Showing posts with label wishes. Show all posts
Showing posts with label wishes. Show all posts

Friday, January 23, 2015

TTC : Mencari kekuatan

Assalamualaikum...

Hari ni saje nak share sikit dalam blog ni. Selalu aku bercerita hal TTC dalam blog lebih private.

Tahun 2015 ni masuk tahun kelima aku berkahwin dan 5tahun jugaklah aku berusaha untuk peroleh zuriat. Hanya tuhan yang tahu dan mereka yang merasai akan tahu jatuh bangunnya semangat, kekecewaan bila period menjelma. Aku bersyukur punya keluarga dan keluarga mertua yang tak pernah mempertikaikan soal zuriat ni. Cuma mungkin mereka kurang memahami. Dan bagi aku kalau tak faham, lebih baik diam dari berkata-kata yang mungkin akan buat seseorang tu kecil hati. Soal zuriat ni adalah rezeki dari Allah S.W.T. Mungkin kita rasa kita telah berusaha sehabis mungkin dan meminta doa agar dimakbulkan impian menjadi ibu dan ayah, tapi hanya DIA yang tahu bila waktu dan ketika sebenarnya.

Terus terang aku cerita memang aku tak banyak berkongsi dengan family aku sendiri atau family mertua berkenaan hal TTC aku. Ikhlas dari hati aku cerita, memang susah bagi orang yang tak mengalami pengalaman sebegini untuk betul-betul faham tentang hal-hal berkaitan TTC. Aku banyak bercerita, menangis dan mendapat semangat dari kawan-kawan yang senasib terpilih untuk dugaan sebegini. Even dengan kawan baik aku di pejabat pun aku jarang bercerita hal ini.

Kalau nak dihitung entah berapa baldi dah air mata mencurah-curah. Memang selalu aku dengar dan terima nasihat supaya keep positive, berdoa pada Allah...tapi untuk terus keep positive, sangat-sangat perlukan kekuatan dari dalam. Aku belum cukup kuat untuk itu. Kadang-kadang bila sunyi duduk rumah time weekend, masa tu la syaitan datang mengganggu untuk meratapi nasib diri. Akhir-akhir di terlalu ramai rakan-rakan sekolah, rakan-rakan belajar, rakan-rakan kerja yang beranak dan menambah anak, hampir setiap hari bila aku buka FB dan instagram, majoritinya adalah gambar anak. Pernah aku terfikir untuk tutup saja akaun aku di FB untuk menjaga hati sendiri. Cuma buat masa ini, aku limitkan waktu aku buka FB dalam sehari. Kalau tiada notification memang aku jarang buka FB dan di instagram aku lebih banyak follow insta shop untuk menjamu mata.hehe

Cuma 1 yang aku bersyukur walau masih tiada anak, aku dapat puas bermanja dengan suami. Bila bercuti, masih lagi dalam mood honeymoon.

Usaha tetap usaha. Cuma bagi aku kalau tak merasa janganlah ditambah kesedihan buat mereka yang mungkin sedang redha dengan ujian ini. Pepatah 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul' memang sesuai sangat digunakan. Bukan senang nak tahan hati dari menangis depan orang, bukan senang nak dengar tohmahan orang dan bukan senang nak terima kenyataan dari doktor bila doktor bagitahu masalah yang dihadapi atau ada juga yang tiada masalah cuma mungkin masanya belum sampai. Sebab bagi aku bila ada masalah, kita tahu ada ubatnya ada penawarnya tapi bila tiada masalah, cuma SABAR adalah penawarnya.

Kadang-kadang bila sedih, aku sebut sebanyak mungkin kata-kata Ustaz Kazim Elyas agar sentiasa tersemat di hati untuk terus redha, 'orang yang tiada anak, di akhirat nanti Rasulullah tunggu di pintu syurga' .

Semoga ada rezeki kita untuk menjadi ibu di tahun 2015 ini.. aamiin...

^__^
daa~~

Wednesday, December 31, 2014

Sepanjang 2014

Assalamualaikum..

Just making short note untuk summarize kisah kehidupan aku 2014 ni.

Studies

Alhamdulillah dah separuh perjalanan aku buat degree ni. Ada separuh lagi perjalanan yg lebih mencabar sebabnya subjek-subjek yang tough-tough je tinggal. Alhamdulillah Radhi dah complete dia punya Chargeman A4 dua minggu lepas. Transkrip dan sijil official belum keluar tapi keputusan dan secara tak rasmi dah dapat. Congrat hubs!

