Sunday, January 15, 2012

14 Januari...

Salam peeps..

14 Januari 2012 genap sudah 5tahun saya menyulam cinta bersama insan tersayang yang kita suda sah menjadi suami selama 1tahun 7bulan seminggu 3hari..hihi

Ringkasnya, kami berkenalan masa belajar di sebuah institusi pengajian bawah Kementerian Belia & Sukan di Sepang Selangor.
Di hujung tahun 2005, saya menginjak ke semester 3 dan Radhi baru masuk sedang dalam minggu ta'aruf.
Menjadi kewajipan junior lelaki yang baru masuk akan dipendekkan rambut sehingga tinggal seinci sahaja. +.+
Di akhir minggu ta'aruf, saya dengan junior-junior sekolah elektronik, akan membersihkan kolam ikan di sekolah kami. ^_^
Rupa-rupanya ada mata yang memandang saya ketika saya asyik menangkap ikan dari kolam untuk dialihkan ke bekas lain. hik hik..
Tiba-tiba ada suara dari sekolah selenggara (maintenance) dengan muka tak malu bertanyakan nama saya. Saya pandang sekali imbas. 
Cess, baru masuk da gatal-gatal tanya nama senior..hahah *_^
Saya memang tak layan, dah la dialek pun cam ala-ala kelantan aje..tihihi.. 
*dat tyme memang berazam taknak pakwe orang kelantan* =)

Sejak hari itu saya memang perasan dia asyik pandang saya.. *mmg perasan giler!* 
Disebabkan saya ingat azam saya tu, saya buat tak tahu aje. Memang kalau boleh elak, saya elak untuk berselisih dengan dia bila berada di tempat kuliah.
Saya tak tahu dari mana dia tahu nama saya & dapat nombor telefon saya.
Budak lelaki kelas saya selalu cakap Radhi selalu datang bilik diorg bertanyakan hal saya, tapi diorg pun tak tahu dari mana Radhi tau nama saya & dapat nombor telefon saya. Masa tu memang pelik gila!
Korang ingat tak dulu kalau pakai celcom, boleh rakam suara dalam beberapa saat, then send to other celcom user secara free? haha..
Saya selalu dapat lagu-lagu dari Radhi dengan cara tu.haha
Dia suka indi band, so kebanyakkannya lagu indi la.
Dari situ kami start berSMS. Saya tak suka telefon, SMS ok. Dia akur! ^_^

Pernah dia ajak saya keluar, tapi saya cakap saya tak nak keluar dengan dia sehingga hari terakhir dia berada di kampus. ^_^
Dia terima dengan rela tanpa soalan lain. *masa ni hati dah dekat nak cair..hihi*
Jun 2006 dia start praktikal selama 3bulan. Tiba-tiba terasa pandangan saya kosong. Masa tu saya da semester 4. Dia praktikal di Kota Bharu, 3bulan juga saya tak nampak dia. Masa ni kami masih lagi berkawan. Bulan kedua dia praktikal baru dia telefon saya. Masa tu saya fikir dia dah tak ingat saya. So saya pun teruskan pengajian seperti biasa dan tiada lagi lagu yang diterima. huhu..
September 2006, dia kembali meneruskan pengajian setelah tamat praktikal. Hati tak keruan tatkala hari pertama nampak dia selepas 3bulan hilang dari mata. ^_^
Lepas tu, kami start rapat, setiap pagi sebelum dia sampai di kelas dia, dia akan lalu dikelas saya..hihi
Ingat tak iklan Fair & Lovely ~ tiap hari sayang! yang modelnya Anne Ngasri..ihii.Ingat tak cara suami Anne dalam iklan tu buat action tiap hari sayang..hiihi. dari jauh tangan tarik tekap ke dada..haha
Macam tu lah yang Radhi buat setiap kali dia lalu dan berhenti di pintu depan kelas saya. *saya duduk depan sekali dlm kelas* 
Kadang-kadang time pengajar masuk lambat/takda, dia datang kelas saya dengan muka slumber amek kerusi dan duduk depan saya. Dat tyme memang budak-budak kelas saya nak marah dah. haha.. tapi dia buat tak tahu aje.

Sehingga seminggu sebelum dia tamat pengajian, dia bagi saya ini. ^_^
Hati sangat terharu. Katanya dia start kumpul bahan dan buat lepas hari pertama dia terpandang saya di kolam ikan tu. 3bulan dia tinggalkan sebab praktikal jauh. 

Hari terakhir dia di kampus, lagu ini dia tujukan buat saya. ^_^

Padi-Menanti sebuah jawapan

Dan ketika itu, saya langsaikan janji saya pada dia untuk keluar dengan dia. :) Itupun saya dengan geng-geng rapat saya. Saya tidak keluar hanya berdua dengan dia. ^_*

Alhamduillah 14 Januari 2007, hati saya terbuka untuk menerima dia. Dan Alhamdulillah pelbagai dugaan silih berganti datang dalam percintaan kami, akhirnya 5 Jun 2010 kami selamat diijabkabulkan. 
InsyaAllah semoga percintaan & perkahwinan ini kekal hingga ke jannah dan semoga Allah makbulkan doa & harapan kami nan satu itu ..
Amin Yarabbal alamin.

I Love you till death hubby!

daa~

6 comments:

  1. alamak sangat lomantik la ini celita..oleh buat drama wooo..hehe

    semoga berkekalan yana, insyaAllah =)

    ReplyDelete
  2. haha..laju je ek nana.. =)

    InsyaAllah..thanx laling ^^

    ReplyDelete
  3. alolo very romantik.. lagu tu pun suka jugak.. hihih.

    semoga berbahagia hingga ke akhir hayat! =)

    ReplyDelete
  4. Romantiknya kamu!! Naik bulu roma tau baca cerita dramatis ni... betul kata nana, boleh buat drama ni.. tak pun, novel. laris punyaa.... hubby ida tak romantik pun! hihihihi

    *Semoga berkekalan hingga ke liang lahat!*

    ReplyDelete
  5. CikPuan Fara -> lagu tu best kan? ihih... thanx fara on ur doa =)

    ::EIDA:: -> haha..lomantik ler sgt! dl ms ngorat2 mmg lomantik eida..skrg, nan ado!..keh keh keh..

    trima kasih atas doa dr kamu. =)

    ReplyDelete
  6. so sweet!!!! kenangan indah yg sukar utk dilupakan..

    insyaAllah, ada rezeki utk yana & radhi utk ada zuriat sendiri..

    ReplyDelete

tulis jgn xtulis..hihi TQ Darl ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...