Followers

Wednesday, May 22, 2013

Berapa liter air yang cukup untuk badan kita?

Assalamualaikum...

Korang tau berapa liter air yang badan korang perlukan sebenarnya? Air masak kosong tau! bukan air manis!!!huhuh
Meh aku share 1 link yang korang boleh kira berapa liter air yang korang perlu minum mengikut berat badan dan faktor-faktor lain juga.


Dalam tu korang kena jawab dalam 10 soalan tak silap, aku pun dah ingat-ingat lupa. Alaaaa soklan simple je, baca soalan, klik jawapan, klik continue untuk soalan seterusnya. =)

soalan pertama korang kena masukkan berat badan korang, tapiiiiiiiii dalam tu unitnya lbs, so korang convert dulu berat korang dr kg ke lbs.

ni aku bg link untuk convert dr kg ke lbs


Lepas jawab semua soalan tu , nanti korang akan dapat jawapannye, berapa liter air yang badan korang perlukan...hehehe

Selamat mencoba!

^__^

daa~~

Monday, May 13, 2013

Cerita diet aku

Assalamualaikum...

Ingat lagi tak cerita diet aku yang ini ? <klik>  Lama aku perap cerita diet aku...haha ampun! Aku masih lagi  kekal dengan diet ni. Dua bulan lepas masa aku start dengan diet minum air kosong ni, aku takset pun nak tengok perubahan berat aku. Sebab time tu tak sanggup nak timbang, sebab aku rasa memang badan aku da berat seberat-beratnya.hohoh..

Dah hampir 2bulan aku angkut kehulu-kehilir botol air aku, aku rasa badan aku jadi ringan. Word ringan tu, bukanlah maknanya aku dah kurus selim melim. Tapi aku rasa aku dah tak mengah-mengah kalau jalan jauh, kalau aku buat kerja-kerja rumah pun, dah tak payah nak rehat duduk dalam 5minit dari 1 kerja ke 1 kerja yang lain. Yess dulu memang aku kena rehat dulu, contohnya lepas sapu 1rumah aku kena rehat dulu untuk sambung mop 1rumah pulak. Lepas sapu tu berpeluh-peluh memang la, rasanya macam kena minta nyawa dah. Tapi bila aku diet minum air ni, memang aku boleh straight je buat kerja.  =)

2minggu lepas aku terasa nak tengok diet aku ni ade beza ke tak. Masa tu kat giant, aku nampak penimbang  digital yang masuk 20sen tu. Aku ajak anak buah aku teman aku nk timbang, aku suruh dia pegang sling bag aku. Tak kisah la berapa berat aku time tu, so aku keep in mind then aku target in 2weeks berapa aku boleh turun. So start hari tu memang aku akan habiskan 3liter air kosong sehari. Aku ni spesis yang tak reti tak minum susu sehari. Aku rasa tak lengkap hidup aku tak minum susu sehari, so aku gantikan pulak susu yang biasa aku minum tu dengan ESP SHAKLEE. Dulu pagi-pagi aku mesti akan buat milo ke,neslo ke untuk sarapan. Tapi aku gantikan semua air tu dengan ESP then aku set dalam otak, itu adalah susu yang biasa aku minum...hehehe...nak diet, set otak ni adalah sangattttt penting *bagi aku*..Aku memang dah jarang sangat minum susu sejak oktober dulu yang mana mula-mula aku start minum ESP. Hingga kini, aku dah masuk botol ke-4 ESP tu...heheh.. Eh, nak beli ESP? boleh beli dengan aku..aku kasi free gift...hehe iklan sat...haha

Ke ofis, aku angkut air kosong 2.2liter. Sebenarnya ada je air kt opis, tapi aku saje nak bawak dari rumah.hehe..8jam kerja, aku habiskan separuh botol before lunch break dan separuh lagi lepas lunch hingga balik. Pergi toilet memang kerapla. kadang-kadang pernah jugak air tu tak habis. Aku angkut semula balik rumah then masa memasak aku akan habiskan. Kalau air tu habis di ofis, yang botol 1.2liter tu aku start minum kat rumah masa memasak hingga tidur.Dulu aku tak pandai nk adjust time minum air ni, selalula time tidur 3kali bangun ke toilet, memang ganggu waktu tidur. Tapi sekarang, aku setkan habis minum sejam sebelum tidur. Kiranya sejam sebelum tidur tu time aku untuk buang semula air tu..hehe


Dua-dua botol tu aku beli murah je kat cosway. Tak payah beli yang mahal-mahal, yang penting niat dihati tu.hehe


Haaaa nampak tak? murah je kan...hehe.. Minggu lepas jugak, aku berkesempatan pegi gym sekali. haha..Gym free babe..sejam, kira oraitt la kan. Thanks to my kakak, sebab bawak g gym free..haha..nanti-nanti bawak lagi yea..muahahha..
Kat rumah, wiken memang aku tak sentuh nasi sebabnya Radhi tak ada.. Siang dia pegi kelas, so dia da siap-siap makan kat tempat belajar. Balik kelas, dia pergi buat projek dia kat damansara, balik dah malam so dapur aku memang tak berasap la. Balik dari damansara, dia dah makan. So wiken aku memang boleh habis air 3liter tu petik jari je..cewahhhh..kalau lapo, aku alas dengan biskut or roti sekeping dua. Wiken aku sibuk mengemas rumah, so memang tak terasa sangat laparnye.

