Assalamualaikum...
Jumaat, 1April punya cerita. Idea dah lama tapi baru terlaksana. Dah nama pun hari jumaat kan, lunch hour lelaki-lelaki opis aku sume takde la. hehe
Team aku kumpul duit rm20 sorang. Kitaorang sume ada 10orang termasuk sorang lelaki, tapi mamat tu nk contribute jugak so layannnnn...hehe..
Duit tu kitorang bahagi semula mengikut bajet masakan. Menu pulak bahagi setiap 1jenis seafood sorang. Semua masak sedap... yumsss...Rasa seronook plak makan ramai-ramai mcm tu. Tak boleh buat selalu, sebab nnt semua dok ngadap makan. Office aku worldwide call centre, so 24hrs akan ada call masuk, kalau tak dari Malaysia, dari oversea.
Kebetulan masa kitorang buat ni, manager aku ada (indian man), dia la tolong tunggu centre jawab call sementara kitoang makan. hikhik ..Dia pun eksited tengok kitorang dok prepare makanan atas meja without pinggan.. haha..
Aishhhh ngences plak tgh type...haha... Tak boleh makan selalu seafood ni, asid uric kuat...hehe.. Lepas makan aku telan Arctic Sea dari Forever Living.. Nak singkir balik asid-asid yang ditelan, kolesterol n minyak..
Duit rm200 tu bukan setakat makan tu, dapat beli aiskrim jugak ditambah la ada exec office aku topup beli. Memang jimat and puas hati. Kenyang tahap ular sawa rasanya...hahah
Korang try la buat pulak. Potluck dengan adik-beradik pon best.hehe
note: nak beli Arctic Sea, meh WA aku - 0123492056.. Sapa yang ada GOUT & HIGH CHOLESTEROL tu, elok la telan Arctic sea.. gabungan minyak ikan dan minyak zaitun utk cuci saluran darah yg sebabkan viseral fat tinggi.
daa!
^_^
Showing posts with label makan2. Show all posts
Showing posts with label makan2. Show all posts
Wednesday, April 20, 2016
Monday, September 16, 2013
Resepi Kek Gula Hangus Kukus
Assalamualaikum...
Cuti 3hari mood membaking mari. Dah lama sebenarnya aku nak buat kek gula hangus ni. tapi biasala kan tunggu mood..hehe..aku tak suka buat benda-benda kalut-kalut, mesti tak menjadi nanti..hehe
disebabkan buku resepi aku yang tebal tu kakak pinjam, so aku menggoogle la resepi kek ni. Aku suka tengok 2-3 resepi sebelum aku cuba buat. saje nak banding-banding sukatan, then aku suka yang resepinya jenis sukat pakai cawan n sudu.. aku akan elakkan amek resepi yang sukatannya guna penimbang. Penimbang ada, tapi aku MALAS!!!..hehe
Ni resepinya, asalnya dari blog mana tah, aku tak ingt..huhu
Bahan-bahan
1cawan gula pasir
1cawan tepung gandum
1cawan air panas
1cawan susu pekat manis (aku kurangkan sket jadi 3/4 cawan je)
2sudu besar mentega
1sudu kecil soda bikabornat
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil esen vanilla
4biji telur
Aluminium foil
Cara-cara
1- Masak gula dalam kuali/periuk hingga hangus-warna bertukar coklat, masukkan air panas sedikit demi sedikit hingga habis (hati-hati gula akan sedikit meletup-letup) kemudian masukkan mentega dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan sejuk sendiri.
2- Ayak tepung gandum, soda bikabornat dan baking powder.
3- Satu telur dan susu pekat, kacau hingga kuning telur pecah dan sebati dengan susu pekat. Kemudian campurkan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit hingga sebati. Campurkan gula hangus tadi dan esen vanilla hingga sebati.
4- Sediakan loyang yang dioles dengan mentega (supaya tidak melekat). Tuangkan adunan tadi dan tutup dengan aluminium foil. Biarkan selama 2jam sebelum dikukus. Aku tak pernah tak biarkan. Nanti nak try kalau tak biarkan jadi ke tak kek aku..hehe
5- Kukus selama sejam atau sehingga masak. Dalam setengah jam or 45minit tu try la tengok and try cucuk sikit kalau tak de melekat tu, so masakla..hehe
Nah...aku tepek gambar kek gula hangus aku...
Aku tak suka pahit-pahit, tu yang kek aku light-light je warna coklatnye. hehe.. As long as Radhi cakap sedap... aku dah puas hati.hehe
okla, selamat mencoba. senang je kek ni.. bahan-bahan pon tak la susah nak cari.
