Tuesday, February 14, 2012

TTC - Usah ditanya soalan itu

Assalamualaikum readers..

Berkaitan status saya di FB..

tak nampak ek? hihi..siapa yang friend dengan saya di FB memang dapat baca..
Saya dah mula bosan bila orang tanya, tak ada isi lagi ke? bila lagi? planning ke?
Saya dah malas nak menjawab. Iye, setakat ini memang saya boleh jawab dengan hati yang tenang. Tapi bila dah selalu sangat orang yang sama aje bertanya, saya macam terfikir, ish tak ada kerja lain ke sampai nak jaga tepi kain aku hari-hari..
Siapa yang kahwin tak mahu anak? meh sini tunjuk kat saya!!
Kalau nak tahu, sebenarnya beratus-ratus orang yang ramainya yang dah kahwin setahun, 2tahun, 3tahun even ada yang dah kahwin 10tahun but still tiada rezeki untuk peroleh zuriat. 
Terkejut?
hmmmm...tapi itulah hakikatnya.
Saya ada join 2-3secret group di FB yang majoritinya adalah insan-insan dan wanita terpilih seperti saya untuk' berusaha lebih' peroleh zuriat sendiri.
Selama lebih kurang setahun saya berkawan dengan mereka, banyak yang saya tahu tentang kesihatan dalaman wanita.
Saya rasa ada orang yang bunting pelamin, tapi tidak tahu pun apa itu TTC, BD, BBT, malah ada juga sebilangan tu CD pun tak tahu. 
CD is the main thing yang setiap wanita berkahwin patut tahu!!!!!!!!
nak tahu? carilah sendiri...bagaimana kami yang TTC ni berusaha untuk tahu kesemuanya. anda pun patut begitu.
Jangan pandang loser pada diri kami. 
Anak itu harta yang Allah pinjamkan buat kita semua. Satu hari nanti DIA boleh tarik semula tanpa sebarang amaran!
Setiap manusia yang hidup dimuka bumi Allah ini akan diberi ujian. Ini ujian yang Allah tetapkan buat kami. Maka kami terima, hadapi dan berusaha.
Ujian bagi kamu dengan cara yang lain, so jangan dipertikai atau disoal kerna semuanya urusan Allah S.W.T

Hanya Allah yang tahu apa yang dijadualkan dan apa yang direncanakan.
Hari ni kita sihat, mungkin esok kita boleh berada diatas katil dalam wad di hospital atau mungkin tak sempat esok, kita boleh disembahyangkan dihadapan seorang iman dan ramai makmum.

Entry ni sekadar melepas apa yang terbuku didada, tiada niat menyakiti.
Semua rezeki datangnya dari Allah.
Ingatlah jangan terlalu mendabik dada..
^__________^

daa~



22 comments:

  1. Awak.. betul tu.. kkdg bila ada yg tanya soalan mcm ni, rasa macam nak cepuk jer mulut dia... kkdg eyza rasa down sangat bila jumpa makhluk2 yg tak faham macam ni... bila kita sedih, pastu bole tanya... "terasa ke akak cakap camtu?'.. kan ke soalan bodoh tu... cuba kalau dia kat tempat kita, agak2nya, nak ke dia ditanya camtu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah eyza, spesis yg macam awak ckp tu pun ade juge..haha die tanye die yg terasa sendiri..haha...hakikatnya hanya kita yg fhm..huhh

      Delete
  2. masalahnya eyza.derang tak penah paham.sbb derang tak berasda di situasi kita...haisyyy...sedih kan...

    ReplyDelete
  3. like entry ni..*kan best kalo blogger pon ade butang like..hehe*

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tau xpe..klu dimana2 ada butang like best..voley gitew?