Kerja

Nothings change!! Masih begitu juga. Masuk kerja 8.30am balik kerja 5.30pm and once a week wajib OT. Kalau aku rajin aku OT, kalau tak aku sedekah je kat teammate yang memerlukan kewangan lebih. Radhi pulak lepas habis kursus Chargeman A4 aritu, dia dapat offer kat 1 tempat di Glenmarie. Lega jugak aku, so far dah 2minggu dia start kerja sana, tengok dia happy je. Kalau tak, tak keruan cari kerja sana sini sebab tempat lama dia spoil gila. Suamiku workaholic, dapat aku buat kerja lepas tanggungjawab aje sudah. Aku tak suka stress tempat kerja, sebab banyak benda lagi aku nak fikir. Stress Belajar, stress kemas rumah, stress duduk umah sorang2. haha..So biar suami je cari duit lebih, pada aku rumahtangga lagi penting sebab once aku penat n stress dr luar rumah, ape pun tak jadi.

Diet

Awal tahun aritu aku gigih berdiet atkins, memang aku lost about 5-6kilos within 3weeks. Then bila dapat result gitu, mula la cepat puas hati. Bila sampai puasa then raya, maka ke laut dalam la diet aku. Since October aku start balik diet tapi atkins on off, then aku masuk studio beraerobik semula. Alhamdulillah tak de la naik mendadak berat aku, cuma kejap naik kejap trun. Boleh dikira statik la kot. Sekarang aku tak berapa berdiet sangat, cuma beringat je bila makan sebab keadaan aku dalam seminggu dua ni tak membolehkan aku gigih berdiet so carry forward la, ape lagi...hehehe

Anak

Masih berdua sehingga ke 31 Disember 2014 ni. Usaha masih diteruskan namun aku tak nak ulas panjang dalam blog ni, sebab aku ulas pasal ini di blog satu lagi yang lebih private. Di sana aku kira lebih terbuka aku berbicara bersama mereka yang lebih memahami. Maaf! Cuma doa aku pinta, permudahkan usaha kami suami isteri untuk peroleh zuriat dan merasai menjaga dan membesarkan amanah Allah yang itu. =)

Tu je kot yang boleh di summarize kan. Owh wishlist yang kat sebelah tu, insyaAllah next year 1 atau 2 dah boleh slash  dah.. InsyaAllah aamiin aamiin aamiin...

Harapan aku untuk tahun 2015 ni, semoga ikatan kasih sayang antara kami suami isteri sentiasa utuh dan teguh menghadapi ujian dan dugaan yang datang , termakbul segala impian dan doa kami.

S E L A M A T     T A H U N    B A R U     2 0 1 5!!!!!

^___^
daa~~

Thursday, April 10, 2014

Speechless

Assalamualaikum..

Semalam aku cuti, abah (pak mentuaku) datang ajak berjalan, so aku and Radhi EL. Selasa malam tu aku betul-betul rasa kecewa dan frust dan ada satu gambar aku up dekat instagram aku.

Pagi semalam masa on the way nak ke rumah adik ipar aku di Sungai Buloh, aku bukak fb. Aku memang takkan terjah wall n profile orang, just go thru news feed kt home je. Sampai satu part, dengan memang takde tag nama aku pun, aku nampak ni..


Terus berlinang air mata aku dan aku speechless tak tahu nak cakap apa. Dia repost gambar di instagram aku dengan caption yang sangat buat aku terasa disayangi. Sebab nak control air mata turun takut panjang plak cerita dengan Radhi, aku pandang kiri terus lap air mata yang bergenang tu dengan lengan baju. Nasib Radhi tak perasan.

Untuk Mid, terima kasih...kak oleen sayang mid dunia akhirat. semoga persahabatan kita berakhir hingga ke Jannah, dik!

-Kadang-kadang orang yang kita jangka akan faham perasaan dan hati kita sebenarnya mulut je bermain kata-kata. sebaliknya orang yang jarang melahirkan kefahaman atas segala ujian kita, orang tu la sebenarnya yang ikhlas bersama kita.-

daa~~

Thursday, December 26, 2013

TTC - Sungguh hatiku sayu...

Assalamualaikum...



Sungguh, aku tersentuh bila tengok gambar sendiri pegang baby ni dan mata kami bertentangan. Aku tak perasan gambar ni diambil bila kami bersua mata. Seakan insan kecil ini memahami apa yang terbuku dihatiku. Setiap kali aku menciumnya, tak sudah mulut berbisik di telinganya, 'doakan aunty sayang'!

Bayi ni permata kedua ofismate aku yang mana dia bernikah selang seminggu dari aku. Anak pertamanya sudah berusia 2tahun 9bulan lebih kurang. Hati terdetik, barangkali jika rezekiku bunting pelamin dulu, mungkin anak pertamaku juga sebesar anak sulungnya. Ahhh! tapi Allah masih memberi ujian padaku dan suami, sejauh mana kami bersabar dengan dugaan dan ujian ini, sejauh mana usaha yang kami ambil untuk rezeki nan satu itu.

Pedihnya hanya Allah yang tahu...
Pedihnya hanya mereka yang lalui tahu..

Sejauh mana perancangan kita, yang terbaik hanyalah perancangan dariNYA. Usah kau tanya bila aku akan melahirkan khalifah Allah itu kerna jika aku yang menentukannya, sudah tentu sekelip mata akan kusua pada kalian semua.