^__^
daa~~
Cuti 3hari mood membaking mari. Dah lama sebenarnya aku nak buat kek gula hangus ni. tapi biasala kan tunggu mood..hehe..aku tak suka buat benda-benda kalut-kalut, mesti tak menjadi nanti..hehe
disebabkan buku resepi aku yang tebal tu kakak pinjam, so aku menggoogle la resepi kek ni. Aku suka tengok 2-3 resepi sebelum aku cuba buat. saje nak banding-banding sukatan, then aku suka yang resepinya jenis sukat pakai cawan n sudu.. aku akan elakkan amek resepi yang sukatannya guna penimbang. Penimbang ada, tapi aku MALAS!!!..hehe
Ni resepinya, asalnya dari blog mana tah, aku tak ingt..huhu
Bahan-bahan
1cawan gula pasir
1cawan tepung gandum
1cawan air panas
1cawan susu pekat manis (aku kurangkan sket jadi 3/4 cawan je)
2sudu besar mentega
1sudu kecil soda bikabornat
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil esen vanilla
4biji telur
Aluminium foil
Cara-cara
1- Masak gula dalam kuali/periuk hingga hangus-warna bertukar coklat, masukkan air panas sedikit demi sedikit hingga habis (hati-hati gula akan sedikit meletup-letup) kemudian masukkan mentega dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan sejuk sendiri.
2- Ayak tepung gandum, soda bikabornat dan baking powder.
3- Satu telur dan susu pekat, kacau hingga kuning telur pecah dan sebati dengan susu pekat. Kemudian campurkan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit hingga sebati. Campurkan gula hangus tadi dan esen vanilla hingga sebati.
4- Sediakan loyang yang dioles dengan mentega (supaya tidak melekat). Tuangkan adunan tadi dan tutup dengan aluminium foil. Biarkan selama 2jam sebelum dikukus. Aku tak pernah tak biarkan. Nanti nak try kalau tak biarkan jadi ke tak kek aku..hehe
5- Kukus selama sejam atau sehingga masak. Dalam setengah jam or 45minit tu try la tengok and try cucuk sikit kalau tak de melekat tu, so masakla..hehe
Nah...aku tepek gambar kek gula hangus aku...
Aku tak suka pahit-pahit, tu yang kek aku light-light je warna coklatnye. hehe.. As long as Radhi cakap sedap... aku dah puas hati.hehe
okla, selamat mencoba. senang je kek ni.. bahan-bahan pon tak la susah nak cari.
^__^
daa~~
Thursday, December 13, 2012
Resepi makaroni cheese mudah
Assalamualaikum..
Tajuk entry macam hebat gila memasak kan. Tak pe janji suami tauliah saya hebat masak untuk isi perutnya..hehe
Saje nak share resepi mudah untuk sediakan makaroni cheese ni. Rasanya saya duduk kat dapur dalam setengah jam je. So kita check ape bahan-bahan & caranya..
Bahan-bahan
Makaroni - bajet sendiri nak bnyk mana, tak kisah ape bentuk pun
Sos Prego cheese & herb - yang tin kuning tu
Sosej & Crab stick
Brokoli - *saya tak letak, sebab dah sampai rumah baru teringat :p*
and yang dibawah ni saya saje tambah kasi lebih lemak.haha.. Tak adala
Cara-cara masak
1- rebus makaroni yang korang dah agak nak banyak mana tu
2- potong sosej ikut suka ,crab stick tu memang dah kena potong membulat tu je, sebab isinya panjang2 kan
3- potong jugak brokoli
4- panas periuk then masukkan sos prego tadi kesemuanya dalam periuk.
5- *optional* saya tambah lg 1tin setengah air masak kedalam periuk campur dengan kuah prego tadi - sukat pki tin prego tu
6- campur sekeping keju chesdale ke dalam kuah tadi, kacau.
7- bila keju dah cair, masukkan sosej, crabstick n brokoli yang dah dipotong tadi.
8- Bila kuah tadi dah mendidih sikit-sikit kena selalu kacau, sebab takut hangit tepi2 periuk..hehe
9- Bila brokoli dah lembut sikit, so masaklah sos kita tadi
Senang je kan..
Ini sos yang saya buat..memang tak pedas.
Optional - saya masukkan sikit serbuk black pepper ms nak makan.
Radhi & adik ipar saya masukkan cili api.. habis licin time tu jugak..huhu
Makan time panas-panas memang syiokkk.. Tapiiiiii, jangan makan selalu tau, berlemak-lemak nanti..huhu
^___^
daa~~
Saje nak share resepi mudah untuk sediakan makaroni cheese ni. Rasanya saya duduk kat dapur dalam setengah jam je. So kita check ape bahan-bahan & caranya..
Bahan-bahan
Makaroni - bajet sendiri nak bnyk mana, tak kisah ape bentuk pun
Sos Prego cheese & herb - yang tin kuning tu
Sosej & Crab stick
Brokoli - *saya tak letak, sebab dah sampai rumah baru teringat :p*
and yang dibawah ni saya saje tambah kasi lebih lemak.haha.. Tak adala
Cara-cara masak
1- rebus makaroni yang korang dah agak nak banyak mana tu
2- potong sosej ikut suka ,crab stick tu memang dah kena potong membulat tu je, sebab isinya panjang2 kan
3- potong jugak brokoli
4- panas periuk then masukkan sos prego tadi kesemuanya dalam periuk.
5- *optional* saya tambah lg 1tin setengah air masak kedalam periuk campur dengan kuah prego tadi - sukat pki tin prego tu
6- campur sekeping keju chesdale ke dalam kuah tadi, kacau.
7- bila keju dah cair, masukkan sosej, crabstick n brokoli yang dah dipotong tadi.
