Showing posts with label Baiti Jannati. Show all posts
Showing posts with label Baiti Jannati. Show all posts

Monday, November 30, 2015

Baiti Jannati - Alhamdulillah

Assalamualaikum...

Genap 2tahun lepas entry terakhir aku pasal baiti Jannati. hehe.. Kami masih tinggal di rumah sewa ketiga selepas kahwin..Dan Alhamdulillah, kami dah dapat beli rumah sendiri. Alhamdulillah..alhamdulillah.. alhamdulillah....

Sebenarnya urusan rumah ni bermula dari Jun 2015 aritu  2minggu sebelum kitorang berangkat mengerjakan umrah. Loan pulak lulus 5hari sebelum kitorang berangkat. Alhamdulillah syukur sangat, lega hati masa pergi umrah tu.


2 minggu lepas, selesai urusan deposit dan developer bagitahu rumah dah naik 35%, InsyaAllah kalau tak ade aral melintang, pertengahan tahun 2016 siap tapi estimatenya November 2016. Aku tak kisah pun, siap on time pon takpe.

Owh ye, lupa cite... kitorang beli area Jenjarom. Rumah setingkat 4bilik 2bilik air, 1bilik air dalam master room, 1 lagi kat luar. Kitorang beli end lot. Alhamdulillah within our budget. Segala urusan dipermudahkan dari hari kami booking sehinggalah urusan deposit. Rezeki kami masa ini...

Sekarang aku memang hari-hari dok berangan tengok kitchen cabinet la, tengok langsir la..haha...Nak beli pape, sume bajet nantilah kat umah baru, nantila beli masa masuk umah baru...kuikui...

Sabtu ni radhi ajak p site visit tengok tapak projek rumah baru...Nanti aku tepek sini gambar kalau boleh amek gambar dekat eh. Dan insyaAllah later, aku cerita time by time pasal Our baiti jannati ni...Alhamdulillah syukur!!

daa!
^__^

Monday, November 18, 2013

Senyap sunyi & Baiti Jannati

Assalamualaikum...

Sebulan lebih kot aku tak jengah blog ni n tak drop any entry. Macam biasa la alasan aku bila masuk sem baru, assignment!!! haha..

Lagi satu alasan yang memang logik, aku pindah rumah..huhu
alhamdulillah DIA permudahkan urusan kami cari rumah lain. Nak dijadikan cerita, satu pagi dalam bulan Oktober, aku sampai je ofis, terus bukak Mudah.My.. Search area Seri Kembangan, terus nampak rumah nk diberi sewa around our budget. Berkali-kali aku call, tak jawab, then aku call Radhi..rupanya dia pun dah tengok iklan yang sama. Memang kami berdua terus-terus call, plus Radhi sms.. aku pun sms.
Tapi owner tu reply sms Radhi, bgtau rumah tu available lagi. =) wink wink

After an hour camtu kitorg pasrah je. Tak lama tu, Radhi call dia da dapat deal dengan owner tu... Lepas cakap dengan Radhi, aku pulak call owner tu. Memang tak cakap banyak, akak tu tanya aku kerja mana ape sume then aku intro la yang aku ni wife someone yang call dia td.hehe.. Terus dia tanya, TM tak ada kuarters kan? hehe..Dia cakap, dia memang tak nak amek gov servant dah. Sebab kebiasaannya diorang ni duduk sekejap je, then tak sampai setahun duduk, nak keluar sebab dapat Kuarters. So dia taknak kerap-kerap cari penyewa baru. memang pucuk dicita ulam mendatang la. Aku pun tambah garam sikit, cakapla kami memang tak ada plan lagi nak beli rumah sebab masing-masing tengah study. Kalau ada pun plan nak beli rumah dalam masa terdekat ni, mungkin rumah flat biasa je untuk buat eset nak bagi sewa. Nak duduk sendiri memang tak la.. aku serik dah duduk rumah flat yang crowded tu.

