Friday, January 23, 2015

TTC : Mencari kekuatan

Assalamualaikum...

Hari ni saje nak share sikit dalam blog ni. Selalu aku bercerita hal TTC dalam blog lebih private.

Tahun 2015 ni masuk tahun kelima aku berkahwin dan 5tahun jugaklah aku berusaha untuk peroleh zuriat. Hanya tuhan yang tahu dan mereka yang merasai akan tahu jatuh bangunnya semangat, kekecewaan bila period menjelma. Aku bersyukur punya keluarga dan keluarga mertua yang tak pernah mempertikaikan soal zuriat ni. Cuma mungkin mereka kurang memahami. Dan bagi aku kalau tak faham, lebih baik diam dari berkata-kata yang mungkin akan buat seseorang tu kecil hati. Soal zuriat ni adalah rezeki dari Allah S.W.T. Mungkin kita rasa kita telah berusaha sehabis mungkin dan meminta doa agar dimakbulkan impian menjadi ibu dan ayah, tapi hanya DIA yang tahu bila waktu dan ketika sebenarnya.

Terus terang aku cerita memang aku tak banyak berkongsi dengan family aku sendiri atau family mertua berkenaan hal TTC aku. Ikhlas dari hati aku cerita, memang susah bagi orang yang tak mengalami pengalaman sebegini untuk betul-betul faham tentang hal-hal berkaitan TTC. Aku banyak bercerita, menangis dan mendapat semangat dari kawan-kawan yang senasib terpilih untuk dugaan sebegini. Even dengan kawan baik aku di pejabat pun aku jarang bercerita hal ini.

Kalau nak dihitung entah berapa baldi dah air mata mencurah-curah. Memang selalu aku dengar dan terima nasihat supaya keep positive, berdoa pada Allah...tapi untuk terus keep positive, sangat-sangat perlukan kekuatan dari dalam. Aku belum cukup kuat untuk itu. Kadang-kadang bila sunyi duduk rumah time weekend, masa tu la syaitan datang mengganggu untuk meratapi nasib diri. Akhir-akhir di terlalu ramai rakan-rakan sekolah, rakan-rakan belajar, rakan-rakan kerja yang beranak dan menambah anak, hampir setiap hari bila aku buka FB dan instagram, majoritinya adalah gambar anak. Pernah aku terfikir untuk tutup saja akaun aku di FB untuk menjaga hati sendiri. Cuma buat masa ini, aku limitkan waktu aku buka FB dalam sehari. Kalau tiada notification memang aku jarang buka FB dan di instagram aku lebih banyak follow insta shop untuk menjamu mata.hehe

Cuma 1 yang aku bersyukur walau masih tiada anak, aku dapat puas bermanja dengan suami. Bila bercuti, masih lagi dalam mood honeymoon.

Usaha tetap usaha. Cuma bagi aku kalau tak merasa janganlah ditambah kesedihan buat mereka yang mungkin sedang redha dengan ujian ini. Pepatah 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul' memang sesuai sangat digunakan. Bukan senang nak tahan hati dari menangis depan orang, bukan senang nak dengar tohmahan orang dan bukan senang nak terima kenyataan dari doktor bila doktor bagitahu masalah yang dihadapi atau ada juga yang tiada masalah cuma mungkin masanya belum sampai. Sebab bagi aku bila ada masalah, kita tahu ada ubatnya ada penawarnya tapi bila tiada masalah, cuma SABAR adalah penawarnya.

Kadang-kadang bila sedih, aku sebut sebanyak mungkin kata-kata Ustaz Kazim Elyas agar sentiasa tersemat di hati untuk terus redha, 'orang yang tiada anak, di akhirat nanti Rasulullah tunggu di pintu syurga' .

Semoga ada rezeki kita untuk menjadi ibu di tahun 2015 ini.. aamiin...

^__^
daa~~

Wednesday, December 31, 2014

Sepanjang 2014

Assalamualaikum..

Just making short note untuk summarize kisah kehidupan aku 2014 ni.

Studies

Alhamdulillah dah separuh perjalanan aku buat degree ni. Ada separuh lagi perjalanan yg lebih mencabar sebabnya subjek-subjek yang tough-tough je tinggal. Alhamdulillah Radhi dah complete dia punya Chargeman A4 dua minggu lepas. Transkrip dan sijil official belum keluar tapi keputusan dan secara tak rasmi dah dapat. Congrat hubs!

