small deco wool & cross stich thread

utk sepasang booties ni sy amek masa dalam 5jam utk siapkan, sambil berFB dan berYM dan tgk TV...hihi..
Mula dari ukur, gunting felt, cucuk benang masuk jarum (haha) dan jahit..
Phewwww!!!! sangat-sangat puas hati dengan hasil. 
Radhi pun puji comel..dan mulalah episod berangan sarungkan booties kt kaki baby sendiri..huhu.. sabar yea sayang, InsyaAllah satu hari nanti allah makbulkan doa kita. =)

Owh da ada orang tanya nk tempah.. Alhamdulillah..
Boleh aje  ^_^

Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday!! ~~ Addicted ^_^

Salam Peeps..



Baby booties... ^_*


p/s: saya suka, Radhi pun sangat suka!..

Sunday, November 13, 2011

Teaser ^_^

Salam peeps...

Saya kasik teaser aje dl ek..

tgh addicted to this!
hee~~~



haha...sape tau?
guess what... ^_^

Wasalam..Wa ilal liqa'

Saturday, November 12, 2011

Result 14 days shape up program

Salam peeps..

Seperti yang saya janjikan..ini sy share result 14day shape up program sy..huhuh
drum rool!!!!!
hahaha.. over!! :)

I lost 500gram. Alhamdulillah at least i lost. better than nothing kan..
7hari pertama sy scale berat sy, tidak berganjak walau 100gram even sy dah start my diet.
then wiken lepas Raya Haji, blk Kelantan. Saya gagal kekalkan diet. haha. Dok rumah mertua, adik-adik ipar rajin sgt masak nugget la, crab stick la, sosej la..hhahah..(salahkan org len plak.hoho)
Pegi rumah kakak pulak, Mama da siap masak rendang daging. ade pulak pulut kuning. Wahhhh, memang hentam cukup-cukup la. 

Balik KL, baru insaf! - Menyesal kemudian tiada guna Leeyana!!!!..haha
Baru terhegeh-hegeh start diet makan, baru tercungap-cungap joging kt tmn kt umah, klu Radhi sebok, lari kt lrg depan umah, nk lari ke lorong lain, takut ade anjing. Radhi ckp die pnah kene kejar ms bwk moto.hahha..
Pastu baru sebok pergi Gym 1 malaysia kt Kementerian Belia & Sukan.huhu.

Semalam Weight off utk program ni. Alhamdulillah. Ade jugak bergerak menurun angkanye walau tak sampai sekilo daging . Walaupun sehari sebelum weight off saya sempat taram jugak kat opis, sbb ada potluck.haha..makan lg macam-macam.
Dari situ sy dpat konklusikan, sy yakin kalau sy rajinkan diri exercise at least seminggu 3kali pun, sy rase berat saya boleh turun. 

Yes u can Leeyana!!!!

ini  latest pic : ms potluck di ofis..hihih =)


Thursday, November 10, 2011

Secrifice

Salam peeps.

Seperti dalam entry lalu, esok weight off utk 14day challenges sy. Sy tak tahu la banyak mana saya berjaya menurunkan berat badan.hihi..

Beberapa perkara yang telah saya lakukan;
~ of course skip my dinner,kalau lapar sgt sy buat susu anlene/anmum materna n cicah dgn biskut Jacob's original 2 keping~
~ Joging kat taman permainan kt umah- kurang-kurang bg keluar peluh sikit~
~Semalam 1st time jejak kaki kat Gym 1 malaysia di kementerian Belia & Sukan dgn Azlin - mmg syok~ harus pergi lagi =) ~ 

Memang penat rasa bila ke Gym, joging. Saya dah lama tinggalkan alam sukan ni. Kalau dulu dari sekolah rendah sy join sukan, sebab arwah papa mmg minat sukan. Kami adik beradik memang aktif sukan ms sekolah. 
Yong ~ wakil Pahang dlm sukan Hoki di MSSM sewaktu sekolah
Abang ~ wakil Melaka dlm sukan ragbi di MSSM sewaktu di MRSM Jasin.
Saya ~ rasenya paling kuat wakil daerah dlm sukan Bola Baling ms skolah rendah..hihih

Arwah papa juga salah seorang pengadil bola sepak di negeri Pahang pd era 90an dl...Mungkin dr situ mengalirnya darah bersukan dlm adik beradik kami...Sehingga masuk sekolah menengah, sy masih bersukan tapi tukar acara...Bola tampar!...ihihih 1st time main mmg bengkak2 tangan sampai mama xbagi main dah sebab time tu nk PMR..hihih..Sy teruskan juga, smpi masuk belajar buat diploma. Tapi sekarang di opis, dah takde sukan..huhu..yang aktif Futsal utk geng laki ni..memang selalu diorg join tournament. 

