Assalamualaikum...
Rabu lepas saya ikut Radhi berbuka dengan member sekampung dia. Member dia tak tahu nak berbuka dimana. So Radhi suruh saya yang buat pilihan.
Mulanya plan untuk ambil buffet aje, tapi memandang perut kami jenis yang tak berapa nak sesuai makan buffet, so saya decide ke Ana Ikan Bakar Petai.
Ana Ikan Bakar Petai ni asalnya dari Pahang. hehe. Yang kat kuantan tu saya tak pernah pergi pun.
Dengar cerita memang ramai orang makan kat situ.
Di ofis, saya try cary website Ana ikan bakar ni, tapi tak jumpa.
Rupanya ada di facebook fan page. Malangnya time tu di ofis, waktu office hour, FB kena block.hehe
So saya cari melalui tab saya.
Dapatla jumpa no untuk booking tempat.
Dalam pukul 3petang saya call no yang ada tu untuk booking. Akak yang angkat tu minta saya sms nama, berapa pax, dan menu.
Saya pun terus call Radhi untuk confirm menu. =)
Antara menu jadi pilihan kami:
1)Ikan kembung bakar Petai..memang maveles...hingga menjilat jari even saya tak makan petai.
2) Tomyam campur.. sedap jugak, kena dengan tekak kami. Saya hirup kuah tomyam sampai habis.hehe
3) Telur dadar ..standed rasa telur la :p
4) Kailan ikan masin.. terbaekkkkk..ikan masin berketui-ketui
5) sotong goreng tepung..saya suke, sedap.Tapi bagi orang yang kuat masin, mesti akan kata tawar like mr.Hubby..hhihih..dia kuat masin...so saya je yg enjoy the sotong..huhu
Itu semua menu yang saya n radhi decide. Saya sms ke no yang saya call tadi.
Dalam pukul 4ptg camtu, no tadi tu call saya semula, katanya kembung tak ada. So saya tukar ikan tu dengan ikan siakap...
Pukul 6petang kami keluar dari rumah. Alhamdulillah jalan tak jem. Jemput kawan Radhi di presint 15,terus ikut jalan belakang , Abu bakar baginda tu. Alhamdulliah clear juga. So pukul 6.50ptg kami dah sampai di Ana Ikan bakar petai. =)
Memang sangat ramai orang. Semuanya dah booking meja.
Meja kami betul-betul depan playground.
Sebelah playground ada ruang untuk solat lelaki, sangat luas.
Ruang untuk solat perempuan dalam bangunan, maknanya playground adalah ditengah-tengah tempat solat lelaki dan tempat solat wanita.^__^
Masuk saja waktu berbuka, ada adik tu azankan secara live di ruangan solat lelaki. =)
Sepanjang kami makan, bersilih ganti kaum lelaki solat maghrib berjemaah. Ada juga yang solat sendiri.
tapi yang perempuan semua solat sendiri.hehe
Dalam pukul 8.30mlm baru kami gerak pulang..hehe..Saje duduk lama-lama sikit, ambil masa saya meratah sotong goreng tepung tu..hehe
total bill kami :
RM82..
Makanan di sini memang highly recommended.Radhi pun cakap boleh repeat lagi pergi situ..hehe
owh ini untuk menu diatas tu, air dan nasi putih 5pinggan..hehe..
*Maaf ye, saya tak mahu letak gambar makanan kami, menghormati kawan-kawan yang berpuasa yang tengok blog ni..hehe*
untuk yang berhajat merasa makanan di Ana Ikan Bakar Petai Bangi ni. saya share alamat, no telefon .
* Booking dulu sebelum pergi tau* hehe
Ana Ikan Bakar Petai
Lot 2991, Persiaran Kemajuan (Bersebelahan balai Bomba BB Bangi)
43650 Bandar baru bangi, Sel.
019-2177668
^____^
daa~~