Kerja

Nothings change!! Masih begitu juga. Masuk kerja 8.30am balik kerja 5.30pm and once a week wajib OT. Kalau aku rajin aku OT, kalau tak aku sedekah je kat teammate yang memerlukan kewangan lebih. Radhi pulak lepas habis kursus Chargeman A4 aritu, dia dapat offer kat 1 tempat di Glenmarie. Lega jugak aku, so far dah 2minggu dia start kerja sana, tengok dia happy je. Kalau tak, tak keruan cari kerja sana sini sebab tempat lama dia spoil gila. Suamiku workaholic, dapat aku buat kerja lepas tanggungjawab aje sudah. Aku tak suka stress tempat kerja, sebab banyak benda lagi aku nak fikir. Stress Belajar, stress kemas rumah, stress duduk umah sorang2. haha..So biar suami je cari duit lebih, pada aku rumahtangga lagi penting sebab once aku penat n stress dr luar rumah, ape pun tak jadi.

Diet

Awal tahun aritu aku gigih berdiet atkins, memang aku lost about 5-6kilos within 3weeks. Then bila dapat result gitu, mula la cepat puas hati. Bila sampai puasa then raya, maka ke laut dalam la diet aku. Since October aku start balik diet tapi atkins on off, then aku masuk studio beraerobik semula. Alhamdulillah tak de la naik mendadak berat aku, cuma kejap naik kejap trun. Boleh dikira statik la kot. Sekarang aku tak berapa berdiet sangat, cuma beringat je bila makan sebab keadaan aku dalam seminggu dua ni tak membolehkan aku gigih berdiet so carry forward la, ape lagi...hehehe

Anak

Masih berdua sehingga ke 31 Disember 2014 ni. Usaha masih diteruskan namun aku tak nak ulas panjang dalam blog ni, sebab aku ulas pasal ini di blog satu lagi yang lebih private. Di sana aku kira lebih terbuka aku berbicara bersama mereka yang lebih memahami. Maaf! Cuma doa aku pinta, permudahkan usaha kami suami isteri untuk peroleh zuriat dan merasai menjaga dan membesarkan amanah Allah yang itu. =)

Tu je kot yang boleh di summarize kan. Owh wishlist yang kat sebelah tu, insyaAllah next year 1 atau 2 dah boleh slash  dah.. InsyaAllah aamiin aamiin aamiin...

Harapan aku untuk tahun 2015 ni, semoga ikatan kasih sayang antara kami suami isteri sentiasa utuh dan teguh menghadapi ujian dan dugaan yang datang , termakbul segala impian dan doa kami.

S E L A M A T     T A H U N    B A R U     2 0 1 5!!!!!

^___^
daa~~

Wednesday, November 26, 2014

Studio Aerobik Wanita di Equine Park

Assalamualaikum...

Ada 2-3 orang dah whatsapp aku tanya pasal tempat aerobik... huhu..dulu ade sorang tu, tanya aku tempat aerobik yang aku pergi tu. Masa tu tempat lama yang aku pergi dulu, yang ada aku bagitahu dalam entry aerobik dulu-dulu tu dah TUTUP tau..(malas nak cari link entry dulu)... aku da delete conversation and tak save number so tak dapat nak bagitahu dia tempat aku baru pergi ni..sorry ye..

Lama jugakla aku stop aerobik, aku ada cari tempat aerobik baru, tapi almost yang aku jumpa semuanya berpakej dan nk murah kena jadi members. Aku ni susah nak commit dengan masa kalau aerobik malam, or weekend sebab aku setiap minggu kena OT at least sehari, weekend kelas.. So akalau aku tak datang sebanyak mana kelas yang aku kena bayar tu macam rugi je. Nak bayar walk-in sejam RM20 macam mahal la pulak. Ade je aku dah jumpa lama walk-in zumba ke step board ke, hi lo body toning ke, sekali datang RM20/sejam.

Pastu aku try cari-cari lagi and tanya geng aerobik dulu, ade sorang instructor tu dia bagitahu mana tempat dia ajar lagi, memang dekat dengan umah aku dan paling penting studio tu tak ada buat membership or pakej. Ko nak datang, ko datang je. Ko taknak datang takdehal. Walk-in RM 15/sejam, kdg2 lebh sejam gak..