Sejak kawin pulak, memang bertambah-tambahla berat saya..hihi..Radhi rajin makan, sebab dia kerja berat. Saya pulak, makan ikut tune die, hihihi..of course yg macam kek terlebey kembang kan? hihi..

Usia perkahwinan da cecah setahun 5bulan, masih belum punya rezeki menimang cahayamata. Saya redha. Dalam pada itu saya harus terus berusaha kan? Ini adalah salah satu usaha saya untuk concieve..Umur pun lg 2-3 tahun nak masuk 3series...uishhh cam xcaye...huhuh..adehh..how time fly!!! Saya jumpa ramai kawan-kawan yg senasib dengan saya, bertahun mendirikan rumahtangga tapi masih belum punya sikecil. Kami selalu berkumpul dlm satu group di fb. Di situ saya kenal Kekda, Zana, Fara, Eka, Nana Aris, Eida Baharom & ramai lagi. Diorg juga punya blog sendiri. dari blog membawa kami ke group di fb. Segala pahit suka duka kami bercerita. Semua mmg betul2 memahami. ^_^

InsyaAllah saya akan kongsikan result weight off saya esok. Apa pun kesudahannya, insyaAllah sy akan teruskan challenge ini hanya utk zuriat yg kami nantikan. Semoga Allah mendengar doaku ini..
Amin ya rabal alamin

Monday, October 31, 2011

Pertama Kali

Salam peeps..

Sehari sebelum Deepavali yang lepas, Om (pakcik) saya di Indonesia datang Malaysia. 
Owh mari bace sedikit salasilah keluarga saya.
Mama memang pure orang Indonesia. 
Arwah Papa n Mama sepupu.
Atuk belah arwah papa n nenek belah Mama =adik beradik...
* saje nak selit jugak-> Atuk belah ayah Radhi n nenek belah Ma Radhi juga adik beradik*
^_^

Disebabkan Mama kawin dengan Arwah Papa so Mama ikut menetap di Malaysia hampir 40tahun yang lalu.
Di kalangan adik beradik saya hanya abang Zuri je yang pernah balik ke kampung Mama di Indonesia..
tak aci!!! hahah

So malam sebelum Deepavali aritu Om (abang sulung mama) transit kat Malaysia utk ke Tanah Suci Mekah.
Rombongan diorang menginap kat Alson Klana Hotel Putra Nilai.
Alhamdulillah minggu tu saya dan Radhi kerja shift pagi, so sebelah petangnya sempatlah kami jumpa Om.

Semua ahli keluarga kami yang ada di KL berkumpul kat Nilai malam tu.
Yang tiada Yong and her kids, also Mama.. Diorang semua kat Kelantan.
Ini adalah kali pertama saya bertemu Om. Om tidak pernah dtg Malaysia seingat saya. Dan saya pun tak pernah pulang ke Bukit Tinggi, Indonesia..

Malas nak taip dah..haha boley?!!
Meh layan gambar meh..
kalau ada yang kabur atau gelap..maaf yea.. pakai henfon cikai aje.. =)











Saturday, October 29, 2011

14 days shape up program

Salam peeps...

Hihi..tengak tajuk entry tak menahan kan...huhu..Yea, jangan nak terkelip-kelip sangat biji mata ..haha..
Saya sedang dalam program 14hari misi menurunkan berat badan secara sihat, koloborasi antara syarikat Nestle dan Fitness First.

*image from google..