Doakan sahaja aku...
Doakan sahaja sahabat-sahabatku....
Doakan sahaja mereka-meraka yang masih kuat, masih teguh, masih cekal berusaha untuk zuriat sendiri ini.

Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan padaku, padamu sahabat TTC semua. *hugs*

^_^
daa~


Sunday, July 14, 2013

Melepasi setengah tahun

Assalamualaikum..

Melayan perasaan! Ayat terbaik untuk aku tatkala ini. Setengah tahun dah berlalu. Apa yang aku dapat eh? Aku rasa banyak masa aku terbuang macam tu je. nonsense sungguh la.. phewwww :(

Next year dah bertukar tajuk umur aku ke angka 3 didepan. Aku ada matlamat, ada cita-cita dan alhamdulillah Allah buka hati aku untuk usaha kejar cita-cita aku. Moga Allah permudahkan dan bagi kesenangan laluan untuk aku tamatkan usaha ini dengan jayanya. Aamiin...
Aku bukan orang yang senang, lagi-lagi bila duduk di Lembah Klang. Bukan mudah sebenarnya hidup berdikari suami isteri dengan gaji sederhana di dalam kota metropolitan ni. Syukur juga, Allah jauhkan dari kami sifat yang suka berbelanja besar. 

Sebenarnya aku dah mula rasa menyesal asyik travel kerjanya. Simpan duit gaji, duit bonus untuk travel...adehhhh..balik travel nyesal...aiyoooooo..bila bayang balik duit habis pergi travel tu, baik aku simpan, beli aset masa depan atau nak travel jugak, simpan lagi banyak, pergi umrah tempat yang terbaik untuk dilawati. Aku rasa dalam keadaan harga rumah yang mahal, barang-barang pun mahal, bukan masa yang sesuai untuk aku terus travel. Orang kata, sebelum ada anak ni, pergi jela mane kau nak pergi. Tapi aku tak guna pon kata-kata tu. Tak ada duit, tak boleh jugak weyyy!! huhu..Kalau setakat pulun-pulun simpan duit semata nak travel, i think its not a good decision. Sebab aku pernah buat dan pernah merasa. Lain ceritanya, kalau memang kita ada duit berkepuk, dan tak perlu bersusah payah keluarkan duit untuk travel. Eh aku tulis ni, untuk aku remind diri aku sendiri, bebila aku terasa nak travel, aku akan baca dan mungkin rasa nak travel tu bantut bila aku pesan kat diri aku macam ni. Ohhh this is just my 2cents, kalau yang baca ni rasa pendapat aku tak betul, tak pe.. Aku bukan againts kepada sesape yang suka travel, aku suka je baca blog travel blogger2 ni. Tapi ni perasaan aku sendiri. Aku rasa aku dah tua dan still tak ada apa-apa. 

Dan aku ada misi untuk diri aku sendiri sebelum aku berjumpa dengan penghujung tahun ini. Misi aku dah mula sejak 3julai lalu dan aura positif telah mula menampakkan diri. Really thanks pada kawan lama aku masa di Kuantan dulu yang banyak bagi semangat dari jauh, hari-hari berwhatapps dengan aku...hehe

Sebelum masuk Ramadhan aritu, aku banyak bermuhasabah diri. Rasa macam dah banyak masa terbuang dengan main-main dan perkara sia-sia, konon nak release tension, tapi setakat kerja yang 8jam dibuat hanya di ofis dan tak pernah bawak kerja balik rumah pon nak tension, aku tak tahu la. Bukan aku tak bersyukur, tapi aku rasa ini bukan diri aku. Aku perlu berubah! Yeah perlu! untuk jadi anak terbaik, jadi isteri terbaik, jadi menantu terbaik, jadi adik terbaik, jadi kakak ipar terbaik, jadi mak ucu terbaik, jadi sahabat terbaik dan bakal jadi ibu terbaik untuk bakal anak-anak kami!!!

Sekian repekan aku pada hari ini..hehe..Tak faham tak pe. Aku nak buat rujukan aku di masa hadapan..
Ngeh ngeh ngeh!

^__^

daa~~


Thursday, December 20, 2012

Mencari sumbangan untuk anak-anak yatim

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kali ni saya terpanggil untuk berbuat bakti pada mereka yang kurang bernasib baik. Syukur saya bertemu dengan geng-geng blogger yang murni hatinya.

InsyaAllah 24 Februari 2013 nanti saya akan join geng-geng blogger yang lain untuk melawat anak-anak yatim di sebuah rumah bakti yang telah di pilih.

Dari itu, saya ingin mencari sedikit sumbangan tak kira dari segi apa samada wang, pakaian, biskut-biskut mahupun bahan bacaan dengan ikhlas untuk didermakan kepada anak-anak di rumah bakti tersebut.

Untuk lebih jelas, boleh KLIK LINK INI dan anda akan dibawa ke blog cik puan yang bertanggungjawab melahirkan idea dan rancangan untuk aktiviti ini. =)

Dalam pada kita bersuka-ria, ada insan yang lebih memerlukan. Kami sangattttttt mengharapkan bantuan anda untuk mereka di rumah amal kasih bestari ini.

