Assalamualaikum readers..
Berkaitan status saya di FB..
tak nampak ek? hihi..siapa yang friend dengan saya di FB memang dapat baca..
Saya dah mula bosan bila orang tanya, tak ada isi lagi ke? bila lagi? planning ke?
Saya dah malas nak menjawab. Iye, setakat ini memang saya boleh jawab dengan hati yang tenang. Tapi bila dah selalu sangat orang yang sama aje bertanya, saya macam terfikir, ish tak ada kerja lain ke sampai nak jaga tepi kain aku hari-hari..
Siapa yang kahwin tak mahu anak? meh sini tunjuk kat saya!!
Kalau nak tahu, sebenarnya beratus-ratus orang yang ramainya yang dah kahwin setahun, 2tahun, 3tahun even ada yang dah kahwin 10tahun but still tiada rezeki untuk peroleh zuriat.
Terkejut?
hmmmm...tapi itulah hakikatnya.
Saya ada join 2-3secret group di FB yang majoritinya adalah insan-insan dan wanita terpilih seperti saya untuk' berusaha lebih' peroleh zuriat sendiri.
Selama lebih kurang setahun saya berkawan dengan mereka, banyak yang saya tahu tentang kesihatan dalaman wanita.
Saya rasa ada orang yang bunting pelamin, tapi tidak tahu pun apa itu TTC, BD, BBT, malah ada juga sebilangan tu CD pun tak tahu.
CD is the main thing yang setiap wanita berkahwin patut tahu!!!!!!!!
nak tahu? carilah sendiri...bagaimana kami yang TTC ni berusaha untuk tahu kesemuanya. anda pun patut begitu.
Jangan pandang loser pada diri kami.
Anak itu harta yang Allah pinjamkan buat kita semua. Satu hari nanti DIA boleh tarik semula tanpa sebarang amaran!
Setiap manusia yang hidup dimuka bumi Allah ini akan diberi ujian. Ini ujian yang Allah tetapkan buat kami. Maka kami terima, hadapi dan berusaha.
Ujian bagi kamu dengan cara yang lain, so jangan dipertikai atau disoal kerna semuanya urusan Allah S.W.T
Hanya Allah yang tahu apa yang dijadualkan dan apa yang direncanakan.
Hari ni kita sihat, mungkin esok kita boleh berada diatas katil dalam wad di hospital atau mungkin tak sempat esok, kita boleh disembahyangkan dihadapan seorang iman dan ramai makmum.
Entry ni sekadar melepas apa yang terbuku didada, tiada niat menyakiti.
Semua rezeki datangnya dari Allah.
Ingatlah jangan terlalu mendabik dada..
^__________^
daa~





