Showing posts with label umrah. Show all posts
Showing posts with label umrah. Show all posts

Tuesday, August 18, 2015

Umrah 2015 - Airport Jeddah - Madinah

Assalamualaikum..

Dari lebih lama aku peram cerita umrah, aku kasi habis episod ni eh.

psst:: entry umrah memang agak panjang sikit, sebab macam nak tulis semuanya je.. tak nak tertinggal cerita..untuk rujukan aku jugak di masa depan..hehe..

Masa turun nak cop passport tu, hanya geng flight kami je yang baru sampai. Lama jugak beratur nak tunggu Pak Arab tu cop passport, dari 2kaunter je bukak untuk 200org lebih tunggu nak cop, dia bukak jadi 4lane.. okla kan.. Aku memang ingat pesan MIL, jangan lambat-lambat. Kena cepat-cepat sebab takut Pak Arab tu main-main. Masa tu SIL aku belakang aku. Radhi belakang sikit dari SIL aku sambil berborak dengan Anwar. Anwar tu datang 1 agensi dengan kitorang, dia bawak mak dengan ayah dia. Aku memang serapat-rapat tak bagi orang pintas aku..haha sekali SIL aku dah lepas belakang sikit, pastu Radhi pon dah terkebelakang sikit. Tapi lane still jalan. Alhamdulillah lepas aku cop passport tanpa ada problem.

Lepas keluar dari bahagian imigresen tu, terus aku ke tempat beg bagasi. FIL dengan MIL aku dah amek beg kami semua. Tinggal nak tolak je. hehe..Sekali aku tunggu punya tunggu, Radhi tak keluar-keluar, aku tengok Radhi dah stuck kat tempat nak cop tu. Berdebar terus aku. Pak Arab tu tak mau cop passport dia, dia siap bawak berjalan ke hulu hilir lagi passport Radhi. Allah , sabor je la.. Aku tengok muka Radhi pun muka merah padam nak marah dah. Yela dengan perut lapar, puasa lebih 18jam, berbuka ala kadar je..memang dugaan sangat bagi dia aku rasa. Tapi ape kita boleh buat kan, senyap je la.Tempat dia. Dari dia terus pegang tak nak bagi. Ada la dalam setengah jam kot Radhi berdiri tegak kat situ. Aku tengok makcik2, pakcik2 yang beratur tunggu nak cop tu semua dah duduk je, tak larat dah nak berdiri dah. Kesian..Masa tu aku tengok jam kat tangan, dalm pukul 3pagi waktu Malaysia, waktu Arab korang tolak je la 5jam. Aku memang sampai balik Malaysia semula tak tukar waktu pada jam tangan aku..hehe. jam kat phone je aku tukar sebab nak kunci untuk bangun sahur. Alhamdulillah Radhi dah dapat pun passport dia dan bilangan ahli rombongan kami dah cukup.

Selesai 1 masalah datang pula 1 masalah lagi. Ahli rombongan kami ada 4orang dari Terengganu. Beg bagasi diorang semua hilang tak sampai ke terminal kami, dalam sejam cek dengan pegawai imigresen dan pegawai airport, rupanya beg diorang salah hantar ke terminal lain. Kitorang yang dah cukup beg ni, ustaz suruh terus ke bas sebab perjalanan kami masih panjang, ada dalam 5-6jam untuk sampai ke Madinah. Haus memang haus sangat, SIL aku dengan tok sedara pegi beli air sementara aku tunggu diorang sambil jenguk-jenguk bas mana yang kami kena naik...Dapat air satu sorang, kitorang naik bas,menghempas punggung atas kerusi bas..phewwww memang lega gila. penatnya Allah je yang tahu. 1bab lagi perjalanan ke Madinah 5-6jam.. Memang tunggu bas jalan mata pejam tidurrrrr...hehe..

