Wednesday, June 27, 2012

Episod tak sabar!

Assalamualaikum...


3days to go! yabeda bedoooooo...

Minggu ni gi kerja pakai baju kurung aje la sampai jumaat.hihi
Tak nak pakai casual sebab semua baju yang selalu pakai tu, nak digulung masuk dalam bagpack.hihi
 Yes, sy mmg suka gulung baju masuk bag, lagi menjimatkan space rasanya.ihihi.
Backpack 'The North Face' saya hanya yang 45liter je. Itu yang saya punya.
Masa beli yang saya punya tu, saya cuma pendam dlm hati yang yang kaler merah. hihi..
Radhi nak kaler blueblack. Tapi rupanya, dia lagi cerewet dari saya. Dia tak jumpa yang berkenan di hati.
Sudahnya bag saya je dapat disambar.

Untuk terbang sabtu ni, saya pinjam lagi satu bagpack dari ofismate. Tu yang kecik je, saje kot-kot ade benda nak selit-selit bawak lagi..hihi..Saya tak minat dengan bag tarik-tarik ala-ala Akademi Fantasia tu..Susah dan menyusahkan..huhu.. 
Owh itu depend on yourself!
Saya lebih suka bag sandang dibelakang, lebih Rare! *rare la sgt..wewewew*
haha

Biarlah orang kata Kuching tak best pun! Saya pergi nak tengok-tengok tempat orang lantas melengkapkan edisi "RnR Jejak 1Malaysia"....
RnR adalah shortform untuk nama saya n Radhi..ihih
=)

^__^

daa~~


Friday, June 22, 2012

Rahsia surah Al-Kautsar

Assalamualaikum...




" Rahsia Surah Al-Kautsar "

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


^___^

daa~~

Thursday, June 21, 2012

Tazkirah 1 Syaaban

Assalamualaikum..


Tazkirah 1 Syaaban



p/s : special dedicated to all my TTC Corner friends.. sayang kamu! 
group hugs!

^__^

daa~~

Wednesday, June 20, 2012

Kakak saya nak jadi penulis

Assalamualaikum...

Meh nak share sikit pada sape yang suka baca novel online.hehe

Dulu cita-cita kakak saya, nak jadi penulis novel, tapi dah amek bidang engineering dan jadi pensyarah terpaksa tinggalkan cita-cita jadi penulis novel..hehe.. :p

Sekarang dia da ada blog. 
Dalam blog dia, dia da start menulis semula. 

Pada siapa yang suka membaca cerita/novel tu bolehla jenguk dan support kakak saya.

Ini link blog dia.


Kakak saya masih baru dengan blog. So jangan pening mencari sambungan cerita tu yea.
Tengok pada blog achieve yang senang.
Tajuknya : Tabahkah Aku.

Selamat membaca!

^___^

daa~~

Tuesday, June 19, 2012

Seindah sakura vs Dejavu di Kinabalu

Assalamualaikum..

Tak habis lagi demam seindah sakura saya.hihi.
Saya bukan peminat Fasha Sandha tapi saya memang peminat Fahrin Ahmad. Sebab ada Fasha Sandha dalam cerita Seindah Sakura tu, saya tak nak tengok pada mulanya ceita tu walaupun ada Fahrin Ahmad.hehe..

Masa episod ketiga tak silap saya, tv terpasang cerita tu saya tengah masak, Radhi pulak tengah sibuk dengan laptop dia. Saya cuma jeling-jeling je cerita tu kejap-kejap. Bila dengar lagu ost cerita tu, terus saya rasa macam nak tengok.hihi..Lagu-lagu dalam cerita tu best kan?
In fact saya dah pun jadikan salah sat lagu dalam cerita tu sebagai ringtone bila Radhi call..hihih..
Kami berdua download lagu tu then kitorg cut lagu tu untuk suit bait-bait yang saya nak..hihi..

Saya rasa cerita seindah sakura tu lah cerita pertama lakonan Fasha Sandha yang saya suka. Lakonannya nampak ikhlas dan tak la over macam cerita lain. Owh sorry pada big fan Fasha Sandha. It just my 2 cents...hehe jangan maraaaaa aaaaaaa...hihih

Novel seindah sakura, kakak saya yang akan beli.. kan yong kan? hehe..
nanti kita tukar ek?

