Monday, October 31, 2011

Pertama Kali

Salam peeps..

Sehari sebelum Deepavali yang lepas, Om (pakcik) saya di Indonesia datang Malaysia. 
Owh mari bace sedikit salasilah keluarga saya.
Mama memang pure orang Indonesia. 
Arwah Papa n Mama sepupu.
Atuk belah arwah papa n nenek belah Mama =adik beradik...
* saje nak selit jugak-> Atuk belah ayah Radhi n nenek belah Ma Radhi juga adik beradik*
^_^

Disebabkan Mama kawin dengan Arwah Papa so Mama ikut menetap di Malaysia hampir 40tahun yang lalu.
Di kalangan adik beradik saya hanya abang Zuri je yang pernah balik ke kampung Mama di Indonesia..
tak aci!!! hahah

So malam sebelum Deepavali aritu Om (abang sulung mama) transit kat Malaysia utk ke Tanah Suci Mekah.
Rombongan diorang menginap kat Alson Klana Hotel Putra Nilai.
Alhamdulillah minggu tu saya dan Radhi kerja shift pagi, so sebelah petangnya sempatlah kami jumpa Om.

Semua ahli keluarga kami yang ada di KL berkumpul kat Nilai malam tu.
Yang tiada Yong and her kids, also Mama.. Diorang semua kat Kelantan.
Ini adalah kali pertama saya bertemu Om. Om tidak pernah dtg Malaysia seingat saya. Dan saya pun tak pernah pulang ke Bukit Tinggi, Indonesia..

Malas nak taip dah..haha boley?!!
Meh layan gambar meh..
kalau ada yang kabur atau gelap..maaf yea.. pakai henfon cikai aje.. =)











Saturday, October 29, 2011

14 days shape up program

Salam peeps...

Hihi..tengak tajuk entry tak menahan kan...huhu..Yea, jangan nak terkelip-kelip sangat biji mata ..haha..
Saya sedang dalam program 14hari misi menurunkan berat badan secara sihat, koloborasi antara syarikat Nestle dan Fitness First.

*image from google..

17 Oktober lalu, saya dan 2orang lagi rakan seofis dah membentuk 1 pasukan untuk program ini. Pra pendaftaran untuk kelayakan berjalan di Bangunan TM RnD pada sebelah pagi. Disebabkan terlewat dapat berita  dan oleh kerana pada waktu itu saya shift petang. Kami terlepas pra pendaftaran pada waktu pagi. 
Rujuk dalam e-mail, pra-pendaftaran pada sebelah petang adalah di MMU Cyberjaya. 
Dalam setengah jam diskas, terus decide utk ke MMU.

Antara syarat utk menyertai program ini:
1) BMI mestilah lebih dari 23
2) 1 kumpulan terdiri dr 3org samada:
a- 2 lelaki dan 1 perempuan 
atau
b- 2 perempuan dan 1 lelaki
3) Jumlah keseluruhan berat yang hilang setelah 14hari adalah tidak lebih dari 10kg
4) Setiap ahli kumpulan mestilah sekurang-kurangnya hilang 1kg, jika tidak kumpulan tersebut akan terbatal. Itu bermakna jika maksimum berat yg boleh diturunkan bagi setiap ahli adalah 3.33kg sahaja!!!


Semalam masa weight in *macam flag on la* berat mula diambil, Big Surprise untuk saya berat badan yang diambil masa pra-pendaftaran adalah sama sebijik sebulat exactly macam berat yang ditimbang smlm. Tak naik dan tak turun walau 100gram.ihihih..
Dengan itu semangat lebih berkobar untuk challenge ni..yehaaa...Saya lebih yakin untuk turun sekurang-kurang 1kg dalam masa 14hari ini.. =)

Lepas weight in smlm, kami semua masuk dewan utk briefing mula. 
Ada orang besar dari Nestle Filipina datang, saya suka orang filipina cakap English. Jelas dan Nyata bunyinya even takde nak slang mat salleh bagai ,like sesetengah org malaysia mesti nak jugak slang macam mat salleh. Kalau dah namanya makan budu, cencaluk,tempoyak, just be true Malaysian OK.. ^_^

Ada Dietitian juga yang brief pasal pemakanan and the best is tips-tips pemakanan untuk diet...
Nak tau ke? hihiih..InsyaAllah next entry saya try kongsikan..
Sebenarya bagi perempuan hanya 1200kalori makanan sehari diperlukan dan utk lelaki 1500kalori.