Aku duduk kerusi no 2 dari depan, Radhi duduk sebelah aku,depan aku MIL dan FIL. Sejam jugak tunggu geng-geng Terengganu sampai ke bas dengan beg bagasi diorang, sampai driver bas mengamuk-ngamuk dah sebab lama sangat dan jam pun dah lewat memang kitorang akan bersahur di tengah jalan je nanti. Bergerak je bas, memang pejam mata terus. Siap Radhi p genggam tangan aku tido dalam bas.. haha.. memang peel kitorang tido pegang tangan, kalau berjalan kat luar jarang berpegang tangannye..hahaha..Sekali aku tersedar driver bas tu pasang radio lagu arab bapak kuatnye.. memang terkujat semua orang tengah tidur..haha.. Semua orang pun tahu driver tu ngantuk agaknya, so semua diam je, tak de sape komplen. Aku sambung balik tidur, yang Radhi memang dia ni letak boom kt tepi telinga tak sedar, dia terlentok je kat bahu aku..patut rasa lenguh bahu aku..hahah..

Aku tak sure dah sampai mana masa tu, driver kejut semua orang, bukak lampu dalam bas suh bangun turun sahur. Masuk kedai tu, dia suruh kitorang duduk je, dia orderkan nk makan ape. Ofkos la nasi arab kan. So memang semua orang pilih ayam. Mata baru celik dari tidur dan kepenatan, takde makna nak makan kambing ke hape, Sekali kau datang nasi nya, hamek setalam kecik sorang, tapi still portion yang besar. Aku rasa kalau biasa untuk 3orang makan. -Sorry, aku lupa amek gambar.. sebab terkebil-kebil lagi baru jejak tanah arab,nak2 baru bangun tidur. huhu.. Satu sorang weh talam nasi nye. Radhi boleh habis, memang aku tak heran, suamiku memang kuat makan nasi sebab dia kerja berat. Aku tinggal suku portion kot, gigih aku try nk habiskan, tak berjaya..haha..Tapi memang serious sedap, lain dari rasa nasi arab kat sini. 1 lagi nasi arab kat sana tak ada sambal macam nasi arab kat sini. Mungkin nasi arab kat sini dah diolah sebab Malaysian kan suka pedas-pedas. Mula-mula tu aku pelik gak makan nasi arab je dengan ayam tu. Lepas tu dah adapt dah. Aku pun bukanlah kuat pedas sangat. Radhi n family memang kuat pedas. Family mertua aku bukan yang tipikal kelantan makan manis-manis yea. Jangan silap. Ramai orang terkejut bila sebut Kelantan je, semua orang ingat orang kelantan suka yg manis-manis tu. Setengah jam berhenti sahur, kitorang sambung perjalanan semula. Baru sekilometer bas jalan, aku rasa semua orang tertidur semula.. hahahha...

Alhamdulillah dalam jam 4.45pagi waktu Arab Saudi, kami selamat sampai di hadapan hotel yang kami akan menetap selama 3hari 2malam. Hotel Dar Al Naeem. Aku memang terkedu sangat2 nak amek gambar hotel la, gambar sekeliling Madinah la..padahal dalam group whatsapp family aku, abang aku dah mintak gambar selfie dpn hotel masa aku cakap dah sampai hotel kat madinah... huhu.. Aku rasa memang Allah bagi aku lupa sekejap pasal nak bergambar-gambar ni.

image from google

Sampai je hotel, turunkan bagasi dari bas..Alhamdulillah terus dapat kunci, kat sini pihak hotel akan edarkan kad nama hotel pada setiap ahli rombongan, tujuannya supaya bila kita tersesat nak balik hotel tapi tak jumpa, tunjukkan saje kad hotel tu pada polis atau pekedai-pekedai, diorang akan tunjukkan semula jalan ke hotel kita menginap. Penting sangat-sangat kad nama hotel tu, kalau diorang tak bagi, please and please and please minta kat receptionist. Disebabkan kitorang pergi di penghujung Ramadhan, jemaah sangat ramai dan bilik memang kebanyakkan di susun supaya duduk 4org. Duduk 30rg or berdua aku tak tahu la pulak berapa harga pakejnya. $$$$ huhu

Ni la gayanya bilik kami di Madinah
Aku stay dengan MIL, SIL, and tok sedara Radhi. So far bilik ni ok je. Ala bukan nak honeymoon kan. Sampai je bilik, bersihkan badan, solat subuh terus kitorang kebaboom hempaskan badan atas katil memasing. Luruskan segala urat-urat dulu. Dalam pukul 8 pagi kot, MIL aku tersedar masuk toilet then semua orang pun tersedar. MIL aku ajak pergi Dhuha kat Masjid. Aku memang eksaited gila sebab dah nampak Masjid Nabawi depan mata masa dalam bas nk sampai ke hotel pagi tu.

