Showing posts with label langkawi. Show all posts
Showing posts with label langkawi. Show all posts

Tuesday, June 18, 2013

3rd Anniversary Gateway: Backpack Deuter kami

Assalamualaikum..

Aku tak cerita lagi pasal 3rd anniversary gateway kami. Aku cuba cerita step by step dengan ringkas dan padat. hehe.. Actually untuk 3rd anniversary tu kitorang pergi langkawi buat kali ke-2 bersama setelah Oktober tahun kami bercuti bersama family aku di sana juga..hehe Yeaaa, memang aku tak puas pergi Langkawi, ramai tanye aku ape yang best sangat pegi langkawi. Aku pun tak tahu nak jawab ape. Aku rasa tak bosan kat sana..hehe

Cerita pasal kat Langkawi nanti la entry lain. Entry ni aku start pasal backpack jenama Deuter. Kitorang memang suka bawak backpack berbanding beg beroda. Entala ek, memang bag beroda tu lagi mudah time nak ambik-ambik baju, tapi nak membawak tu leceh. Aku malas nk pegang-pegang, heret sane sini. Lagipun mungkin sebab berdua je kot. Lagi selesa galas je kat bahu. Kalau da beranak nanti, aku pilih jugak untuk beg beroda agaknye kotttt..entahlaaaaa... nanti da ada baby, baru fikir! hehe

Backpack lama kitorg, main zipnya dah patah- ganas beno aku neh..haha..Nak cari tempat yang boleh buat tukar zip tu tak jumpa-jumpa lagi. Lagipun backpack lama tu, jenis separuh plastik,separuh kain..so kalau padat-padat sangat aku takut rabak plak.. Memandangkan anniversary gateway ni kitorang kesana selama 4hari, so we all decide beli backpack baru..yeayyyyy!

Mula-mula aku tanya kat FB, yang aku nak tu dah sold out. Pastu aku google jumpa la sorang mamat dgn member dia jual, sama jugak, yang aku tu tak da. Then aku google lagi sekali sampai la aku jumpa blog bro Faizal ni - Backpack.. Aku usha-usha blog dia, then aku call terus dia tanya. Malam tu jugak kitorang janji nak jumpa. Alhamdulillah yang aku nak, ada dalam stok dia. =) Aku terus text Radhi, bagitau dia dah janji malam tu dgn bro faizal nak tengok bag. Kitorang janji kul 830mlm kat Petronas Uniten tu. Aku mintak je dia bawak banyak-banyak, senang Radhi nak pilih. sebab dia yang bayau kan, so dia la pilih...muahahha

si oren (baru) - Deuter - 60L+10L

si merah (yang lama) - the north face- 40L

Aku beli yang biasa-biasa je, gred AAA. Aku bukan kategori orang yang mementingkan keORIan barang-barang cam ni. Janji boleh pakai dan rasa berbaloi. CUN!!!
Tapi siapa yang mencari backpack original punya, bro faizal ni ade jual gak. Kalau kat blog dia tu, ada list MAIN MENU 1 dgn MAIN MENU 2. MAIN MENU 1 tu yang original punya. Yang aku beli tu kat list MAIN MENU 2. Siapa yang duduk area Klang Valley ni nak beli backpack, aku suggest deal aje dgn bro faizal ni, jumpa kat simpang luar. Nanti dia bawak selori sekereta backpack untuk dipilih. Macam kitorang, lain yang ditarget, lain yang kitorang sambar..muahahha.. Target nak tengok yang 50L je, sekali 60L+10L kitorang rembat. Aku ok je, senyum leborrr,Radhi yang bayo..kiikikii.. 

Memang sangat-sangat puas hati bila dapat pilih sendiri depan mata and dapat rasa sendiri, backpack aku memang totally kain, tak macam yang lama dulu. Yang aku punya, macam dalam link ni..hehe

Link blog : Deuterforsale
No Fon : Bro Faizal - 012-3949435

^___^

daa~~

Next cerita Gateway : Kereta sewa kami



Thursday, October 18, 2012

Cuti-Cuti Langkawi - Day 2

Assalamualaikum..

sambungan dari entry ini -> day 1

Janji dengan mak n kakak, jumpa untuk breakfast jam 830pagi, sebab pukul 10 agent yang kami sewa bot+kereta tu nak datang untuk bawak kami ke jeti for island hopping!!!