8- Bila kuah tadi dah mendidih sikit-sikit kena selalu kacau, sebab takut hangit tepi2 periuk..hehe
9- Bila brokoli dah lembut sikit, so masaklah sos kita tadi
Senang je kan..
Ini sos yang saya buat..memang tak pedas.
Optional - saya masukkan sikit serbuk black pepper ms nak makan.
Radhi & adik ipar saya masukkan cili api.. habis licin time tu jugak..huhu
Makan time panas-panas memang syiokkk.. Tapiiiiii, jangan makan selalu tau, berlemak-lemak nanti..huhu
^___^
daa~~
Wednesday, September 26, 2012
pecah rahsia!!..pemanggang ajaib & roti jala
Assalamualaikum....
Barang tu yang saya guna untuk buat roti jala..hehhe
Published with Blogger-droid v2.0.6
Friday, August 10, 2012
Selamat ada pemanggang ajaib
Assalamualaikum..
Pagi tadi hampir-hampir terlajak sahur lagi..hehe.
Saya da kunci jam pukul 4.30pg, lewat sikit dari biasa sebab saya dah siap masak nasi malam tadi.
Jam bunyi saya snooze 5minit lagi, lepas 5minit jam bunyi lagi saya tertekan off.:p
Kononnya nak letak kepala dalam seminit je.Sekali Radhi bangun nak pergi toilet, dia kejut saya dah pukul 5.15pagi..Memang melompat terus saya bangun.heh! Pening jap kepala. =_=
Terus saya ke dapur dl, panaskan nasi. then baru masuk bilik air basuh muka n gosok gigi.
Keluar bilik air, nasi da panas. Saya masak air pulak.
Semalam sebelum balik rumah dari ofis, ofismate bagi ayam masak merah. Dia kerja shift petang, sempat la bersilat dulu kat dapur masak lauk untuk berbuka di ofis.hehe
So lauk tu kami makan waktu berbuka. Ada la tinggal lagi seketul.
Sebelum tidur, saya da marinate 2ketul ayam dengan sos black pepper n sos oyster untuk di goreng waktu sahur tu.Disebabkan lena diulit intan sangat tidurnye, ada berapa minit je lagi untuk saya goreng ayam tu.
Mujur saya ada penyelamat!
hehe
tadaaaaaaa
v
v
v
Memang sangat-sangat berbaloi saya beli pemanggang ni.
Saya letak ayam tu dalam pemanggang ni tanpa minyak or marjerin. Memang tak lekat pun. Saya tutup pemanggang tu tanpa saya terbalikkan ayam dalam tu, dalam 6-7minit da masak sempurna. Memang well done masaknya! hehe
Radhi pun suka! Tiada asap pun bila bakar ayam sekarang! yeay!
Tambah suka bila memasak tidak perlu gunakan minyak lagi bila guna pemanggang ni.^_^
Sebelum tu, masa berbuka semalam, saya buat roti tampal ala-ala roti john tu.hehe..
Saya guna pemanggang ni juga. Radhi cakap sedap..hehe..
Bertambah seronok saya masak pakai pemanggang tu.
Hari ni plannya nak masak nasi ayam untuk berbuka. yeay!
Nak bakar ayam dalam pemanggang ajaib tu lagi..hehe
Bila saya google-google ,ada yang masak choc moist cake jugak dalam pemanggang ni. wahhhhh! teruja.
Saya nak try jugakla masak kek nanti..=)
Saya beli pemanggang ni thru online dengan 1 online shop di fb.
Masa saya order, saya order 2 sebab member ofis nak juga.
So saya minta diskaun dengan tokey kedai online tu.
Alhamdulillah rezeki kami, dia bagi diskaun dengan free postage.
hehe yippieee!! :)
Lepas ni lebih semangat nak memasak.hehe
^___^
daa~~
Tuesday, August 7, 2012
Iftar di Ana Ikan Bakar Petai Bangi
Assalamualaikum...
Rabu lepas saya ikut Radhi berbuka dengan member sekampung dia. Member dia tak tahu nak berbuka dimana. So Radhi suruh saya yang buat pilihan.
Mulanya plan untuk ambil buffet aje, tapi memandang perut kami jenis yang tak berapa nak sesuai makan buffet, so saya decide ke Ana Ikan Bakar Petai.
Ana Ikan Bakar Petai ni asalnya dari Pahang. hehe. Yang kat kuantan tu saya tak pernah pergi pun.
Dengar cerita memang ramai orang makan kat situ.
Di ofis, saya try cary website Ana ikan bakar ni, tapi tak jumpa.
Rupanya ada di facebook fan page. Malangnya time tu di ofis, waktu office hour, FB kena block.hehe
So saya cari melalui tab saya.
Dapatla jumpa no untuk booking tempat.
Dalam pukul 3petang saya call no yang ada tu untuk booking. Akak yang angkat tu minta saya sms nama, berapa pax, dan menu.
Saya pun terus call Radhi untuk confirm menu. =)
Antara menu jadi pilihan kami:
1)Ikan kembung bakar Petai..memang maveles...hingga menjilat jari even saya tak makan petai.
