Salam peeps...
Hihi..tengak tajuk entry tak menahan kan...huhu..Yea, jangan nak terkelip-kelip sangat biji mata ..haha..
Saya sedang dalam program 14hari misi menurunkan berat badan secara sihat, koloborasi antara syarikat Nestle dan Fitness First.
*image from google..
17 Oktober lalu, saya dan 2orang lagi rakan seofis dah membentuk 1 pasukan untuk program ini. Pra pendaftaran untuk kelayakan berjalan di Bangunan TM RnD pada sebelah pagi. Disebabkan terlewat dapat berita dan oleh kerana pada waktu itu saya shift petang. Kami terlepas pra pendaftaran pada waktu pagi.
Rujuk dalam e-mail, pra-pendaftaran pada sebelah petang adalah di MMU Cyberjaya.
Dalam setengah jam diskas, terus decide utk ke MMU.
Antara syarat utk menyertai program ini:
1) BMI mestilah lebih dari 23
2) 1 kumpulan terdiri dr 3org samada:
a- 2 lelaki dan 1 perempuan
atau
b- 2 perempuan dan 1 lelaki
3) Jumlah keseluruhan berat yang hilang setelah 14hari adalah tidak lebih dari 10kg
4) Setiap ahli kumpulan mestilah sekurang-kurangnya hilang 1kg, jika tidak kumpulan tersebut akan terbatal. Itu bermakna jika maksimum berat yg boleh diturunkan bagi setiap ahli adalah 3.33kg sahaja!!!
Semalam masa weight in *macam flag on la* berat mula diambil, Big Surprise untuk saya berat badan yang diambil masa pra-pendaftaran adalah sama sebijik sebulat exactly macam berat yang ditimbang smlm. Tak naik dan tak turun walau 100gram.ihihih..
Dengan itu semangat lebih berkobar untuk challenge ni..yehaaa...Saya lebih yakin untuk turun sekurang-kurang 1kg dalam masa 14hari ini.. =)
Lepas weight in smlm, kami semua masuk dewan utk briefing mula.
Ada orang besar dari Nestle Filipina datang, saya suka orang filipina cakap English. Jelas dan Nyata bunyinya even takde nak slang mat salleh bagai ,like sesetengah org malaysia mesti nak jugak slang macam mat salleh. Kalau dah namanya makan budu, cencaluk,tempoyak, just be true Malaysian OK.. ^_^
Ada Dietitian juga yang brief pasal pemakanan and the best is tips-tips pemakanan untuk diet...
Nak tau ke? hihiih..InsyaAllah next entry saya try kongsikan..
Sebenarya bagi perempuan hanya 1200kalori makanan sehari diperlukan dan utk lelaki 1500kalori.
Part paling best, bersenam dengan trainer dari Fitness First. Mula ingatkan aerobik, sekali kene buat push up haa...adoila..mak pancit noksss!! ihiih..
Even pancit, saya tetap semangat nak buat dek sebabkan one of the trainer sangat handsome hokeh..hahah..Sorry Hubby, i pandang die sket aje..haha..
He is a sikh man! Saya rasa dia trainer Fitness First di Menara Axis.
The woman trainer juga sangat cute. Relax saje dia push up.
Speechless!
Last before balik. team yg register awal dapat goodie bag. Yeay!
Dalam Goodie bag ada sekotak Fitnesse Cereal.*tak sempat amek gambar*
*image credit to Nestle portal*
Hari ini bermulalah episod baru dalam hidup saya selama 14hari ni. InsyaAllah saya akan kongsikan perkembangannya setelah 14hari nanti.
Sangat mencabar sebab cabaran ini berlangsung ketika Hari Raya Haji nanti...faham aje la juadahHari Raya, lebih-lebih lagi saya akan menyambutnya di kampung suami yang sememangnya Raya Haji adalah leboh meriah dari Raya puasa..haha.. Mampukah saya?
Oleh kerana kami terdiri dari 3orang dalam 1 kumpulan, tanggungjawab telah diagihkan.
Saya bahagian timbang- setiap hari kami akan timbang berat
Azlin bahagian pemakanan- setiap hari kami akan semak pemakanan kami
Redha bahagian senaman/gym
Weight off adalah pada 11 November, nantikan update saya untuk keputusannya. *_^
wahhhhh caiyok yana! bagusnya program nih. dpt turunkan berat + lifestyle lebih sihat+ ada trainer hensem ngeh3.. aja-aja fighting!! =)
ReplyDeleteHaha mnarik gler. Gudluck!!
ReplyDeletegudluck babe!!!
ReplyDeletechaiyok!!
ReplyDeletegood luck dear..takpe nanti pejam mate mase raye aji nanti ye..hehe
ReplyDeleteCikPuan Fara -> ihih..TQ Fara =)
ReplyDeleteRina Lia (◕‿◕)✿ -> Thanks Dear!
...mommy jue... -> Arigato babe =)
Haidi -> TQ..Chaiyok!
Nana Aris -> TQ Dear.. haha tau xpe..mmg kena pejam mata rapat2 kepit hidung dgn pengepit baju.. ahaks :p
gud luck my dear.. yakin boleh!!
ReplyDelete