Kami breakfast di restoran Rasa coz breakfast included sewa bilik. breakfast bukan buffet but kena pilih dari menu breakfast diorang. Sorang 1 makanan & 1 air. yang dewasa majority makan nasi lemak, anak-anak buah saya mat salleh sikit..diorang makan sandwich dangan scrambled egg...huhu..

Jam 10pg, bdk agent tu dtg bawak van, tapi kami decide bawak kereta sndr.senang!! Masalahnya bila da masuk kereta n gerak ke jeti, baru teringat kami hanya sehelai sepinggang! So nanti balik basah kuyup berendam, duduk atas lantai kereta je la, takmo seat basah..haha..

Budak van tu bawak kami ke jeti bersebelahan TM Resort. Jalannya sempit je, so kalau nak park kereta pun tepi-tepi jalan tu je. Tips disini, kalau korang nak pergi island hopping minta aje dengan orang yang u all beli pakej tu hantarkan ke jeti, nnt diorang akan pick up sekali time nak balik. Senang!. jangan lupa tanya/janji pukul berapa nak balilk..hehe

Sampai dijeti, kami beli air mineral je utk bawa ke sana, sebab rasanya tak lapar dah, tapi mungkin haus je. Lagipun saya teringat say apernah baca kt blog lain yang kata jangan bawa plastik makanan ke sana, sebab dijeti tasik dayang bunting banyak monkey! hehe
Siap beli air, kat jeti tu nanti akan ada orang yang ambil gambar candid kita. Tips disini: Sila senyum dan pandang kamera budak tu. Kalau tak, kamu akan menyesal..hehe Sebab apa? akhir cerita tasik dayang bunting saya nanti saya bgtahu kenapa..hee~~

tengok muka budak excited yang kat tengah tu..hehe
Ini bot kami yang punya!
Kitorang sewa sebuah bot untuk island hopping & nissan Serena untuk 3hari di langkawi
total : RM 600
murah ke mahal ek? tak tahu la.
Tapi kitorang puas hati la, sebab pakcik bot tu tak berkira sangat dengan masa. =)
Terima kasih Pak Abu..hehe

Mula-mula kami ke Tasik Dayang Bunting..yeayyy!
ini yang saya nantikan. ^_^

gambar wajib orang akan ambil dlm bot menuju ke tasik..hehe

sudah sampai..yeay!!

penunggu cum penyambut tetamu..hehe.. meraka tak kacau orang pun ;)
sudah sampai..hehe

Saya takut sebab rasa macam tersedut ke bawah je..hehe

akhirnya! kami berendam disini..yeahh..next year again ok syg!! hehe

mak tak berendam, tapi buat keli spa + dpt tgkp ikan


Siap berendam macam badak dalam tasik tu n saya sempat jugak telan sedeguk dua air nye, kami pun berangkat ke jeti untuk ke destinasi seterusnya..hehe

Pulau Singa Besar

Kat sini aktiviti atas bot je. Tengok eagle feeding. Pak Abu campak daging ayam dalam laut tu, then lama sikit eagle akan trun sambar daging-daging ayam tu. Seronok gak. Cantik tau sebab sangat banyak eagle kat sini. Berhenti kat sini dalam 15-20minit camtu je. Tak boleh lama-lama rugi masa nak berendam lagi..hehe

tunggu eagle trun tangkap chicken dalam air
 next stop is : Pulau Beras Basah

Aktiviti di sini mandi-manda tepi pantai sambil bakar kulit bersuka-ria.hehe...Disebabkan saya dah lama tak mandi pantai, so inilah masanya nak lepas gian..haha

Masa kitorang sampai sini, ramai jugak orang.
Cari port sebab mak taknak mandi. Dapatla port atas kayu besar, bolehla mak duduk sambil jaga bag2 & harta karun kami.

hehe

kakakku snorkelling di tepi laut..ahaks..
kitorang buat aktiviti sendiri, tangkap anak ikan. kebetulan ada pulak sekor nemo sesat kat situ. So siapa yang pki snorkel tu la yg menjejak nemo tu..hehe

itu je yang kami buat di ketiga-tiga pulau.
Seronok tak terkata!
Pak Abu pulak jenis tak cerewet, pukul 230ptg baru kami gerak ke jeti pulau beras basah ni.