17 Oktober lalu, saya dan 2orang lagi rakan seofis dah membentuk 1 pasukan untuk program ini. Pra pendaftaran untuk kelayakan berjalan di Bangunan TM RnD pada sebelah pagi. Disebabkan terlewat dapat berita  dan oleh kerana pada waktu itu saya shift petang. Kami terlepas pra pendaftaran pada waktu pagi. 
Rujuk dalam e-mail, pra-pendaftaran pada sebelah petang adalah di MMU Cyberjaya. 
Dalam setengah jam diskas, terus decide utk ke MMU.

Antara syarat utk menyertai program ini:
1) BMI mestilah lebih dari 23
2) 1 kumpulan terdiri dr 3org samada:
a- 2 lelaki dan 1 perempuan 
atau
b- 2 perempuan dan 1 lelaki
3) Jumlah keseluruhan berat yang hilang setelah 14hari adalah tidak lebih dari 10kg
4) Setiap ahli kumpulan mestilah sekurang-kurangnya hilang 1kg, jika tidak kumpulan tersebut akan terbatal. Itu bermakna jika maksimum berat yg boleh diturunkan bagi setiap ahli adalah 3.33kg sahaja!!!


Semalam masa weight in *macam flag on la* berat mula diambil, Big Surprise untuk saya berat badan yang diambil masa pra-pendaftaran adalah sama sebijik sebulat exactly macam berat yang ditimbang smlm. Tak naik dan tak turun walau 100gram.ihihih..
Dengan itu semangat lebih berkobar untuk challenge ni..yehaaa...Saya lebih yakin untuk turun sekurang-kurang 1kg dalam masa 14hari ini.. =)

Lepas weight in smlm, kami semua masuk dewan utk briefing mula. 
Ada orang besar dari Nestle Filipina datang, saya suka orang filipina cakap English. Jelas dan Nyata bunyinya even takde nak slang mat salleh bagai ,like sesetengah org malaysia mesti nak jugak slang macam mat salleh. Kalau dah namanya makan budu, cencaluk,tempoyak, just be true Malaysian OK.. ^_^

Ada Dietitian juga yang brief pasal pemakanan and the best is tips-tips pemakanan untuk diet...
Nak tau ke? hihiih..InsyaAllah next entry saya try kongsikan..
Sebenarya bagi perempuan hanya 1200kalori makanan sehari diperlukan dan utk lelaki 1500kalori.

Part paling best, bersenam dengan trainer dari Fitness First. Mula ingatkan aerobik, sekali kene buat push up haa...adoila..mak pancit noksss!! ihiih..
Even pancit, saya tetap semangat nak buat dek sebabkan one of the trainer sangat handsome hokeh..hahah..Sorry Hubby, i pandang die sket aje..haha..
He is a sikh man! Saya rasa dia trainer Fitness First di Menara Axis.
The woman trainer juga sangat cute. Relax saje dia push up. 
Speechless!

Last before balik. team yg register awal dapat goodie bag. Yeay!
Dalam Goodie bag ada sekotak Fitnesse Cereal.*tak sempat amek gambar*

*image credit to Nestle portal*

Hari ini bermulalah episod baru dalam hidup saya selama 14hari ni. InsyaAllah saya akan kongsikan perkembangannya setelah 14hari nanti. 
Sangat mencabar sebab cabaran ini berlangsung ketika Hari Raya Haji nanti...faham aje la juadahHari Raya, lebih-lebih lagi saya akan menyambutnya di kampung suami yang sememangnya Raya Haji adalah leboh meriah dari Raya puasa..haha.. Mampukah saya? 

Oleh kerana kami terdiri dari 3orang dalam 1 kumpulan, tanggungjawab telah diagihkan.
Saya bahagian timbang- setiap hari kami akan timbang berat
Azlin bahagian pemakanan- setiap hari kami akan semak pemakanan kami
Redha bahagian senaman/gym 

Weight off adalah pada 11 November, nantikan update saya untuk keputusannya. *_^

Wednesday, October 26, 2011

Melepas perasaan

Salam peeps..

Salam Diwali..hihi..
Hari ni saya kerja!..Sepatutnya selalu team saya tak kerja time public holiday ni..Start 1 Oktober tempoh hari, team saya dikerah diarah kerja!..
akur!
Okeyla jugak kan, bukan fikir dapat double ke triple, tapi Radhi pun memang kerja time public holiday. Dari saya dok rumah sorang-sorang, baik saya dok ofis kan. Lebih selamat dari meronda-ronda di shopping complex  yang mungkin boleh membuang duit! ahaks..

