Friday, September 12, 2014

Resepi Daging Berlada My Mom

Assalamualaikum...

Salam Jumaat..

Hari ni aku nak share resepi mak aku, tak taula kot-kot ade orang buat daging berlada camni jugak..hehe.. Senang je resepi ni..



Bahan-bahan

~ Daging lembu dipotong nipis - dalam 10-13 keping
~ Sebuk kunyit
~ Garam
~ Lada merah 5-6biji
~ Tomato - separuh je
~ 2 ulas bawang putih
~ 1 ulas bawang merah

Cara-Cara

1. Untuk bagi daging tu empuk, rebus daging dengan kuali tau, air tu agak2 tenggelam keseluruhan daging, bubuh garam secukup rasa dan kunyit sket.

2. Bila air rebusan tu dah macam nak kering, masuk minyak masak sket untuk goreng. Yes guna kuali tu jugak, sebab tu aku cakap guna kuali rebus daging tu senang terus goreng.

3. Goreng daging tu bukan goreng sampai kering jadi sekeping rangup tau. Goreng-goreng lembab gitu. Then keluarkan dari kuali. # ni cara MIL aku buat daging goreng, sodapppp!!!

3. Tumbuk daging yang telah digoreng tadi. tumbuk sampai dia jadi nipis jangan sampai hancur pulak.

4 Tumbuk pulak bawang merah n putih, lada merah n tomato tu sampai lumat.Lada merah tu memang tak boleh nak lumat sangat, tak pela kasar-kasar sikit tu. Penyeri!.

5. Siap tumbuk, tumis saje la bahan yang korang tumbuk pada no 4 tu. Then bubuh la garam sket, pastu bila dah naik bau kalau kering sket, bubuh la sikit air nak kasi dia berkuah sket gitu. Lepas tu bubuh daging yang dah tumbuk tadi then gaul sebati.

6. Dah sebati, hidangkan la dengan nasi panas-panas.. perghhh maveles!!!

* sambal tu buat dengan ikan bilis or ayam goreng or ikan goreng pun sodapppppp!!!..hehe

selamat mencoba!..hehe

^___^
daa~~

6 comments:

  1. Wah...menarik ni...boleh cuba nanti....thanks for sharing...

    ReplyDelete
  2. Menarik-menarik! Lagipun ada lagi baki daging yang dah siap2 potong aritu dalam freezer. Cuti2 ni bleh buat....thanks Yana!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suka pedas-pedas boleh tumbuk sekali cili api yani.. hehe..tp tu pun cukup pedas dah bg Yana la..hehe..Welkam Yani! :)

      Delete
  3. ek..tumbuk daging ye..ok2..
    yg kunyit ut kalau guna kunyit hidup ok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah daging tu nipis2 je Chot..
      kunyit tu utk kuningkan sket daging tu la.. ala cm kita goreng ikan, goreng ayam tu..boleh jugak kot kunyit idup, ko tumbuk dl..

      Delete

tulis jgn xtulis..hihi TQ Darl ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...