Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Friday, September 12, 2014

Resepi Daging Berlada My Mom

Assalamualaikum...

Salam Jumaat..

Hari ni aku nak share resepi mak aku, tak taula kot-kot ade orang buat daging berlada camni jugak..hehe.. Senang je resepi ni..



Bahan-bahan

~ Daging lembu dipotong nipis - dalam 10-13 keping
~ Sebuk kunyit
~ Garam
~ Lada merah 5-6biji
~ Tomato - separuh je
~ 2 ulas bawang putih
~ 1 ulas bawang merah

Cara-Cara

1. Untuk bagi daging tu empuk, rebus daging dengan kuali tau, air tu agak2 tenggelam keseluruhan daging, bubuh garam secukup rasa dan kunyit sket.

2. Bila air rebusan tu dah macam nak kering, masuk minyak masak sket untuk goreng. Yes guna kuali tu jugak, sebab tu aku cakap guna kuali rebus daging tu senang terus goreng.

3. Goreng daging tu bukan goreng sampai kering jadi sekeping rangup tau. Goreng-goreng lembab gitu. Then keluarkan dari kuali. # ni cara MIL aku buat daging goreng, sodapppp!!!

3. Tumbuk daging yang telah digoreng tadi. tumbuk sampai dia jadi nipis jangan sampai hancur pulak.

4 Tumbuk pulak bawang merah n putih, lada merah n tomato tu sampai lumat.Lada merah tu memang tak boleh nak lumat sangat, tak pela kasar-kasar sikit tu. Penyeri!.

5. Siap tumbuk, tumis saje la bahan yang korang tumbuk pada no 4 tu. Then bubuh la garam sket, pastu bila dah naik bau kalau kering sket, bubuh la sikit air nak kasi dia berkuah sket gitu. Lepas tu bubuh daging yang dah tumbuk tadi then gaul sebati.

6. Dah sebati, hidangkan la dengan nasi panas-panas.. perghhh maveles!!!

* sambal tu buat dengan ikan bilis or ayam goreng or ikan goreng pun sodapppppp!!!..hehe

selamat mencoba!..hehe

^___^
daa~~

Wednesday, May 14, 2014

Resepi kuih seri muka

Assalamualaikum...

Lama dah aku tak share resepi dalam blog ni..hehe.. ahad baru ni aku buat kuih seri muka, kononnya nak bawak pergi rumah yong, tapi diorg semua pergi rumah ibu kat Kg.Bharu. Radhi pulak tak de, kelas. Tunggu dia balik kelas, lambat pulak. So cancel pergi rumah yong.

Kuih seri muka ni memang kuih favorite Radhi, memang suka sangatlah dia bila aku buat tu. Seloyang tu dia boleh habiskan sorang je. huhu .. aku memang kureng sket kuih pulut-pulut ni, sebab nanti aku cepat sebu - angin gitu...serba tak kena nanti. so kalau aku makan pun yang pulut-pulut ni, beringat jugakla. Untung radhi takyah berebut kuih favorite dengan bini..haha

Ok so aku share la resepi tu. Tak silap sepanjang kahwin, ni kali ke-3 aku buat seri muka ni. Resepi asal aku ambil dari buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza tu. Aku memang ade beli buku tu. Agak-agak buntu nak masak ape, aku selak je buku tu.

Bahan A (pulut)

2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair
1/2 sudu kecil garam

Bahan B (pandan)

2 cawan santan pekat
1 cawan air tapisan daun pandan (aku blend)
1/2 cawan tepung gandum (aku ayak dulu)
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil pewarna hijau
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh garam
1 biji telur

Cara-cara

- Rendam pulut beberapa jam sebelum mula buat kuih ( aku rendam dalam 4jam)
- Campurkan semua bahan A dalam loyang dan kukus hingga pulut masak
- Tekan pulut yang dah masak tu, sarung tangan dengan plastik bersih untuk senang tekan sebab pulut tu       panas. Tekan sampai mampat n cantik.
- Sebatikan semua bahan B dalam mangkuk lain dulu.
- Masak sedikit bahan B tadi atas kuali tidak melekat hingga agak pekat  (api palinggg minima)
- Kemudian, tuang atas pulut yang telah dimampatkan tadi.
- Kukuskan semula hingga bahagian pandan masak.
- Cucuk sikit bahagian atas untuk pastikan dah betul2 masak. Kalau tak melekat pada lidi/garfu tu kira dah   masak la tu. anggaran masak bhgn atas tu dalam 20-30minit.
- Siap dimasak, biarkan sejuk sedikit sebelum di potong. Potong panas2 nanti tak comey!..hehe

tips aku : sukat semua yang guna cawan dengan gunakan cawan yang sama!!!!

nahhhh.. ni hasilnya yang aku buat..malam isnin tu dah selamat semuanya...huhu


S.E.L.A.M.A.T    M.E.N.C.O.B.A.!!



