Salam peeps,
Sorry with the lack of entry sejak akhir-akhir ni.
Capek!
Tapi saya masih terus blog-walking ke blog anda semua ye antara sempat dengan tak je untuk meninggalkan jejak.
ini cerita agak basi, Alhamdulillah kakak saya da tamat pengajiannya selama 2tahun lebih. Da selamat pun grad dengan Master in Mechatronic Engineering..uhuh.. saya nampak betapa struggle kakak saya yang kami sekeluarga panggil yong.
Menetap di Kota Bharu Kelantan, dan menghadiri kelas di UTM kampus luar (bangunan yayasan selangor di Kg.Bharu KL). Rutin biasa di Kelantan bekerja dari hari ahad-khamis. Setelah bergelar student, rutin bertukar Jumaat malam naik bas ekspress dari Kota Bharu, sampai KL sabtu pagi, rehat sebentar sementara menunggu kelas jam 2petang. Mujur rumah ibu saudara kami terletak di Kg.Bharu, disanalah rumah kedua Yong. Ahad malam naik bas semula dari KL ke Kota Bharu, sampai subuh di Kota Bharu , rehat sebentar kemudian harus ke kolej menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Akademik di sebuah Kolej swasta seliaan UTM di Pengkalan Chepa. Begitula rutin Yong selama 2tahun lebih ini..
Inilah hasilnya
Doa yang tak pernah putus dari Mama..
Dorongan dan Semangat dari suami tercinta
Kesabaran anak-anak memahami situasi ibunya
InsyaAllah saya akan sambung perjuangan Yong di awal tahun hadapan, cuma masa saya lebih panjang sedikit dari yong. hihihi..Semoga Allah beri saya kekuatan fizikal dan mental untuk perjalanan itu. Ameen
Kalau Yong dengan sebegitu jauh boleh bersusah payah mencari ilmu, mengapa saya yang jarak lebih dekat dan masih belum punya zuriat ini tak boleh kan..kan kan?
aiyakk...huk huk huk..
ReplyDelete