OK stop kat sini.

Next entry pasal pengalaman pertama jejak Masjid Nabawi dan masuk ke Raudhah.. =)

Later!

Wednesday, July 29, 2015

Umrah 2015 : KLIA - Jeddah

Assalamualaikum…

Alhamdulillah selesai aku submit assgment..hehe..berasap jugak menyiapkan, dengan kawan-kawan nak dating beraya, nak ziarah sementara ada bau mekah lagi..hehe..

Hari ni cerita bertolak dari KLIA ke Jeddah..Flight kitorang jam 3ptg pd 5Julai bersamaan 18Ramadhan-Ahad. Tak sangka ramai kawan-kawan saya nak dating hantar. Tekejut jugak MIL tengok..hihi..Ustaz Mutawwif kitorg tu cakap, orang baik, ramai orang sayang..ewaahhhh..Alhamdulillah dikurnikan dengan kawan-kawan yang baik jugak. Lagi satu mungkin sebab jatuh hari ahad, so ramai orang free on dat day. So bolehlah dating KLIA kan..hehe.

Perasaan sedih sebab tak dapat raya dengan my mom tahun ni, memandangkan giliran raya adalah giliran belah aku dan esaited sebab nak jejak Tanah Suci, rasa tak sabar nak tengok Masjid Nabawi, nak tengok Kaabah..hehe

Kitorang sampai KLIA jam 12 lebih kurang, aku tinggal kereta kat ofis. Mintak tolong member-member ofis tengok2 dan panaskan enjin sementara aku tak de. Kakak aku amik kitorang kat ofis aku, then terus gerak ke KLIA. Beg troli kitorang PIL aku dah bawak dari Kelantan memandang nk group check in baggage kat KLIA tu. Diorang yang dari Kelantan ni, dah sampai KLIA jam 8pg lagi. Owh yea, before tu nak cite- travel agent yang aku guna dari Kelantan. That’s why sumenya urusan dari Kelantan. Aku dari KL ni ade 3org, kami berdua termasuk nenek saudara Radhi sorang , tinggal d Shah Alam.

Sampai KLIA, port kitorang kat tepi KFC dkt surau lama tu. Masa tu semua sedara mara Radhi dah sampai. Cinta n Nana bersama Adam dim dam pun dating..hehe..Travel partner kitorang aka BFF kitorang aka teman sekampung Radhi pon dtg, classmate aku masa study dulu pon dtg, sgt2 terharu dengan diorang neh sume. Paling last sampai makpak angkat aku bersama adik2ku tersayang. Hehe..

Dalam jam 1ptg, kitorang Jemaah perempuan masuk surau untuk solat sunat musafir, solat jamak Zuhur dan Asar. Selesai solat Zuhur yang lelaki pulak masuk untuk solat. Disebabkan flight kitorang jam 3ptg, so lepas je lelaki2 sume kluar dari surau, ustaz dah arahkan semua untuk boarding..secara pantas jugaklah aku salam-salam semuanya, laga-laga pipi bagai…drama start! Ngeh ngeh

Of course aku sebak salam semuanya, salam Nana aku dah sebak sebab dia pun cam sebak. Tapi aku control lagi.. Salam Ida, travel partner aka BFF aku n Radhi pon aku sebak.. Salam dengan mak n yong pun sebak..eh semua la sebak.. Mak sempat pesan kat aku, “ingat pesan mama ye dik, buatkan umrah untuk arwah papa”..aku angguk then jawab InsyaAllah mak. Salam mak angkat aku terus berjurai sikit , sikit je sebab aku control. Mak angkat aku memang ratu air mata..hehe..dia peluk aku ketat-ketat betul. Aku dengan mak angkat aku lagi rapat sikit bercerita bab hati dan perasaan ni. Haha..sebab mak angkat aku jenis open minded. Ko cite je la ape nak cite, die sure akan bagi pendapat, dia takkan jawab ooooo je..atau ok je…huhuhu.. sebab tu bila aku ade prob hilang punca nak cerita, aku whatsapp mak angkat aku klu melibatkan family ni. Huhuh..