2) Tomyam campur.. sedap jugak, kena dengan tekak kami. Saya hirup kuah tomyam sampai habis.hehe
3) Telur dadar ..standed rasa telur la :p
4) Kailan ikan masin.. terbaekkkkk..ikan masin berketui-ketui
5) sotong goreng tepung..saya suke, sedap.Tapi bagi orang yang kuat masin, mesti akan kata tawar like mr.Hubby..hhihih..dia kuat masin...so saya je yg enjoy the sotong..huhu
Itu semua menu yang saya n radhi decide. Saya sms ke no yang saya call tadi.
Dalam pukul 4ptg camtu, no tadi tu call saya semula, katanya kembung tak ada. So saya tukar ikan tu dengan ikan siakap...
Pukul 6petang kami keluar dari rumah. Alhamdulillah jalan tak jem. Jemput kawan Radhi di presint 15,terus ikut jalan belakang , Abu bakar baginda tu. Alhamdulliah clear juga. So pukul 6.50ptg kami dah sampai di Ana Ikan bakar petai. =)
Memang sangat ramai orang. Semuanya dah booking meja.
Meja kami betul-betul depan playground.
Sebelah playground ada ruang untuk solat lelaki, sangat luas.
Ruang untuk solat perempuan dalam bangunan, maknanya playground adalah ditengah-tengah tempat solat lelaki dan tempat solat wanita.^__^
Masuk saja waktu berbuka, ada adik tu azankan secara live di ruangan solat lelaki. =)
Sepanjang kami makan, bersilih ganti kaum lelaki solat maghrib berjemaah. Ada juga yang solat sendiri.
tapi yang perempuan semua solat sendiri.hehe
Dalam pukul 8.30mlm baru kami gerak pulang..hehe..Saje duduk lama-lama sikit, ambil masa saya meratah sotong goreng tepung tu..hehe
total bill kami :
RM82..
Makanan di sini memang highly recommended.Radhi pun cakap boleh repeat lagi pergi situ..hehe
owh ini untuk menu diatas tu, air dan nasi putih 5pinggan..hehe..
*Maaf ye, saya tak mahu letak gambar makanan kami, menghormati kawan-kawan yang berpuasa yang tengok blog ni..hehe*
untuk yang berhajat merasa makanan di Ana Ikan Bakar Petai Bangi ni. saya share alamat, no telefon .
* Booking dulu sebelum pergi tau* hehe
Ana Ikan Bakar Petai
Lot 2991, Persiaran Kemajuan (Bersebelahan balai Bomba BB Bangi)
43650 Bandar baru bangi, Sel.
019-2177668
^____^
daa~~
Monday, July 9, 2012
Percutian RnR di Kuching ~ Day 1
Assalamualaikum..
Seminggu berlalu lepas kami pulang dari Bumi Kenyalang. Ini impian saya dari sekolah rendah nak jejak kaki ke Negeri Santubong ni.
Alhamdulillah Allah makbulkan =)
Kami berlepas ke Sarawak dengan penerbangan Air Asia Airbus A320 jam 1145pagi pada hari Sabtu 30 Jun 2012.
Gambar dalam flight tak dapat nak di snap sebab, sepatutnya saya duduk di tepi tingkap dan Radhi duduk disebelah saya. Tapi sebab saya sampai LCCT pun ngam-ngam choi 5minit sebelum gate tutup, seat saya dah diduduki oleh sorang nyonya Sarawak yang baru pulang dari China. huhu..
Kudos untuk kakak dan abg ipar saya yang sudi hantar ke LCCT, dan kereta avanza dipandu dengan kelajuan 140km/jam..haha
Setelah 1jam 40minit di awangan, kami selamat jejak kaki di Kuching International Airport (KIA) jam 1.25ptg.
Signboard bertentangan KIA
Posing dulu - mengahabiskan masa tunggu kereta sewa dihantar.
Oh yea! Percutian kami adalah bersama BFF. Tahun ni kita terbang jauh sket. Tahun lepas kami bercuti bersama di Cameron Highland. Untuk tahun depan, lokasi telah dikesan. Perbincangan lanjut akan di buat selepas raya.hehe.
Inilah kereta sewa kami sepanjang 4hari 3malam di Kuching.
Untuk price yang kami dapat, saya akan buat separate entry yea.
Sekali dengan sewa hotel, tiket flight! ;)
Disebabkan berkejar ke LCCT, kami tak sempat makan atau isi perut dulu. Dalam flight pun kami tak amek makanan. Nyonya sebelah makan satay ayam gemuk-gemuk, saya dan Radhi amek bau aje!..hehe
Dapat aje kereta, Radhi terus on papago kat handphone dia dan kami menuju ke hotel untuk check in dan simpan barang dulu.
Satu tips yang saya nak share # kalau dah sampai waktu boleh check in hotel, pergi saje check in dulu dan simpan beg di dalam bilik. Ini boleh menjimatkan sedikit penggunaan minyak kereta kerana kurangnya muatan didlm kereta. =)
Sesudah simpan barang, kami terus menuju ke RJ Ayam Bakar yang saya nampak semasa perjalanan menuju ke hotel tadi..hehe..
Ini gambar di meja makan kami @ RJ Ayam Bakar.
Saya dan Radhi makan Ayam Penyet.
Eyda & Azrul makan nasi bawal bakar. =)
Disini kalau ayam penyet biasa : hanya ada nasi putih, ulam-ulaman dan ayam penyet serta sambal.