Sekarang di ofis terlalu boring, tension, mengarut n ntah ape-ape la..sampaikan satu masa saya boleh fikir, lantakla nk jadi ape pun..rasa nak cuti lama-lama pergi jauh-jauh tenangkan fikiran pun ada..haha..
Dah 4tahun saya di ofis sekarang, jauh sangat berbeza dulu dan sekarang.
Entah!
Bukan saya sorang yang rasa macam ni. Exec saya pun sama, naseb satu kepala.hihi..
Yang masuk batch dengan saya dulu pun menyuarakan pendapat yang sama. 

Kenapa perlu menindas orang bawahan?
Kenapa perlu bagi kerja sendiri pada orang lain?
Kenapa perlu dengki dengan orang lain?

Biarpun kamu tengok kami ni bersenang lenang, tapi kerja kami tetap jalan.

Percayalah, bila tiba satu tahap kami geram, kami mendoakan kamu naik pangkat lebih cepat dan keluar dari department ni. walau begitu kamu perlakukan pada kami, tapi kami tetap mendoakan kamu.. =)

Kerja makin banyak, produk makin banyak masuk, tapi orang yang kerja tetap sama.tidak bertambah malah mungkin berkurang.

Sebelum cari salah orang, selidik dulu salah diri sendiri. mengapa ini yang terjadi.

ishh betul2 tension sebenarnya...rase meluat ada tengok muka dia!..tapi cepat-cepat istighfar..

sangat berterima kasih pada Radhi sebab tadah telinga dengar saya pok-pek2 tiap kali balik kerja..ihihih
Saya jenis yang pendam marah, nangis dan hilang begitu saja...tapi tak pada kerja -kerja di ofis..masing-masing da ada tanggungjawab kan..so do it laa..

Nanti di kubur, mulut ditutup, tangan dan kaki yang akan menjawab amalan kamu tau. bertaubatlah!

Dulu memang ramai yang respek kamu, tapi tidak sekarang. Zaman kegemilangan kamu sudah merudum, dan teruslah mengampu orang atas tu!

bueekkk :p

Tuesday, October 18, 2011

Demam Nora Elena

Salam peeps..

Biarpun dah lama berlalu.
saya masih lagi demam dgn drama bersiri ini.
Rasanya sejak drama ini berakhir di TV3 tempoh hari, saya dah sekali khatam drama ni..ihihi


Sabtu lepas, habis cerita hindustan Doom 2 di TV3 saya belek-belek laptop,boring sebab Radhi keje petang. jari terus bukak folder Nora Elena. Start layan episod 1 dan mula start feeling..owhh terus layan. berhenti tika Maghrib dan sambung lagi sehingga cerekarama start. Stop Nora Elena sebentar..ihihi..

Ahadnya selesai semua kerja rumah dan setelah Radhi ke tempat kerja petang tu, saya start semula episod Nora Elena. hiihiih..Sekarang dah sampai episod 12, esok lepas masak tengahari sebelum ke pejabat untuk shift petang, boleh layan 1-2 episod..

Rasanya saya masih belum pulih dengan penangan Nora Elena ni..hihih..Novel Kasih yang suci pun saya ada beli, novel ni penangan dari kakak saya..ihiihih.. Saya beli secara online direct dari penulis, Meen Zulaikha. Siap ada signature penulis..ihihih


Senang cerita, semuanya tentang Nora Elena saya suka....ihiihh..
Dan sekarang saya sudah ada kesemua lagu-lagu yang ada terselit dalam drama Nora Elena..iihiihh..
Gigih mendownload...yang paling saya suka lagu nyanyian Sofaz bertajuk : Sesuatu yang berbeza

Meh saya share liriknya, mau dengar? , Youtube la yea..ihih


Ada sesuatu yang berbeza
Di saat ku lihat senyum manis mu
Ada sesuatu yang tak bisa ku ungkapkan
Di saat ku bertemu dengan dirimu
Satu keinginan terpendam di hatiku
Bermain di dalam rahasia cinta ku
(korus)
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku untuk cinta ini
Mungkin ini semua hanyalah perasaan
Yang singgah dan pergi meninggalkan ku
Satu keinginan terpendam di hatiku
Bermain di dalam rahasia cinta ku
(ulang korus)
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku

Part korus memang cair  ^_^

Thursday, October 13, 2011

Terjebak-> Segmen : What's in my bag?

