Friday, December 28, 2012

Subjek menghafal!!! phewwww

Assalamualaikum...

Petang ni exam second paper - subjek management! phewwww..letih menghafal!
Saya bukanlah orang yang mudah menghafal, dari sekolah menengah saya memang tak minat subjek yang berfakta dan kena hafal- especially sejarah!! hoho..

Paper hari ni gap 5hari dari paper yang lepas ahad aritu..phewww alhamdulillah..5hari ms sy untuk ngadap je  subjek ni.. Ahad ni ada 1 paper lagi - last! Malam ni kena struggle pulak untuk subjek ahad nanti. Lepas tu merdeka! yeayyy..

1 Januari  nanti Radhi janji nak bawa pergi jalan..yeayyy!...
kemana destinasi kami? tungguuuuuuu...

Moga-moga saya sukses dengan subjek menghafal petang ni..aamiinnnnnnn..

^__^

daa~~

Thursday, December 20, 2012

Mencari sumbangan untuk anak-anak yatim

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kali ni saya terpanggil untuk berbuat bakti pada mereka yang kurang bernasib baik. Syukur saya bertemu dengan geng-geng blogger yang murni hatinya.

InsyaAllah 24 Februari 2013 nanti saya akan join geng-geng blogger yang lain untuk melawat anak-anak yatim di sebuah rumah bakti yang telah di pilih.

Dari itu, saya ingin mencari sedikit sumbangan tak kira dari segi apa samada wang, pakaian, biskut-biskut mahupun bahan bacaan dengan ikhlas untuk didermakan kepada anak-anak di rumah bakti tersebut.

Untuk lebih jelas, boleh KLIK LINK INI dan anda akan dibawa ke blog cik puan yang bertanggungjawab melahirkan idea dan rancangan untuk aktiviti ini. =)

Dalam pada kita bersuka-ria, ada insan yang lebih memerlukan. Kami sangattttttt mengharapkan bantuan anda untuk mereka di rumah amal kasih bestari ini.

*nadia, akak copy logo ni*

Apa jua sumbangan anda, 100% akan kami beri pada anak-anak disana.
Hanya Allah mampu balas jasa baik kalian. 

Thank youuuuu..

^__^

daa~~

Thursday, December 13, 2012

Resepi makaroni cheese mudah

Assalamualaikum..

Tajuk entry macam hebat gila memasak kan. Tak pe janji suami tauliah saya hebat masak untuk isi perutnya..hehe
Saje nak share resepi mudah untuk sediakan makaroni cheese ni. Rasanya saya duduk kat dapur dalam setengah jam je. So kita check ape bahan-bahan & caranya..

Bahan-bahan

Makaroni - bajet sendiri nak bnyk mana, tak kisah ape bentuk pun
Sos Prego cheese & herb - yang tin kuning tu
Sosej & Crab stick
Brokoli - *saya tak letak, sebab dah sampai rumah baru teringat :p*

and yang dibawah ni saya saje tambah kasi lebih lemak.haha.. Tak adala


Cara-cara masak

1- rebus makaroni yang korang dah agak nak banyak mana tu
2- potong sosej ikut suka ,crab stick tu memang dah kena potong membulat tu je, sebab isinya panjang2 kan
3- potong jugak brokoli
4- panas periuk then masukkan sos prego tadi kesemuanya dalam periuk.
5- *optional* saya tambah lg 1tin setengah air masak kedalam periuk campur dengan kuah prego tadi - sukat pki tin prego tu
6- campur sekeping keju chesdale ke dalam kuah tadi, kacau.
7- bila keju dah cair, masukkan sosej, crabstick n brokoli yang dah dipotong tadi.
8- Bila kuah tadi dah mendidih sikit-sikit kena selalu kacau, sebab takut hangit tepi2 periuk..hehe
9- Bila brokoli dah lembut sikit, so masaklah sos kita tadi

Senang je kan..


Ini sos yang saya buat..memang tak pedas.
Optional - saya masukkan sikit serbuk black pepper ms nak makan.
Radhi & adik ipar saya masukkan cili api.. habis licin time tu jugak..huhu

Makan time panas-panas memang syiokkk.. Tapiiiiii, jangan makan selalu tau, berlemak-lemak nanti..huhu

^___^

daa~~



Saturday, December 8, 2012

Petua menambat hati suami

Assalamualaikum...

Korang tengok cerekarama - Cinta dari syurga? waktu entry ni ditulis, cerita tu tinggal 30minit lagi nak habis.

Terkesan jugakla drama ni di hati saya.
Dalam drama ni ade sebut petua menambat hati suami.
..:: jaga makan minum suami ::..

korang setuju? 
saja nak tanya pendapat u all...hehe

^__^

daa~~

Wednesday, December 5, 2012

wordless wednesday : menumpang kasih


     
: our bff daughter - nur adreanna delisha :


Published with Blogger-droid v2.0.6

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...