Dah kalut-kalut salam semua, kitorang pun start tarik bag dan menuju ke escalator untuk trun boarding tu. 1st time wei dalam hidup aku turun ke situ. Hehe.. Mak angkat aku turut aku sampai ke escalator, siap polis bantuan tu cek passport n tiket aku, sempat lagi mak angkat aku panggil n peluk aku, dia pesan “Lin mintak je semua kat sana, gunakan masa yang ada” masa tu memang aku berjurai-jurai dah..tak tahan dah wei, uncontrollable.ngeh ngeh..

Masa cek passport kat mesin imbas tu, jakun jugakla aku jap..haha.. Sumenya scan aje. Ko diri tegak, then scan ibu jari..pintu bukak, settle boleh kuar, jalannnnn.. Member kitorang sorang ade keje KLIA, so dia follow je kitorang sampai kat boarding area belah dalam nun.. Sampai tempat tiket kitorang di kerat die follow.. TQ Chap! Hehe..Dah lama tak naik train, hari tu naik train nk ke Flight..hehe.. Tengah2 beratur masa nak masuk boarding area, aku perasan macam kat hujung2 line aku beratur tu, macam rupa Rosyam Nor. Tapi macam ye macam tak je. Disebabkan masa tu tengah borak dengan Chap, aku tak pulak bersuara pasal Rosyam Nor tu…

gambar yang aku tepek kat FB aku sebelum masuk flight..kalut2, muka Radhi dah macam hape je...sebab da kena tarik beg masuk flight ni..haha
Kitorang masuk je dalam boarding area, chap whatsapp dalam grup bagitau “Rosyam Nor ada kat belakang korang”… haha.. so betullah Rosyam Nor yang aku tengok tu..huhu..Sekejap je duduk situ, dah kena masuk flight. Masa ni esaited gila aku rasanya..hehe.. Alhamdulillah masa pergi aku dapat seat sebelah Radhi dan seat kitorang adalah couple seat..Yeay! hehe..MIL, FIL dan SIL aku seat bertiga 3seat depan kami…hihi..Tak lama lepas kami duduk, Rosyam Nor ddgn adik dia yang pelakon ugak tu duduk hujung sebelah kanan kapal-terbang sederet dengan kami..huhu.. Sempat aku terpandang dia, dia senyum lebar sambil tunduk kepala kat aku..Mungkin terperasan aku dok perati dari tadi kot..haha

SIL...MIL...FIL

8jam dalam flight lama gila aku rasa. Aku dengan Radhi tak boleh tidur pun. Last2 kitorang main bowling dalam game kt screen tu.. siap lawan lagi. Memang sokmo aku yang kalah. Lepas 4jam penerbangan, sepatutnya dah buka puasa waktu Malaysia, tapi sebabkan kitorang dalam flight dan menuju ke Arab Saudi so waktu berbuka ikut Arab Saudi yang mana pukul 7pm ( 12mlm waktu Malaysia) baru kami akan buka puasa. Maksudnya lebih kurang 5jam lagi.. huhu..

Sampai airport Jeddah, jam 6petang masih ada lagi sejam untuk berbuka. Sampai je turun flight kitorang naik bas untuk ke terminal haji. Duduk je dl dalam tu sementara tunggu berbuka dan pak-pak imigresen arab tengah rehat tunggu waktu berbuka. Kitorang berbuka dengan bekalan yang flight Saudi bagi je. Ada roti tuna dan croissant , air mineral, jus oren, kurma. Kire bolehla alas perut. Selesai buka, solat Maghrib dalam kawasan tempat duduk tu je sementara menunggu pak imigresen arab panggil untuk cop passport. Dalam pukul 8 baru diorang panggil kitorang semua untuk turun cop passport.

Hah ada drama tau masa nak cop passport.. tunggu next entry la.. panjang sangat dah ni.hehe..


Later!

Thursday, July 23, 2015

Umrah 2015 : Intro

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya semua!!! Maaf Zahir Batin.

Alhamdulillah jam 1petang raya ke-4, aku dan family lain selamat mendarat di KLIA, berlepas dari Jeddah jam 11pm (4pagi waktu Malaysia). 14hari di sana, terlalu banyak yang manis untuk aku kongsi.

Selama ni aku baca catatan orang lain tentang umrah, kali ni InsyaAllah aku akan kongsikan dengan semua pengalaman yang aku dan Radhi lalui sepanjang kami di sana. Benarlah kata orang, sekali pergi pasti terasa nak pergi lagi. Begitu juga kami berdua, belum lagi sampai Malaysia, kitorang dah tanam azam nak pergi lagi nanti jika diizinkan Allah.

