Salam 10 Ramadhan buat pembaca blog saya..
Hari ni saya nak berkongsi tentang 1 artikel yang menarik minat saya. On je laptop hari ni, seperti biasa saya akan bukan email saya dulu (ecehhh macam kat opis pulak, biasa sampai opis bukan email opis dulu.ihih)..tengok email, ade Innit Friends Post daily Update yang saya belum tengok. Saya pun terus klik pada tajuk, ada rakan Innit saya berkongsi tentang 1 tajuk yang menarik perhatian saya. Saya terus terjah blog dia.
Saya scroll sampai bawah agak panjang artikelnya. Ini saya kongsikan sedikit perenggan-perenggan yang membuatkan saya insaf betapa kerdilnya kita manusia ini..
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja.Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
inilah gambaran Telaga Nabi Muhammad S.A.W (kredit to google image)
Saya bace hingga ke akhirnya, dan tanpa saya sedari air mata saya menitik mengenangkan betapa banyak dosa yang pernah saya lakukan. Saya takut dengan apa yang saya baca tadi.
"Wahai Tuhan ku tak layak ke SyurgaMu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu,
Ampunkan dosaku terimalah taubatku,
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar"
ini link penulisan dari blog yang saya baca, bacalah sebentar saya yakin kamu akan rasa apa yang saya rasa, percayalah.... <KLIK>