Part paling best, bersenam dengan trainer dari Fitness First. Mula ingatkan aerobik, sekali kene buat push up haa...adoila..mak pancit noksss!! ihiih..
Even pancit, saya tetap semangat nak buat dek sebabkan one of the trainer sangat handsome hokeh..hahah..Sorry Hubby, i pandang die sket aje..haha..
He is a sikh man! Saya rasa dia trainer Fitness First di Menara Axis.
The woman trainer juga sangat cute. Relax saje dia push up. 
Speechless!

Last before balik. team yg register awal dapat goodie bag. Yeay!
Dalam Goodie bag ada sekotak Fitnesse Cereal.*tak sempat amek gambar*

*image credit to Nestle portal*

Hari ini bermulalah episod baru dalam hidup saya selama 14hari ni. InsyaAllah saya akan kongsikan perkembangannya setelah 14hari nanti. 
Sangat mencabar sebab cabaran ini berlangsung ketika Hari Raya Haji nanti...faham aje la juadahHari Raya, lebih-lebih lagi saya akan menyambutnya di kampung suami yang sememangnya Raya Haji adalah leboh meriah dari Raya puasa..haha.. Mampukah saya? 

Oleh kerana kami terdiri dari 3orang dalam 1 kumpulan, tanggungjawab telah diagihkan.
Saya bahagian timbang- setiap hari kami akan timbang berat
Azlin bahagian pemakanan- setiap hari kami akan semak pemakanan kami
Redha bahagian senaman/gym 

Weight off adalah pada 11 November, nantikan update saya untuk keputusannya. *_^

Wednesday, October 26, 2011

Melepas perasaan

Salam peeps..

Salam Diwali..hihi..
Hari ni saya kerja!..Sepatutnya selalu team saya tak kerja time public holiday ni..Start 1 Oktober tempoh hari, team saya dikerah diarah kerja!..
akur!
Okeyla jugak kan, bukan fikir dapat double ke triple, tapi Radhi pun memang kerja time public holiday. Dari saya dok rumah sorang-sorang, baik saya dok ofis kan. Lebih selamat dari meronda-ronda di shopping complex  yang mungkin boleh membuang duit! ahaks..

Sekarang di ofis terlalu boring, tension, mengarut n ntah ape-ape la..sampaikan satu masa saya boleh fikir, lantakla nk jadi ape pun..rasa nak cuti lama-lama pergi jauh-jauh tenangkan fikiran pun ada..haha..
Dah 4tahun saya di ofis sekarang, jauh sangat berbeza dulu dan sekarang.
Entah!
Bukan saya sorang yang rasa macam ni. Exec saya pun sama, naseb satu kepala.hihi..
Yang masuk batch dengan saya dulu pun menyuarakan pendapat yang sama. 

Kenapa perlu menindas orang bawahan?
Kenapa perlu bagi kerja sendiri pada orang lain?
Kenapa perlu dengki dengan orang lain?

Biarpun kamu tengok kami ni bersenang lenang, tapi kerja kami tetap jalan.

Percayalah, bila tiba satu tahap kami geram, kami mendoakan kamu naik pangkat lebih cepat dan keluar dari department ni. walau begitu kamu perlakukan pada kami, tapi kami tetap mendoakan kamu.. =)

Kerja makin banyak, produk makin banyak masuk, tapi orang yang kerja tetap sama.tidak bertambah malah mungkin berkurang.

Sebelum cari salah orang, selidik dulu salah diri sendiri. mengapa ini yang terjadi.

ishh betul2 tension sebenarnya...rase meluat ada tengok muka dia!..tapi cepat-cepat istighfar..

sangat berterima kasih pada Radhi sebab tadah telinga dengar saya pok-pek2 tiap kali balik kerja..ihihih
Saya jenis yang pendam marah, nangis dan hilang begitu saja...tapi tak pada kerja -kerja di ofis..masing-masing da ada tanggungjawab kan..so do it laa..

