Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Wednesday, March 5, 2014

Vitamin C Sustained Release Shaklee

Assalamualaikum....

Hari ni aku nak share tentang kebaikan Vitamin C Shaklee. Ok Gambar bawah ni fakta ringkas tentang 1tablet  Vitamin C ni..


Yaaaa.. bila korang telan sebiji Vitamin C Shaklee ni, korang akan dapat khasiat macam makan 7biji buah oren. Tak perlu susah-susah nak potong buah oren, dan rasa kemasaman buah oren tu. hehe

Vitamin Shaklee mahal? huhu... okey untuk pengetahuan korang Vitamin C Shaklee ni dalam sebotol mengandungi 180biji tablet. Dan sehari cuma perlu makan sebiji je, so purata dalam sebulan adalah 30 hari. maknanya sebotol Vitamin C boleh bertahan 6BULAN tauuu.. IYAAAAA 6 BULAN!!! dan harganya sangat berbaloi...

Bagi mereka yang menghidap darah tinggi, memakan Vitamin C amat digalakkan bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

Nak tahu lebih lagi pasal Vitamin C ni boleh Call/SMS/Whatsapp saya - 0123492056.. aku akan cerita lebih lagi. dan InsyaAllah aku akan share lagi kebaikan Vitamin C Shaklee ni.

Nak tahu produk Shaklee lain atau cara nak jadi ahli Shaklee juga boleh sembang-sembang =).

Leeyana - SID : 910502
COD : Equine Park, Puncak Jalil, Seri Kembangan, Cyberjaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

^_^
daa~~


Sunday, January 12, 2014

Entry pertama tahun 2014

Assalamualaikum...

Hari ke-12 di tahun 2014, baru aku terkedek-kedek nak up entry.. Anyway nak jugak wish, Selamat tahun baru untuk semua, semoga tahun ini membawa lebih keberkatan dan kebaikkan untuk kita.

Macam semua orang, mesti ada azam untuk dicapai tahun ni. Aku macam biasa, azam tahun lepas yang tak tercapai tu di'carry forward' ke tahun ni. hehe...bukan sengaja dibuat tak tercapai, tapi belum dengan keizinan Allah lagi. Redha!!

Tahun ni memang aku nak bersungguh-sungguh berusaha TTC, berusaha turunkan berat, berusaha tak tinggalkan senaman, aerobik, cycle. berusaha menjadi student yang pandai uruskan masa untuk buat assignment dan study - tahun lepas sangat carca-marba study aku, nasib tak terjelepuk ditengah jalan..muahaha...berusaha menjadi seorang yang matang dengan usia- tahun ni aku & Radhi 30tahun weiiiii..-sila percaya sape yang kate aku 25tahun tu..hehe..Aku tak suka orang tengok aku macam budak-budak all the time, cammm hurmmmm aku dah tak nak jadi budak-budak, mcm sgt wasted time ms aku remaja/belum kahwin dl. tapi kalau diberi peluang aku kembali ke sekolah, yessss aku nak!!! aku nak baiki kesilapan aku masa belajar time SPM dulu. Aku nak belajar sungguh-sungguh semula, nak pergi oversea study sane..Or not aku nak masuk local U direct and study sampai Master before kahwin.... tu la aku , dulu mak suruh belajar, aku sibuk bersukan la, sibuk dengan cinta monyet la, sibuk main-main. Sekarang kekesalan tu ada la masih terbuku dihati, tapi wut to do, salah sendiri so terima je la..jadikan kesilapan lalu sebagai pengajaran. And now aku nak ubat semula kekesalan dulu, one fine day bila aku ada anak and anak-anak aku dah besar aku akan ceritakan ini semua sebagai pedoman untuk mereka yg mana mommy and daddy diorg ni, dah tua-tua ni sibuk lagi belajar....hikhikhik...

