Followers

Monday, January 7, 2013

Weekend pertama di tahun 2013

Assalamualaikum..

Banyaknya cerita tertinggal tak diceritakan, tak dibebelkan kat blog ni..ampunnn!!
Semalam kononnya nak draft entry untuk straight publish minggu ni.
tapi nan hado!..

SABTU - bangun pagi - berdating ke pasar borong dengan member masa teknik dulu. Rumah kami satu kawasan! Sebelum pergi kerja, radhi da bagi RM50 untuk beli lauk,sayur sume la. Saya dok fikir lagi, eh cukup ke? Abeh dia cakap cukup. Saya ok je la. Sebab biasa pergi dengan Radhi je, pastu saya amek/pilih, dia bayar. Saya tak tau bape banyak dia keluar. Then lepas balik dari pasar, baru saya sedar. yesss memang cukup RM 50 tu pergi beli dan belah di pasar borong. Saya beli ayam seekor, ikan kembong 5ekor, ikan selayang 4ekor (da selamat bt asam pedas), udang setengah kilo. sayur kangkung, bendi, serai. Then brg kering ada sikit kentang (da selamat bt mashed potato), bawang holland, bawang putih, telur,roti masimo, serbuk dadih sekotak, ikan bilis. Tu je rasenye. Cukup RM50. Kalau pasaraya ni, jangan harap RM 50 dapat sume ni. 2minggu lepas kitorg shopping barang dapur kat Giant - hah hamek kau RM 245 kauuuu..huhu..ni Radhi yang menggatal nak shopping kat giant sebabnya dia malas nk pergi tempat biasa - Mydin putrajaya. Saya okey je mana-mana sebab ongkosnya dari poket dia..haha. Tapi bila dah time bayar tu rasa nyesal sebab tak pujuk jugak dia ajak pergi Mydin, sebab tak pernah kitorg shopping barang dapur sampai macam tu sekali. * Bila dah pergi pasaraya besauuu, mata meliar la macam-macam nampak kan? * haha

AHAD - bangun pagi jugak! :( pergi OUM amek modul untuk sem baru. Yeay! Da rasa jadi senior..haha.
Lepas ni da masuk course subject. so baru akan tau siapa yang menjadi classmate saya sampai berjaya dapat degree nanti. In Shaa Allah..
dengarnya kelas saya ada 2org je perempuan termasuk saya..yang lain- lelaki.. owh nooo..hopefully yg sorg tu berjaya melangkah hingga akhir , tak tarik diri di tengah jalan. Ada sorang akak yang baik dengan saya masa di sem 1 dl, dah pun tarik diri. Dia frust dengan assignment dia. Dah habis ayat saya pujuk, namun tak berjaya. Apa boleh buat keputusan di tangan dia kan?
Lepas amek modul, saya hantar cik white pergi mandi. Sian cik white tak berseri.hehe..Owh sebelum dihantar mandi tu, cik white terjun lobang. Terkejut saya, naseb "kaki depan" cik white xde pape. Cuakkk gilaaa! =_='
Then saya balik amek Radhi. BFF/travel partner kami ajak jalan-jalan cari pasal ke Gold Coast Morib. Saya okey aje, sebab rasanya dah lama tak meronggeng dengan diorang. Ok cerita Gold Coast Morib esok saya publish..heheh

Dah panjang karangan hari ni. haha..
Nak fikir balik ni nak masak ape plak.hehe
till then..

^_____^

daa~~

5 comments:

  1. eka kan yana. kalu gi pasar kat sini sokmo dpt eka yg tak elok, satu tak pandai pilih, dua... dernag ni suka sgt jual ikan yg tak fresh.so nak tak nak mmg kene beli kat mall.tiap kali shopping mingguan tak cecah seratus mmg tak sah la.itu belum masuk sabun ke shampo ke hape sume tu... haishh..lap peluh jap

    ReplyDelete
    Replies
    1. hik hik lawakla eka ni main lap2 peluh..ermm klu cmtu yana pun blasah gak beli kt mall..jnji fresh..ikan fresh ni manis kan.yana bl time blk kelantan, mmg akan dpt mkn ikan yg betuul2 fresh..hehe

      Delete
  2. ida suka g pasar borong.. gila murah kan... bawak rm50, berplastik plastik kita bawak balik...... yeay!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ida slalu g pasar borong cni kan? hehe mmg berplastik2..smpi berbekas kat tgn..hehe

      Delete
  3. rindu nak gi memborong kat situ...memang puas hati kan beli kat pasar borong tu!

    ReplyDelete

tulis jgn xtulis..hihi TQ Darl ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...