Slot akasia yang baru ni ~ dejavu di Kinabalu. Alahaiiii saya kurng sikit dengan Aqasha. Dulu-dulu saya suka jugakla. Tapi sejak lagu gigit-gigit cuping telinga tu..dushhhhh terus jadi cam geli geleman ajo..haha..
Cerita ni baru satu episod. Semalam saya balik kerja penat rasanya,pastu kepala sakit. Start cerita tu saya baring, entah cemana masa Tiz Zaqyah jatuh terjelepuk kat Airport tu, saya da terpejam. Itu je last yang saya ingat.hehe.. Lepas tu hanyut, sedar-sedar Radhi kejut sebab nak azan Maghrib.hihi.. Saya bangun cuci muka, kelurkan ikan dari freeze nak defrost lepas tu saya solat maghrib. Memang tak ada feel nak tengok cerita tu lagi kot. Tunggu la kot-kot da sampai part tengah-tengah ke, boley layan kan..hihi

By the way, ini novel jugak ke ek?
Habisla semua novel diadaptasi. huhu..

Drama Bicara Hati kat Astro Prima tu pun tak habis-habis lagi kan? huhu


^__^

daa~~




Monday, June 18, 2012

Baca & korang pasti tersenyum..hihi

Assalamualaikum..

Adakah semasa kecil dulu korang pernah buat perkara perkara berikut?

1. Buka kipas meja , cakap dengan kipas sebab nak dengar suara bertukar.


2. Naik kereta dan tengok bulan. Ingat bulan tu ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari "handle", rasa hebat.
4. Masa sekolah, ade orang bagi milo percuma, lepas ambil sekali menyamar jadi orang lain, ambil milo lagi sekali.
5. Masa sekolah, ade orang dtg jual vitagen/susu/buku/barang, bawak balik list, mintak duit nak beli kat mak bapak.
6. Lukis burung guna huruf M atau V
7. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit
8. Masa kecil fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --->

9. Tutup pintu peti ais perlahan lahan, sebab hendak tengok lampu peti ais padam.


10. Kalau tak siap kerja sekolah , sengaja tinggalkan buku latihan di rumah.
11. Pergi dekat peti ais tempat freezer atas tu dan bubuh muka kasi sejuk.


12. Main game Pacman atau Mario
13. Main lubang tikus
14. Mintak biodata kawan2
15. Kalau pergi shopping mesti pergi tempat TOY dulu.
16. Buat jet kertas


17. Tengok Power Rangers, Flashman, Maskman, etc.
18. Lawan pemadam
19. Penggal/Tuju selipar

20. Main bubble wrap
 - ala yang plastik gelembung-gelumbung yang selalu ada dlm tin biskut tu.hehe..


Mesti korang senyum-senyum baca semua ni kan, pastu teringat korang benda-benda ni kecik -kecik dulu..hihi


^___^

daa~~


Friday, June 15, 2012

Rezeki hari Jumaat

Assalamualaikum..

Rutin hari jumaat bila kerja xbz adalah telefon mak mertua saya.hihi
Minggu lepas tak sempat telefon pun, sebab kebizian yang teramat sangat..huhu

Saya telefon tadi, mak mertua tengah masak lauk nak bawak pergi asrama adik ipar saya yang bongsu lepas abah balik solat jumaat.
Borak-borak punya borak, saya cakap la yang kami akan balik kampung untuk sambut puasa nanti. Tapi mungkin tak balik lama la. Buka puasa hari pertama dirumah mak mertua, buka puasa hari kedua dirumah tok Radhi di kampung sebelah. Lepas berbuka, siap-siap solat terus balik KL, sebab Isnin tu nanti mak saya pulak nak berangkat menunaikan umrah. huhu dah siap planning semua.
Harap-harap dipermudahkan =)

Lepas borak pasal puasa tu dengan ma, ma cakap dia ada hadiah untuk saya. Wahhh dalam hati da girang gumbira.haha...
Saya tanya hadiah apa pulak? Ma cakap saje nak kasi hadiah kat saya. Dia cakap, dia tengok saya tak ada lagi benda tu, so dia beli la untuk saya.huhu

Nak tau ape benda tu?hehe
jeng jeng jeng....