Salam peeps..

Hari ni saya da terjebak dengan segmen What's in my bag.
Bermula dengan blog-> Yanie
Lepas tu blog empunya yang buat segmen -> Elin
last blog -> Leonora

hihihihi...kebetulan hari ni xberapa bz kat opis, saya keluarkan semua harta dalam handbag..
pinjam Sony Ericsson member sebelah..hihih

tadaaaaaa....


okeh, mulakan dari atas kanan ke kiri yea..

1) Purse *hubby belikan before kawen*
2) Buku Doa & Tips Keluarga *best ever *
3) atas buku : Lip Gloss from Elianto
4) atas buku : USB wire *memang dibawa kemana2 utk charge si Merah*
5) pendrive : yang putih 1G dr time study punye, yg hijau hubby belikan 8G
6) Minyak Yuyee Cap Limau
7) Kunci kereta with Patrick Keychain
8) Tisu
9) losyen baby Johnson
10) Stokin *haha, kdg-kdg opis sejuk gile*
11) Pen
12) Handphone :Cokia Nokia n Simerah tu Blueberry

Yang kecik-kecik je banyak.

nak tag ;


geng TTC! sile buat...ihihhih =)

Tuesday, October 11, 2011

Panduan supaya doa diterima oleh Allah

 Salam peeps...

Sedikit sharing  :)

1. Memahami dan mengerti akan maksud serta makna doa yang diminta. Kita boleh menggunakan apa-apa juga bahasa sewaktu berdoa asalkan kita memahami dan mengerti akan maksud yang diminta itu. Namun sebaik-baik bahasa yang harus digunakan adalah Bahasa Arab kerana ia adalah Bahasa Al-Quran yang diturunkan oleh Malaikat melalui wahyu yang datang terus dari Allah s.w.t. Selain itu semua doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah juga adalah dalam Bahasa Arab.

2. Berdoa dengan penuh keikhlasan hati serta merendahkan diri semata-mata hanya kerana Allah.

3. Berdoa dan meminta kepada Allah dengan sebenar-benar permintaan dan dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

4. Tidak berdoa dan meminta kepada sesuatu perkara yang mustahil, sesuatu perkara yang buruk atau pada perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa.

5. Berdoa dengan penuh khusyuk dan keyakinan diri bahawa doa yang di pohonnya itu akan diperkenankan oleh Allah.

6. Berdoa, bertaqwa dan bertawakal kepada Allah iaitu dengan memelihara dan menjaga setiap suruhan dan larangan-Nya.

7. Tidak pernah berputus asa didalam doanya sekalipun permintaannya itu lambat dimakbulkan oleh Allah malah sentiasa beristiqomah, sabar dan menyerah diri kepada Allah.


psstt: buat gang TTC tersayang, mari terus berdoa =)

Monday, October 10, 2011

Buat semangat berkobar-kobar

Salam peeps,

Sorry with the lack of entry sejak akhir-akhir ni.
Capek!
Tapi saya masih terus blog-walking ke blog anda semua ye antara sempat dengan tak je untuk meninggalkan jejak.

ini cerita agak basi, Alhamdulillah kakak saya da tamat pengajiannya selama 2tahun lebih. Da selamat pun grad dengan Master in Mechatronic Engineering..uhuh.. saya nampak betapa struggle kakak saya yang kami sekeluarga panggil yong. 

Menetap di Kota Bharu Kelantan, dan menghadiri kelas di UTM kampus luar (bangunan yayasan selangor di Kg.Bharu KL). Rutin biasa di Kelantan bekerja dari hari ahad-khamis. Setelah bergelar student, rutin bertukar Jumaat malam naik bas ekspress dari Kota Bharu, sampai KL sabtu pagi, rehat sebentar sementara menunggu kelas jam 2petang. Mujur rumah ibu saudara kami terletak di Kg.Bharu, disanalah rumah kedua Yong. Ahad malam naik bas semula dari KL ke Kota Bharu, sampai subuh di  Kota Bharu , rehat sebentar kemudian harus ke kolej menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Akademik di sebuah Kolej swasta seliaan UTM di Pengkalan Chepa. Begitula rutin Yong selama 2tahun lebih ini..