Alhamdulillah owner tu pilih kami untuk duduk rumah tu. Dalam tengah bulan Oktober lalu, kami ke rumah owner di Seri Petaling untuk bayar duit booking. Dan bermula la sessi kemas mengemas.

2 November lalu, kami pun berangkatla masuk ke rumah sewa baru. Tak jauh pun rumahnya. Dalam 5minit je dr rumah flat lama tu.

Apa yang paling aku suka rumah ni adalah bahagian belakangnya ada tanah utk aku bercucuk tanam.. yeayyy!!!

Walau rumah sewa, ia tetap Baiti Jannati!!!!  ^_^

Banyak nak cerita ni..huhu..esok aku smbung lg.. gambar belambak2..huhu

^___^
daa~~

Monday, October 7, 2013

Baiti Jannati - belum rezeki

Assalamualaikum...

Aritu aku ade cerita aku dengan Radhi dok mula proses mencari dan membeli rumah kan? Then lama aku tak cerita pasal tu.. sebab ade cerita sedih disebalik cerita rumah tu.

Kami dah bayar bayar booking, evaluator pon da siap buat nilai rumah tu. Bila kami get back to owner nak mintak segala dokumen diri dia untuk buat SnP, dia bagitahu rumah dia dah jual pada orang lain dan tak dapat nak contact Radhi sebab no telefon Radhi dia tak simpan.WTH!!! Memang time tu aku macam kena rasuk hantu la, pedulik apa aku dasar Cha Ya Nun Alif. Nasib baik dia pulangkan balik  duit booking kami, cuma yang tak bestnya kami minta dia cover sendiri duit bt value rumah tu. dia refuse utk bagi full. cuma dia bg 1per3 dari jumlah je. Redha je la kami.

Lepas pada kejadian tu, aku da sepakat dengan Radhi, kami nak lupakan sementara hal nak beli rumah ni. Mungkin belum rezeki kami, walaupun aku rasa untuk beli rumah tu memang InsyaAllah la boleh lepas tapi kalau dah bukan rezeki kan? Sekarang memang kami lupakan sementara niat beli rumah tu, sebab masing-masing sebuk dengan kelas. Sampai ade 1 minggu aku rasa penatnya hanya Allah je tau, pulak tu Sabtu tu adalah hari 1st tutorial aku untuk sem ni. Bangun pagi sipi-sipi lagi matahari nk kuar, kelam kabut subuh, kelam kabut mandi, kelam kabut siap nk g kelas. Saat tu aku terfikir, mungkin juga sebab ni Allah belum bagi rezeki anak kat aku. Kalau ada baby, kang dengan anak aku ,aku anta umh kakak aku dengan tak mandi..hehe..(Owh, walaupun tanda mengandung takda lagi, kakak aku da willing nak menjaga anak aku dikala aku ke kelas, sooo sweet..hehe)

InsyaAllah hujung bulan ni aku akan pindah. Legaaaaa... Aku sebenarnya dah lama tak tahan duduk di kawasan rumah sekarang. sakit otak! Kotor sangat plus padat gila dah kawasan flat aku duduk tu. Nak parking pun kalau balik da malam, memang tak tahu nak parking mana. No manners ramai yg duduk situ. Kadang aku solat maghrib dalam bilik, blkg bilik aku riuh lagi budak-budak dok main sambil mak-mak bergosip dibalik tingkap bilik aku. Perkara yang buat lagi kuat kitorang nak keluar dari rumah tu, sebabnya ada 1 malam tu kitorg keluar, bila kereta kami di pantul cahaya lampu kereta lain, nampak kesan tapak tangan atas cermin depan kereta kami. walllahhhh, hebat! sampai panjat kereta aku da. Dari terus bermendam perasaan benci macam tu, baik kami undur diri.Actually rumah aku tu xde masalah pun, cume environment kat situ buat kami tak selesa. Sejak puasa aritu, dah 3 kejadian bakar kereta/motor terjadi. Aku taknak kami pulak jd mangsa seterusnya.

