Wednesday, November 28, 2012

of my dream....

Assalamualaikum.

Ye saya sambung study di OUM - Open University Malaysia..Universiti swasta aje!!
Lebih spesifik saya sambung dalam bidang IT -Major in Network Computing.
Before this saya ada diploma bidang elektronik industri.  

Setelah 4tahun setengah bekerja dalam bidang telekomunikasi yang mana tak banyak saya dapat applykan apa yang saya belajar masa diploma dl, so saya tinggalkan bidang elektronik.
Alhamdulillah saya dapat bekerja di syarikat yang besar di Malaysia ni, setelah berkahwin saya rasa fikiran saya lebih matang dalam berfikir. Saya ada satu impian dalam kerjaya saya ni yang mana saya tak pernah cerita kat sape-sape termasuk suami saya sendiri. Saya rasa sangat rugi kalau saya tak grab peluang yang ada depan mata. InsyaAllah untuk impian itu ada lebih kurang 25thn lagi sebelum saya pencen - jika tak dipaksa pencen pada umur 60tahun...kah kah..

Itu cuma impian saya, saya yakin In shaa Allah pasti DIA izinkan. Kerna banyak lagi yang perlu saya usahakan, for sure zuriat buat suami saya. Jangan pernah bosan baca pasal zuriat dalam blog saya ni, sebab saya rasa itu satu dari doa saya juga. Kata-kata itu satu doa kan???

Memang agak sukar bagi saya yang dulu belajar engineering nak convert ke bidang IT. 
Engineering saya banyak guna formula dan calculator, IT rasa kebanyakkannya perlu otak yg kreatif dan banyak membaca. Anyhow saya MESTI buat jugak untuk pastikan impian saya tu tercapai!

Jadi student OUM tak sama dengan student IPTA lain. Yang pasti OUM setahun ada 3semester, kelas 4x setiap semester bagi satu -satu subjek. Sehari satu subjek, 2jam tutorial. Dalam 2jam tu paling sikit 2topik akan habis. Tutor memang akan laju macam ERL..haha..Konsep belajar di OUM, adalah online. Forum, Digital library, e-tutor macam-macam ada dalam website OUM bg registered student. 
Natijahnya, tepuk dada tanya selera. memang kena banyak belajar sendiri dan cari sendiri. 

Saya baru selesaikan 3 assignment untuk 3subjek semester ni. Final exam? InsyaAllah 8disember mula. tapi paper saya start 23 disember. Belum pun start final exam, subjek utk sem depan dah kena register. Alhamdulillah i've done for that 3 subjek utk next sem. 
Excited coz mula subjek network. =)
Semoga saya berjaya hingga hujungnya. Dalam pada tu, usaha saya untuk conceive tak pernah terhenti. Entah-entah dapat bawak baby in tummy pergi kelas dengan mummy..who knows kan? In shaa Allah =)

Kalau ada nak tanya pasal study di OUM , bleh je drop komen or email sy, In shaa Allah saya try jawab mana yang saya tauhu..hehe..

^___^

daa~~

4 comments:

  1. Yang, nak tumpang tanya boleh? Tadi awak kata belajar secara online kan? Maknanya takde presentation ke apa? Sbb saya tgh survey² tempat nak sambugn belajar..And one more, belajar dalam bahasa melayu/english? email me at nurmala@tpb.com.my ek...Macehhhh..Muahss Muahsss`

    ReplyDelete
  2. Goodluck yana!! Kaaann.. mana tahu dgn dia dia sekali belajar sama sama dgn mummy.. AMIN ~ heeeeeeee

    ReplyDelete
  3. Thank eida.. itu memang idaman sebenarnya..rase cm seronok je bawak baby dlm pewot g kelas mommy..hehe

    ReplyDelete

tulis jgn xtulis..hihi TQ Darl ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...