Ni Facebook Studio tu.. Admin akan update kalau ade kelas setiap Isnin or Jumaat pagi, sebab kelas pada hari Isnin dan Jumaat malam... Biasanya Isnin - Step board, Hi-lo dan Body Toning, Jumaat pulak Zumba. Sape nak gedik-gedik joget, so harinya adalah Jumaat malam...hehe.. Kalau nak peluh berjejes lencun bagai, hari isnin malam. Zumba tu basah berpeluh gak, cumanya bagi aku fun-fun la, seronok bergedik-gedik..haha

Pape nak tanya boleh direct Call/Whatsapp Kak Rozi : 012-2355891

Kalau datang studio, cam muka aku tegur-tegur la tau.. C yaa!

^__^
daa~~

Sunday, November 2, 2014

To anonymous yang tak pandai nak copy resepi aku...

Assalamualaikum..

Aku dah lama tak tengok comment kat blog sbb kadang tak masuk notification kat email aku, so takde la plak aku nak bukak entry aku satu-satu cek ade orang komen ke tak.
Tadi, aku bukak la balik resepi kek gula hangus aku dulu, sebab aku nak buat kek tu. Tetibe ada banyak komen rupanya semua dari anonymous. Dari komen-komen tu ade 1 komen dari cik ke puan tah yang tak bernama, agak macam tak puas hati sebab tak dapat nak copy resepi tu. Malas tulis mungkin!

Yes memang aku activekan button yang tak boleh copy guna right click mouse, SEBAB...aku tak mau org copy image personal aku. Tapi aku rasa yang words-words tu ada cara lain lagi korang boleh copy dan tepekla kat mane korang nak tepek. Tak kan itu pun mau ajar..Len kali bahasa tu mau cantik sket la kalau nak komen kat blog orang, berbahasa sket ye. Aku dah delete dah komen tu, sebab aku rasa aku tak pernah nak komen keji2 kat blog orang, tak suka tak payah komen!!! Aku pun kalau tak suka, aku tak pernah nak komen buruk-buruk even tak suka pon aku baca je.

Untuk Cik/Puan Anon tu, meh aku nak ajar...lain kali buat camni... highlight semua words yang cik/puan nak tu, pastu tekan la Ctrl + C kat keyboard cik/puan ye. Then bukak la microsoft word ke notepad ke, tekan la Ctrl + V... dapatla cik/puan copy and paste ape yang cik/puan nak tu. Sekian.. Lain kali tak tahu bertanya, tak payah nak buat ayat tak bagus camtu. Lagipun banyak lagi blog yang bagus-bagus bagi resepi ni. Aku pun kalau ambil resepi dari blog orang lain, kebiasaannya aku salin balik sbb nak paling ringkas ayatnye.

Takpela cik/puan anon, aku maafkanla.. lepas ni jangan buat camtu kat blog sesiapa pun. Tak Baik tau!!!!

daa~~~

Thursday, October 16, 2014

Virgin Coconut Oil (VCO) Catalyst

Assalamualaikum....

Ni nak update, VCO dah kembali..hehe..dulu aku memang penjual dan pemakan tegar VCO  Catalyst ni. Lepas tu aku susah nak dapat stok dari stokis yang aku ambil. Sekarang dah jumpa stokis lain. Alhamdulillah lepas ni, stok sentiasa ada.

Haa meh nak cerita, VCO dan upgrade tau. Sekarang dah ada 4 jenis, pertama of course yang biasa dulu dan yang paling penting harga tetap sama!!!! 

Kalau nak tahu perbezaan yang aku rasa lepas makan VCO ni, bolek klik label VCO dalam blog aku ni.

So ni aku share jenis-jenis VCO dan kebaikannya sekali..



Ini adalah VCO yang biasa aku makan.. ada jenis capsule dan cecair.
Harga RM39.90
Kapsul 60biji yang cecair 150ml






VCO yang baru adalah VCO with Apricot, VCO with Argan oil & VCO with Pomegranate
Harga bagi ketiga-tiga ni sama, RM 65 untuk 60biji

Nak order or nak bertanya boleh call/sms/ whatsapp no aku 011-32345814 ataupun boleh
email aku : leeyanaradhi@gmail.com

COD : Equine Park ::Puncak Jalil :: Cyberjaya :: Putrajaya
Postage : Seluruh Malaysia


Monday, October 13, 2014

Hari Ke-3 di JB - JPO here i come!!

Assalamualaikum...

[ muahaha..hari ke2 dalam draft lagi.. ampun... blasah la ye bace.. aku bz menyiapkan assignment..]