Inilah hasilnya

 Doa yang tak pernah putus dari Mama..


 Dorongan dan Semangat dari suami tercinta

Kesabaran anak-anak memahami situasi ibunya

InsyaAllah saya akan sambung perjuangan Yong di awal tahun hadapan, cuma masa saya lebih panjang sedikit dari yong. hihihi..Semoga Allah beri saya kekuatan fizikal dan mental untuk perjalanan itu. Ameen

Kalau Yong dengan sebegitu jauh boleh bersusah payah mencari ilmu, mengapa saya yang jarak lebih dekat dan masih belum punya zuriat ini tak boleh kan..kan kan? 

Monday, October 3, 2011

Perbezaan Kami

Salam peeps

Ini beza yang ketara buat saya dan Radhi.. Gambar bawah ni anak buah saya yang pertama.. Da besar panjang kan? iiihih... 


 lahir : September 1998

Ini pula anak buah Radhi yang sulung. hiihih..masih tergolek atas tilam kecil..Belum boleh berjalan lagi..


lahir : mac 2011

Owh itu tidak bermakna saya lebih tua dari Radhi. Cuma disebabkan saya anak bongsu dan Radhi anak sulung , ini perbezaan pada diri kami..

Bila berkumpul di rumah mak saya , panggilan diri saya jadi Mak Ucu.. dan bila pulang ke kampung Radhi, saya jadi Mak Long...ihiihih..

Friday, September 23, 2011

Alhamdulillah ...InsyaAllah...

Salam peeps..

Alhamdulillah..promo Air Asia kali ni saya sempat grab tiket ke satu destinasi. hiihih..promo lepas sebuk jugak jari dok klik-klik, sampai nak part buat payment je, error..memang menjengkilkan..huhuhuh

Kali ni atas bantuan klik dari member opis dengan jayanya, saya dapat tiket itu..less than RM100 untuk seorang pergi balik + luggage untuk seorang balik KL..kot la tersoping over nak balik nanti kan..ihihi....hajat sebenar nak berhoneymoon tapi yelakan buah tangan kena bawak balik...ihih..

So means, ulangtahun perkahwinan kami yang kedua di tahun hadapan, InsyaAllah kami akan terbang jauh sikit..hihih...Owh tidaklah exactly pada tarikh anniversary kami, tapi still terbang kesana on the same month.. ;)

Nak tahu kemana arah tujuan kami? 

tadaaa.....cer teka cer teka..

 ni waktu siang

ni waktu malam

agak-agak sapa dah pernah pergi mesti tahu kat mana kan..ihihiih

okeh..gewdix sket ...tak sabar betul nak terbang,..ahakssszzz...

Thursday, September 22, 2011

unwell

Salam peeps..

Hari ni masuk hari ke-3 saya demam. Dan serasa saya genap juga 3 bulan berturut-turut setelah Radhi demam, saya pula yang dijangkiti..

Cerita bermula pada hari sabtu 17 September, Radhi keje petang masuk jam 3..sepatut pukul 11 mlm baru pulang, sebaliknya maghrib tu da dengar bunyi motorbot  motor dia kat depan pagar..saya dengan kencang bukak pintu, tanye kenapa balik awal..
ringkas jawabnya, "demam"
dengan keadaan diluar hujan rintik-rintik, Radhi masuk rumah terus saya suruh pergi mandi basahkan kepala.
Saya dengan kencang masuk dapur, masak nasi + goreng ayam + sup sayur..
berselera pulak Radhi makan sebab ada sup sayur.. :p

Esoknya, ahad badan Radhi masih panas..siap masak untuk makan tengahari, saya bawak Radhi pergi klinik amek mc..naseb kedua-dua kami ada klinik panel.. hihi..yela lepas-lepas raya di tengah-tengah bulan kering nan kontang ni kan..ihiihh..
Isnin, kami ke pejabat masing-masing seperti rutin harian. minggu ini kami berdua dalam shift petang..disebabkan hujan masa nak ke ofis tu, Radhi hantar saya ke pejabat saya dan dia meneruskan perjalanan ke pejabat dia..Malamnya, sementara menunggu Radhi jemput, tekak saya dah macam xsedap, rasa pedih bila telan air liur.saya da dapat agak kalau baik je Radhi dari demam dia, selang sehari atau 2hari pasti saya akan demam pula..