Satu wishlist terbesar aku da boleh pangkah.Alhamdulillah!!

InsyaAllah kasi aku settle sikit je lagi hal assignment aku, siap assignment aku cerita pasal umrah. Aku memang tak banyak amek gambar kat sana. Sebab kadang pergi masjid aku tak bawak phone, SIL aku pun tak bawak phone. Ade gambar pun waktu ziarah dan waktu biasa kami jalan2 sekitar hotel. Pergi balik masjid memang jarang jugak aku bawak phone, cuma adalah sekali dua bila waktu aku akan tinggal sorang2 baca Quran atau tak semua geng perempuan kami ke Masjid dan duduk sekali. Senang ape-ape hal aku call Radhi.

Doakan assignment aku settle cepat, aku tak lupa cerita di sana ..hehe..

Owh yea, kepada yang email dan whatsapp aku kirimkan doa, alhamdulillah semuanya aku dah baca di Raudhah, Jabal Rahmah dan Masjidil Haram. semoga doa kita diterima Allah. aamiin...

later!

^_^

Wednesday, June 17, 2015

Ahlan ya Ramadhan - the date is confirmed!

Assalamualaikum....

InsyaAllah esok kita semua akan menyambut Ramadhan di tahun 1436hijrah ni. Tahun ke 6 aku berpuasa as wife dan menyediakan sndr juadah berbuka dan menu bersahur. Sebab masih berdua so berbuka dan bersahur tu macam makan biasa hari-hari je. Kalau weekdays memang tak dan aku nak buat kuih untuk berbuka, selalunya Radhi akan beli je. Kuih wajib dia adalah seri muka.. Dia makan hari-hari pun boleh. Last year feveret aku masa berbuka. lepat pisang. Gerai tu kat rumah aku je. Sedap lepat pisangnya, terasa betul-betul manis pisang. Harapnye tahun ni ada la lagi gerai yang jual lepat pisang tu tahun ni. hehe

Dan insyaAllah Ramadhan kali ni, adalah Ramadhan yang paling bermakna dalam hidup aku sebab dengan izin Allah, aku akan mengerjakan umrah bersama Radhi dan ma + abah mertuaku dan adik ipar bongsu aku. Alhamdulillah tak terucap dengan kata-kata bila saat pertama kali ma bagitahu aku, abah dah booking tempat untuk kita buat umrah puasa nanti. Teringat aku pernah terdetik dalam hati ketika itu aku jeles tengok kawan-kawan lain terbang sana sini melancong. Aku pernah sebut, cop pertama dalam pasport aku nanti adalah cop aku pegi Mekah. Masa tu aku rasa aku main sebut je, tak pernah terfikir ianya akan jadi kenyataan dalam beberapa je lepas aku sebut tu. Alhamdulillah kuasa Allah.

Semuanya abah dan ma mertua aku yang uruskan. InsyaAllah kami akan berangkat pada 5Julai dan pulang pada 19Julai. Alhamdulillah Allah izinkan kami merasa 10malam terakhir disana dan beraya di sana. Tak terjangkau dek akal aku akan beraya di sana bersama suami. Rezeki Allah adil buat hamba-hambanya. :) Ni link entry aku 3tahun lalu pasal nak pergi umrah, berjejes air mata bila baca semula di waktu ini.. Alhamdulillah terima kasih Allah..

Di sini, aku nak amek kesempatan untuk memohon ampun dan maaf pada semua kawan-kawan dan pembaca blog aku andai terkasar bahasa atau terguris kata yang pernah aku lafazkan atau coretkan. Sesungguhnya aku insan yang serba kurangnya. Doakan perjalanan umrahku dipermudahkan dan selamat pergi selamat juga pulang ke tanah air.

Pada rakan-rakan TTC khususnya yang ingin mengirimkan doa untuk aku bacakan di sana, boleh la email pada aku :

leeyanaradhi@gmail.com dengan tajuk email - TTC - Doa di tanah suci supaya senang aku compilekan. Jangan lupa nama penuh ya! Kalau boleh secepat yang terdaya sebab aku juga sedang seboleh-bolehnya mensettlekan assignment untuk semester ni sebelum berangkat nanti. :)

Selamat berpuasa! ;)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...