Ok hari ketiga aku di JB, macam hari pertama bertolak ke JB, bas khas untuk kami staff dari Cyberjaya. Lepas breakfast, kami bertolak ke JPO. dekat je rupanya dari tempat kami menginap ke JPO tu. Eh maklumlah aku ni bukan selalu ke JB, aku rasa this is the 3rd time kot in mylife aku jejak JB.

Sepatutnya masa berada di JPO adalah 2jam tapi sebabkan dat day,gaji tak masuk lagi. Eh gaji masuk dat day, tapi ikut bank time by time..haaa gituhh.. Aku memang sejak tau jadual ade ke JPO, aku memang da siap2 paww Radhi sikit, and korek-korek balance gaji dulu, so ade la sikit2.

Disebabkan tak pernah pergi JPO, aku siap amek map JPO lagi kau. Yela bukan semua butik aku mampu masuk. Masuk mampu, mampu tengok je la. Macam Coach, Burberry dan seangkatan dengannya memang pandang pun aku tak la. segan nak masuk..hehe

Aku tak ingat first sekali aku masuk mana, tak silap aku masuk GUESS rasanya, sebab semua serbu GUESS..haha.. Lepas tu start la keluar masuk-keluar masuk dari 1 butik ke butik lain. Lepas tu siap aku berjalan sorang-sorang tukar-tukar partner berjalan.

Yang paling best aku masuk butik NIKE.. Aku hampir2 terbeli sport bra and beg ala-ala make up bag dia. sport bra tu aku rasa kena try dl, tapi sebab aku berjalan sorang-sorang so tak de sape aku nak tanya pendapat, kelip-kelip je la..takpe next time beli. Kat butik NIKE aku beli t-shirt untuk Radhi.


Mamat tu memang suka baju warna putih. T-shirt tu murah je, less 70%. Kain pun elok, design tu pun simple dan menarik. So aku tak fikir panjang, aku rembat je.

Lepas keluar dari Nike, aku masuk Baskin Robbin sebab tengok ada Alin, Kak Zara and Norra melepak dalam tu. FYI, this is my 1st time masuk dan membeli di BR tau,basahkan tekak nak duduk dalam aircond sebab luar memang panas gila.. haaaa aku memang camni.. Takde la mengikut peredaran zaman sangat. Orang makan BR, aku makan BR. Orang buat itu kau nak buat jugak. Aku ikut suka hati aku je. haha.. Aku rasa nak ,aku buat..aku rasa taknak lantakkan je. Be ur own style la kate orang. Be our self!!!

Sebabkan 1st time, maka terkemut-kemut la aku nak membeli. Diorang bertiga tu cakap, show ur pink kat kaunter tu, dapat pilih aiskrim murah. Tak gaji, so semua cheapsket. haha

So tadaaaaaaaa... aku pun tak ingat aiskrim ape aku amek. tapi topping tu maple walnut. heheh sedapp!!!


Alamak tembam betul tangan aku..hurm induction asyik fail je skrg ni..aduiii laaa...

Lepas menternak lemak kat BR, sape tah p sebut Victoria Secret ada sale. Ok haruslah aku teruja, sebab dah lama aku tak beli VS.



 Dok beli Body Shop je skrg, dengan Lip Gloss aku pun dah bertukar ke The Body Shop dari yang dulunya aku pakai Lip Gloss Elianto. Sebab aku tukar dari Elianto ke The Body Shop, 'hakak' kt Elianto Alamanda tuhari kelat gila mukanya melayan aku, bajet cam aku nak main-main kot. Sekali nah kau aku terus beredar dari Elianto tu, laju je masuk The Body Shop. Puas hati gila aku dengan Lip Gloss The Body Shop, so suitable dengan kulit aku sebab aku tak suka terang benderang, mau yang just nice aje.

Ok dah melalut, balik pada cite VS..Mula nampak 3items RM129...dalam hati memang dah terpatri nak beli VS untuk aku..haha.. Sekali belek punya belek, si alin tanya yang dalam beg tu bape hengget. Nahhhhh sekali sales assistant tu kata yang tu offer 50%, 3in1 set RM48..tapiiiii yang saiz kecik. Wahhhhh semua terus terbeliak biji mata. Tapi yang offer tu 2 bau je, Pure Seduction and Love Spell. Sebenarnya aku baru nak test Love Spell, tapi sebab ade offer tu, Pure Seduction tetap menjadi pujaan. Make Up bag yang Pure Seduction lagi cute dari Make Up bag Love Spell, so aku tangkap la Pure seduction...hehe


Yeayyy hakak suka hakak sukaaaaaaaaa!!!!!