*nadia, akak copy logo ni*

Apa jua sumbangan anda, 100% akan kami beri pada anak-anak disana.
Hanya Allah mampu balas jasa baik kalian. 

Thank youuuuu..

^__^

daa~~

Wednesday, December 5, 2012

wordless wednesday : menumpang kasih


     
: our bff daughter - nur adreanna delisha :


Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, November 29, 2012

Quotes of the day...

Assalamualaikum...

Allah Answers your prayers in 3 ways,
He says yes and gives it to you,
He says no and gives you better,
He says wait and gives you the best.

In Shaa Allah

 Lets pray, never stop! =)

^__^

daa~~

Wednesday, November 28, 2012

of my dream....

Assalamualaikum.

Ye saya sambung study di OUM - Open University Malaysia..Universiti swasta aje!!
Lebih spesifik saya sambung dalam bidang IT -Major in Network Computing.
Before this saya ada diploma bidang elektronik industri.  

Setelah 4tahun setengah bekerja dalam bidang telekomunikasi yang mana tak banyak saya dapat applykan apa yang saya belajar masa diploma dl, so saya tinggalkan bidang elektronik.
Alhamdulillah saya dapat bekerja di syarikat yang besar di Malaysia ni, setelah berkahwin saya rasa fikiran saya lebih matang dalam berfikir. Saya ada satu impian dalam kerjaya saya ni yang mana saya tak pernah cerita kat sape-sape termasuk suami saya sendiri. Saya rasa sangat rugi kalau saya tak grab peluang yang ada depan mata. InsyaAllah untuk impian itu ada lebih kurang 25thn lagi sebelum saya pencen - jika tak dipaksa pencen pada umur 60tahun...kah kah..

Itu cuma impian saya, saya yakin In shaa Allah pasti DIA izinkan. Kerna banyak lagi yang perlu saya usahakan, for sure zuriat buat suami saya. Jangan pernah bosan baca pasal zuriat dalam blog saya ni, sebab saya rasa itu satu dari doa saya juga. Kata-kata itu satu doa kan???

Memang agak sukar bagi saya yang dulu belajar engineering nak convert ke bidang IT. 
Engineering saya banyak guna formula dan calculator, IT rasa kebanyakkannya perlu otak yg kreatif dan banyak membaca. Anyhow saya MESTI buat jugak untuk pastikan impian saya tu tercapai!

Jadi student OUM tak sama dengan student IPTA lain. Yang pasti OUM setahun ada 3semester, kelas 4x setiap semester bagi satu -satu subjek. Sehari satu subjek, 2jam tutorial. Dalam 2jam tu paling sikit 2topik akan habis. Tutor memang akan laju macam ERL..haha..Konsep belajar di OUM, adalah online. Forum, Digital library, e-tutor macam-macam ada dalam website OUM bg registered student. 
Natijahnya, tepuk dada tanya selera. memang kena banyak belajar sendiri dan cari sendiri. 

Saya baru selesaikan 3 assignment untuk 3subjek semester ni. Final exam? InsyaAllah 8disember mula. tapi paper saya start 23 disember. Belum pun start final exam, subjek utk sem depan dah kena register. Alhamdulillah i've done for that 3 subjek utk next sem. 
Excited coz mula subjek network. =)
Semoga saya berjaya hingga hujungnya. Dalam pada tu, usaha saya untuk conceive tak pernah terhenti. Entah-entah dapat bawak baby in tummy pergi kelas dengan mummy..who knows kan? In shaa Allah =)

Kalau ada nak tanya pasal study di OUM , bleh je drop komen or email sy, In shaa Allah saya try jawab mana yang saya tauhu..hehe..

^___^

daa~~

Monday, April 2, 2012

Alhamdulillah, masih bernafas =)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ini saya genap 28tahun 2hari. ^_^
Semoga Allah panjangkan usia saya untuk terus beribadat kepadaNYA.
Semoga Allah panjangkan umur saya untuk berbakti kepada mak saya.
Semoga Allah panjangkan usia saya untuk saya lahirkan zuriat buat suami saya yang tersayang.
Amin Ya Rabbal alamin..

Terima kasih buat kawan-kawan yang wish dan doa untuk saya. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Saya dapat hadiah dari Radhi..hehee..
 Nak tahu apa?
v
v
v
v
v
v
v
v


Saya memang tak ada mixer sebelum ni, kalau buat apam ke buat kek ke, saya pinjam mixer ofismate.hehee Dia pun jarang pakai, tu yang dia tak kisah kot. Tapi nak pinjam banyak-banyak kali saya la yang segan pulak.hihi.. Dulu saya pernah la cakap dengan Radhi, nanti bonus saya nak beli mixer. Dia jawab, beli mahal-mahal bukan selalu pakai pun. Lain la kalau selalu buat..terus cam terfikir.. hurm betul jugak, tapi saya balas balik, ala beli yang biasa-biasa aje, ok kot..hiihh.. Dia senyum je..

