Tuesday, April 22, 2014

Wedding Preps..

Asslamualaikum...

Alhamdulillah legaaa rasanya exam dah settle. Paper semalam, so far aku puas hati... =)

tidakkk tidakkk..wedding preps seperti tajuk entry aku tu, bukan untuk aku.. Adik ipar aku, si Farid nak kahwin, InsyaAllah Ogos nanti. Yea farid baru grad dari Uniten November last year. Dan baru kerja sebulan di TNB Tasik Kenyir, then plan untuk kahwin. Mulanya kami ipar2 & adik-beradik yang dah kahwin macam agak tak setuju dengan keputusan dia untuk kahwin ni, yela sebab baru je sangat-sangat kerja kan. Tapi bila difikirkan, ape lah sangat aku nak menentang. Yang terbaik pun kami dah cakap so jalan terakhir, kami doakan yang terbaik saje untuk adik kami ni.

Dan sekarang, setelah 4tahun aku tinggalkan aktiviti weddings preps ni..aku seronok sangat nak buat segala mak nenek DIY dalam kepala aku ni. bakal biras baru aku, Anis kerja kat Putrajaya and dalam family dia, dialah yang pertama akan berumahtangga.. so dia banyak bertanya pada aku. sebolehnya aku bagi idea yang boleh aku share. aku terlebih esaited ok...haha..

InsyaAllah 2minggu lagi aku n radhi akan balik kampung (so sad balik time wikdays, habessss annual leaveku) - Radhi taknak balik time wiken sebab dia taknak ponteng kelas katanya. Bagusnya sayangku!..hehe..Haritu call MIL aku, dia dah plan macam-macam time kami balik nanti, ajak pergi seberang thailand cari kain buat baju family untuk kenduri, diskas untuk doorgift, and aku ade plan dengan adik ipar aku yang bongsu..surprise untuk Farid ms sambut menantu nanti..hehe.. sekarang kerja-kerja mengumpul bahan untuk surprise tu. Aku tak boleh bagitahu sini, sebab aku takut Anis baca blog aku..kekeke..

Ada lebih kurang 4bulan lagi menjelang majlis, aku mengidam nak pakai peplum nanti..kekek...Harap-harapnye sempat aku turunkan lagi more and more and more berat badan aku..chaiyokkkk!!! Tapi kalau dah sampai rezeki aku n Radhi, ditakdirkan aku pregnant takde makne la nak berpeplum...hehe InsyaAllah aamiin...

The most important thing yang aku agak esaited untuk berpeplum sebab.......


yeaaa...TURQUOISE....theme colour sebelah kami nanti..seingat aku, aku tak pernah pakai warna ni..disebabkan warna ni lembut, tu yang aku sibuk nak menguruskan badan lagi...heheh

^____^
daa~~


3 comments:

  1. hahhaha..same la dgn sue, org lain kahwin, kita yg excited..hahahah..
    spatutnya hujung tahun adik se kahwin, tapi postpone tahun depan..tapi sue dh survey2 dh segala pelamin, door gift..over nau.. hehehhe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum....semoga semua berjalan lancar, x kira la majlis siapa pun hehe... anyway saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog sy http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer....

    ReplyDelete
  3. wuuuuu warna turqoise . sukanyaaa ! semoga semuanya selamat . hehe. eksaited berpeplum ye kak?

    ReplyDelete

tulis jgn xtulis..hihi TQ Darl ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...