"Seutas rantai emas"

(^__^)

Saya memang tak sangka sangat. Dan mungkin mak mertua saya ada instinct kot. Saya memang tengah kumpul-kumpul duit nak beli rantai emas. tapi selalu je la lari ke lain budgetnya..hihi..Ditambah pulak harga emas melambung.huhu..Tapi saya tahu itu kehendak, bukan keperluan.
Nak buat emas jadi aset pelaburan pun, saya belum terbuka hati lagi nak buat benda-benda tu semua. 
Sebab tu saya takla terkejar-kejar sangat untuk simpan duit beli rantai. hehe..Tak ada siapa pun tahu saya simpan duit untuk beli rantai, Radhi pun tak tahu, cuma dulu lepas kawen saya cakap kat dia, duit mas kawen yg dia bagi tu saya nak buat beli rantai, tapi kena tambah lagi la. Dia cuma kata, ikutlah!.huhu
Dan saya rasa dia pun dah lupa pasal itu..huhu

Segan pulak dengan mak mertua.hihi..
Saya tahu dia ikhlas sebab dia memang suka benda-benda camni. Cucu pertama dia tu pun, dia bagi set set rantai dengan gelang. Telinga pun da kena tindik tu seawal umur setahun.hadiah hari jadi aritu, tokma bagi.hehe

InsyaAllah ada rezeki lebih nanti saya bagi hadiah kat ma pulak. Sekarang ni budget untuk tambah duit belanja untuk mak ke umrah. Saya cuma berharap mak selamat pergi dan selamat pulang. 
Hanya satu yang saya nak minta mak buat untuk saya disana nanti, doanya agar saya dikurniakan zuriat.

^__^

daa~~





Thursday, June 14, 2012

Otak anda boleh rosak apabila.......

Assalamualaikum..

Sedikit sharing apa yang saya baca dalam diari saya yang ini <KLIK>..

Otak anda boleh rosak apabila....

1 )Tidak mengambil sarapan pagi - Bila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dlm darah akan jadi rendah. Ini akan akibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikan otak kurang aktif.

2) Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3) Merokok - Asap rokok akan akibatkan sel-sel otak terjejas  atau terbakar dan boleh akibatkan penyakit Alzheimer.

4) Penggunaan gula yang berlebihan - pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain itu akan menggangu perkembangan otak yang sihat.

5) Pencemaran udara - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dlm badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan kurangnya bekalan oksigen ke otak.

6) Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh akibatkan sel-sel otak kita mati.

7) Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan akibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8) Membiarkan otak bekerja semasa kita berada dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9) Kurang berimaginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimaginasi boleh sebabkan tahap kecerdasan/ keaktifan otak menurun.


^__^

daa~~

Tuesday, June 12, 2012

Belajar menjahit

Assalamualaikum..

Dah tak lama nak puasa. Puasa ganti belum habis.huhu..teruk kan? ngeh ngeh
Puasa nanti mak nak pergi umrah so tolak 2minggu, hanya ada 2 minggu sempat buka puasa dengan mak.

Tahun ni saya berazam nak jahit baju raya sendiri. hee~~
Yea mak saya tukang jahit. Dulu, baju sekolah pun mak yang jahitkan.. seronok! hehe
Since mak dah duduk kajang dengan kakak, entah cemana boleh terdetik dalam hati saya nak belajar jahit baju dengan mak. Rasanya rugi yang amat tak tauhu menjahit sedangkan mak sendiri tukang jahit. Orang lain sebok pergi kelas menjahit sana sini,saya benda yang dah ada depan mata pun tak mahu mencuba.

Saya memang dah take note yang kakak memang sangat-sangat tak minat untuk menjahit-jahit ni. Kakak teknikal sikit, lagipun gaji riban-riban tak kisah pun nak pergi upah orang jahit baju bilamana satu hari nanti mak dah tak ada. :(
 Lagi pulak, kakak kurus selim melim,beli baju ready made pun boley!..hehe
Saya 'sihat walafiat', so nak cari ready made tu agak cerewet sikit. hehe

Awal lagi saya dah bagitahu mak nak belajar jahit baju. Of course la mak sambut niat saya dengan bangganya. Ada jugak penyambung warisan mesin jahit dia tu nanti.hehe
Lepas dapat jahit baju sendiri kire oraitla kan..hehe..

image credit to google


Saya dan Radhi dah decide warna untuk baju raya tahun ni. So tunggu gaji nanti, bermulalah sesi pencarian kain untuk buat baju raya saya.hehe.. tahun ni saya nak pakai cotton la..hihi
Mula-mula ingat nak pakai kain yang sama untuk buat baju melayu Radhi, then saya nak tambah border lace pada baju tu, tapi fikir-fikir balik, warna baju yang kami pilih tu macam tak sesuai untuk saya pakai selalu.haha..So saya pilih cotton yang bercorak..
hehe..

Ok cerita baju raya, di entry lainlah nanti..huhu.
Saya tak sabar nak guna mesin mak tu nanti..
Mesti macam-macam lagi yang saya nak jahit..hehe

^___^

daa~~


Monday, June 11, 2012

London vs Australia ^_*

Assalamualaikum..