Jika nasi ayam penyet special : sama seperti ayam penyet biasa cuma yang specialnya ada tauhu goreng dan tempe goreng. bagi kita disini, semua sama aje kan? hehe
Saya ofkos pilih yang special. Radhi pilih yang biasa aje, sebab dia tak makan tempe! huhu
Total : RM 48.90
Siap makan, kitorg parking semula kereta di kawasan hotel dan bercinta sambil berjalan kaki di kawasan waterfront. Yang sayup di seberang sungai tu adalah bangunan Dewan Undangan negeri (DUN).
Masa kami berjalan di tepi sungai tu, baru lepas hujan. So tak de lah panas sangat.hihi..angin sepoi-sepoi gitu..hihi
Tempat wajib bergambar bila berkunjung ke Kuching. Ke tugu Kuching ni pun, kami hanya berjalan kaki dari waterfront juga tidak jauh dari hotel kami.
Masa nak amnil gambar di tugu ni, sangat ramai orang. Kami macam biasa, buat relax aje dan biarkan orang semua bergambar dl. Lepas tu tinggal kami berempat aje kat situ.hihi. Memang galak berposing, orang dalam kereta dan motor yang lalu lalang dok tengok aje kami.haha
Siap bergambar di tempat wajib, kitorg pulang ke hotel dalam jam 5.30ptg untuk solat asar dan rehat.
Lepas solat maghrib,dalam jam 8malam kami keluar semula. Malam tu kami dinner di Pizza hut sebab ada kupon beli hot tiket yang Eyda simpan tarikh akhirnya adalah 30Jun. So malam tu makanlah pizza. Tapi pizza dia xgebu sangat. tak tahulah diorg makan pizza macam tu ke ataupun diorg tak cukup masak sebab memang padat giler pizza hut malam tu.huhu.
Siap makan, kitorg berjalan semula di waterfront. Menikmati suasana malam di tepi sungai.hihi..
Meriah jugak malam-malam. Kami duduk di kerusi yang disediakan sambil borak-borak dengan badut yang buat bentuk-bentuk dari belon tu. hehe..
Dalam pukul 11 kitorg balik bilik untuk merehatkan mata dan sambung berjalan esok harinya.hihi
that's all for day 1.
bersambung utk day 2 - perjalanan yang jauh ke pasar satok- pasar serikin- semenggoh wildlife.
^__^
daa~~
Labels:
bulanmadu,
coticotimalaysia,
eydazrul,
makan2,
Sarawak
Monday, March 19, 2012
Ayam Penyet Pakcik
Assalamualaikum readers...
Sekarang ni dah macam seminggu sekali baru saya update blog ni..kesian sungguh! :'(
Saya masih dalam usaha adapt dengan waktu kerja baru ni.
YESSSS..after 4years kerja shift, 15 mac lepas saya dah start kerja normal hour macam other people. yeay!
But then, Radhi still in shift rotation.
Ada peluang dapat normal hour, saya diskas dengan Radhi. Dia suruh saya fight jugak untuk normal hour.
Dan akhirnyaaa...Alhamdulillah...
Dalam hati kesian sebenarnya, sebab time Radhi kerja petang, lunch dia kena masak sendiri. Even saya tahu suami saya hebat memasak, tapi naluri hati seorang isteri susah nak di ketepikan. ^_^
Dah suami lebih suka saya kerja normal hour, so saya ikutkan..=)
END of that story.
Berbalik pada tajuk entry.
Minggu sudah, saya pergi makan di terminal bas Cyberjaya. tujuan utama, ofismate saya nak pos barang. Kebetulan pos mini tu letaknya di terminal bas tu, so kitorg end up makan disitu sahaja.
Saya teruja tengok ayam penyet pakcik ni dari jauh and suddenly teringat rasanya gerai pakcik ni pernah masuk dalam JJCM dl. Masa tu Qi lagi yang jadi host.
So saya pun try la nasi ayam penyet pakcik tu.
menarek tak?
nampak je sambalnye tu oren, tapi memang kaw giler..Saya tak kuat pedas sangat, so sambalnya tak habis pun saya makan..hihi
harganya RM 5.50.
pecal lele pun ada..Harga sama tak silap saya..Pakcik ni memang goreng bile kita order. tapi kalau datang ngam-ngam waktu lunch memang kene beratur panjang la. Luckily saya pergi masa tu, dalam 1145, so belum ade line panjang.haha..Tapi orang yang order bungkus pakai fon pun berderet tau!.
Air pula di gerai sebelah pakcik tu. Dalam JJCm aritu, QI ada minum satu air tu. Saya lupa pulak namanya. Aritu masa tengok kat gerai tu ingat.hhih
Tapi saya pilih air ni...
Teh bunga!
Seringgit je! sedap, tapi saya tak pandai nak telan sekali dengan bunga tu.haha..
Air ni dia dah buat banyak, panas.
Kalau nk sejuk dia akan letak ais dalan gelas.
kalau nk panas, boleh mintak aje panas!..hihih
Kalau berkunjung ke cyberjaya, sila la try yea..
Pasti tidak mengecewakan.
^__^
daa~~
Thursday, February 16, 2012
Cookies Wagon the pink lorry ^_^
Assalamualaikum readers..
