Assalamualaikum...
Hari ke-12 di tahun 2014, baru aku terkedek-kedek nak up entry.. Anyway nak jugak wish,
Selamat tahun baru untuk semua, semoga tahun ini membawa lebih keberkatan dan kebaikkan untuk kita.
Macam semua orang, mesti ada azam untuk dicapai tahun ni. Aku macam biasa, azam tahun lepas yang tak tercapai tu di
'carry forward' ke tahun ni. hehe...bukan sengaja dibuat tak tercapai, tapi belum dengan keizinan Allah lagi. Redha!!
Tahun ni memang aku
nak bersungguh-sungguh berusaha TTC, berusaha turunkan berat, berusaha tak tinggalkan senaman, aerobik, cycle. berusaha menjadi student yang pandai uruskan masa untuk buat assignment dan study - tahun lepas sangat carca-marba study aku, nasib tak terjelepuk ditengah jalan..muahaha...berusaha menjadi seorang yang matang dengan usia- tahun ni aku & Radhi 30tahun weiiiii..-sila percaya sape yang kate aku 25tahun tu..hehe..Aku tak suka orang tengok aku macam budak-budak all the time, cammm hurmmmm aku dah tak nak jadi budak-budak, mcm sgt wasted time ms aku remaja/belum kahwin dl. tapi kalau diberi peluang aku kembali ke sekolah, yessss aku nak!!! aku nak baiki kesilapan aku masa belajar time SPM dulu. Aku nak belajar sungguh-sungguh semula, nak pergi oversea study sane..Or not aku nak masuk local U direct and study sampai Master before kahwin.... tu la aku , dulu mak suruh belajar, aku sibuk bersukan la, sibuk dengan cinta monyet la, sibuk main-main. Sekarang kekesalan tu ada la masih terbuku dihati, tapi wut to do, salah sendiri so terima je la..jadikan kesilapan lalu sebagai pengajaran. And now aku nak ubat semula kekesalan dulu, one fine day bila aku ada anak and anak-anak aku dah besar aku akan ceritakan ini semua sebagai pedoman untuk mereka yg mana mommy and daddy diorg ni, dah tua-tua ni sibuk lagi belajar....hikhikhik...
Pasal TTC, memang aku tak banyak cerita kat sini. Aku ada 1 blog lain yang cerita semua pasal TTC aku, apa yang aku usahakan. Aku tak nak share kat sini, sebab dah ramai orang yang aku kenal secara realiti tau blog aku ni. sebab mungkin senang sangat kot nak cari, bila aku bagi email, google2 dapat la jumpe blog aku ni..haha So that aku amek keputusan untuk separatekan cerita TTC aku. Blog tu juga aku buat macam notes untuk diri aku sendiri, pasal ubat yang aku pernah makan, pasal doktor mana aku jumpa and so on.. Agak-agak akalu aku lupa, aku refer je kat blog tu semula..hehe.. Kalau diizinkan Allah tahun ni memang aku berniat sangat nak pregnant, insyaAllah aku akan berusaha sehabis baik.
Doakan aku, kawan!!!! ^_^
Seronok bila dengar khabar kawan-kawan yang seteam dengan aku zaman BBF-Blogger Bride Forever dalam fb tahun 2010 dulu dah dalam penantian kelahiran anak kedua. Most of them nak dapat anak kedua. TAHNIAH korang!!! but ada juga yg still berusaha, keep on moving babes, berusaha, berdoa dan tawakal!!!
Bisnes SHAKLEE alhamdulillah, anak-anak aku semakin bertambah dari bulan ke bulan. InsyaAllah aku akan beri yang terbaik untuk mereka dan membantu seramai mungkin hidup sihat. Berbisnes aku letak no 2, first thing bagi aku adalah aku nak membantu semua orang hidup sihat, aku akan share segala kebaikan SHAKLEE. Dengan Shaklee aku rasa emosi aku lebih tenang bila hadapi suatu masalah, sebab dengan group shaklee ni bukan sahaja kita memperkenalkan produk yang ada dalam Shaklee malah macam-macam motivasi, macam-macam tazkirah yang dishare oleh leader-leader dari rohaniah dan lahiriah. Percayalah tiada paksaan untuk kita berniaga dan berjual. Semuanya terletak di tangan sendiri. Aku percaya jika kita tak letak keuntungan dan bonus tu sebagai tunggak utama, lebih daripada itu kau akan dapat. Percayalah!!!
Iklan Sket:: hehe.. kalau nak tau lebih pasal SHAKLEE, boleh email aku..kite cerita-cerita. Aku ada join 2-3 MLM sebelum shaklee, dan aku rasa SHAKLEE lebih buat aku tenang, lebih buat aku hargai apa yang aku ada dan lebih buat aku ikhlas berkongsi dengan semua orang...Cerita jujur, 5tahun lepas aku ada join 1MLM tu, modal aku join mlm tu masih belum habis kat bank, insyaAllah bulan 6 ni nanti habis...dan aku join SHAKLEE bulan Januari 2013, alhamdulillah bulan pertama modal aku join Shaklee aku dah dapat semula.
Join Shaklee hanya RM 75 untuk lifetime - no renewal untuk every year dan tak perlu submit loan apa-apa pun dekat bank. Aku pernah terkena suatu masa dulu, dan tak mungkin aku nak kenakan orang balik. that is not me!! cukuplah pengajarannya aku terima. Dan sekarang aim aku adalah aku nak bebas hutang dengan berusaha bersama Shaklee. Percayalah korang takkan menyesal dengan Shaklee macamana aku pernah menyesal dengan MLM dl. huhu.. Nak tahu cerita lebih pasal shaklee, boleh email aku :
leeyanaradhi@gmail.com
Oklah that's all, aku nak bersihkan rumah anak-anak hamster aku, panas elok ni, nak mandikan dua ekor tu sekali...hehe..owh nanti aku cerita pasal hamster plak eh...hehe
^__^
daa~~