Seminggu sebelum harilahir saya, saya cakap dekat Radhi. Saya dah berniat lama nak buat apam polka dot tu  dan nak sedekah kat taska or tadika yang ada kat area rumah saya. Tapi saya tak tahu berapa orang ada kat taska/tadika tu. Nak tanya segan.heeee *_^

Sampailah saya bercerita kat ofismate saya, tetibe saya terfikir nak hantar kat taska anak dia je. hehhe.. So saya mintak tolong dia je tanyakan cikgu taska anak dia, berapa ramai anak-anak disitu. Bila dah tahu berapa ramai, saya pun cerita kat Radhi. Saya cakap kat dia, sabtu tu saya nak beli mixer la..tak payah ada bowl pun takpe. Beli yang pegang kat tangan je. Radhi kata OK..

Sampai di supermarket, Radhi pergi tarik tangan saya ke bahagian barang2 elektrik. Then dia cakap, "pilihla mixer yang mana nak, abang kasi hadiah"
Dalam hati dah berbunga riang, naseb kat supermarket, kalau kat rumah tu, dah kena peluk ketat-ketat tu..muahhha...
 Sebenarnya dia da cakap awal-awal tak de birthday present, sebab dah bagi awal aritu masa bulan januari. Saya dapat Sony Cyber Shot yang saya idamkan..hihih
Saya OK je, sebab saya bukan jenis dimanjakan dengan hadiah-hadiah yang berharga time hari istimewa. Bagi kitorg ikut dan je, kalau ada duit lebih nak kasi present kat pasangan, just do it. saya pun tak pernah tanya duit dia ada banyak mana, sebab cukup dengan nafkah yg dia bagi untuk saya dan rumah untuk saya berlindung. :)

Sehari lepas dapat mixer tu, saya start buat apam polka dot untuk anak-anak di taska tu.
Alhamdulillah niat saya dipermudahkan. =)


apam yang siap dikukus..menunggu masa untuk dipacking..hehee



Gambar atas ni pulak, yang dah siap dibungkus. Ada dua ketul setiap bungkus. Semua sekali ada 35bungkus.
Semoga gembira anak-anak di taska tu dapat apam yang demok-demok n colourful..ihihhih.

InsyaAllah ada rezeki nanti saya buat lagi..Ada lagi ni niat & nazar yang belum sempurna...

^_^  

daa~~

Saturday, February 4, 2012

Wishlist (^_^)

Salam peeps..

Tengahari tadi masa di ofis saya buat rutin mingguan saya, call Mama n MIL..hihi..
Nak berborak panjang selalu saya akan call dari ofis je. FOC! ahakss
Disebabkan baru lepas balik dari kampung minggu lepas kan, so tak ada cerita banyak sangat la.

Bila call MIL macam biasa, cerita tudung la yang paling HOT..haha..
Memang setiap kali balik Kelantan, pasti paling tidak pun saya akan bawak balik KL sehelai tudung baru.hihi
Kualiti yang sama dengan tudung di KL, kita boleh dapat harga yang jauh lebih rendah, siapa yang tak nak kan? huhu
ok da melalut.. :p

Lepas call MIL, saya call mama. 
Sebab kalau call mama dulu, nanti dah cakap lama, tak sempat nak call MIL pulak sebab dah nak balik..haha
Start dari semalam hingga Selasa nanti, mama akan stay dengan cucunya yang bertiga (anak my sis) tu aje.
Yong ke Jakarta atas urusan kerja. My BIL pulak katanya akan balik (sis n BIL in long distance marriage sejak setahun lalu) tapi maybe dat tyme tak sampai lagi.

Mama cakap insyaAllah dalam bulan Julai dia akan buat Umrah dengan Mak We (sedara belah arwah papa). Mak We ejen sebuah travel agency - Utas Travel & Tours
Mama kata, Mak We nak arrange untuk rombongan nanti merasai dalam 5hari berpuasa di sana, means Mama akan bertolak dalam minggu terakhir before puasa. 
Seronoknya saya rasa. 

Sebenarnya Mama dah daftar untuk pergi Haji. Haji dengan Tabung Haji memang kena tunggu giliran yang lama. Mama kata giliran dia dalm 10tahun lagi. 
Sebak pula, bila mama sebut "kalau panjang umur mama,sempatlah nak pergi, kalau tak, tak sempatlah mama nak rasa jejak kaki di Tanah Suci"

Kalaulah duit saya banayk, nak je rasanya saya ikut mama. Semalam pun saya baru baca entry Yannie yang akan pergi umrah bulan depan ->klik utk entry itu
Bila baca entry Yannie, tiba-tiba saya teruja nak pergi umrah. 
Tadi pula, berborak dengan mama cerita pasal Umrah.
Lagi membuak-buak perasaan tu.
Terus tambah wishlist kat sidebar..ihiks..
Terus rasa semangat nak topup duit ASB dengan jayanya setiap bulan...hihi..
Saya tak cerita lagi dengan Radhi niat saya ni, tapi suami mana yang nak halang isteri buat kerja suci kan ^_^

Moga-moga doa dan niat saya ini dimakbulkan dan dipercepatkan.
Bila tengok gambar kawan-kawan pergi melancong sana sini ada juga teringin nak pergi. 
Tapi tak pernah nak masuk pulak dalam wishlist, sebab perasaan nak jugak tu datang waktu tengok gambar tu je.
Bila baca kisah Yannie dan dengar cerita Mama nak pergi Umrah, terus saya berazam nak cukupkan duit untuk ke tanah suci.