Pasal TTC, memang aku tak banyak cerita kat sini. Aku ada 1 blog lain yang cerita semua pasal TTC aku, apa yang aku usahakan. Aku tak nak share kat sini, sebab dah ramai orang yang aku kenal secara realiti tau blog aku ni. sebab mungkin senang sangat kot nak cari, bila aku bagi email, google2 dapat la jumpe blog aku ni..haha So that aku amek keputusan untuk separatekan cerita TTC aku. Blog tu juga aku buat macam notes untuk diri aku sendiri, pasal ubat yang aku pernah makan, pasal doktor mana aku jumpa and so on.. Agak-agak akalu aku lupa, aku refer je kat blog tu semula..hehe.. Kalau diizinkan Allah tahun ni memang aku berniat sangat nak pregnant, insyaAllah aku akan berusaha sehabis baik. Doakan aku, kawan!!!! ^_^
Seronok bila dengar khabar kawan-kawan yang seteam dengan aku zaman BBF-Blogger Bride Forever dalam fb tahun 2010 dulu dah dalam penantian kelahiran anak kedua. Most of them nak dapat anak kedua. TAHNIAH korang!!! but ada juga yg still berusaha, keep on moving babes, berusaha, berdoa dan tawakal!!!

Bisnes SHAKLEE alhamdulillah, anak-anak aku semakin bertambah dari bulan ke bulan. InsyaAllah aku akan beri yang terbaik untuk mereka dan membantu seramai mungkin hidup sihat. Berbisnes aku letak no 2, first thing bagi aku adalah aku nak membantu semua orang hidup sihat, aku akan share segala kebaikan SHAKLEE. Dengan Shaklee aku rasa emosi aku lebih tenang bila hadapi suatu masalah, sebab dengan group shaklee ni bukan sahaja kita memperkenalkan produk yang ada dalam Shaklee malah macam-macam motivasi, macam-macam tazkirah yang dishare oleh leader-leader dari rohaniah dan lahiriah. Percayalah tiada paksaan untuk kita berniaga dan berjual. Semuanya terletak di tangan sendiri. Aku percaya jika kita tak letak keuntungan dan bonus tu sebagai tunggak utama, lebih daripada itu kau akan dapat. Percayalah!!!

Iklan Sket:: hehe.. kalau nak tau lebih pasal SHAKLEE, boleh email aku..kite cerita-cerita. Aku ada join 2-3 MLM sebelum shaklee, dan aku rasa SHAKLEE lebih buat aku tenang, lebih buat aku hargai apa yang aku ada dan lebih buat aku ikhlas berkongsi dengan semua orang...Cerita jujur, 5tahun lepas aku ada join 1MLM tu, modal aku join mlm tu masih belum habis kat bank, insyaAllah bulan 6 ni nanti habis...dan aku join SHAKLEE bulan Januari 2013, alhamdulillah bulan pertama modal aku join Shaklee aku dah dapat semula. Join Shaklee hanya RM 75 untuk lifetime - no renewal untuk every year dan tak perlu submit loan apa-apa pun dekat bank. Aku pernah terkena suatu masa dulu, dan tak mungkin aku nak kenakan orang balik. that is not me!! cukuplah pengajarannya aku terima. Dan sekarang aim aku adalah aku nak bebas hutang dengan berusaha bersama Shaklee. Percayalah korang takkan menyesal dengan Shaklee macamana aku pernah menyesal dengan MLM dl. huhu.. Nak tahu cerita lebih pasal shaklee, boleh email aku : leeyanaradhi@gmail.com

Oklah that's all, aku nak bersihkan rumah anak-anak hamster aku, panas elok ni, nak mandikan dua ekor tu sekali...hehe..owh nanti aku cerita pasal hamster plak eh...hehe

^__^
daa~~

Tuesday, December 31, 2013

Set Berpantang dari Shaklee

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak share pasal set berpantang Shaklee. Alhamdulillah beberapa pengguna yang dah beli set ni menceritakan kepuasan hati mereka dengan penggunaan set berpantang dari Shaklee ni.

Meh aku tunjuk gambar dulu..


