Thursday, October 16, 2014

Virgin Coconut Oil (VCO) Catalyst

Assalamualaikum....

Ni nak update, VCO dah kembali..hehe..dulu aku memang penjual dan pemakan tegar VCO  Catalyst ni. Lepas tu aku susah nak dapat stok dari stokis yang aku ambil. Sekarang dah jumpa stokis lain. Alhamdulillah lepas ni, stok sentiasa ada.

Haa meh nak cerita, VCO dan upgrade tau. Sekarang dah ada 4 jenis, pertama of course yang biasa dulu dan yang paling penting harga tetap sama!!!! 

Kalau nak tahu perbezaan yang aku rasa lepas makan VCO ni, bolek klik label VCO dalam blog aku ni.

So ni aku share jenis-jenis VCO dan kebaikannya sekali..



Ini adalah VCO yang biasa aku makan.. ada jenis capsule dan cecair.
Harga RM39.90
Kapsul 60biji yang cecair 150ml






VCO yang baru adalah VCO with Apricot, VCO with Argan oil & VCO with Pomegranate
Harga bagi ketiga-tiga ni sama, RM 65 untuk 60biji

Nak order or nak bertanya boleh call/sms/ whatsapp no aku 011-32345814 ataupun boleh
email aku : leeyanaradhi@gmail.com

COD : Equine Park ::Puncak Jalil :: Cyberjaya :: Putrajaya
Postage : Seluruh Malaysia


Monday, October 13, 2014

Hari Ke-3 di JB - JPO here i come!!

Assalamualaikum...

[ muahaha..hari ke2 dalam draft lagi.. ampun... blasah la ye bace.. aku bz menyiapkan assignment..]

Ok hari ketiga aku di JB, macam hari pertama bertolak ke JB, bas khas untuk kami staff dari Cyberjaya. Lepas breakfast, kami bertolak ke JPO. dekat je rupanya dari tempat kami menginap ke JPO tu. Eh maklumlah aku ni bukan selalu ke JB, aku rasa this is the 3rd time kot in mylife aku jejak JB.

Sepatutnya masa berada di JPO adalah 2jam tapi sebabkan dat day,gaji tak masuk lagi. Eh gaji masuk dat day, tapi ikut bank time by time..haaa gituhh.. Aku memang sejak tau jadual ade ke JPO, aku memang da siap2 paww Radhi sikit, and korek-korek balance gaji dulu, so ade la sikit2.

Disebabkan tak pernah pergi JPO, aku siap amek map JPO lagi kau. Yela bukan semua butik aku mampu masuk. Masuk mampu, mampu tengok je la. Macam Coach, Burberry dan seangkatan dengannya memang pandang pun aku tak la. segan nak masuk..hehe

Aku tak ingat first sekali aku masuk mana, tak silap aku masuk GUESS rasanya, sebab semua serbu GUESS..haha.. Lepas tu start la keluar masuk-keluar masuk dari 1 butik ke butik lain. Lepas tu siap aku berjalan sorang-sorang tukar-tukar partner berjalan.

Yang paling best aku masuk butik NIKE.. Aku hampir2 terbeli sport bra and beg ala-ala make up bag dia. sport bra tu aku rasa kena try dl, tapi sebab aku berjalan sorang-sorang so tak de sape aku nak tanya pendapat, kelip-kelip je la..takpe next time beli. Kat butik NIKE aku beli t-shirt untuk Radhi.


Mamat tu memang suka baju warna putih. T-shirt tu murah je, less 70%. Kain pun elok, design tu pun simple dan menarik. So aku tak fikir panjang, aku rembat je.

Lepas keluar dari Nike, aku masuk Baskin Robbin sebab tengok ada Alin, Kak Zara and Norra melepak dalam tu. FYI, this is my 1st time masuk dan membeli di BR tau,basahkan tekak nak duduk dalam aircond sebab luar memang panas gila.. haaaa aku memang camni.. Takde la mengikut peredaran zaman sangat. Orang makan BR, aku makan BR. Orang buat itu kau nak buat jugak. Aku ikut suka hati aku je. haha.. Aku rasa nak ,aku buat..aku rasa taknak lantakkan je. Be ur own style la kate orang. Be our self!!!

Sebabkan 1st time, maka terkemut-kemut la aku nak membeli. Diorang bertiga tu cakap, show ur pink kat kaunter tu, dapat pilih aiskrim murah. Tak gaji, so semua cheapsket. haha

So tadaaaaaaaa... aku pun tak ingat aiskrim ape aku amek. tapi topping tu maple walnut. heheh sedapp!!!


Alamak tembam betul tangan aku..hurm induction asyik fail je skrg ni..aduiii laaa...

Lepas menternak lemak kat BR, sape tah p sebut Victoria Secret ada sale. Ok haruslah aku teruja, sebab dah lama aku tak beli VS.



 Dok beli Body Shop je skrg, dengan Lip Gloss aku pun dah bertukar ke The Body Shop dari yang dulunya aku pakai Lip Gloss Elianto. Sebab aku tukar dari Elianto ke The Body Shop, 'hakak' kt Elianto Alamanda tuhari kelat gila mukanya melayan aku, bajet cam aku nak main-main kot. Sekali nah kau aku terus beredar dari Elianto tu, laju je masuk The Body Shop. Puas hati gila aku dengan Lip Gloss The Body Shop, so suitable dengan kulit aku sebab aku tak suka terang benderang, mau yang just nice aje.