Really-really wish i could make it. amin..


InsyaAllah 1 day..amin

daa~

Friday, December 30, 2011

Kenangan 2011 ^_^ Impian 2012

Salam peeps..

Jam dah pukul 2pg, mata ni dah mengantuk sebenarnya. Tapi malas nak naik bilik lagi, Radhi pun dok online lagi, cari benda tah! Mudah.com la tu..huhu

Owh tadi (semalam=khamis) hari last saya kerja untuk tahun 2011. Hari ni saya amik cuti, ada lagi sehari cuti boleh digunakan untuk tahun ni, the rest carry forward la..^_^

Secara ringkasnya, saya imbau kenangan di tahun 2011. Rasanya tak banyak sangat kenangan yang tercipta.
Wishlist pun tak ada yang tercapai lagi..sobss. :(
Tapi yang best, Radhi dah offer diri untuk beli kamera untuk saya,dah lama hajat tu tersimpan, mungkin dia dah kesian kat wife dia ni. huhu..
Yes, saya memang menjadi kupik(kedekut) sekarang, sebab i wanna spend my money for my study next year..Sampai nak beli kamera pun asyik downgrade aje.huhu..
Lastly, asal ada sudah! 
Tapi bila Radhi nak belikan, of course saya demand sikit..ihikss.demand lebih 100 aje dari target nak beli dengan duet sendiri..ahaha

Niat nak khatam Quran di tahun 2011 tak kesampaian pun. Ish terlalu banyak perkara 'lagha' yang dibuat gamaknya..hurmmm..apa nak jadi la..Rasanya 3/4 pun tak sampai. 
Astagfirullahalazim.. !__!

Impian 2012..
Yang pertama masih kepinginkan cahayamata penyeri rumahtangga, pendakap kasih sayang suami isteri.
Harapnya Allah makbulkan niat itu.Amin
Kedua, lebih banyak mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa.
Semoga berjaya saya khatam Quran di hujung tahun 2012 atau lagi baik awal dari itu. Niat saya tak mahu tinggal bacaan Yasin pada setiap hari khamis malam jumaat kecuali dengan alasan uzur. (mintak-mintak 9bulan tak datang uzur utk tahun 2012)
InsyaAllah, Februari nanti i will start my class for 4years on every weekend..Semoga saya boleh menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik sepanjang waktu itu.

Bukan senang nak senang kan? Owh hampir menuju 3series. Moga Allah bukakan pintu hati untuk lebih dekat padaNYA.. ^_^

Thursday, November 10, 2011

Secrifice

Salam peeps.

Seperti dalam entry lalu, esok weight off utk 14day challenges sy. Sy tak tahu la banyak mana saya berjaya menurunkan berat badan.hihi..

Beberapa perkara yang telah saya lakukan;
~ of course skip my dinner,kalau lapar sgt sy buat susu anlene/anmum materna n cicah dgn biskut Jacob's original 2 keping~
~ Joging kat taman permainan kt umah- kurang-kurang bg keluar peluh sikit~
~Semalam 1st time jejak kaki kat Gym 1 malaysia di kementerian Belia & Sukan dgn Azlin - mmg syok~ harus pergi lagi =) ~ 

Memang penat rasa bila ke Gym, joging. Saya dah lama tinggalkan alam sukan ni. Kalau dulu dari sekolah rendah sy join sukan, sebab arwah papa mmg minat sukan. Kami adik beradik memang aktif sukan ms sekolah. 
Yong ~ wakil Pahang dlm sukan Hoki di MSSM sewaktu sekolah
Abang ~ wakil Melaka dlm sukan ragbi di MSSM sewaktu di MRSM Jasin.
Saya ~ rasenya paling kuat wakil daerah dlm sukan Bola Baling ms skolah rendah..hihih

Arwah papa juga salah seorang pengadil bola sepak di negeri Pahang pd era 90an dl...Mungkin dr situ mengalirnya darah bersukan dlm adik beradik kami...Sehingga masuk sekolah menengah, sy masih bersukan tapi tukar acara...Bola tampar!...ihihih 1st time main mmg bengkak2 tangan sampai mama xbagi main dah sebab time tu nk PMR..hihih..Sy teruskan juga, smpi masuk belajar buat diploma. Tapi sekarang di opis, dah takde sukan..huhu..yang aktif Futsal utk geng laki ni..memang selalu diorg join tournament. 

