Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

Monday, March 18, 2013

Gaji Director Legoland???

Assalamualaikum...

Saya nak share something masa jengah Nuffnang tadi..
ekeeeeekek


Siapakah gerangan yang mencari itu? hehe

hehe..itu saje saya nak share.
macam-macam kan?

seronok jugak kadang-kadang tengok keywords2 orang yang masuk blog kita ni.. 

^__^

daa~~

Thursday, February 21, 2013

BE Februari

Assalamualaikum..

Pagi tadi sempat buka Nuffnang, dah lama tak jenguk. Terasa gatal tangan nak cashkan, tapi sayang..gedixx sgt kan? haha

Sekali tengok ada 3BE baru untuk bulan ni.. Terus memang sah-sah tak jadi cash out..hihi..
Saya memang sangat lack of entry bulan ni.
Berperah keringat menyiapkan 3assignment yang belum siap-siap jugak lagi...
Weekend je ade je aktiviti yang nak dibuat. wiken balik kerja, siap-siap nak bersilat kat dapur..  ssipa bersilat, siap menjamu..badan da lemau.. Kadang kul 10 malam dah tutup mata depan tv kalau whatsapp senyap aje...heheh


TQ Nuffnang sebab bagi juga BE even blog sunyi..hihi

Nanti saya akan giatkan usaha untuk menghupdate..hehe


p/s: Eh tak sabo nak g event anak yatim ahad ni..yeayyyy... =)


^__^

daa~~

Wednesday, November 7, 2012

Blog & BE bulan September

Assalamualaikum..


Minggu lepas sekali je saya tengok BE ni. Masa tu terkejut sebab BE bulan September still ade lagi.
macam tak percaya aje. Lama betul dia menari-nari kat blog saya. Then boleh pulak terfikir betul ke tak ni, dah lama sangat tak habis-habis lagi. Bila ada masa masuk page nuffnang ni, saya suka tengok keywords je, nak tau dari keyword mana orang google boleh masuk blog saya. Kadang-kadang ada keyword yang boleh buat saya tersenyum dan tersengih..hehe..hari tu saya jumpa keyword "abang TUDM"..hehe.. lupe nak print screen..hehe

Pagi tadi tergerak hati nak tengok BE pulak. Sekali tengok 2 BE bulan September tu dah dikreditkan. Lepas tu digantikan pulak dengan BE baru, Colgate Palmolive Slim. Bulan Oktober hanya ada 1 BE yang masih menari-mari. BE di blog sayay memang jarang kekal lama-lama sampai sebulan, paling kuat pun 3minggu camtu. itu pun sangat-sangat jarang. Tapi bila BE September tu buat port yang lama di blog saya, of course saya super excited. Benda Baru!!! hehe

Tujuan saya berblog bukanlah untuk duit mahupun mencari follower yang ramai. Saya berblog saje-saje sebab seronok tengok orang lain berblog, meluahkan apa saja yang ada dihati & fikiran. Saya start berblog since 2008 sebenarnya. First entry saya di blog lama, masa tu saya kerja shift malam. Tak tahu nak buat apa, sebab kerja da settle, so saya register blog saya..hehe itu cerita blog lama yang da pudar. Tapi blog tu still ada, maybe ade segelitir blogger yang tahu link blog lama saya dulu. Dalam blog lama tu ade segala cerita preparation kahwin saya. =)
Setakat ni saya ada 2 blog yang masih aktif. Satu blog lagi blog TTC saya. Tapi saya tak annouce kat mana-mana atau siapa-siapa. Mungkin yang tahu hanyalah Geng TTC Corner saya. =) Di situ segala cerita treatment dan usaha TTC saya lahirkan untuk perkongsian dengan rakan-rakan senasib yang dipilih Allah untuk ujian itu. ^_^

Owh rupenya dah lama saya boleh cash outkan duit nuffnang ni. Eh tapi sayangla. Nak biar lama-lama la sikit. Sebab tak pernah terfikir nak buat apa lagi. Tunggu la, fikir dulu nak buat apa. Nak buat bayar yuran belajo boley? haha..

#yeayyyy minggu depan cuti seminggu balik klate!!!..hip hip hurraayyy..rusakdietku! :p

^_____^

daa~~

Friday, June 8, 2012

BE Pertama, Tq Nuffnang!

Assalamualaikum..

Rasanya dah 3-4 bulan saya tak tengok-tengok pun akaun Nuffnang saya. Sebab saya memang tak amek kesah sangat pasal earning-earning ni. haha..Tapi saya seronok tengok earning blogger lain.hehe
Dulu saya pernah cuba nak dapat BE, tak tak dapat pun. At last saya give up, berblog ikut suka, ade idea ada mood saya update.hehe

Lepas terjah blog Zana tengok dia ada update pasal BE dia, teringat pulak saya dah lama tak bukak tengok akaun nuffnang saya. First sekali biasa saya bukak nuffnang saya, saya tengok kata kekunci apa yang orang lepas masuk blog saya. hehe..Kadang-kadang boleh tergelak tau tengok kata kekunci yang dicari..haha..Lepas tu saya tengok analitik. =)

Tadi, ofismate saya datang meja saya, dia tanya berapa dah ada duet? Saya baru teringat nak tengok duet. haha..
Ingatkan masih ditakuk lama atau pun bergerak dalam seringgit, tapiiiiii..beringgit-ringgit yang naik..Alhamdulillah..Sepanjang 3tahun berblogging, pertama kali saya dapat jumpa BE menari di blog (bak kata zana) saya..hehe

TQ NUFFNANG!!!! 
senyum lebar..
^___^


Thanks untuk BE Kimberly Clarke Kotex, RHB Internet banking GSC & UP Madagascar 3..hihih..

Semangat pulak nak mengupdate..huhu..

^_^

daa~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...