Ingat tak lagi yang saya cerita ada budak amek gambar time kat jeti tu.

Inilah sebabnya..hehe

kenangan!
 Memangla diorang buat duit, tapi kenangan ni. Radhi tengok je terus dia suruh beli..hehe
Gambar Radhi lawa je, saya suka! Tapi gambar saya tak elok. Saya terpejam mata dengan sekuat hati plak. haha..Mula saya taknak beli, tapi Radhi kata ambil je, kenangan!
Ok word kenangan tu menewaskan saya!..hehe
Selamat RM 20 untuk kenangan..hehe

Lepas beli ni, Kami pun gerak balik ke habitat bilik masing-masing. Mandi-mandi, celup-celup pakaian basah dek air masin tu & solat zuhur. Siap semua kami naik kereta semula, menuju ke pekan Kuah untuk shopping...hehe

Sampai di Kuah, kami cari tempat makan dulu. Kami terus menuju ke dataran lang. Makan area situ je.
Siap makan terus la menuju ke tempat wajib bergambar..hehe

kami memang suka pakai baju yang sama..hehe


me with mom!

Ramai orang time ni, yela hari sabtu kan. Ibarat hari ahad di KL dan negeri-negeri yang cuti sabtu ahad. So time ni la orang amek angin.. =)
Kitorang jalan jugak ke Jetty point, tak beli apa pun, saya beli jagung nelson je. Habis makan sambil jalan menuju ke parking kereta.
Parking kereta dicaj 50sen/sejam.Sangat murah kan..hehe

Keluar dari situ kami gerak ke Haji Ismail group, tempat wajib juga. Ini kat bandar kuah.
Saya beli coklat untuk saya, radhi tak makan coklat sangat & coklat yang dikirim ofismate.

hasil melabur duit
Radhi pulak beli kain batik Jawa Tulis yang ma dia kirim..hehe =)

Siap shopping ni semua pun dah pukul 7 dan azan pun dah berkumandang. Terus balik ke pantai cenang, balik bilik. Dalam 8.30 kami keluar pulak untuk cari dinner.
makan di kedai berdekatan je, sebab hujan renyai-renyai masa tu. Malas nak pergi jauh. Siap makan, saya, kakak & mak pergi tempat urut kaki refleksologi.
RM30/stgh jam
Yang urut tu adalah orang thailand. Memang sangat sedap urutannya. Hilang terus rasa penat seharian tadi.
Mula-mula mak tak nak, tapi teruja tengok saya & kakak diurut, mak pun join dua kaki...hehe.
Bahu pun diurut sekali. Saya memang tak tahan bab bahu ni, Mungkin sebab saya selalu pening/sakit kepala. Ada la kot urat tak betul, nak tanya dgn tukang urut tu agak susah,sebab dia tak faham Malay. English pun ada yang faham ada yang tak.Camno? hehe..So redha je la sebab best..hehe

Siap berurut, kami jalan-jalan sekejap cuci mata di sekitar pantai cenang tu. Pantai cenang ni memang sangat happening time malam tau!!!

okla rasenya itu saja untuk day 2. banyak gila gambar kan? haha.. 1st time saya buat entry yang banyak gila gambar..hehe


^__^

daa~~

bersambung utk last day/ 3... :(


Sunday, October 14, 2012

Cuti-Cuti Langkawi - Day 1

Assalamualaikum...

Sebelum ingatan kenangan langkawi hilang, saya siapkan terus entry langkawi.hehe
Cuti-cuti kami start 5oktober - 7oktober. Singkat je harinye.
Flight kami pada pukul 3.10ptg.
Pagi jumaat tu baru saya terhegeh-hegeh pack barang masuk beg lepas subuh. haha..
sempat jugak saya basuh dulu baju kerja Radhi pagi tu.


Untuk ke LCCT, ofismate sy yang hantar, kitorg park kereta kat ofis saya, then ofismate saya tolong hantar. Pukul  2.15 kami dah terpacak kat LCCT, konon nak isi perut dengan McD, tapi MasyaAllah,full!! yang tengah beratur pun punyalah panjang setiap kaunter, so Radhi malas. End up,berlapor sekejap tunggu sampai langkawi je baru makan. hee~~

Sementara tunggu gate bukak, sempat saya bergambar dulu then tepek kat fb..


