Wednesday, April 4, 2012

Lisa Surihani, Yusry KRU & Mia Sara

Assalamualaikum..

Kata orang, kita akan kenal kawan bila kita susah kan?
Macam tulah hakikatnya bila adik angkat saya (anak parent angkat saya) yang bongsu disahkan menghidap luekemia sejak setahun yang lalu. Dia memang tak pergi sekolah sejak disahkan menghidap kanser itu.

Mulalah masuk wad, keluar wad. Mula Kemoterapi, rambut start gugur hingga tiada sehelai pun yang tinggal.
Episod baru hidup dia, mengingatkan saya pada arwah papa yang pergi akibat kanser juga. 
Al-fatihah.

Balik pada tajuk entry, bukan semua artis hanya pentingkan kerjaya dan glamour.
Buktinya, adik saya ada buat wishlist untuk jumpa Lisa Surihani pada hari lahirnya yang ke 15tahun pada 18Mac lalu. Kebetulan tika hari lahirnya tu, satu charity club named : MyTina Project Charity telah datang untuk meraikan kanak-kanak yang berada di wad yang sama dengan adik saya. =later saya akan cerita pasal MyTina project charity ni, ok=
Pada waktu itu diorang rakam wishlist kanak-kanak yang ada di wad tu. Dan saya tak sangka wish adik saya yang dipermudahkan dahulu. Alhamdulillah.

Jumaat lepas, Lisa Surihani datang dengan bondanya, Aunty Mira.


Ayu kan dia..heee...Inai masih merah dijari... ^_^



Aunty Mira, Lisa, my sister dan yang berbaju putih tu adalah pengasas MyTina Project Charity, Kak Lynn.

So kedatangan Lisa and her mom pada hari Jumaat tu memang diaturkan oleh Kak Lynn. Saya pun tak sangka dalam 2minggu je, Kak Lynn dapat penuhi niat Wawa (my sis) dengan Lisa yang baru balik dari Haneymoon di Europe..
Saya teruja!


Tengahari waktu lunch tadi saya dapat bukak fb sekejap di ofis, saya ternampak gambar ini pula..

^___^


Lisa and her darling husband, Yusry KRU


Mia Sara Nasuha...Geram kan aksi dia tu..pandai sangat bergambar!
Saya suka lakonan dia dalam cerita Cinta untuk Emelda...da semakin matured si kecil ni.. =)



Gambar last ni pulak, dah macam family. hehe..

Lepas saya tengok gambar tu, terus saya call mak angkat saya tu. Dia cakap wawa dah boleh balik petang tu. Alhamdulillah setelah hampir 4bulan berkampung di wad KK3 HKL, 3 April Wawa dah boleh balik!.
Cerita Mama (read : mak angkat saya), Lisa arrange sendiri dengan ayah Mia and of course her husband untuk datang sekali lagi ke wad KK3. Masa datang jumaat lalu, Lisa tanya wawa nak jumpa siapa lagi..terus keluar dari mulut dia, suami kak lisa, mia sara & Aaron Aziz. 
Aaron tak dapat datang sebab ada hal lain. So yang datang mereka bertiga bersama dengan bonda lisa & papa mia...

Saya tak sangka sangat mulia hati Lisa, sebab dia datang dua kali untuk melawat ke wad kanak-kanak yang menghidap kanser tu. They bring a sunshine to them. ^_^

Alhamdulillah wawa da dapat keluar wad.  =)
Semoga rumahtangga Yusry dan Lisa bahagia hingga ke jannah.. amin..

FB MyTina Project Charity <KLIK>

p/s : saya taip entry ni dalam setengah jam lagi pukul 12malam. sekejap taip entry sekejap layan FB, sekejap tukar-tukar video muzik kat Youtube, masa pun dah masuk 12malam 4April..hehhe so pandai-pandai la bila baca hari ini, hari esok tu ek..hahaha....

^__^

daa~~

7 comments:

  1. Alhamdulillah ;) seronoknya wawa! lisa tu sgt2 cantek tgk depan2, sy pnah jmpa dia kt OU. tp malu nk tegur. fikir2 balik, ruginya x amek gamba ngn dia masa tu. hihi.

    1 happy family at home ;)

    ReplyDelete
  2. lisa is soo cute..tak mekap pon suci je muke..kalo nana dah mekap pon belum tentu cun..hahaha

    the best thing is dorang ni very humble..good!

    ReplyDelete
  3. nak tahu MyTina Project Charity pelissss....hehe

    ReplyDelete
  4. mesti Wawa happy sesgt kan bila hajat dia tertunai... Lisa sangat cute kan..

    ReplyDelete
  5. bertuahnya dapat jumpe lisa dgn suamikan... semoga waw cpt sembuh...

    ReplyDelete

tulis jgn xtulis..hihi TQ Darl ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...