      Delete
  4. xtau napa makhluk2 tu suka menyibuk kn? jg hal sndr dh la. tah apa yg dorg dpt bila bertanya n bila dgr jawapan kita ckp TAKDE.

    yana, kalu ckp hal ni smp minggu depan pn x abes. awk abaikan je la makhluk perosak tu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia suka kita menjawab soalan puaka diorg kot..walaupun diorg sndr dah tahu jawapannye..huhu..xbleh blah!

      mmg pun..rase nk delete je org tu dr hidup..haha

      Delete
  5. sabar ye laling.. mulut longkang mmg camtu..

    makcik fara ni lagilah.. dari dulu dok bertanya kt fara "xnk mengandung? ke.. mmg xnak anak eh?" pastu bila mak fara bitau dia, yg mak fara nk jd nenek.. terus dia ckp.. "bini fariq eh yg mengandung (fariq tu adik sy yg kawen arituh).. mak fara pun ckpla.."eh, bukanlah. fara yg mengandung".. tekejut dia.. boleh dia ckp "fara tu boleh eh mengandung?" Ya Allah, biadap sungguh. pikir dia makcik sedara je. kalu x mmg bergado kat situ jgk rsnya huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. adeh.. lg pedih bila sedara sndr mcm tu kan.. adoiilaaa...
      mintak dijauhkan jadi mulut puaka kt sedara sndr...hihih

      Delete
  6. Nak like sejuta kali this entry !!!!! =)

    ReplyDelete
  7. saya pun loikeee jugekkk macam eida..

    ReplyDelete
  8. weh, btl weh, aku tak tau pun menda CD, menda TTC, BD, BBT.. tapi aku tak penah nak rendahkan orang yg takde rezeki lagi sebab ada kuarge terdekat aku dah lebih 10 tahun kawin, still takde rezeki... Pun sama macam ko, selalu org tanya soalan yg buat hati diorang rase sakit & cam ko ckp, kita bukan tuhan nak tentukan bila rezeki tu akan sampai..
    Ko sabar banyak2 ek.. Insyaallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. ko xtau ek..klu ko nk tau.. ko gugel ek..wuwu..tu la pasal..doakan aku eyh.. thanx. :)

      Delete
  9. baca post Leeyana ni teringat zaman2 dina lps kawin... lps kawin sebulan pregnant, pastu miscarriage. pastu 3 bulan lps miscarriage tu pregnant lagi, then gugur lagi.. tau tak makcik2 makcik mulut jahat ckp ape, "kau ni rahim mmg x kuat. org mcm ko ni mmg susah nak dpt anak. asyik gugur je." slap!!! ouchh! dia terus buat diagnosis sendiri. kalah obgyn dina. pastu lps dh miscarriage 2 kali dina pun jadi serik nak ttc, doctor pun suruh rehat dulu. depa kata apa? "kalau ada masalah mcm ko ni, rahim x kuat, x yah laa nak planning2. lagi lama ko tunggu, lagi lama x dpt anak. nanti laki ko lari camne." haaa... jahat kan mulut org... ishhh biarlah org2 ni leeyana. org2 mcm ni mulut jahat x pernah syukur dgn nikmat Allah. mmg trend org melayu suka ckp benda2 x baik mcmni. lagi2 org2 dulu2. we're so better than that leeyana. dun let those words bring u down! ur gonna have a baby! when??? leave it to Allah, dia maha mengetahui. =) x kisah bila2 rezeki tu dtg kan... hugs hugs!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx Dina.. bersemangat bace komen awak.Sy suka bace entry2 awak..cume kdg xde idea tinggalkan jejak..ihih..

      yaa..its tipikal melayu kan.. mls nk layan..tp bile xlayan makin menjadi2.. menyamfah! haha..

      doakan sy yea dina.. hugsss...

      Delete
  10. Setiap yang berlaku ade hikmahnye. Siapalah kita untuk pertikaikannya. Allah lebih tahu ape yg terbaik utk kita.. Sabar byk2 ek? Eh, i pun nak join la group2 yg u join tu. invite i bole? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai nyomel.. thanx for drop by.. =)

      Yup itu semua kerja Allah.. u nk join? nnt add i kat FB ek..

      Delete
  11. Apa pun saya juga mengalaminya...huhuhu.. tapi saya tahu itu semua adalah perancangan yg terbaik dari NYA Yang Maha Esa... Moga kita yg sama situation akan terus berusaha dan berdoa untuk mendapat apa yg di impikan...Insya Allah Amin... Boleh jadik membe tak dlm fb...n terasa nak join group member yg senasib..if boleh...

    ReplyDelete
  12. TTC, BD, BBT, CD...erkkk..apa tu? hehehehe

    ReplyDelete

tulis jgn xtulis..hihi TQ Darl ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...