Nanti di kubur, mulut ditutup, tangan dan kaki yang akan menjawab amalan kamu tau. bertaubatlah!

Dulu memang ramai yang respek kamu, tapi tidak sekarang. Zaman kegemilangan kamu sudah merudum, dan teruslah mengampu orang atas tu!

bueekkk :p

Tuesday, October 18, 2011

Demam Nora Elena

Salam peeps..

Biarpun dah lama berlalu.
saya masih lagi demam dgn drama bersiri ini.
Rasanya sejak drama ini berakhir di TV3 tempoh hari, saya dah sekali khatam drama ni..ihihi


Sabtu lepas, habis cerita hindustan Doom 2 di TV3 saya belek-belek laptop,boring sebab Radhi keje petang. jari terus bukak folder Nora Elena. Start layan episod 1 dan mula start feeling..owhh terus layan. berhenti tika Maghrib dan sambung lagi sehingga cerekarama start. Stop Nora Elena sebentar..ihihi..

Ahadnya selesai semua kerja rumah dan setelah Radhi ke tempat kerja petang tu, saya start semula episod Nora Elena. hiihiih..Sekarang dah sampai episod 12, esok lepas masak tengahari sebelum ke pejabat untuk shift petang, boleh layan 1-2 episod..

Rasanya saya masih belum pulih dengan penangan Nora Elena ni..hihih..Novel Kasih yang suci pun saya ada beli, novel ni penangan dari kakak saya..ihiihih.. Saya beli secara online direct dari penulis, Meen Zulaikha. Siap ada signature penulis..ihihih


Senang cerita, semuanya tentang Nora Elena saya suka....ihiihh..
Dan sekarang saya sudah ada kesemua lagu-lagu yang ada terselit dalam drama Nora Elena..iihiihh..
Gigih mendownload...yang paling saya suka lagu nyanyian Sofaz bertajuk : Sesuatu yang berbeza

Meh saya share liriknya, mau dengar? , Youtube la yea..ihih


Ada sesuatu yang berbeza
Di saat ku lihat senyum manis mu
Ada sesuatu yang tak bisa ku ungkapkan
Di saat ku bertemu dengan dirimu
Satu keinginan terpendam di hatiku
Bermain di dalam rahasia cinta ku
(korus)
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku untuk cinta ini
Mungkin ini semua hanyalah perasaan
Yang singgah dan pergi meninggalkan ku
Satu keinginan terpendam di hatiku
Bermain di dalam rahasia cinta ku
(ulang korus)
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku

Part korus memang cair  ^_^

Thursday, October 13, 2011

Terjebak-> Segmen : What's in my bag?

Salam peeps..

Hari ni saya da terjebak dengan segmen What's in my bag.
Bermula dengan blog-> Yanie
Lepas tu blog empunya yang buat segmen -> Elin
last blog -> Leonora

hihihihi...kebetulan hari ni xberapa bz kat opis, saya keluarkan semua harta dalam handbag..
pinjam Sony Ericsson member sebelah..hihih

tadaaaaaa....


okeh, mulakan dari atas kanan ke kiri yea..

1) Purse *hubby belikan before kawen*
2) Buku Doa & Tips Keluarga *best ever *
3) atas buku : Lip Gloss from Elianto
4) atas buku : USB wire *memang dibawa kemana2 utk charge si Merah*
5) pendrive : yang putih 1G dr time study punye, yg hijau hubby belikan 8G
6) Minyak Yuyee Cap Limau
7) Kunci kereta with Patrick Keychain
8) Tisu
9) losyen baby Johnson
10) Stokin *haha, kdg-kdg opis sejuk gile*
11) Pen
12) Handphone :Cokia Nokia n Simerah tu Blueberry

Yang kecik-kecik je banyak.

nak tag ;


geng TTC! sile buat...ihihhih =)

Tuesday, October 11, 2011

Panduan supaya doa diterima oleh Allah

 Salam peeps...

