Assalamualaikum...
Siang tadi (read : semalam) ada kempen free Palestin dan tahlil untuk MH370, MH17 dan Gaza. Bila cakap pasal Palestin sure teringat tentang Aman Palestin. Bila sebut Aman Palestin, dalam kepala aku teringat Heliza Helmi dan Diana Amir. Sebab aku memang follow instagram diorang berdua ni sejak diorang ke Gaza dulu.
Cuma yang datang ke tadi Heliza Helmi je, mungkin Diana Amir dah ada komitmen lain sejak bergelar isteri. =) Alhamdulillah. Terdetik dihati memangla nak bergambar dengan Heliza, tapi aku da agak sure ramai yang terkejar nak bergambar dengan dia. So aku tak letak harapan la nak bergambar, ade rezeki ada. Lagi pun time kerja kan..huhu...
Aku sampai kat bangunan sebelah lebih kurang pukul 1ptg, masa tu tetamu VVIP belum sampai. Merayau punya merayau dalam lobby TMNET tu, sempatlah membeli mafla Palestin. yeay! Punyala ramai orang duduk depan pentas, aku and da gang duduk hujung sekali dekat pintu masuk utama. Malas nk bersesak depan pentas.
Dipendekkan cerita, Heliza ada berkongsi pengalaman dia masa dia ke Gaza dulu. Disebabkan kedudukan tempat aku duduk agak jauh dari pentas, so cerita yang Heliza kongsi tu agak kelam2 aku dengar sebab suara macam bergema mungkin sebab dalam bangunan tu dan aku duduk jauh dari pentas. Tpi dapat jugakla tengok video-video dan gambar yang dia kongsi.
Sebelum tamat sesi bersama Heliza tu, dia ada mendendangkan satu lagu yang memang aku belum pernah dengar. Masya-Allah sangat sedap suara dia, lagu tu sangat terkesan di hati aku. sungguh mendayu-dayu.
Yang sangat-sangat terkesan menusuk qolbu aku bait lirik nya...
La Tahzan Robbuna Ma'ana...Jangan sedih Allah bersama kita...
Time diulang ayat tu memang terasa nak menitik air mata aku. Tapi kontrol la, ramai orang tu. Dah la ada aku tak kenal sesape tah. Kalau officemate aku je semua, memang pedulikla aku nk menangis pun..hehe..
Bila sedih aku selalu tercari-cari dengan siapa aku nak bercerita kesedihan aku, tapi bila aku dengar lagu ni alhamdulillah aku rasa aku dah tahu dengan siapa sepatutnya aku bercerita. InsyaAllah DIA sentiasa mendengar.
Nah, aku share lagu tu dari youtube.
Tuesday, August 26, 2014
Friday, August 15, 2014
Congrats brother in law.. hi new biras.. =)
Assalamualaikum..
Alhamdulillah Jumaat lepas 8 Ogos 2014, adik ipar aku - Farid selamat menjadi suami orang. Wife dia orang Kelantan juga, setakat ni aku la satu-satunya menantu ma & abah orang luar... weeee ;)
Majlis nikah dan Majlis kahwin di sebelah Anis aku & Radhi tak dapat attend disebabkan Radhi dah start kelas lepas cuti raya haritu. InsyaAllah masa entry ni terpublish aku & Radhi dalam perjalanan pulang ke Kelantan untuk meraikan Majlis kesyukuran sambut menantu pada hari Sabtu - esok.
Minggu depan aku kongsi gambar majlis sebelah Anis dan majlis sambut menantu nanti yea. Ni aku jamu sekeping gambar nikah diorang.. hehe..
Muka Anis tak nampak pulak..hehe.. nantilah aku minta gambar yang nampak muka dia..
# semalam MIL aku call, bagi tugas kat aku suruh masak lauk pengantin- siakap 3 rasa... aiyooooo...serammm..dah lama tak masak 3rasa..ni mesti abah yg suruh ni.. alahai abahhhh menantu sulung ni nak melaram baju comey la esok....hahaha.. :)
~doakan perjalanan pergi dan balik kami lancar dan selamat.. ameen~
^_^
daa~~

Subscribe to:
Posts (Atom)