Ini cerita 2hari lepas..hihih..
Sekarang saya dah start carpool pergi kerja dengan shiftmate saya..hihi..sewonok!
Minggu ni kerja pagi. Habis shift, saya terus ke kedai nak beli bawang putih dan bawang besar je pada asalnya.
Bila dah pergi kedai tu, nampak macam-macam, dekat penuh jugakla sebakul kecik kat pasaraya 24jam tu.hihi
Lama jugak dalam pasaraya tu, sebab dok shiftmate saya ni tengok-tengok barang kat situ, memang murah. heeee ^_^
Keluar dari pasaraya tu, terus je menuju kereta. Sampai di kereta, nampak lori pink yang ada keluar dalam Jalan-jalan cari makan (JJCM) minggu lepas..hihih
Ini lorinya!
:
:
:
:
:
cookies wagon
![]() |
| comel tak lari ni? pink gitew..ihih |
Apalagi? Esaited la kitorang berdua menuju ke lori.
Yang lawaknya, boleh pulak pergi hangkut semua barang yang dibeli di pasaraya tadi ke lori tu. Tak mengedan! haha..
Then tengok takda orang lagi dan akak yg jual tu tengah setup2 semua, kitorg pegi letak dulu barang dalam kereta.
Sementara akak tu tengah setup-setup kitorg borak-borakla dengan kakak tu.
Luckily both of us are teh first customer of the day..hhihi..akak tu bagi free testing beberapa produk cookies wagon
ini antara yang kakak tu bagi testing..
![]() |
| blueberry cheese tart...sgt2 sedap! recommended! |
sangat tempting! kecit je..kena mkn banyak2..ihih..yummmyyy!
![]() |
| Bittersweet..dark chocolate chip cookies with walnut..sedap jugak! |
sedap..naseb tak pahit sebab saya tak suka dark chocolate.hiiihh
![]() |
| Bubble rice - ade choco chip n raisins. |
saya tak suka ada raisins dalam cookies or cake..so saya kureng suke bubble rice... >.<
Ini cupcake pulak..ihiihh
![]() |
| sila jamu mata...hiihih |
![]() |
| red velvet yang sgt IN.. ini sedap! tak manis sangat.. =) |
![]() |
| ice blended..saya tak beli pun. kawan beli.. |
![]() |
| i choose this!!!hihi |
last but not least..
They can be at your party!..hiihh
Kalau jumpa lori pink ni kat mana-mana try la..harga pun ok..
Tak silap lori pink ni akan selalu ada di Pasar Malam Putrajaya setiap selasa dan jumaat tu...hihih
fb cookies wagon : klik
daa~~
Wednesday, January 4, 2012
Kongsi resepi : Asam Pedas Ayam
Salam peeps.
Hari ni over rajin sikit, sampai 2 entry..huhu.
Tadi balik kerja, sampai rumah pukul 4.
Duduk depan tv jap, dalam 4.30, saya naik mandi dan tunggu azan Asar. Saya tak tahu samada kami berdua je ke yang rasa atau orang lain pun rasa.
Sekarang panas kan? tido pun panas.
Azan je, terus solat dan mengaji sikit dalam 4mukasurat.
Turun bawah, masak cili kering dulu.
Pastu blend, buat stok.
Buka peti sejuk, tengok barang untuk buat asam pedas semua ada.
Padahal malam tahun baru tempoh hari, abang saya da belanja makan asam pedas pure punye kat Melaka.
Kedai tu memang best.
~Asam Pedas Claypot Kota Laksamana~
Ni saya share asam pedas versi RnR..tihii
opss ..gambar dulu la.. ^_^
Bahan-bahan (untuk 2org makan)
~ Ayam (dlm 3-4ketul)
~ 3sudu bsr cili boh
~ 1sudu kecil lada hitam (ditumbuk) optional sbb sy suka! ^^
~air asam jawa (ikut kemasaman yg disukai)
~2biji tomato dibelah 2
~bendi
bahan dikisar
~ 4biji bawang merah
~3ulas bawang putih
~seinci halia
~2btg serai (nk ketuk saja pun OK)
Cara-cara
1) Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk.
2) Tumiskan bahan yang dikisar & lada hitam sampai naik bau harum bukan hangit
3)Masakkan cili boh sampai sebati dengan bahan tumisan dan naik minyak.
4) Tambah garam & serbuk perasa (agak-agak ikut citarasa)
5)Masukkan ayam, biarkan sampai ayam separuh masak dan airnya keluar, kacau sebati.
6)Masukkan bendi
7) Masukkan air asam jawa, kacau lagi.
Bila dah sebati kuatkan sikit api, jangan kuat sangat. kira sederhana la. ^_^
Kalau suka kuah banyak, tambah air masak/tapis.
Biarkan sampai mendidih, ayam & bendi masak sepenuhnya.
Saya suka masukkan tomato last sekali, takmo lembik sgt, hilang rasa tomato..hihi.
#kalau nak pedas lagi bleh jugak tambah cili api sikit tumbuk lumat, masukkan sekali dengan cili boh. <-- in case kalau cili boh tu cilinya tak pedas!