^____^
daa~~

Monday, September 16, 2013

Resepi Kek Gula Hangus Kukus

Assalamualaikum...

Cuti 3hari mood membaking mari. Dah lama sebenarnya aku nak buat kek gula hangus ni. tapi biasala kan tunggu mood..hehe..aku tak suka buat benda-benda kalut-kalut, mesti tak menjadi nanti..hehe

disebabkan buku resepi aku yang tebal tu kakak pinjam, so aku menggoogle la resepi kek ni. Aku suka tengok 2-3 resepi sebelum aku cuba buat. saje nak banding-banding sukatan, then aku suka yang resepinya jenis sukat pakai cawan n sudu.. aku akan elakkan amek resepi yang sukatannya guna penimbang. Penimbang ada, tapi aku MALAS!!!..hehe

Ni resepinya, asalnya dari blog mana tah, aku tak ingt..huhu

Bahan-bahan

1cawan gula pasir
1cawan tepung gandum
1cawan air panas
1cawan susu pekat manis (aku kurangkan sket jadi 3/4 cawan je)
2sudu besar mentega
1sudu kecil soda bikabornat
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil esen vanilla
4biji telur

Aluminium foil

Cara-cara

1- Masak gula dalam kuali/periuk hingga hangus-warna bertukar coklat, masukkan air panas sedikit demi sedikit hingga habis (hati-hati gula akan sedikit meletup-letup) kemudian masukkan mentega dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan sejuk sendiri.

2- Ayak tepung gandum, soda bikabornat dan baking powder.

3- Satu telur dan susu pekat, kacau hingga kuning telur pecah dan sebati dengan susu pekat. Kemudian campurkan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit hingga sebati. Campurkan gula hangus tadi dan esen vanilla hingga sebati.

4- Sediakan loyang yang dioles dengan mentega (supaya tidak melekat). Tuangkan adunan tadi dan tutup dengan aluminium foil. Biarkan selama 2jam sebelum dikukus. Aku tak pernah tak biarkan. Nanti nak try kalau tak biarkan jadi ke tak kek aku..hehe

5- Kukus selama sejam atau sehingga masak. Dalam setengah jam or 45minit tu try la tengok and try cucuk sikit kalau tak de melekat tu, so masakla..hehe

Nah...aku tepek gambar kek gula hangus aku...


Aku tak suka pahit-pahit, tu yang kek aku light-light je warna coklatnye. hehe.. As long as Radhi cakap sedap... aku dah puas hati.hehe

okla, selamat mencoba. senang je kek ni.. bahan-bahan pon tak la susah nak cari.

^__^
daa~~

Thursday, December 13, 2012

Resepi makaroni cheese mudah

Assalamualaikum..

Tajuk entry macam hebat gila memasak kan. Tak pe janji suami tauliah saya hebat masak untuk isi perutnya..hehe
Saje nak share resepi mudah untuk sediakan makaroni cheese ni. Rasanya saya duduk kat dapur dalam setengah jam je. So kita check ape bahan-bahan & caranya..

Bahan-bahan

Makaroni - bajet sendiri nak bnyk mana, tak kisah ape bentuk pun
Sos Prego cheese & herb - yang tin kuning tu
Sosej & Crab stick
Brokoli - *saya tak letak, sebab dah sampai rumah baru teringat :p*

and yang dibawah ni saya saje tambah kasi lebih lemak.haha.. Tak adala


Cara-cara masak

1- rebus makaroni yang korang dah agak nak banyak mana tu
2- potong sosej ikut suka ,crab stick tu memang dah kena potong membulat tu je, sebab isinya panjang2 kan
3- potong jugak brokoli
4- panas periuk then masukkan sos prego tadi kesemuanya dalam periuk.
5- *optional* saya tambah lg 1tin setengah air masak kedalam periuk campur dengan kuah prego tadi - sukat pki tin prego tu
6- campur sekeping keju chesdale ke dalam kuah tadi, kacau.
7- bila keju dah cair, masukkan sosej, crabstick n brokoli yang dah dipotong tadi.
8- Bila kuah tadi dah mendidih sikit-sikit kena selalu kacau, sebab takut hangit tepi2 periuk..hehe
9- Bila brokoli dah lembut sikit, so masaklah sos kita tadi

Senang je kan..