Dan tadi (sepatutnya semalam genap 2minggu), aku pergi semula timbang di tempat yang sama, surpriseeeee turun sekilo berat aku..Alhamdulillah..berjaya jugak! Tu pun ada jugak aku ngelat masa balik kampung Radhi time mengundi tu, MIL aku asyik masak sedap je. Malam last kat sana, aku makan nasi menambah ..ahah..MIL aku masak ikan jaket sumbat wehhhh..sedapp sangat..susah nak benti...hahah...Memang cenggitu la sokmo, kalau balik kampung Radhi kelautttt diet aku..Tapi nasib gak, kat kampung panas wehhh, jalan gak la air masak aku 2liter..hehhehe

InshaAllah jauh lagi perjalanan diet aku ni. Aku mesti teruskan, sebab aku ada misi disebaliknya. huhu.. Korang tryla, bila ada perubahan mesti korang lagi bersemangat! percayalahhhhh! =)

^___^

daa~~

Thursday, May 9, 2013

Debaran...

Assalamualaikum...

Cehhh...tajuk entry tak menahan kan..kuikuikui...but yes, aku dalam debaran menanti result final exam aritu. Hari-hari dok kat depan pc opis, aku meng'refresh' portal OUM. Sepatutnya last week, sesi collect modul sem baru, tapi sebabkan PRU13, diorang postponed ke this week. Aku rasa patutnya result dah keluar sebab 3minggu lagi kelas nak start untuk semester baru. 

So, minggu ni aku akan modul baru untuk semester 3!! YESSSS..aku dah semester 3 kauuuu..huhu..aku pun tak percaya, pejam celik dah masuk semester 3. Kejap je rasenya. Kalau aku mula dari dulu, entah dah tahun berapa kotnye sekarang neh..kohkohkoh...Takpa la, syukur DIA buka juga hati dan jalan untuk aku sambung study. Alhamdulillah.

Semester 3 ni aku just register 2subjek je. Subjek tough, aku takut tak termampu kejar, yela dulu aku engineering student, skrg aku amek networking dengan berbekalkan pengalaman kerja yang masih setahun jagung dalam bidang ni. Kata orang biar lambat asal selamat, ye dak? hehe

Bila la result nak muncul ni, seriussss aku berdebar...hehe..

^___^

daa~~

Wednesday, April 17, 2013

62 years old

Assalamualaikum..

Today - 17 April 2013!
If Papa still around, we will celebrate his 62years old birthday.
!___!

We miss u..
We still loving you..
We will forever miss and love u, papa...

Moga papa tenang di sana bersama penciptamu.

Al-fatihah~~

Tuesday, April 16, 2013

Baiti Jannati

Assalamualaikum..

Dek kerana kenaikkan harga sewa rumah yang semakin melambung sekarang, aku and Radhi da decide nak beli rumah sendiri. 
Area kami duduk sekarang, Equine Park! Memang harga rumah melambung tinggi, samada untuk beli or untuk sewa. Bayangkan sewa flat aje pun member aku kena RM 550 di tahap third floor. Kalau ground floor?  Korang fikir sendiri la eh...hehe

Bulan lepas, aku dengan Radhi gigih meronda-ronda kawasan dari putra perdana ke dengkil ke sepang ke banting untuk cari rumah. Setelah dikira-kira area2 tu je yang kami mampu milik.
Dalam hati memang aku dah tanam, takmo rumah double-story and takmo rumah flat/apartment/kondo. Banyak pengalaman pahit yang kami lalui tika duduk di rumah sekarang, parking kereta, privasi, kejiranan. Huh memang sesak otak aku fikir. Kami masih bertahan dek kerana kami masih berdua. Kalau dah ada si kecil, aku rasa dari awal aku memang say NO untuk rumah sekarang. Bukan berlagak, tapi ape yang aku bayangkan sebelum duduk rumah sekarang, memang adalah hakikatnya so aku rasa ianya bukan perkembangan baik jika aku punya anak nanti. Best thing is, kami cari rumah sendiri dari hidup nomad pindah randah...huhuh..The reason aku takmo rumah double-story, pasal malas nak mengemas banyak ruang. Sebelum rumah sekarang, kami pernah menyewa rumah double-story, perghhh dia punya penat nak mengemas, memang seharian la.hehe.. 

Suatu hari di bulan lepas, kami jumpa satu rumah yang memikat hati untuk kami jadikan Baiti Jannati kami. 
Sekarang, kami dalam proses menunggu kelulusan dari pihak bank. Segala dokumen lengkap selamat kami serahkan. Harapnya Allah beri pertolongan untuk kami punya rumah sendiri. Aamiin.....