Ini set berpantang paling basic - ada 4items - Vitalea, Vitamin C, B Complex dan Zinc Complex



Ini pula set berpantang lengkap atau optimum. dalam set ni ditambahkan ESP dan Ostematrix untuk melengkapkan nutrisi bagi ibu-ibu dalam pantang.

Vitalea - [120bj] - penggunaan untuk 2bulan
B Complex - [120bj] - penggunaan untuk 4bulan
Vitamin C sustained release - [180bj] - penggunaan untuk 6bulan
Zinc Complex - [120bj] - penggunaan untuk 4bulan
Ostematrix - [120bj] - penggunaan untuk 3bulan
ESP - [850gram] - penggunaan lebih sebulan 

Set-set ini sangat menjimatkan kerana ianya bukan penggunaan untuk diwaktu berpantang sahaja, malah jika ibu-ibu telah habis tempoh berpantang, penggunaan vitamin-vitamin ini masih boleh diteruskan jika anda menyusu bayi. Semua kandungan vitamin ini adalah dari bahan natural dan halal.

InsyaAllah akan datang saya akan share segala kebaikan setiap vitamin ini. Jika anda ingin mengetahuinya lebih details , jom whatsapp saya @ 012-3492056. I will answer u =)

Pembelian set basic akan mendapat 1 free gift , manakala pembelian set optimum akan mendapat 2free gift.
Lets grab it ladies!

COD : Seri Kembangan :: Puncak Jalil :: Cyberjaya
Postage : Seluruh Malaysia

^__^
daa~~


Saturday, November 30, 2013

Start aerobik semula - Dynamic Aerobic Studio, Equine Park

Assalamualaikum..

Dulu aku pernah cerita yang aku join aerobik kan? pastu dalam 2bulan je kot aku join. Lepas stop aerobik memang tak de langsung aktiviti mengeluarkan peluh.

And now kesedaran untuk menurunkan berat makin membuak-buak dalam diri, so aku mintak izin Radhi untuk start semula aerobik. Alhamdulillah dia ok je. Aku pun terus la call  Kak Pozi, owner dan juga instructor aerobic tu. Sekarang jadual kelas dah lain. Dan rasanya lebih appropriate kot.
Kelas 2hari seminggu- Isnin and Rabu pukul 8.30malam - 9.30malam. So untuk yang bekerja tu, okla sempat memasak dulu untuk ahli-ahli rumah. Yang bujang kire perut sendiri je kan..

Yang paling best waktu aerobik sekarang ni adalah, sebelum aku gerak pergi kelas..memang aku just minum ESP je or not aku makan roti sekeping dua. Kalau untuk dinner Radhi time tu aku masak mee/kuey tiow goreng, aku jamahlah sikit. Dalam 8.15mlm aku gerak ke studio dengan berbekal seliter air. Amazingly in an hour, aku habis air seliter tu siap tak cukup lagi. Of course hari aerobik, aku akan habis 4liter air. Botol 2.2liter tu skrg aku selalu xhabis bawak ke opis, sebab skrg asyik hujan, kerap benor nak terkencing. Air yang tak habis tu biasa aku bawak balik, habiskan time masak or kalau banyak lagi biasa ofismate aku yg keje shift akan paw air aku..hahha.. Biasa aku akan habiskan juga at least 2.5liter paling-paling teruk pun.

Syukur, tadi aku timbang another kilo dah hilang. Alhamdulillah. I want more- insyaAllah. Pada yang sedang dalam diet nak turun banyak-banyak kilos dan menggunakan apa-apa juga supplement utk lost weight, AIR ADALAH TERSANGAT-SANGAT PENTING!!!! . Tak guna kalau korang just makan supplement utk lost weight tapi air tak cukup and tak bersenam dan TAK CONTROL MAKAN.

Ok berbalik pada tempat aku aerobik tu, studio tu memang khas untuk perempuan saje. Kalau nak tau dekat mana, klik pada word 'dulu' di awal entry aku ni. Nanti ade link terus kat entry lama aku yang aku ade bg guide kat mana studio tu sekali dengan nombor phone Kak Pozi , owner studio. Yang nak berzumba, YESS, kami memang ade buat zumba berselang seli dengan step, hi-lo, latin-salsa-mambo.

