Salam peeps..
Korang pernah buat solat sunat Isyraq?
Saya baru tauhu tahu pasal solat sunat Isyraq ni semalam dari seorang kakak..uhh jahiliah nye aku, MasyaAllah..
:(
Saya rasa macam pernah tahu pasal solat sunat Isyraq ni masa di sekolah agama dulu, tapi tu la kan bila masuk sekolah tu tanpa kerelaan hati, memang susah nak lekat ilmunya..lagi sekali jahil...Ampunkan hambamu ini Ya Allah..
Malam semalam kakak tu cakap amalkan solat sunat Isyraq, banyak kelebihannya..
Sebelum tido semalam, saya try buka buku panduan solat-solat sunat yang ada dalam simpanan.
and yes ternyata tertulis di mukasurat 8, Solat sunat Isyraq..tengok sekali imbas sebab da larut malam sangat, perlu berjaga awal sebab baju belum gosok untuk ke pejabat pagi ni..^_^
Pagi ni sampai pejabat, dah siap log on semua sistem, terus saya google tentang solat sunat isyraq.
Untuk panduan kamu yang membaca:
Solat sunat Isyraq ialah solat dua rakaat yang dikerjakan pada pagi hari sebaik sahaja terbit matahari di mana tingginya kira-kira 3 meter (10 kaki)pada jam antara 7.00 hingga 7.30pagi. Solat sunat ini memberi ganjaran pahala yang besar bagi seseiapa yang menunaikannya. Sabda Rasulullah saw (maksudnya) :
"Sesiapa yang solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah SWT sehingga naik matahari dan mengerjakan soalt dua rakaat, adalah baginya pahala seperti pahala haji dan umrah yang sempurna".
Lafaz dan niatnya :
"Sahaja aku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Taala".
a) Pada rakaat pertama, selepas membaca al-Fatihah disunatkan membaca surah
al-Kafiruun hingga akhir.
b) Pada rakaat kedua pula, disunatkan membaca surah al-Ikhlas hingga akhir selepas
membaca surah al-Fatihah.
Selepas memberi salam, baca doa berikut :
"Segala puji bagi Allah yang menjadikan hari dengan sejahtera dan menjalankannya dengan matahari daripada laluannya. Ya Allah, kurniakan aku rezeki yang baik pada hari ini dan jauhkan daripada aku keburukan. Ya Allah, kurniakan cahaya pada hati aku dengan nur hidayah, sebagaimana Engkau telah menyinari bumi dengan cahaya matahariMu selama-lamanya, dengan rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang".
Kesimpulannya, marilah kita sama-sama menunaikan solat sunat Isyraq bila mana kita mempunyai kelapangan, khususnya pada waktu pagi. Rebutlah peluang semasa hayat kita dikandung badan untuk mencari sebanyak mungkin bekalan menuju ke akhirat sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
"Dan carilah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah taqwa".

image credit to google
Thanks for sharing, dear... :)
ReplyDeleteDoodleDesign -> u're most welcome ^_^
ReplyDelete