Malam tadi masa dalam perjalanan balik dari rumah abang saya, kami borak-borak pasal kerja. Plus dari Sg.buloh ke saujana putra agak sunyi, yela time tu dah pukul 1245tgh mlm. Mungkin ramai juga yang dah tido dan ramai yang dah terpaku depan TV tengok Euro 2012.hehe..Tengah-tengah jalan yang sunyi tu, ada jugak la sekumpulan mat rempit dengan motor RXZ buat aksi superman atas motor dengan laju ke kiri-ke kanan jalan. Saya kalau nampak mat rempit camni, memang macam-macam yang keluar dari mulut saya. Nak sangat tengok diorang tergolek depan mata, Padan muka.. menyusahkan orang je!

Dah lepas tgk aksi spiderman yangtak bertauliah tu, terkeluar dari mulut Radhi, suh saya tengok tiket flight ke London. Dalam hati masa tu dah terfikir, demam kot suamiku ni..hehe..
Saya tanya dia nak buat apa? Dia jawab,
" Ayang tengok aje la, abang nak jejak kaki ke sana,"
Saya senyum- senyum kambing pandang dia yang tengah drive tu..hehe
Mungkin dia pun dapat rasa saya tengah, menganjing dia , terus dia cakap.
"Abang cakap betul-betul ni, tak main-main" dengan muka serius.
Saya pun layan aje la.tapi dalam hati nak gelak jugak..Saya tak pernah terfikir yang dia akan cakap macam tu.
Apa pun saya tetapkan doakan impian dia tercapai.hehe. *semestinya dia tak kan tinggalkan wife dia ni kan :p*

Kebetulan pagi ni di ofis, saya tak ada banyak access yang perlu dibuat ad-hoc, cuma ada yang follow up saje, so saya bukak la web MAS. Sekali tengok perghhhh nak terkeluar bijik mata tengok flight return utk sorang..uhuh..Memang saya tak mengharap pun pergi sana, macam membazir. Saya dan suami bukanlah yang berpendapatan hingga 4k sebulan..huhu..Tapi saya tetap akan sokong impian Radhi tu. =)
Dah tengok tiket pergi London, saya cuci mata pulak bukak web Air Asia.
Saya tengok tiket ke Gold Coast. Hurm agak okla kalau kena dengan plan untuk jangka masa panjang. =)

Saya text dekat Radhi dengan apa yang saya tengok tu.hehe
Untuk London tu dia cakap paling awal 2014 boleh pegi, lepas tu saya propose pulak dekat dia apa yang saya tengok di web Air Asia tu..hik hik..

Dia balas, " kalau Australia, tengah tahun depan ke takpun nak dekat-dekat salji turun ke bleh la kalau ayang nak pegi"
Weeeee dalam hati hanya tuhan yang tahu, walaupun benda tu rasanya mustahil. Tapi saya sangat berbesar hati sebab suami berhajat nak bawak saya melencong melancong ke negara omputih..hehe

Saya tak pernah minta dia bawak saya keluar negara, apatah lagi ke negara mat salleh. Saya tahu dimana kemampuan kami berdua.Banyak lagi benda-benda yang lagi penting.
Tapi saya sangat-sangat terharu dengan niat suami saya itu.
Impian saya cuma ingin menjelajah 1 Malaysia, jika diberi rezeki lebih alhamdulillah saya terima jika DIA izinkan kami tengok negara orang =)

Jika ada pun rezeki itu, saya rasa nak propose untuk buat IUI berbanding ke Australia.hehe
Apapun hanya DIA yang tahu sejauh mana layaknya kita untuk semua rezeki dariNYA.

^_^

daa~~

Friday, June 8, 2012

BE Pertama, Tq Nuffnang!

Assalamualaikum..

Rasanya dah 3-4 bulan saya tak tengok-tengok pun akaun Nuffnang saya. Sebab saya memang tak amek kesah sangat pasal earning-earning ni. haha..Tapi saya seronok tengok earning blogger lain.hehe
Dulu saya pernah cuba nak dapat BE, tak tak dapat pun. At last saya give up, berblog ikut suka, ade idea ada mood saya update.hehe

Lepas terjah blog Zana tengok dia ada update pasal BE dia, teringat pulak saya dah lama tak bukak tengok akaun nuffnang saya. First sekali biasa saya bukak nuffnang saya, saya tengok kata kekunci apa yang orang lepas masuk blog saya. hehe..Kadang-kadang boleh tergelak tau tengok kata kekunci yang dicari..haha..Lepas tu saya tengok analitik. =)

Tadi, ofismate saya datang meja saya, dia tanya berapa dah ada duet? Saya baru teringat nak tengok duet. haha..
Ingatkan masih ditakuk lama atau pun bergerak dalam seringgit, tapiiiiii..beringgit-ringgit yang naik..Alhamdulillah..Sepanjang 3tahun berblogging, pertama kali saya dapat jumpa BE menari di blog (bak kata zana) saya..hehe

TQ NUFFNANG!!!! 
senyum lebar..
^___^


Thanks untuk BE Kimberly Clarke Kotex, RHB Internet banking GSC & UP Madagascar 3..hihih..