That's all pasal aerobik. aku nak buat promosi ujung-ujung tahun ni..
Siapa yang beli 3produk SHAKLEE ni, ESP or MEALSHAKE or PERFORMANCE DRINK akan dapat best price and 2 special gift dari aku. Bukan selalu tau aku nak bagi special gift sampai 2 ni....hehe

COD : Seri Kembangan :: Puncak Jalil :: Cyberjaya :: BB.Bangi
Postage to all over Malaysia.
Call/sms/Whatsapp : 012-3492056- Leeyana <SID910502>

^___^
daa~~



Wednesday, October 9, 2013

Kombinasi skincare Nour Ain & ESP Shaklee

Assalamualaikum...

Tahun lepas aku pernah cerita pasal skincare yang aku guna. Dat time aku dalam dilema nak cari skincare apa untuk gantikan produk yang dah lama aku guna. Around bulan Oktober last year, rasanya masa aku nak ke langkawi dengan family aku, aku start guna produk ni.

Tadaaaa...Produk ni tak jual kat pasaraya-pasaraya. Diorang jual online. Tapi aklau siapa biasa beli majalah Mingguan Wanita, iklan Nour Ain (NA) ada dalam majalah tu.

Bau sedap :)

Aku start tau kehadiran NA ni masa aku nampak member sekolah aku dulu post kat fb. Kena pulak dengan time aku memang tengah mencari ganti skincare dulu. So aku pun try la contact stokis yang dekat dengan aku.hehe.Alhamdulillah lepas 3minggu guna secara KONSISTEN, aku dapat rasa kulit muka aku jadi smooth je..hehe

By the way, aku start pakai NA, aku start jugak minum ESP dari SHAKLEE dan dengan hasil perubahan itu jugak aku register sebagai ahli shaklee....haha..itula kisahnya. Dan aku rasa the combination of NA and esp sangat menjadi dengan aku atas pertolongan Allah. Alhamdulillah. ofkos aku gembira.

Gambar ORI dengan camera tab without any apps

Dan pernah masa tu aku balik kampung Radhi, mak mertua aku sendiri yang tanya aku, pakai produk apa nampak kulit muka da halus, pori-pori and bekas jerawat dan semakin hilang..Dat time aku macam... awwww auwwww malunye....mak mertua aku perati kulit muka aku kot..haha..memang ke'best'an tu tahap langit ke tujuh - bak kata Yannie..haha Yela muka aku memang teruk dari remaja, banyak jerawat dan bekas-bekas jerawat and plus kulit aku jenis berminyak. Dats y aku sangat berpuas hati dengan kombinasi skincare NA dan supplement esp dari Shaklee ni.

Until i wrote this entry, dah setahun genap aku guna kedua-dua produk ini...Alhamdulillah.. =)

For those yang tercari-cari skincare yang sesuai untuk korang, aku sangat-sangat recommend produk Nour Ain ni. Sebab dah 3-4orang kawan aku termasuk aku guna, dapat hasil yang positif.

Kalau korang nak cari produk ni, boleh contact Yannie, thru whatsapp je pon bleh - 012-6868789.
atau pegi instagram die : Yanniebunny12

Last but not least, kalau korang mencari ESP dengan harga terbaik,
do email me or whatsapp me -012-3492056, and aku akan ceritakan lebih detail cmn aku gunakan dua-dua produk ni. =)

HOT SELLING!!!

Yang penting kena konsisten dan kena sabar. =)

^__^
daa~~


Wednesday, October 2, 2013

Promo Buy 6 Free 1 - Shaklee Collagen Powder

Assalamualaikum..

Bulan ni bulan terbaik untuk bakal -bakal pengantin yang akan jadi raja sehari hujung-hujung tahun ni.
Shaklee ni pandai tau, buat promo Collagen terbaik punya. Pasti korang tak kan menyesal.