Sedikit sharing  :)

1. Memahami dan mengerti akan maksud serta makna doa yang diminta. Kita boleh menggunakan apa-apa juga bahasa sewaktu berdoa asalkan kita memahami dan mengerti akan maksud yang diminta itu. Namun sebaik-baik bahasa yang harus digunakan adalah Bahasa Arab kerana ia adalah Bahasa Al-Quran yang diturunkan oleh Malaikat melalui wahyu yang datang terus dari Allah s.w.t. Selain itu semua doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah juga adalah dalam Bahasa Arab.

2. Berdoa dengan penuh keikhlasan hati serta merendahkan diri semata-mata hanya kerana Allah.

3. Berdoa dan meminta kepada Allah dengan sebenar-benar permintaan dan dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

4. Tidak berdoa dan meminta kepada sesuatu perkara yang mustahil, sesuatu perkara yang buruk atau pada perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa.

5. Berdoa dengan penuh khusyuk dan keyakinan diri bahawa doa yang di pohonnya itu akan diperkenankan oleh Allah.

6. Berdoa, bertaqwa dan bertawakal kepada Allah iaitu dengan memelihara dan menjaga setiap suruhan dan larangan-Nya.

7. Tidak pernah berputus asa didalam doanya sekalipun permintaannya itu lambat dimakbulkan oleh Allah malah sentiasa beristiqomah, sabar dan menyerah diri kepada Allah.


psstt: buat gang TTC tersayang, mari terus berdoa =)

Monday, October 10, 2011

Buat semangat berkobar-kobar

Salam peeps,

Sorry with the lack of entry sejak akhir-akhir ni.
Capek!
Tapi saya masih terus blog-walking ke blog anda semua ye antara sempat dengan tak je untuk meninggalkan jejak.

ini cerita agak basi, Alhamdulillah kakak saya da tamat pengajiannya selama 2tahun lebih. Da selamat pun grad dengan Master in Mechatronic Engineering..uhuh.. saya nampak betapa struggle kakak saya yang kami sekeluarga panggil yong. 

Menetap di Kota Bharu Kelantan, dan menghadiri kelas di UTM kampus luar (bangunan yayasan selangor di Kg.Bharu KL). Rutin biasa di Kelantan bekerja dari hari ahad-khamis. Setelah bergelar student, rutin bertukar Jumaat malam naik bas ekspress dari Kota Bharu, sampai KL sabtu pagi, rehat sebentar sementara menunggu kelas jam 2petang. Mujur rumah ibu saudara kami terletak di Kg.Bharu, disanalah rumah kedua Yong. Ahad malam naik bas semula dari KL ke Kota Bharu, sampai subuh di  Kota Bharu , rehat sebentar kemudian harus ke kolej menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Akademik di sebuah Kolej swasta seliaan UTM di Pengkalan Chepa. Begitula rutin Yong selama 2tahun lebih ini..

Inilah hasilnya

 Doa yang tak pernah putus dari Mama..


 Dorongan dan Semangat dari suami tercinta

Kesabaran anak-anak memahami situasi ibunya

InsyaAllah saya akan sambung perjuangan Yong di awal tahun hadapan, cuma masa saya lebih panjang sedikit dari yong. hihihi..Semoga Allah beri saya kekuatan fizikal dan mental untuk perjalanan itu. Ameen

Kalau Yong dengan sebegitu jauh boleh bersusah payah mencari ilmu, mengapa saya yang jarak lebih dekat dan masih belum punya zuriat ini tak boleh kan..kan kan? 

Monday, October 3, 2011

Perbezaan Kami

Salam peeps

Ini beza yang ketara buat saya dan Radhi.. Gambar bawah ni anak buah saya yang pertama.. Da besar panjang kan? iiihih... 


 lahir : September 1998

Ini pula anak buah Radhi yang sulung. hiihih..masih tergolek atas tilam kecil..Belum boleh berjalan lagi..


lahir : mac 2011

Owh itu tidak bermakna saya lebih tua dari Radhi. Cuma disebabkan saya anak bongsu dan Radhi anak sulung , ini perbezaan pada diri kami..

Bila berkumpul di rumah mak saya , panggilan diri saya jadi Mak Ucu.. dan bila pulang ke kampung Radhi, saya jadi Mak Long...ihiihih..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...