Siap untuk dihidang ^_^
Selamat mencuba =)
Kalau ada kekurangan bolehla kasi suggestion ye..hihih.. Kita share same-same
Bye!
Saturday, August 13, 2011
Ayam Percik in da house :D
Salam peeps..
Setelah seminggu saya dan Radhi berbuka puasa berasingan di tempat kerja masing-masing, hari ni kami kembali berbuka bersama di rumah..hihihi..
Tekak terasa nak makan ayam percik, nak beli hurmmm malas nak kuar dan rasanya petang nanti mesti hujan lebat macam semalam. Belekla buku resepi ayam yang saya beli..hiihih..hurmm mudah..semua barang ada dirumah, cuma kena tambah santan sikit, kelapa yang ada dalam freeze sikit sangat.
SMS Radhi mintak belikan kelapa parut dan halba:
I : abang, hari ni nak buat ayam percik?
S : entahla ayang, santan ada ke yang?
I : ada sikit je kelapa parut lebih yang beli aritu, abang belikanlah lagi, dengan halba ek?
S : Halba tu ape yang?
I : (dlm hati da agak da laki aku tak tahu) hihihh..ala dia bijik-bijik kaler koko,selalu ada dalam nasi dagang tu..abg tak jumpa,tanyala orang kedai tu.
S : Tengokla kalau abang bawak balik tu ada la ek...
I : Sampai hati..sobs.. (buat ayat sedey)
I : Sampai hati..sobs.. (buat ayat sedey)
45minit kemudian dengar dari jauh bunyi motor Radhi. Di bawak masuk plastik terus ke dapur, saya mengekor dari belakang terkedek-kedek...ihhihi...
tadaaaaaa...HALBA ada.....
TQ yayang!..
Saya pun mulalah keluarkan ayam dari freeze, rendam ayam.
Dalam setengah jam ayam da lembut, ambil 4ketul. (pertama kali buat kene sikit dulu, membazir amalan syatonirrajim..huhu)
Mulalah menyediakan bahan. Mengopek bawang, memerah santan, menggaramkan ayam..
Mari saya sharekan resepi....mudah saja..gerenti jadi!!!.
Bahan A
Ayam (saya buat 4ketul yang dikerat 12)
2cawan santan pekat (kira-kira sebiji kelapa)
1/2cawan air asam jawa
1sudu teh gula pasir
1sudu makan halba
garam secukup rasa
4batang serai
Bahan B
2sudu makan cili kering yang telah dikisar
6biji bawang merah
5ulas bawang putih
3inci halia
*bahan B dikisar/ditumbuk (saya lebih suka tumbuk! :D)
Garamkan ayam . campurkan bahan B dengan ayam dan gaulkan sebati . campurkan pula semua Bahan A dan serai yang diketuk . biarkan dalam 15minit . kemudian masakkan dalam kuali sehingga ayam separa masak . keluarkan ayam sahaja untuk dibakar sehingga masak . kuah percik selebihnya masak sehingga pekat
akhirnya...
Garamkan ayam . campurkan bahan B dengan ayam dan gaulkan sebati . campurkan pula semua Bahan A dan serai yang diketuk . biarkan dalam 15minit . kemudian masakkan dalam kuali sehingga ayam separa masak . keluarkan ayam sahaja untuk dibakar sehingga masak . kuah percik selebihnya masak sehingga pekat
akhirnya...
owh saya tumbuk seinci kunyit sekali untuk bagi kaler sket, xmo kaler putih pucat aje..ihih..alhamdulillah kali pertama buat terus menjadi, InsyaAllah nak repeat lagi..yummmyyyy... =)
Tryla InsyaAllah mesti jadi punya.
Tryla InsyaAllah mesti jadi punya.
Wednesday, July 20, 2011
Sunday, July 3, 2011
Nasi Minyak di Kajang
(ini entry yg saya buat 2mgu lepas,disebabkan xdpt nk publish pic setelah dicuba,sy hold dl..)
Salam Peeps!!
Weekend yg lepas, saya pergi kenduri ofismate di Kajang. Radhi kerja so saya pergi dengan ofismate yang lain.
Pergi dengan kereta Kak Iqa sebab suami kak Iqa pun turut serta. Saya dan Adila (ofismate) bersama baby boy Adila, Harriz jadi penumpang kat belakang..hiihih
Owh ni kenduri ofismate dengan ofismate..hehehe.. Pengantin lelaki-Hafiz & Pengantin Perempuan-Amy kerja dalam bangunan yang sama,dan department yang sama..hhhihh..Dulu sebelum saya kahwin, saya & Amy 1 shift.,so selalunya lepas habis shift kerja malam = on our rest day,lepas habis kerja pukul 8pagi tu kami akan terus join gang-gang lelaki main badminton (diorg court lain,kami court lain)..agak-agak dah penat dan berpeluh tu, rehat jap,yang perempuan ni pergi terjun kolam renang pulak..hihhh..syok waktu tu..sekarang gang-gang terjun kolam semua dah kahwin,tinggal sorang je lagi berstatus bujang.. =D
Okeh berbalik cerita nasi minyak..lauk sangat sedap tau..owh ekceli bukan nasi minyak, nasi beriani rasa saya...lauk2 memang best la.ada ayam golek..masak daging tu pun best..rasa saya orang rewang kawasan taman rumah hafiz yang masak,sebab diorg semua pakai t-shirt oren yang tertulis 'Rewang Crew' di belakang baju...