Harga terbaik ni bukan boleh dapat setiap bulan. Memang betul-betul belian terbaik

Meh aku share sedikit kebaikan Collagen Powder dari Shaklee ni


Nak lagi? Okeh, meh baca artikel tentang Collagen Powder Shaklee ni dari Majalah Isihat


Nak lagi keterangan lanjut tentang Collagen Powder ni? Or tentang produk-produk terbaik Shaklee yang lain? Boleh komen dan tinggalkan email address or do call/sms/whatsapp me @ 012-3492056

Pastinya harga terbaik akan diberi... =)


Leeyana
SID : 910502  - COD : Seri Kembangan::Cyberjaya & Putrajaya::Puncak Jalil:: BB Bangi
Call/sms/whatsapp : 012-3492056
email : leeyanaradhi@gmail.com
FB page : Double R Healthy Pharmacy


^__^
daa~~

Friday, September 20, 2013

Multivitamin & Multimineral Shaklee ~ Vitalea

Assalamualaikum...

Shaklee sharing dari aku hari ni, aku nak cerita pasal multivitamin dari Shaklee. Multivitamin Shaklee dikenali as Vitalea


# Multivitamin penting untuk tubuh #

Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.

Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:

* Menjaga kesihatan jantung.
* Meningkatkan tahap tenaga
* Meningkatkan sistem imun tubuh
* Menguatkan tulang
* Kesihatan mata dan penglihatan
* Menjaga kualiti kulit sihat
* Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. 



Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.

Antara indivitu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah

* Wanita hamil dan menyusu anak
* Pengamal diet
* Perokok
* Pengamal vegetarian
* Peminum alkohol yang kerap
* Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
* Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
* Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.


Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien.

Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin.

Ketahuilah suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya.


Okeh, banyak kan kebaikan multivitamin shaklee. Meh la order, mesti ade special price untuk pembaca blog ni..hehe

whatsapp/sms : 012-3492056
email : leeyanaradhi@gmail.com

^__^

daa~~


Monday, September 2, 2013

Shaklee Hot Selling

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak share beberapa set Hot Selling Shaklee.. Meh cek gambar bawah ni..hehe


Kalau tak nak beli by set, nak beli per bottle pun boleh.

Setakat ni ramai orang mencari ini dengan aku :

1) ESP 
2) Lecithin
3) Alfalfa
4) B Complex
5) GLA Complex

Bagi yang purchase ESP dengan aku for the first time, aku akan bagi 1 free gift yang amat berguna untuk korang minum ESP tu.. hehe

Anything nak tanya or nak order, boleh :

Email : leeyanaradhi@gmail.com
SMS/ WhatsApp: 012-3492056


^___^

daa~~

Tuesday, June 4, 2013

Vitamin B Complex SHAKLEE

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak share kebaikan Vitamin B Complex Shaklee dan kelebihannya bagi setiap individu. rumusan utama Vitamin B Complex keluaran Shaklee adalah :

1) B1 (thiamin)
2) B2 (robiflovin)
3) B3 (niacin)
4) B5 
5) B6 (pyridoxine)
6) B12 (cobalamine)
7) Asid Folic
8) Asid panthothenic
9) Biotin

Setiap rumusan dalam vitamin B complex ini memiliki fungsi yang khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. ia juga membantu dalam menghasilkan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Kurangnya vitamin B Complex boleh melemahkan sistem daraf dan menggangu otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangan ini juga akan menyebabkan pembentukan sel abnormal yang boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu juga, kurangnya vitamin B Complex boleh dikaitkan dengan masalah depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan lain seperti, keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX
- Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir
- Meransang pertumbuhan pada kanak-kanak
- Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut
- Mencegah stress
- Menguatkan antibodi tubuh
- Amat penting untuk aktiviti sel genetik
- Diperlukan dalam pembentukan asid amino.
- Keperluan untuk memproses dan memperbaiki sel-sel darah merah
- Mencegah anemia

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK
- Merangsang pertumbuhan 
- Meningkatkan kemampuan berfikir
- Memberikan tambahan tenaga