Semangat pulak nak mengupdate..huhu..

^_^

daa~

Thursday, June 7, 2012

membebel

Assalamualaikum..

Malam ni saya nak bebel hal balik kerja petang semalam. huhu..
Semalam balik kerja, pecut jugakla takut jam kat traffic light nak masuk equine tu.
Sampai aje kat susur masuk Equine tu, perghhh dah panjang beraturnye kereta, nyesal tak masuk SKVE ikut 16 Sierra..huhu..Ape boleh buat, beratur jugakla saya, sambil layan radio. 

Saya memang tak suka beratur kat situ time balik kerja, sebab kereta yg dah lambat suka sangat cilok-cilok potong barisan, pastu jadi sampai 4barisan kadang-kadang.
MENYUSAHKAN!!! 

Tengah syok-syok saya layan radio, tiba-tiba sebijik kereta Kelisa Silver WMC 5*42 cucuk depan kereta saya nak potong tanpa bagi signal. Saya memang tak suka orang cucuk-cucuk nak potong lane tak bagi signal. Kalau bagi signal saya boleh consider lagi untuk bagi laluan dia masuk depan saya. Saya memang terkejut sangat time tu, naseb sempat tekan brek, terus saya tekan hon, yang buat lagi saya nak marah tu driver tu perempuan dan ada member dok sebelah jadi co-pilot. Ape salahnya co-pilot tu angkat tangan kat saya minta laluan nak masuk depan ke, kan? Lepas saya hon tu, saya tekan brek terus kelisa tu masuk depan saya,kali ke-2 yang buat saya hangin sangat, lady driver tu boleh angkat tangan tunjuk FU*K dekat saya. Kali kedua terkejut!
Terus saya angkat tangan tunjuk penumbuk pulak kat dia.haha...

Saya tak sangka sangat perempuan yang bertudung tu  boleh tunjuk isyarat macam tu dekat saya. Sangat-sangat tak malu okeh!!! Saya pandang kereta sebelah kanan saya, brother bawak wira. Dia geleng-geleng kepala sambil senyum kat saya. Mungkin dia pun nampak isyarat yang driver kelisa tu buat. Saya pulak yang malu.

Saya tak kisah kalau dia nak balas hon saya sekuat-kuat hati pun. Tapi saya memang pantang orang buat isyarat-isyarat macam tu. Paling saya kesal datangnya dari seorang perempuan yang bertudung dan saya kira sudah bekerja. Sepatutnya fikiran lebih matang dan be professional. Rugi je beli kereta yang lengkap dengan signal tapi tak guna. Mana hilangnya nilai-nilai murni dan adab masa dijalan raya. Bila dah kena langgar orang lain disalahkan, tapi tak sedar diri sendiri yang salah!

Bagi saya, kalau dah jam tak payah nak rebut-rebutla, tak kemana pun perginya. Nak cepat sangat terbang aje..huhu..


^__^

daa~~

Wednesday, June 6, 2012

Wordless Wednesday

Assalamulaikum...

ini screen shoot smlm  =)

Alhamdulillah...

Saturday, June 2, 2012

Tak sabarrrrr....

Assalamualaikum..

Tengok ticker ni:
v
v
v

Hati dah bergelora nak pergi bercuti. Kepala dah serabut dengan macam-macam hal. Rasanya terbang je flight nanti, nak lupakan segala yang terjadi kat sini. Otak takmo fikir apa-apa selain berjalan bersama sidia yang tersayang. ^_^

Badan penat!
Otak penat!
Mata lagi penat dengan schedule site access yang banyak lagi tak settle..phewww..

Saya paling tak suka bila bukan salah saya, tapi disebabkan kerja dalam syarikat yang besar, saya yang menjadi mangsa. Hello!!! pergi marah orang yang sepatutnyalah! phuiiiii..choiii betul!!!

Cepatlah hujung bulan, saya nak bercuti..hihi. Semoga tiada aral melintang diwaktu itu nanti..amin..

^_^

daa~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...