Selasa, jam 12tghari kami berada di LCCT untuk menjemput mama dan ibu (mak saudara) saya setelah mereka berdua pulang beraya di kampung halaman. Mama orang seberang, sama seperti keluarga Nawal kalau tidak silap saya, sulu saya pernah cerita dlm blog ini takpun di dalam blog lama saya..uhuh..Mungkin sebab berada dalam air-cond terlalu lama, badan terus jadi sengal-sengal. Di rumah ibu, saya nak solat pun rasa susah je nk gerakkan badan..terasa sengal seluruh badan. dalam jam 5, kami terus gerak balik rumah. sampai Seri kembangan, saya ke klinik Fadzliyana..naseb tiada orang langsung masa tu. ihih

Doktor cek suhu melalui telinga saya, nahhhhh 39darjah selsius..huhuh terkejut, seingat saya tak pernah saya demam suhu badan saya sampai 39darjah selsuis..terus jadi takut..doktor bilang kalau esok masih rasa panas macam ni, kerapkan makan ubat jadi 6 jam yang mana sebelum ni disuruh makan ubat setiap 8jam. dan kalau dah 3hari masih demam panas sebegini, pergi kecemasan terus... whutttt???? itu yang saya takut..tp saya xbgtau Radhi..hiihih..saya takut..

Semalam saya ditugaskan ke International Helpdesk di Jalan Raja Chulan untuk jadi trainer system baru. Saya ke sana dengan seorang rakan sejawat. Pagi naik kereta dia, park kereta di Star Sg.Besi, naik lrt terus ke Masjid Jamek, menapak hingga ke Muzium Telekom..Balik, lebih kurang jam 3ptg, hujan gerimis dilautan terpaksa redah juga menapak lagi dari Muzium telekom hingga ke lrt masjid jamek..dalam kepala da terbayang saya akan melepek lagi hari ni.. Pagi tadi sebelum mandi saya test suhu guna termometer yang memang ada saya simpan dirumah, bacaannya suhu saya dah berkurangan ke 37.3darjah selsius. Tiba di rumah lebih kurang jam 4.30 petang, terus capai tuala mandi, cek suhu lagi. kali ni pula naik 37.9darjah selsius..owh hati da risau.. hidung pun dah mula berair..saya paling benci selsema..rumit..leceh..susah nk tido..susah nak hidu..

Dan hari ni masuk hari ketiga saya demam, saya gagahkan diri ke ofis juga..Di rumah saya sendirian bila radhi kerja, kalau ada apa-apa terjadi tiada orang yang akan tahu. Saya fikir lebih baik saya ke ofis..ihiihih..
Harap-harap berakhirlah demam dan selsema saya ni dengan cepat..Terbengkalai segala kerja-kerja rumah.huhuh

Ya Allah berikanlah kami kesihatan yang baik..ameen 



Wednesday, September 14, 2011

lama menyepi

Salam Peeps..

Lama saya menyepi sejak beberapa hari sebelum Aidilfitri lalu..ihihiih...maaf ye!..

Seminggu di kampung Radhi, no internet access, kalau ade pun broadband adik ipar, saya malas mengganggu mereka. Dan sengaja biarkan diri tanpa internet, menghayati cuti dengan sebaiknya..ewahhh, macamlah kerja berat beno!..hik hik hik...

Di Aidilfitri lalu, macam-perkara terjadi, yang best dan yang tak best...

1 yang best - Tahun ni pagi 1 Syawal bersama mama...tahun lepas bersama ma mertua.. ^_^

1 yang tak best - 5 Syawal, abang saya eksiden setelah pulang dari menziarahi kubur arwah papa di Kuala Lipis.. :-(

Hari ini kami kerja pagi, InsyaAllah lepas balik kerja ni, kami nak selesaikan satu wishlist yang ade kat sidebar di blog saya ni..hihih..yippieee...later saya update ya..tungguuuuuu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...