Lepas kawen, ini rumah ketiga akan kami diami. Harap-harap inilah yang terakhir sebelum kami punya rumah sendiri. Semalam kami jumpa owner rumah yg kami bakal sewa tu. Alhamdulillah owner baik, family dia pun baik-baik. Siap pesan jaga macam rumah sendiri. Blakang rumah tu ada tanah, kalau nak bercucuk tanam ke tanam bunga ke boleh la. owh memang seronok la...hehe

#Kita merancang, Allah juga merancang tapiiii perancangan Allah adalah sebaiknya untuk kita. REDHA!


^__^
daa~~

Tuesday, April 16, 2013

Baiti Jannati

Assalamualaikum..

Dek kerana kenaikkan harga sewa rumah yang semakin melambung sekarang, aku and Radhi da decide nak beli rumah sendiri. 
Area kami duduk sekarang, Equine Park! Memang harga rumah melambung tinggi, samada untuk beli or untuk sewa. Bayangkan sewa flat aje pun member aku kena RM 550 di tahap third floor. Kalau ground floor?  Korang fikir sendiri la eh...hehe

Bulan lepas, aku dengan Radhi gigih meronda-ronda kawasan dari putra perdana ke dengkil ke sepang ke banting untuk cari rumah. Setelah dikira-kira area2 tu je yang kami mampu milik.
Dalam hati memang aku dah tanam, takmo rumah double-story and takmo rumah flat/apartment/kondo. Banyak pengalaman pahit yang kami lalui tika duduk di rumah sekarang, parking kereta, privasi, kejiranan. Huh memang sesak otak aku fikir. Kami masih bertahan dek kerana kami masih berdua. Kalau dah ada si kecil, aku rasa dari awal aku memang say NO untuk rumah sekarang. Bukan berlagak, tapi ape yang aku bayangkan sebelum duduk rumah sekarang, memang adalah hakikatnya so aku rasa ianya bukan perkembangan baik jika aku punya anak nanti. Best thing is, kami cari rumah sendiri dari hidup nomad pindah randah...huhuh..The reason aku takmo rumah double-story, pasal malas nak mengemas banyak ruang. Sebelum rumah sekarang, kami pernah menyewa rumah double-story, perghhh dia punya penat nak mengemas, memang seharian la.hehe.. 

Suatu hari di bulan lepas, kami jumpa satu rumah yang memikat hati untuk kami jadikan Baiti Jannati kami. 
Sekarang, kami dalam proses menunggu kelulusan dari pihak bank. Segala dokumen lengkap selamat kami serahkan. Harapnya Allah beri pertolongan untuk kami punya rumah sendiri. Aamiin.....

Aku pernah baca artikel yang terbit di surat khabar ke majalah tah, menjelang tahun 2020 seseorang yang ingin membeli rumah harus punya income tetap lebih 10k sebulan. Tahun 2020 aku kira, dalam 7tahun lagi. Sekarang pun susah dah nak jumpa rumah bawah dari 100k. Dari situ buat kami terdetik untuk berebut dan bersusah-susah sekarang membeli rumah sendiri dulu. Memang sesak jugak kepala, bilamana kami berdua telah melangkah semula ke alam bergelar pelajar. Ditambah dengan aku berusaha untuk mendapat cahayamata. Duit memang cair macam air je keluar. Pejam mata ajelah sebab aku kira aku salurkan duit itu bukan ke saluran yang tidak bermanfaat. =)

Tujuan kami beli rumah, memang bukan sebab untuk disewakan. Kami nak duduk sendiri. Sebab rugi pulak rasanya bagi dekat orang 6k/setahun, tapi kami masih menumpang. Alahkah enaknya 6k/setahun tu walaupun dibayar tapi kami sendiri punya asetnya. Ye tak? hehe 

Di mana kawasan yang kami pilih tu, lepas keputusan loan diberitahu baru saya akan reveal. 
Rumah tu di sebuah kawasan perumahan didaerah yang saya mention di atas. 
Rumah teres setingkat, 3bilik, 2bilik air.
=)

Doakan urusan kami dipermudahkan...Aamiin

^___^

daa~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...