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA
- Menambah tenaga - menukarkan makanan menjadi tenaga
- Mengurangkan stress - simptom kemurungan & tekanan
- Melambatkan proses uban di rambut
- Membantu meningkatkan konsentrasi
- Menggalakkan kesihatan jantung, metabolism tenaga dan replikasi DNA yang sihat

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG
- Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik
- Mencegah anemia (tekanan darah rendah)

Info tambahan, since Vitamin B Complex ni dah ada sekali asid folic so ianya sangat sesuai buat TTCian macam aku. No need untuk amek asid folic secara berasingan lagi. Ia juga sesuai untuk ibu mengandung, yang mana asid folic penting untuk mengelakkan kecacatan pada pertumbuhan bayi.


Nampak kan? B-Complex with Folic Asid..aku tak tipu tauuuu..hehe.. Nak tau lebih details or nak order?
Boleh contact aku :

Leeyana - Shaklee ID : 910502
Sms/whatsapp : 0123492056
Email : leeyanaradhi@gmail.com

Lain hari aku share pasal vitamin lain pulak yea.hehe

^__^

daa~~





Monday, May 13, 2013

Cerita diet aku

Assalamualaikum...

Ingat lagi tak cerita diet aku yang ini ? <klik>  Lama aku perap cerita diet aku...haha ampun! Aku masih lagi  kekal dengan diet ni. Dua bulan lepas masa aku start dengan diet minum air kosong ni, aku takset pun nak tengok perubahan berat aku. Sebab time tu tak sanggup nak timbang, sebab aku rasa memang badan aku da berat seberat-beratnya.hohoh..

Dah hampir 2bulan aku angkut kehulu-kehilir botol air aku, aku rasa badan aku jadi ringan. Word ringan tu, bukanlah maknanya aku dah kurus selim melim. Tapi aku rasa aku dah tak mengah-mengah kalau jalan jauh, kalau aku buat kerja-kerja rumah pun, dah tak payah nak rehat duduk dalam 5minit dari 1 kerja ke 1 kerja yang lain. Yess dulu memang aku kena rehat dulu, contohnya lepas sapu 1rumah aku kena rehat dulu untuk sambung mop 1rumah pulak. Lepas sapu tu berpeluh-peluh memang la, rasanya macam kena minta nyawa dah. Tapi bila aku diet minum air ni, memang aku boleh straight je buat kerja.  =)

2minggu lepas aku terasa nak tengok diet aku ni ade beza ke tak. Masa tu kat giant, aku nampak penimbang  digital yang masuk 20sen tu. Aku ajak anak buah aku teman aku nk timbang, aku suruh dia pegang sling bag aku. Tak kisah la berapa berat aku time tu, so aku keep in mind then aku target in 2weeks berapa aku boleh turun. So start hari tu memang aku akan habiskan 3liter air kosong sehari. Aku ni spesis yang tak reti tak minum susu sehari. Aku rasa tak lengkap hidup aku tak minum susu sehari, so aku gantikan pulak susu yang biasa aku minum tu dengan ESP SHAKLEE. Dulu pagi-pagi aku mesti akan buat milo ke,neslo ke untuk sarapan. Tapi aku gantikan semua air tu dengan ESP then aku set dalam otak, itu adalah susu yang biasa aku minum...hehehe...nak diet, set otak ni adalah sangattttt penting *bagi aku*..Aku memang dah jarang sangat minum susu sejak oktober dulu yang mana mula-mula aku start minum ESP. Hingga kini, aku dah masuk botol ke-4 ESP tu...heheh.. Eh, nak beli ESP? boleh beli dengan aku..aku kasi free gift...hehe iklan sat...haha