Sejak kawin pulak, memang bertambah-tambahla berat saya..hihi..Radhi rajin makan, sebab dia kerja berat. Saya pulak, makan ikut tune die, hihihi..of course yg macam kek terlebey kembang kan? hihi..

Usia perkahwinan da cecah setahun 5bulan, masih belum punya rezeki menimang cahayamata. Saya redha. Dalam pada itu saya harus terus berusaha kan? Ini adalah salah satu usaha saya untuk concieve..Umur pun lg 2-3 tahun nak masuk 3series...uishhh cam xcaye...huhuh..adehh..how time fly!!! Saya jumpa ramai kawan-kawan yg senasib dengan saya, bertahun mendirikan rumahtangga tapi masih belum punya sikecil. Kami selalu berkumpul dlm satu group di fb. Di situ saya kenal Kekda, Zana, Fara, Eka, Nana Aris, Eida Baharom & ramai lagi. Diorg juga punya blog sendiri. dari blog membawa kami ke group di fb. Segala pahit suka duka kami bercerita. Semua mmg betul2 memahami. ^_^

InsyaAllah saya akan kongsikan result weight off saya esok. Apa pun kesudahannya, insyaAllah sy akan teruskan challenge ini hanya utk zuriat yg kami nantikan. Semoga Allah mendengar doaku ini..
Amin ya rabal alamin

Monday, October 10, 2011

Buat semangat berkobar-kobar

Salam peeps,

Sorry with the lack of entry sejak akhir-akhir ni.
Capek!
Tapi saya masih terus blog-walking ke blog anda semua ye antara sempat dengan tak je untuk meninggalkan jejak.

ini cerita agak basi, Alhamdulillah kakak saya da tamat pengajiannya selama 2tahun lebih. Da selamat pun grad dengan Master in Mechatronic Engineering..uhuh.. saya nampak betapa struggle kakak saya yang kami sekeluarga panggil yong. 

Menetap di Kota Bharu Kelantan, dan menghadiri kelas di UTM kampus luar (bangunan yayasan selangor di Kg.Bharu KL). Rutin biasa di Kelantan bekerja dari hari ahad-khamis. Setelah bergelar student, rutin bertukar Jumaat malam naik bas ekspress dari Kota Bharu, sampai KL sabtu pagi, rehat sebentar sementara menunggu kelas jam 2petang. Mujur rumah ibu saudara kami terletak di Kg.Bharu, disanalah rumah kedua Yong. Ahad malam naik bas semula dari KL ke Kota Bharu, sampai subuh di  Kota Bharu , rehat sebentar kemudian harus ke kolej menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Akademik di sebuah Kolej swasta seliaan UTM di Pengkalan Chepa. Begitula rutin Yong selama 2tahun lebih ini..

Inilah hasilnya

 Doa yang tak pernah putus dari Mama..


 Dorongan dan Semangat dari suami tercinta

Kesabaran anak-anak memahami situasi ibunya

InsyaAllah saya akan sambung perjuangan Yong di awal tahun hadapan, cuma masa saya lebih panjang sedikit dari yong. hihihi..Semoga Allah beri saya kekuatan fizikal dan mental untuk perjalanan itu. Ameen

Kalau Yong dengan sebegitu jauh boleh bersusah payah mencari ilmu, mengapa saya yang jarak lebih dekat dan masih belum punya zuriat ini tak boleh kan..kan kan? 

Thursday, September 22, 2011

unwell

Salam peeps..

Hari ni masuk hari ke-3 saya demam. Dan serasa saya genap juga 3 bulan berturut-turut setelah Radhi demam, saya pula yang dijangkiti..

Cerita bermula pada hari sabtu 17 September, Radhi keje petang masuk jam 3..sepatut pukul 11 mlm baru pulang, sebaliknya maghrib tu da dengar bunyi motorbot  motor dia kat depan pagar..saya dengan kencang bukak pintu, tanye kenapa balik awal..
ringkas jawabnya, "demam"
dengan keadaan diluar hujan rintik-rintik, Radhi masuk rumah terus saya suruh pergi mandi basahkan kepala.
Saya dengan kencang masuk dapur, masak nasi + goreng ayam + sup sayur..
berselera pulak Radhi makan sebab ada sup sayur.. :p

Esoknya, ahad badan Radhi masih panas..siap masak untuk makan tengahari, saya bawak Radhi pergi klinik amek mc..naseb kedua-dua kami ada klinik panel.. hihi..yela lepas-lepas raya di tengah-tengah bulan kering nan kontang ni kan..ihiihh..
Isnin, kami ke pejabat masing-masing seperti rutin harian. minggu ini kami berdua dalam shift petang..disebabkan hujan masa nak ke ofis tu, Radhi hantar saya ke pejabat saya dan dia meneruskan perjalanan ke pejabat dia..Malamnya, sementara menunggu Radhi jemput, tekak saya dah macam xsedap, rasa pedih bila telan air liur.saya da dapat agak kalau baik je Radhi dari demam dia, selang sehari atau 2hari pasti saya akan demam pula..