Ini sos yang saya buat..memang tak pedas.
Optional - saya masukkan sikit serbuk black pepper ms nak makan.
Radhi & adik ipar saya masukkan cili api.. habis licin time tu jugak..huhu

Makan time panas-panas memang syiokkk.. Tapiiiiii, jangan makan selalu tau, berlemak-lemak nanti..huhu

^___^

daa~~



Wednesday, January 4, 2012

Kongsi resepi : Asam Pedas Ayam

Salam peeps.

Hari ni over rajin sikit, sampai 2 entry..huhu.

Tadi balik kerja, sampai rumah pukul 4.
Duduk depan tv jap, dalam 4.30, saya naik mandi dan tunggu azan Asar. Saya tak tahu samada kami berdua je ke yang rasa atau orang lain pun rasa. 
Sekarang panas kan? tido pun panas.
Azan je, terus solat dan mengaji sikit dalam 4mukasurat. 

Turun bawah, masak cili kering dulu.
Pastu blend, buat stok.
Buka peti sejuk, tengok barang untuk buat asam pedas semua ada.
Padahal malam tahun baru tempoh hari, abang saya da belanja makan asam pedas pure punye kat Melaka.
Kedai tu memang best. 
~Asam Pedas Claypot Kota Laksamana~

Ni saya share asam pedas versi RnR..tihii

opss ..gambar dulu la.. ^_^


Bahan-bahan (untuk 2org makan)

~ Ayam (dlm 3-4ketul)
~ 3sudu bsr cili boh
~ 1sudu kecil lada hitam (ditumbuk) optional sbb sy suka! ^^
~air asam jawa (ikut kemasaman yg disukai)
~2biji tomato dibelah 2
~bendi 

bahan dikisar
~ 4biji bawang merah
~3ulas bawang putih
~seinci halia
~2btg serai (nk ketuk saja pun OK)

Cara-cara

1) Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk.
2) Tumiskan bahan yang dikisar & lada hitam sampai naik bau harum bukan hangit
3)Masakkan cili boh sampai sebati dengan bahan tumisan dan naik minyak. 
4) Tambah garam & serbuk perasa (agak-agak ikut citarasa)
5)Masukkan ayam, biarkan sampai ayam separuh masak dan airnya keluar, kacau sebati.
6)Masukkan bendi
7) Masukkan air asam jawa, kacau lagi.
Bila dah sebati kuatkan sikit api, jangan kuat sangat. kira sederhana la. ^_^
Kalau suka kuah banyak, tambah air masak/tapis.
Biarkan sampai mendidih, ayam & bendi masak sepenuhnya. 
Saya suka masukkan tomato last sekali, takmo lembik sgt, hilang rasa tomato..hihi.
#kalau nak pedas lagi bleh jugak tambah cili api sikit tumbuk lumat, masukkan sekali dengan cili boh. <-- in case kalau cili boh tu cilinya tak pedas!

Siap untuk dihidang ^_^

Selamat mencuba =)
Kalau ada kekurangan bolehla kasi suggestion ye..hihih.. Kita share same-same

Bye!

Monday, August 22, 2011

Siakap 3 rasa

Salam peeps..

3hari tanpa blogwalking.. =(
3hari tanpa mukabuka.. :(

Khamis petang saya pulang ke kampung suami, dek kerana mertua buat kenduri buka puasa bersama saudara terdekat. Kebetulan tahun ni adik ipar saya sampai giliran untuk bertugas di hari raya, jadi mungkin disebabkan itu mertua buat sedikit makan-makan bersama saudara. =)

Bertolak dari KL jam 630petang, siap2 beli kuih standby untuk berbuka. azan maghrib kami di karak highway, berhenti di stesyen BHP ,menikmati makanan..

Alhamdulillah jalan clear, cuma jalan menghala ke KL, banyak kereta, Radhi kata silau. kesian dia..Sampai di rumah mertua lebih kurang jam 230pagi. Mak mertua sudah siap masak nasi, masak lauk untuk sahur. Radhi ajak terus bersahur dah alang-alang berborak itu ini, hihiih..kalau tidur dan disuruh bangun lagi, saya rasa memang kami berdua surrender...hiihih..

