Assalamualaikum..
Sedikit sharing apa yang saya baca dalam diari saya yang ini <KLIK>..
Otak anda boleh rosak apabila....
1 )Tidak mengambil sarapan pagi - Bila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dlm darah akan jadi rendah. Ini akan akibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikan otak kurang aktif.
2) Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3) Merokok - Asap rokok akan akibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh akibatkan penyakit Alzheimer.
4) Penggunaan gula yang berlebihan - pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain itu akan menggangu perkembangan otak yang sihat.
5) Pencemaran udara - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dlm badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan kurangnya bekalan oksigen ke otak.
6) Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh akibatkan sel-sel otak kita mati.
7) Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan akibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8) Membiarkan otak bekerja semasa kita berada dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9) Kurang berimaginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimaginasi boleh sebabkan tahap kecerdasan/ keaktifan otak menurun.
^__^
daa~~
No comments:
Post a Comment
tulis jgn xtulis..hihi TQ Darl ^_^