Ok dah melalut, balik pada cite VS..Mula nampak 3items RM129...dalam hati memang dah terpatri nak beli VS untuk aku..haha.. Sekali belek punya belek, si alin tanya yang dalam beg tu bape hengget. Nahhhhh sekali sales assistant tu kata yang tu offer 50%, 3in1 set RM48..tapiiiii yang saiz kecik. Wahhhhh semua terus terbeliak biji mata. Tapi yang offer tu 2 bau je, Pure Seduction and Love Spell. Sebenarnya aku baru nak test Love Spell, tapi sebab ade offer tu, Pure Seduction tetap menjadi pujaan. Make Up bag yang Pure Seduction lagi cute dari Make Up bag Love Spell, so aku tangkap la Pure seduction...hehe


Yeayyy hakak suka hakak sukaaaaaaaaa!!!!!


Untuk aku sebenarnya ada lagi 1 benda aku beli. Tapi lupa nak ambil gambar, sebab aku dah gantung dalam kereta. Masa aku dok snap-snap gambar untuk buat entry ni, kereta Radhi guna bawak g buat part time dia, so tak dapek la nak letak gambar.hehe Sebenarnya aku beli sunglasses yang memang dah lama aku nak beli. Dulu tak terbeli sebab aku kan specky lady, so celah mana lagi aku nak sangkut sunglasses bagai. Sekarang aku dah terajin sikit, dok pakai contact lense sebab dah malas nk pakai spec sangat. Soooo jawabnya bolehlah aku beli sun-glass.hehe. Radhi pun bagi izin aku beli sun-glass, so memang kencang la aku beli. Aku beli kat butik Nose, tapi murah je. 50% jugak. Mula Radhi nak belikan Ray-ban punya, tapi aku macam keberatan sebab takut aku hot-hot chicken poop je pakainye. Beli ratus-ratus rugi weiiiiii...haha. So as training, aku beli je hat murah dulu.

Tu je la kot cerita aku di JB, sudahnya memang tak berkesempatan langsung jumpa kak ipar aku. Sebab memang tak de masa yang sama-sama free. Masa di JPO memang free, tapi kak ipar aku tak free, sebab tenghari tu kalau dia datang jumpa aku, tak berambil la pulak anak-anak buah aku dari sekolah..hehe Tak pe la kak, raya haji kita jumpa, kumpul rumah adik tau!!!!...

datss alll

^__^
daa~~

Saturday, October 4, 2014

Pengalaman guna Ephyra & Happy week EPHYRA with Leeyanaradhi

Assalamualaikum....

[sticky post until 4 Oct, new post please scroll down]

Aku nak share pengalaman aku minum Ephyra. Rasanya dah ramai yang review and review setiap orang adalah berbeza. So ini pengalaman aku hanya dengan trial pack. Trial pack ada 10 sachet iaitu untuk 10hari penggunaan.

Asalnya aku tertarik dengan Ephyra lepas bace pengalaman orang lain jugak.Aku beli Ephyra secara online jugak sebab takde beza pun beli online dengan COD. Both pack Ephyra samada Premium or Trial adalah sama sebab tak ada caj pos. So aku prefer cara online je, senang!!

Harga Premium pack yang mana dalamnya ada 30sachet adalah RM 197 bg semenanjung Malaysia dan RM207 bg Sabah dan Sarawak. - free gift -shaker & recycle bag EPHYRA
Harga Trial pack - 10sachet adalah RM 68 bg Semenanjung Malaysia dan RM78 bg Sabah dan Sarawak. PM for free gift!!




Semua harga adalah berserta postage ye!!!

Ok so berbalik pada pengalaman aku minum yang trial pack tu, aku perasan blackhead dan whitehead kat hidung aku dah tak ada. Serius weiii, dulu aku kena tenyeh-tenyeh hidung nak buang segala head-head tu. Pastu merah-merahlah hidung aku. Lepas aku consume trial pack Ephyra tu, dalam 6hari kot aku perasan head-head tu dah tak ada dan tumit kaki aku jadi lembut. FYI, tumit kaki aku memang agak teruk pecahnya. Dan yang paling penting aku tak ingat sangat nak mengunyah-ngunyah ni. Senang cite, tak rasa lapar sangat la. Metabolisme meningkat mungkin. =)

Bila aku cerita kat Radhi, dia pun merestuilah suri rumah merangkap suri hati dia ni consume Ephyra. yeayyyy!!..haruslah aku insan yang paling gembira. So disebabkan itu, aku share la segala kebaikan Ephyra ni dengan uolsss..

Dont worry, Ephyra ni Halal dan Selamat, ada kelulusan dari KKM.

So sempena aku nak merasmikan aku sebagai penjual EPHYRA, aku nak buat>>>>>
### Happy Week EPHYRA with Leeyanaradhi ###

Selalu Happy Hour kan, ni aku buat Happy week.. hehehe..
Bermula hari ni - 28 September hingga 4 Oktober, yang betul-betul confirm nak beli dengan aku, InsyaAllah aku akan bagi price paling cun skali. =) Trial pack pun InsyaAllah akan dapat free gift juga. haaa best tak? hehe.. so ape tunggu lagi cepat-cepat grab!!

SMS or WhatsApp aku kat 0123492056. kalau komen kat entry ni, aku bimbang tak perasan komen nanti.

^__^
daa~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...