Berbincang tentang menu untuk berbuka puasa pada hari jumaat itu, ibu mertua saya kata " Oleen,esok masak siakap 3 rasa 7 ekor yea, permintaan abah!"
Gurlppp....telan air liur saya dengar..terus pandang Radhi, dia dah sengih-sengih..saya pandang ibu mertua, dia senyum juga...diulang lagi,abah yang mintak oleen masak..Saya pun dengan senyum dan ikhlas menjawab, OK.. (dalam kepala dok berlegar-legar ingat resepi..ihih)

Imbas kembali setahun yang lalu, 30 Ramadhan 1431H..hari terakhir puasa di rumah mertua, saya masak siakap 3 rasa 2ekor..mungkin terkena dengan lidah bapak mertua..itu yang diminta saya ulang masakan itu lagi.. =)

credit to google image

Ikan siakap yang dibeli besar, jadi hanya 5ekor untuk masak 3 rasa..Alhamdulillah licin kesemuanya.. =)

p/s: abah, balik raya ni oleen repeat lagi ek..sian kat payed (adik iparku sorang lagi xdpt merasa kelmarin sbb tak balik ada final exam..)

Saturday, August 13, 2011

Ayam Percik in da house :D

Salam peeps..

Setelah seminggu saya dan Radhi berbuka puasa berasingan di tempat kerja masing-masing, hari ni kami kembali berbuka bersama di rumah..hihihi..

Tekak terasa nak makan ayam percik, nak beli hurmmm malas nak kuar dan rasanya petang nanti mesti hujan lebat macam semalam. Belekla buku resepi ayam yang saya beli..hiihih..hurmm mudah..semua barang ada dirumah, cuma kena tambah santan sikit, kelapa yang ada dalam freeze sikit sangat.

SMS Radhi mintak belikan kelapa parut dan halba:

I : abang, hari ni nak buat ayam percik?
S : entahla ayang, santan ada ke yang?
I : ada sikit je kelapa parut lebih yang beli aritu, abang belikanlah lagi, dengan halba ek?
S : Halba tu ape yang?
I : (dlm hati da agak da laki aku tak tahu) hihihh..ala dia bijik-bijik kaler koko,selalu ada dalam nasi dagang tu..abg tak jumpa,tanyala orang kedai tu.
S : Tengokla kalau abang bawak balik tu ada la ek...
I : Sampai hati..sobs.. (buat ayat sedey)

45minit kemudian dengar dari jauh bunyi motor Radhi. Di bawak masuk plastik terus ke dapur, saya mengekor dari belakang terkedek-kedek...ihhihi...
tadaaaaaa...HALBA ada.....
TQ yayang!..

Saya pun mulalah keluarkan ayam dari freeze, rendam ayam.
Dalam setengah jam ayam da lembut, ambil 4ketul. (pertama kali buat kene sikit dulu, membazir amalan syatonirrajim..huhu)

Mulalah menyediakan bahan. Mengopek bawang, memerah santan, menggaramkan ayam..

Mari saya sharekan resepi....mudah saja..gerenti jadi!!!.

Bahan A
Ayam (saya buat 4ketul yang dikerat 12)
2cawan santan pekat (kira-kira sebiji kelapa)
1/2cawan air asam jawa
1sudu teh gula pasir
1sudu makan halba
garam secukup rasa
4batang serai

Bahan B
2sudu makan cili kering yang telah dikisar
6biji bawang merah
5ulas bawang putih
3inci halia

*bahan B dikisar/ditumbuk (saya lebih suka tumbuk! :D)

Garamkan ayam . campurkan bahan B dengan ayam dan gaulkan sebati . campurkan pula semua Bahan A dan serai yang diketuk . biarkan dalam 15minit . kemudian masakkan dalam kuali sehingga ayam separa masak . keluarkan ayam sahaja untuk dibakar sehingga masak . kuah percik selebihnya masak sehingga pekat  

akhirnya...



owh saya tumbuk seinci kunyit sekali untuk bagi kaler sket, xmo kaler putih pucat aje..ihih..alhamdulillah kali pertama buat terus menjadi, InsyaAllah nak repeat lagi..yummmyyyy... =)

Tryla InsyaAllah mesti jadi punya. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...