Saturday, November 30, 2013

Start aerobik semula - Dynamic Aerobic Studio, Equine Park

Assalamualaikum..

Dulu aku pernah cerita yang aku join aerobik kan? pastu dalam 2bulan je kot aku join. Lepas stop aerobik memang tak de langsung aktiviti mengeluarkan peluh.

And now kesedaran untuk menurunkan berat makin membuak-buak dalam diri, so aku mintak izin Radhi untuk start semula aerobik. Alhamdulillah dia ok je. Aku pun terus la call  Kak Pozi, owner dan juga instructor aerobic tu. Sekarang jadual kelas dah lain. Dan rasanya lebih appropriate kot.
Kelas 2hari seminggu- Isnin and Rabu pukul 8.30malam - 9.30malam. So untuk yang bekerja tu, okla sempat memasak dulu untuk ahli-ahli rumah. Yang bujang kire perut sendiri je kan..

Yang paling best waktu aerobik sekarang ni adalah, sebelum aku gerak pergi kelas..memang aku just minum ESP je or not aku makan roti sekeping dua. Kalau untuk dinner Radhi time tu aku masak mee/kuey tiow goreng, aku jamahlah sikit. Dalam 8.15mlm aku gerak ke studio dengan berbekal seliter air. Amazingly in an hour, aku habis air seliter tu siap tak cukup lagi. Of course hari aerobik, aku akan habis 4liter air. Botol 2.2liter tu skrg aku selalu xhabis bawak ke opis, sebab skrg asyik hujan, kerap benor nak terkencing. Air yang tak habis tu biasa aku bawak balik, habiskan time masak or kalau banyak lagi biasa ofismate aku yg keje shift akan paw air aku..hahha.. Biasa aku akan habiskan juga at least 2.5liter paling-paling teruk pun.

Syukur, tadi aku timbang another kilo dah hilang. Alhamdulillah. I want more- insyaAllah. Pada yang sedang dalam diet nak turun banyak-banyak kilos dan menggunakan apa-apa juga supplement utk lost weight, AIR ADALAH TERSANGAT-SANGAT PENTING!!!! . Tak guna kalau korang just makan supplement utk lost weight tapi air tak cukup and tak bersenam dan TAK CONTROL MAKAN.

Ok berbalik pada tempat aku aerobik tu, studio tu memang khas untuk perempuan saje. Kalau nak tau dekat mana, klik pada word 'dulu' di awal entry aku ni. Nanti ade link terus kat entry lama aku yang aku ade bg guide kat mana studio tu sekali dengan nombor phone Kak Pozi , owner studio. Yang nak berzumba, YESS, kami memang ade buat zumba berselang seli dengan step, hi-lo, latin-salsa-mambo.

That's all pasal aerobik. aku nak buat promosi ujung-ujung tahun ni..
Siapa yang beli 3produk SHAKLEE ni, ESP or MEALSHAKE or PERFORMANCE DRINK akan dapat best price and 2 special gift dari aku. Bukan selalu tau aku nak bagi special gift sampai 2 ni....hehe

COD : Seri Kembangan :: Puncak Jalil :: Cyberjaya :: BB.Bangi
Postage to all over Malaysia.
Call/sms/Whatsapp : 012-3492056- Leeyana <SID910502>

^___^
daa~~



Thursday, November 21, 2013

Al-Fatihah Ahmad Ammar & artikel untuk rakan TTC

Assalamualaikum..

Dah 2hari aku baca kisah pemuda Malaysia yang terkorban akibat kemalangan jalanraya di Istanbul, Turki beberapa minggu yang lepas. Sungguh aku pilu bila membaca kisahnya. Sedikit sebanyak kisahnya membuat aku tersedar dari mimpi dunia yang leka.

Tak tahu pasal ni? Dari google kisah artis kahwin baru, artis bercerai, artis itu artis ini.. baiklah baca kisah pemuda ni - aku yakin korang pun akan sebak. google aje, Ahmad Ammar Ahmad Azam.. mesti banyak keluar cerita arwah.

Aku tertarik juga dengan artikel ni, khas utk rakan-rakan TTC seangkatan denganku. KLIK utk ke artikel itu.



Tabah - Redhalah dengan ujian ini. Teruskan usaha kalian...

Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa'Afihi Wa'fu an'hu
Al-Fatihah untuk Ahmad Ammar

Monday, November 18, 2013

Senyap sunyi & Baiti Jannati

Assalamualaikum...

Sebulan lebih kot aku tak jengah blog ni n tak drop any entry. Macam biasa la alasan aku bila masuk sem baru, assignment!!! haha..

Lagi satu alasan yang memang logik, aku pindah rumah..huhu
alhamdulillah DIA permudahkan urusan kami cari rumah lain. Nak dijadikan cerita, satu pagi dalam bulan Oktober, aku sampai je ofis, terus bukak Mudah.My.. Search area Seri Kembangan, terus nampak rumah nk diberi sewa around our budget. Berkali-kali aku call, tak jawab, then aku call Radhi..rupanya dia pun dah tengok iklan yang sama. Memang kami berdua terus-terus call, plus Radhi sms.. aku pun sms.
Tapi owner tu reply sms Radhi, bgtau rumah tu available lagi. =) wink wink

After an hour camtu kitorg pasrah je. Tak lama tu, Radhi call dia da dapat deal dengan owner tu... Lepas cakap dengan Radhi, aku pulak call owner tu. Memang tak cakap banyak, akak tu tanya aku kerja mana ape sume then aku intro la yang aku ni wife someone yang call dia td.hehe.. Terus dia tanya, TM tak ada kuarters kan? hehe..Dia cakap, dia memang tak nak amek gov servant dah. Sebab kebiasaannya diorang ni duduk sekejap je, then tak sampai setahun duduk, nak keluar sebab dapat Kuarters. So dia taknak kerap-kerap cari penyewa baru. memang pucuk dicita ulam mendatang la. Aku pun tambah garam sikit, cakapla kami memang tak ada plan lagi nak beli rumah sebab masing-masing tengah study. Kalau ada pun plan nak beli rumah dalam masa terdekat ni, mungkin rumah flat biasa je untuk buat eset nak bagi sewa. Nak duduk sendiri memang tak la.. aku serik dah duduk rumah flat yang crowded tu.

Alhamdulillah owner tu pilih kami untuk duduk rumah tu. Dalam tengah bulan Oktober lalu, kami ke rumah owner di Seri Petaling untuk bayar duit booking. Dan bermula la sessi kemas mengemas.

2 November lalu, kami pun berangkatla masuk ke rumah sewa baru. Tak jauh pun rumahnya. Dalam 5minit je dr rumah flat lama tu.

Apa yang paling aku suka rumah ni adalah bahagian belakangnya ada tanah utk aku bercucuk tanam.. yeayyy!!!

Walau rumah sewa, ia tetap Baiti Jannati!!!!  ^_^

Banyak nak cerita ni..huhu..esok aku smbung lg.. gambar belambak2..huhu

^___^
daa~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...