Friday, August 30, 2013
Pasal Pejabat dan Kerja
Yeay Alhamdulillah.. habis dah exam aku semester ni dan juga berakhirnya tahun pertama aku buat degree. Syukur, semuanya dipermudahkan.
Pernah tak korang rasa bosan dengan kerja korang, bosan dengan persekitaran kerja korang dan rasa bengang dengan orang yg korang bekerjasama? Hmm tu la yang aku rasa. dan itu jugakla sebab terbesar aku sambung study. Kerja aku melayan customer, walau bukan layan face to face, tapi layan dengan phone call dan e-mail. Bukan aku tak bersyukur duduk dalam sebuah syarikat yang besar, tapiiiii orang kata ofis ni cam rumah kedua kan, so untuk jadi rumah kedua kita kenalah suka dan sayang dengan rumah kita. Yang buat aku masih kuat di sini, adalah kawan-kawan.
Banyak benda lagi aku nak belajar dalam network ni. Dan aku rasa ini bukan hati aku untuk duduk di sini melayan customer sampai aku pencen. Jalan untuk keluar,a ku pilih untuk study. Dan semoga usaha aku untuk keluar dari department ni lepas dapat degree termakbul!!!
Sekian bebelan aku petang ni..
Selamat Hari Merdeka!
^__^
daa~~
Wednesday, August 21, 2013
Final exam!!
Assalamualaikum...
Mintak maaf sesangat, blog aku semakin tebal debunya..
Lepas raya,mood blog kelaut benar!! Plus dengan final exam start.
Time raya memang aku curi-curi masa study...pedulikla org kampung nak cakap apa, yg exam aku...huhu
Esok, paper pertama aku...subjek membaca dan menghafal!!
Harap-harap boleh jawap dengan logik!!
Paper kedua n last, khamis depan..then yippie..merdeka!
Ni pon aku tgh menghafal lg sbnrnye..nak tido tak tenang..kekkeke
Tapi rasa kejap-kejap lagi kena tido, aku nak bangun kul 4pagi menghafal, then radhi pegi kerja..aku qada tidur yg sikit tu semula then get ready to exam hall...
Next sem, masuk tahun kedua aku..yeahhhh..sekejap je rasa..
Bila bt rasa kejap, bl tak buat tu yang rasa lama..hehe..trust me!!
Okla lepas exam, aku sambung memblog ye..
^_^
Daa~~
Thursday, August 1, 2013
Nasyid ~ Cinta Dan Harapan - FIRDAUS
Aku suka dengar lagu ni. Tenang je...
Ohh aku memang pecinta nasyid..hehe.. tak percaya? silalah percaya...sejak dari zaman sekolah lagi.
Kelmarin hanya tinggal kenangan
bersama peristiwa semalam
adakah hari ini yang kutempuh
kan bersinar untuk hari esok
Benarlah apa yang telah dikata
penantian itu satu penyiksaan
kepastian membunuh kerisauan
ketabahan mendamai keresahan
dalam dada ada bara cinta yang menyala
dalam cinta ada kita berdua
tiada siapa yang bisa merungkai rindu di jiwa
dengan iman dapat kita membendungnya
hanya kudrat tuhan
yang bisa menyatukan
dan bisa merelaikan
cinta sesama insan
rahmat kasih sayang
yang amat diharapkan
tuk kita abadikan
kasih di alam cinta...bahagia..
^__^
daa~~
Rest In Peace - Chua Boon Huat
Harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama, itulah yang terjadi pada pemain hoki Malaysia Chua Boon Huat..
Dia dah pergi buat selamanya meninggalkan jasa mengharumkan nama negara dalam sukan hoki.
Pagi tadi masa siap-siap nak ke ofis, biasa aku bukak Astro Oasis, tengok ulangan Tanah Kubur, habis tanah kubur baru aku keluar rumah. Tapi pagi tadi aku buka astro 856, siaran radio ERA. Berita 7.30pagi, masa tu aku dah bergerak ke muka pintu nak keluar, sekali dengar Pemain Hoki Negara, Chua Boon Huat mati akibat kemalangan jalanraya di LDP berhampiran LRT Kelana Jaya. Disebabkan dok bergegas nak ke ofis, aku puas dok fikir betul ke yang aku tengah bayang tu Chua Boon Huat tu, sebab dah lama tak ikuti hal-hal Hoki ni.
Sampai ofis, aku terus google image, SAHHHHH betul yang aku imagine tu Chua Boon Huat. terusss rasa sedih. Bagi aku dia sangat legend! Main hoki wakili negara dari umur 17tahun. Muda lagi umur 33tahun skrg.
Dia antara pemain hoki yang aku suka. Yang paling aku suka of course pasangan adik beradik, Keevan Raj & Logan Raj..hehe..diorang ni ade styleyang best. ape yang best entalah...Mungkin sebab diorang ni handsome aku suka tengok kot..bahahahha
Lepas aku sah kan muka CBH tu, Nadia aka Joey - housemate aku masa study kat IKIP Kuantan dulu plak whatapps aku ckp pasal ni. Owhhh kami sangat banyak memori pasal player-player hoki ni...hehe adoiii tetiba mengulit kenangan zaman nakal-nakal dulu..haha
ini dia orangnya...CBH
Pahang tuuuuuuu...hehe
kalau nak tengok keadaan kereta Proton Perdana dia, klik ni
REST IN PEACE, CBH !
daa~~