Wednesday, November 21, 2012

Rutin baru...

Assalamualaikum...

Minggu lepas langsung tak ada entry up..huu~ Maafkan saya!

Saya janji akan ada entry schedule up dikala saya berada di kampung halaman Radhi. Namun, masa amat mencemburui saya pada bulan ini. :(

Alasannya, saya tidak cukup masa untuk mencari idea menulis blog dalam masa yang singkat. Sekarang, masuk 1 perkara lagi yang perlu saya fikirkan, BELAJAR!!!

Mungkin yang diluar sana akan berkata-kata, "alah, takde anak lagi pun, takde la sibuk or penat sangat". Yes, memang Allah belum bagi rezeki itu pada kami berdua, namun berfikir dan berusaha untuk punya rezeki nan satu itu lebih pedih bila ditambah dengan ayat-ayat dari mulut seperti kamu..Lebih penat rasanya mendengar pertanyaan dan sindiran berbaur zuriat. Bagi saya, mereka yang tak merasa duduk di alam TTC ni, memang tak kan pernah tahu dan takkan tahu bagaimana perasaan kami yang berTTC ini. Bila bercerita mungkin telinga boleh mendengar tapi mungkin tak sampai ke hati mereka. 

Next month adalah final exam pertama saya, minggu ni last submit assignment. Masih lagi berbaki 2 assignment yang saya belum submit.hehe~ Ketandusan idea. Saya budak teknikal, bila termasuk sikit belajar subjek Management ni, otak cam terkepit sikit nak terima. Saya sedapkan hati, tak apela subjek awal-awal ni je. Tunggula subjek tengah-tengah or belakang-belakang nanti..hehe

Seronok pulak bila study time da kahwin ni. Wiken saya akan study larut malam. kadang-kadang pukul 9-10mlm saya akan tido dulu untuk rehatkan minda, then saya akan pesan kat Radhi kejutkan saya dalam sejam kemudian, Saya nak mula study, kadang dia kejut saya bila dia nak masuk tidur then saya bangun untuk study. Tapi selalunya saya mintak dia tidur di sisi saya di ruang tamu. Itu pasal saya beli karpet tebal punya, empuk untuk saya duduk study dan Radhi tidur untuk teman saya study larut malam..hehe.. Saya stay  up pun tak la lama macam zaman bujang-bujang dulu, study sampai 3-4pagi. makin nak exam, makin lama pula stay up nye. :p
Yang paling best, Radhi menjadi pembakar semangat saya No.1. Bila sehari saya tak bukak buku, mulut dia akan automatik membebel. Rasa semangat nak belajar, bila sidia care pasal hal study saya. =)
Luv u la sayang!

Pada sesiapa yang berhajat nak sambung study di OUM, entry lepas ni saya cerita tentang study di OUM. sangat flexible dan memang sangat sesuai bagi mereka yang sedang bekerja. =)

till then 

^__^

daa~~

3 comments:

  1. It's ok my dear. Mungkin ada hikmahnya. Mungkin Allah nak bagi awak peluang habiskan belajar dulu. InsyaAllah akan sampai rezeki kita :)

    ReplyDelete
  2. Takpe.. habiskan study dulu..... mana tau dalam tgh tgh tak pk pasal anak tu, dapat pulak.. haaa.. rezeki ALLAH tentukan... =)

    ReplyDelete
  3. Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.
    Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
    Harga serendah RM1.00/pcs.
    Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
    Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:
    http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

    ReplyDelete

tulis jgn xtulis..hihi TQ Darl ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...