Selasa, jam 12tghari kami berada di LCCT untuk menjemput mama dan ibu (mak saudara) saya setelah mereka berdua pulang beraya di kampung halaman. Mama orang seberang, sama seperti keluarga Nawal kalau tidak silap saya, sulu saya pernah cerita dlm blog ini takpun di dalam blog lama saya..uhuh..Mungkin sebab berada dalam air-cond terlalu lama, badan terus jadi sengal-sengal. Di rumah ibu, saya nak solat pun rasa susah je nk gerakkan badan..terasa sengal seluruh badan. dalam jam 5, kami terus gerak balik rumah. sampai Seri kembangan, saya ke klinik Fadzliyana..naseb tiada orang langsung masa tu. ihih

Doktor cek suhu melalui telinga saya, nahhhhh 39darjah selsius..huhuh terkejut, seingat saya tak pernah saya demam suhu badan saya sampai 39darjah selsuis..terus jadi takut..doktor bilang kalau esok masih rasa panas macam ni, kerapkan makan ubat jadi 6 jam yang mana sebelum ni disuruh makan ubat setiap 8jam. dan kalau dah 3hari masih demam panas sebegini, pergi kecemasan terus... whutttt???? itu yang saya takut..tp saya xbgtau Radhi..hiihih..saya takut..

Semalam saya ditugaskan ke International Helpdesk di Jalan Raja Chulan untuk jadi trainer system baru. Saya ke sana dengan seorang rakan sejawat. Pagi naik kereta dia, park kereta di Star Sg.Besi, naik lrt terus ke Masjid Jamek, menapak hingga ke Muzium Telekom..Balik, lebih kurang jam 3ptg, hujan gerimis dilautan terpaksa redah juga menapak lagi dari Muzium telekom hingga ke lrt masjid jamek..dalam kepala da terbayang saya akan melepek lagi hari ni.. Pagi tadi sebelum mandi saya test suhu guna termometer yang memang ada saya simpan dirumah, bacaannya suhu saya dah berkurangan ke 37.3darjah selsius. Tiba di rumah lebih kurang jam 4.30 petang, terus capai tuala mandi, cek suhu lagi. kali ni pula naik 37.9darjah selsius..owh hati da risau.. hidung pun dah mula berair..saya paling benci selsema..rumit..leceh..susah nk tido..susah nak hidu..

Dan hari ni masuk hari ketiga saya demam, saya gagahkan diri ke ofis juga..Di rumah saya sendirian bila radhi kerja, kalau ada apa-apa terjadi tiada orang yang akan tahu. Saya fikir lebih baik saya ke ofis..ihiihih..
Harap-harap berakhirlah demam dan selsema saya ni dengan cepat..Terbengkalai segala kerja-kerja rumah.huhuh

Ya Allah berikanlah kami kesihatan yang baik..ameen 



Wednesday, September 14, 2011

lama menyepi

Salam Peeps..

Lama saya menyepi sejak beberapa hari sebelum Aidilfitri lalu..ihihiih...maaf ye!..

Seminggu di kampung Radhi, no internet access, kalau ade pun broadband adik ipar, saya malas mengganggu mereka. Dan sengaja biarkan diri tanpa internet, menghayati cuti dengan sebaiknya..ewahhh, macamlah kerja berat beno!..hik hik hik...

Di Aidilfitri lalu, macam-perkara terjadi, yang best dan yang tak best...

1 yang best - Tahun ni pagi 1 Syawal bersama mama...tahun lepas bersama ma mertua.. ^_^

1 yang tak best - 5 Syawal, abang saya eksiden setelah pulang dari menziarahi kubur arwah papa di Kuala Lipis.. :-(

Hari ini kami kerja pagi, InsyaAllah lepas balik kerja ni, kami nak selesaikan satu wishlist yang ade kat sidebar di blog saya ni..hihih..yippieee...later saya update ya..tungguuuuuu..

Monday, August 22, 2011

22 Ogos 2011

Salam peeps..

Hari ini 22 Ogos, bertambah setahun lagi umur Radhi..hiih

Happy birthday yayang!

ini gambar ms majlis sambut menantu..ihhih..Radhi terpejam..

Disebabkan minggu ni kita berdua kerja shift petang, so kita postpone celebrate your birthday ye sayang....ihihih..

Semoga abang dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendakNYA...

dan semoga ikatan perkahwinan kita berpanjangan hingga ke Syurga..InsyaAlah.. Amin Ya Rabbal Alamin.. 


Monday, August 1, 2011

Ramadhan

Salam peeps...

Ringkas dan padat..


Selamat Berpuasa buat rakan-rakan bloggers...

Semoga Ramadhan kali ini membawa 1000 rahmat buat kita semua..ameen~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...