Ni masa tengah tunggu to depart. Masa pergi, flight full! yang kerusi merah je kosong..hehe
dalam sejam kami dah landing di Langkawi.. yeahhh! esaited gilaaaa..
Kat sana kami sewa Nissan Serena. Best gila kereta ni, yela kereta besauuu ,2.0cc plak tu..hehe
Flight kakak pukul 7 baru landing. So kami ikut suka hati la berjalan dulu.
Radhi tak habis-habis cakap, nak beli kereta tu sebijik! haha
Lupa amek gambar kereta!..hehe
Lepas amek je kereta kami terus cari port untuk makan. Lapar sangat dah! 
Kami makan di tepi roundboard airport tu: Airport corner.Sedap!!

Kami sewa kereta sekali dengan sewa bot untuk island hopping. Next entry saya cerita harganya ye =)
Sepanjang masa menunggu kakak, kami berjalan ke Cable Car, tapi tak naik pun. Radhi takut gayat! haha. Saya tak mahu amik risiko ajak dia, nanti kalau dia sakit kepala, kan dah spoilt holiday kami...hehe
Then kami ke perdana ape tah namanya. yang ada bot layar tu. kami lepak tepi pantai tu, ada orang jual2 minuman & makanan. So minum lagi la kami..hehe 
Dalam 630 kami gerak slow-slow ke airport, tapi kami lepak kat tepi jalan menuju ke pantai cenang tu. Tepi-tepi jalan ada banyak orang jual laksa, pasembor & macam-macam lagi la. Perut da kenyang sangat pulak. kat situ jugakla Laksa power yang sering diperkatakan tu. Memang ramai orang makan situ.

Dekat-dekat pukul 7 saya dah nampak flight AA nak mendarat, so dah tau kakak nak landing.hehe
Amek kakak sefamily n mak, kami terus gerak ke pantai cenang untuk check in.

Kami check in di Rasa Eksotika Vacation Home. Kami amek 3bilik.


1 family room - ada 2 katil queen - utk kakak n suami dan 2 anak - RM140/nite
1 Deluxe room - 1 katil queen - utk saya & Radhi - RM90/nite
1 superior room - 2 katil super single - utk mak & anak sulung kakak - RM80/nite
all room include with breakfast =)
total all rooms for 3D2N = RM620


Ini gambar bilik saya & Radhi. Ade sofa 2seater+1 L shape, tv, peti sejuk, and wardrobe. Bilik ni tak ada kipas siling, ada air-cond je. So memang sejukkkkkkk jeeeeeee.. heheh :p


Ini pulak bilik kakak. Antik kan katilnye..hehe..Dalam bilik air kakak ada bath tub..hehe
Gambar bilik mak saya lupa amek. hehe Gambar bilik kakak pun saya 'sedut' dari blog kakak..hehe

Memandangkan check in pun dah malam, so siap-siap check in, solat maghrib cecepat sbb dah nak habis waktu..hehe.. Then mandi ape sume, kami makan je di Rasa Eksotika punya restoran. Untuk yang menginap di vacation home ni, dia bagi diskaun 10% utk dinner & lunch. So end up malam tu kami dinner di situ je. makan masak panas. Ikan siakap 3rasa, kailan ikan masin, telur dadar, sup tulang, ayam goreng kunyit, nasi sorang sepinggan then siap tambah 4pinggan pulak, pastu air sirap 2jug, mak minum air panas n radhi amek air nescafe ice. total RM 114 after 10% disc. Murah tak? ngeeeeee :D Kami rasa berbaloi, sebab memang sedapppp.. Siap makan kami jalan-jalan sepanjang jalan di pantai cenang tu, happening!! kiri kanan ada kedai-kedai.

Pukul 11 kami berjalan semula balik ke bilik masing-masing, Siap sedia esok untuk island hopping. yeayyyy!
Aktiviti yang paling saya tunggu-tunggu...hehe

End for day 1.

bersambung untuk day 2...tunguuuuuu

^__^

daa~~

Tuesday, October 9, 2012

Teaser ~ Cuti-cuti Langkawi

Assalamualaikum...

Saya tepek teaser dulu ek..hehe


A must shoot in Langkawi..
hehe =)

^_^

daa~~

Wednesday, October 3, 2012

Wordless Wednesday ~ Boarding pass is ready!!!

Assalamualaikum...



yeayyyy! cant wait..

^___^

daaa~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...