Aku pernah baca artikel yang terbit di surat khabar ke majalah tah, menjelang tahun 2020 seseorang yang ingin membeli rumah harus punya income tetap lebih 10k sebulan. Tahun 2020 aku kira, dalam 7tahun lagi. Sekarang pun susah dah nak jumpa rumah bawah dari 100k. Dari situ buat kami terdetik untuk berebut dan bersusah-susah sekarang membeli rumah sendiri dulu. Memang sesak jugak kepala, bilamana kami berdua telah melangkah semula ke alam bergelar pelajar. Ditambah dengan aku berusaha untuk mendapat cahayamata. Duit memang cair macam air je keluar. Pejam mata ajelah sebab aku kira aku salurkan duit itu bukan ke saluran yang tidak bermanfaat. =)

Tujuan kami beli rumah, memang bukan sebab untuk disewakan. Kami nak duduk sendiri. Sebab rugi pulak rasanya bagi dekat orang 6k/setahun, tapi kami masih menumpang. Alahkah enaknya 6k/setahun tu walaupun dibayar tapi kami sendiri punya asetnya. Ye tak? hehe 

Di mana kawasan yang kami pilih tu, lepas keputusan loan diberitahu baru saya akan reveal. 
Rumah tu di sebuah kawasan perumahan didaerah yang saya mention di atas. 
Rumah teres setingkat, 3bilik, 2bilik air.
=)

Doakan urusan kami dipermudahkan...Aamiin

^___^

daa~~

Monday, April 15, 2013

Launching of Gerobok Hana ~ Giveaway

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak share dengan korang satu online shop yang jual shawl and tudung. Cantik-cantik tau design shawl and tudung diorang. =)

Let me introduce you...

Gerobok Hana

Diorang bergerak secara aktif di FB, Blogspot and Instagram..
Untuk Instagram, korang boleh search aje, Gerobok Hana.. sure akan jumpa!!

Best part yang aku nak share sangat pasal Gerobok Hana ni pasalnye.......
 Hari ini adalah hari launching Gerobok Hana.
Hari launching sudah pastinya ada sesuatu yang menarik dari Gerobok Hana untuk korang =)

Gerobok Hana mencari 4 pemenang bertuah untuk menerima hadiah dari diorang bersempena dengan launching day ini...haaaa suke tak? =)

Untuk di FB, korang hanya perlu lakukan 2steps:

Ini link FB Gerobok Hana (klik)
1- LIKE page Gerobok Hana
2 - SHARE page Gerobok Hana di wall FB korang make sure set to public and komen,
'I Love Gerobok Hana'
step seterusnya adalah tugas pemilik Gerobok Hana untuk memilih pemenangnya..hehe

Untuk Bloggers juga 2steps untuk korang menjadi pemenang bertuah.

Ini link blog Gerobok Hana <klik>
1 - FOLLOW blog Gerobok Hana
2 - CREATE entry tentang launching blog Gerobok Hana dengan letakkan banner seperti di bawah ni dan linkkan semula ke blog Gerobok Hana dan make sure ada word,
 'I Love Gerobok Hana'



Senangkan? So, tunggu apa lagi...lets start... ^___^

 Lagi tinggi peluang untuk korang menang kalau korang buat 2steps tu di FB dan blog. =)

Tempoh untuk korang berusaha jadi pemenang bertuah ni adalah bermula dari hari ni, 
15 April hingga 25 April iaitu 10 hari.
 Pemenang akan diumum pada keesokkan harinya, 26 April bersamaan hari Jumaat.

Satu lagi yg best untuk korang, kalau korang nak beli terus lepas menjamu mata kat Gerobok Hana tu, korang akan dapat free gift sekiranya korang mention code yang tertera di banner dibawah
Even korang beli sehelai pun, kalau korang mention code tu, korang akan dapat free gift.
Best tau! haaaa cepat-cepat terjah fb, blog n instagram Gerobok Hana.



Selamat mencuba dan selamat membeli..

^__^

daa~~

Monday, April 8, 2013

Exam Fever!

Assalamualaikum..

Maaf!
Entry banyak tergantung, komen banyak tak reply.
Bagi aku minggu ni je lagi ok.
Ada berbaki 2 paper untuk exam.
Paper Rabu ni betul-betul penting untuk saya.
Introduction to Networking
Intro kepada major course aku...



Lepas habis 1 lagi paper khamis nanti, aku update blog laju-laju.
Ni pun dah dekat 2minggu aku tak bukak FB n blogwalking kat lappy. Aku bukak kejap2 je kat tab.
Malas! nanti da bukak lappy, macam-macam pulak aku bukak...hehe

Korang!!!! wish me luck ok..
Tak sabar nak habis exam.
Aku da lama tak blogwalking.

^__^

daa~~




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...