Ke ofis, aku angkut air kosong 2.2liter. Sebenarnya ada je air kt opis, tapi aku saje nak bawak dari rumah.hehe..8jam kerja, aku habiskan separuh botol before lunch break dan separuh lagi lepas lunch hingga balik. Pergi toilet memang kerapla. kadang-kadang pernah jugak air tu tak habis. Aku angkut semula balik rumah then masa memasak aku akan habiskan. Kalau air tu habis di ofis, yang botol 1.2liter tu aku start minum kat rumah masa memasak hingga tidur.Dulu aku tak pandai nk adjust time minum air ni, selalula time tidur 3kali bangun ke toilet, memang ganggu waktu tidur. Tapi sekarang, aku setkan habis minum sejam sebelum tidur. Kiranya sejam sebelum tidur tu time aku untuk buang semula air tu..hehe


Dua-dua botol tu aku beli murah je kat cosway. Tak payah beli yang mahal-mahal, yang penting niat dihati tu.hehe


Haaaa nampak tak? murah je kan...hehe.. Minggu lepas jugak, aku berkesempatan pegi gym sekali. haha..Gym free babe..sejam, kira oraitt la kan. Thanks to my kakak, sebab bawak g gym free..haha..nanti-nanti bawak lagi yea..muahahha..
Kat rumah, wiken memang aku tak sentuh nasi sebabnya Radhi tak ada.. Siang dia pegi kelas, so dia da siap-siap makan kat tempat belajar. Balik kelas, dia pergi buat projek dia kat damansara, balik dah malam so dapur aku memang tak berasap la. Balik dari damansara, dia dah makan. So wiken aku memang boleh habis air 3liter tu petik jari je..cewahhhh..kalau lapo, aku alas dengan biskut or roti sekeping dua. Wiken aku sibuk mengemas rumah, so memang tak terasa sangat laparnye.

Dan tadi (sepatutnya semalam genap 2minggu), aku pergi semula timbang di tempat yang sama, surpriseeeee turun sekilo berat aku..Alhamdulillah..berjaya jugak! Tu pun ada jugak aku ngelat masa balik kampung Radhi time mengundi tu, MIL aku asyik masak sedap je. Malam last kat sana, aku makan nasi menambah ..ahah..MIL aku masak ikan jaket sumbat wehhhh..sedapp sangat..susah nak benti...hahah...Memang cenggitu la sokmo, kalau balik kampung Radhi kelautttt diet aku..Tapi nasib gak, kat kampung panas wehhh, jalan gak la air masak aku 2liter..hehhehe

InshaAllah jauh lagi perjalanan diet aku ni. Aku mesti teruskan, sebab aku ada misi disebaliknya. huhu.. Korang tryla, bila ada perubahan mesti korang lagi bersemangat! percayalahhhhh! =)

^___^

daa~~

Thursday, February 28, 2013

ESP Shaklee - Feedback

Assalamualaikum..

Saya nak share satu feedback dari seorang kawan yang beli ESP Shaklee dari saya. 
Dia housewife ada sorang baby girl dalam 6months kalau tak silap.


Nampak tak nampak tak? 
Dia first time cuba minum ESP. Alhamdulillah syukur sangat dia suka dengan ESP and ada feedback yang baik dengan ESP.
So terbukti la, minum ESP u all boleh rasa kenyang. Saya tak tipu, saya sendiri pun rasa kenyang. Biasanya saya minum ESP pagi before start drive to work.Kalau sampai office lambat, saya tak sempat tapau d cafe, memang saya bertahan dengan ESP tu je. =)

* Special free gift utk anda yang 1st time beli ESP dengan saya* 

Ok, kalau korang nak cuba ESP atau product Shaklee yang lain boleh contact saya:

Email : leeyanaradhi@gmail.com 
COD : Equine Park - Cyberjaya - Kota Warisan- Salak Tinggi
Shaklee ID : 910502


^___^

daa~~

Wednesday, January 23, 2013

Shaklee Independent Distributor

Assalamualaikum..

Mula-mula malas nk jadi ahli.. Setelah 4bulan saya consume dan rasa sendiri perubahan, dengan sokongan ramai pihak, akhirnyaaaaa

Saya sign up sebagai Independent Distributor...Alhamdulillah..


ID : 910502

COD : Equine Park - Cyberjaya - Kota Warisan

Email : leeyanaradhi@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...