Untuk aku sebenarnya ada lagi 1 benda aku beli. Tapi lupa nak ambil gambar, sebab aku dah gantung dalam kereta. Masa aku dok snap-snap gambar untuk buat entry ni, kereta Radhi guna bawak g buat part time dia, so tak dapek la nak letak gambar.hehe Sebenarnya aku beli sunglasses yang memang dah lama aku nak beli. Dulu tak terbeli sebab aku kan specky lady, so celah mana lagi aku nak sangkut sunglasses bagai. Sekarang aku dah terajin sikit, dok pakai contact lense sebab dah malas nk pakai spec sangat. Soooo jawabnya bolehlah aku beli sun-glass.hehe. Radhi pun bagi izin aku beli sun-glass, so memang kencang la aku beli. Aku beli kat butik Nose, tapi murah je. 50% jugak. Mula Radhi nak belikan Ray-ban punya, tapi aku macam keberatan sebab takut aku hot-hot chicken poop je pakainye. Beli ratus-ratus rugi weiiiiii...haha. So as training, aku beli je hat murah dulu.

Tu je la kot cerita aku di JB, sudahnya memang tak berkesempatan langsung jumpa kak ipar aku. Sebab memang tak de masa yang sama-sama free. Masa di JPO memang free, tapi kak ipar aku tak free, sebab tenghari tu kalau dia datang jumpa aku, tak berambil la pulak anak-anak buah aku dari sekolah..hehe Tak pe la kak, raya haji kita jumpa, kumpul rumah adik tau!!!!...

datss alll

^__^
daa~~

Saturday, October 4, 2014

Pengalaman guna Ephyra & Happy week EPHYRA with Leeyanaradhi

Assalamualaikum....

[sticky post until 4 Oct, new post please scroll down]

Aku nak share pengalaman aku minum Ephyra. Rasanya dah ramai yang review and review setiap orang adalah berbeza. So ini pengalaman aku hanya dengan trial pack. Trial pack ada 10 sachet iaitu untuk 10hari penggunaan.

Asalnya aku tertarik dengan Ephyra lepas bace pengalaman orang lain jugak.Aku beli Ephyra secara online jugak sebab takde beza pun beli online dengan COD. Both pack Ephyra samada Premium or Trial adalah sama sebab tak ada caj pos. So aku prefer cara online je, senang!!

Harga Premium pack yang mana dalamnya ada 30sachet adalah RM 197 bg semenanjung Malaysia dan RM207 bg Sabah dan Sarawak. - free gift -shaker & recycle bag EPHYRA
Harga Trial pack - 10sachet adalah RM 68 bg Semenanjung Malaysia dan RM78 bg Sabah dan Sarawak. PM for free gift!!




Semua harga adalah berserta postage ye!!!

Ok so berbalik pada pengalaman aku minum yang trial pack tu, aku perasan blackhead dan whitehead kat hidung aku dah tak ada. Serius weiii, dulu aku kena tenyeh-tenyeh hidung nak buang segala head-head tu. Pastu merah-merahlah hidung aku. Lepas aku consume trial pack Ephyra tu, dalam 6hari kot aku perasan head-head tu dah tak ada dan tumit kaki aku jadi lembut. FYI, tumit kaki aku memang agak teruk pecahnya. Dan yang paling penting aku tak ingat sangat nak mengunyah-ngunyah ni. Senang cite, tak rasa lapar sangat la. Metabolisme meningkat mungkin. =)

Bila aku cerita kat Radhi, dia pun merestuilah suri rumah merangkap suri hati dia ni consume Ephyra. yeayyyy!!..haruslah aku insan yang paling gembira. So disebabkan itu, aku share la segala kebaikan Ephyra ni dengan uolsss..

Dont worry, Ephyra ni Halal dan Selamat, ada kelulusan dari KKM.

So sempena aku nak merasmikan aku sebagai penjual EPHYRA, aku nak buat>>>>>
### Happy Week EPHYRA with Leeyanaradhi ###

Selalu Happy Hour kan, ni aku buat Happy week.. hehehe..
Bermula hari ni - 28 September hingga 4 Oktober, yang betul-betul confirm nak beli dengan aku, InsyaAllah aku akan bagi price paling cun skali. =) Trial pack pun InsyaAllah akan dapat free gift juga. haaa best tak? hehe.. so ape tunggu lagi cepat-cepat grab!!

SMS or WhatsApp aku kat 0123492056. kalau komen kat entry ni, aku bimbang tak perasan komen nanti.

^__^
daa~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...