Okeh malas nak bebel panjang sangat, let pics tell da story :p
ini pengantin di meja makan beradab...
ini da crew photographers....geng opis saya juga...hihhi...
Kek pengantin...
ini sis Iqa with her lovely son-Little Ajeeq
ni Adila dengan anak bujangnye- Harriz Rizqi
last but not least...Us wift da pengantin...
Semoga berbahagia dan berkekalan hingga hujung nyawa buat Amy n Hafiz..
Wednesday, May 4, 2011
Selamat Pengantin Baru Mid
Salam peeps...
Hari Buruh yg lalu sy n Radhi sempat berkejar ke majlis perkahwinan opismate sy dl yg juga merangkap pengapit sy ms bersanding at my side...On dat day sy mmg cuti, tapi kanda Radhi tersayang keroje!!!!..huhuh..masuk kerja jam 3ptg...so pukul 12tghari kami da siap2 gerak..dlm hati sy mintak2 la sempat tgk mid berarak/bersanding...dgn nk kejar Radhi nk masuk kerja lg..hihih...
Owh majlis Mid and Aiman berlangsung di Dewan Banquet Maktab Polis Di-Raja Malaysia Cheras..Mid & Aiman mengenakan songket bunga penuh warna Oren peach...cantek!!...sy suke...dewan pun best...ade air-cond..ade karpet lg...hahaha...
okeh jom layan gamba yg sempat diambil...berkejar2dgn ms,smpi lupe nk ambil gambar sndr dgn perantin...
Semoga Mid & Aiman berbahagia hingga akhir nyawa....selamat menempuh alam perkahwinan...bnyk2 bersabar ditambah pula terpaksa hidup berjauhan....
Friday, April 1, 2011
Bubba Gump Sunway Piramid
Salam peeps...
Al-kisahnye pd 19 Mac yg lalu, sy baru je jejakkn kaki di KL setelah 5hari bercuti di kampung Radhi. Tibanya di rumah jam 1pg 19Mac,trus melelapkn mata sbb jam 8 perlu punch in di kantor....huuhuh....seperti biasa hari sabtu sy bekerja dr jam 8pg hga 1230tghari..19Mac juga ofismate merangkap ex-housemate sy msanak dara single dl kawen...jauhhhhh..di Sebak bernam...sbb sy hbs kerja pun da tghari dgn penat xhbs lg,sy pun amek keputusan utk tidk menghadiri majlis tu...
nk dijadikan cerita, ptg tu classmate sy dl dtg straight to KL from JB..die dtg sbb nk jumpe mata air die..hihih..ptg tu sy dpt panggilan,mereka berdua ajak sy mkn di luar...dan tempat yg menjadi hala tuju kami adalah...jeng jeng jeng....
BUBBA GUMP @ Sunway Piramid...ni semua pasal meleleh air liur xthn tgk review dr puan jaja butterfly...otw to sunway, siap kol jaja nk tau exact place...haha ..takut tersesat dlm sunway...maklumla sy mmg jarang pegi piramid...smpai2 rupenye, kt depan aje, bersebelahan dgn ole-ole bali..uuhuh...
so meh layan piccas la...mls nk tulis bnyk2....ohohooh
Al-kisahnye pd 19 Mac yg lalu, sy baru je jejakkn kaki di KL setelah 5hari bercuti di kampung Radhi. Tibanya di rumah jam 1pg 19Mac,trus melelapkn mata sbb jam 8 perlu punch in di kantor....huuhuh....seperti biasa hari sabtu sy bekerja dr jam 8pg hga 1230tghari..19Mac juga ofismate merangkap ex-housemate sy ms
nk dijadikan cerita, ptg tu classmate sy dl dtg straight to KL from JB..die dtg sbb nk jumpe mata air die..hihih..ptg tu sy dpt panggilan,mereka berdua ajak sy mkn di luar...dan tempat yg menjadi hala tuju kami adalah...jeng jeng jeng....
BUBBA GUMP @ Sunway Piramid...ni semua pasal meleleh air liur xthn tgk review dr puan jaja butterfly...otw to sunway, siap kol jaja nk tau exact place...haha ..takut tersesat dlm sunway...maklumla sy mmg jarang pegi piramid...smpai2 rupenye, kt depan aje, bersebelahan dgn ole-ole bali..uuhuh...
so meh layan piccas la...mls nk tulis bnyk2....ohohooh
ini sy punye...namenye panjang...tp yg sy ingt: Bourbon Street Catch of The Day
ni plak air sy: Mango Sparkler
ni plak cik Nadya punye: mama blue's southern charmed fried shrimp
yg ni...klu nk suh waiter/waitress benti kt kite..just turn out run forrest run to stop forrest stop..hiihih
ni plak classmate sy ngan cik Nadya...smg berkekalan hga ke jinjang pelamin yea...
thanx to mr.Classmate..En.Zaihan sbb belanja sy...mmg mantop bubba gump...$$$$ pun mantop...tiihiihih
Subscribe to:
Posts (Atom)
































