Showing posts with label ofis. Show all posts
Showing posts with label ofis. Show all posts

Wednesday, April 20, 2016

#shellout @ office

Assalamualaikum...

Jumaat, 1April punya cerita. Idea dah lama tapi baru terlaksana. Dah nama pun hari jumaat kan, lunch hour lelaki-lelaki opis aku sume takde la. hehe

Team aku kumpul duit rm20 sorang. Kitaorang sume ada 10orang termasuk sorang lelaki, tapi mamat tu nk contribute jugak so layannnnn...hehe..

Duit tu kitorang bahagi semula mengikut bajet masakan. Menu pulak bahagi setiap 1jenis seafood sorang. Semua masak sedap... yumsss...Rasa seronook plak makan ramai-ramai mcm tu. Tak boleh buat selalu, sebab nnt semua dok ngadap makan. Office aku worldwide call centre, so 24hrs akan ada call masuk, kalau tak dari Malaysia, dari oversea.

Kebetulan masa kitorang buat ni, manager aku ada (indian man), dia la tolong tunggu centre jawab call sementara kitoang makan. hikhik ..Dia pun eksited tengok kitorang dok prepare makanan atas meja without pinggan.. haha..

Aishhhh ngences plak tgh type...haha... Tak boleh makan selalu seafood ni, asid uric kuat...hehe.. Lepas makan aku telan Arctic Sea dari Forever Living.. Nak singkir balik asid-asid yang ditelan, kolesterol n minyak..

Duit rm200 tu bukan setakat makan tu, dapat beli aiskrim jugak ditambah la ada exec office aku topup beli. Memang jimat and puas hati. Kenyang tahap ular sawa rasanya...hahah

Korang try la buat pulak. Potluck dengan adik-beradik pon best.hehe

note: nak beli Arctic Sea, meh WA aku - 0123492056.. Sapa yang ada GOUT & HIGH CHOLESTEROL tu, elok la telan Arctic sea.. gabungan minyak ikan dan minyak zaitun utk cuci saluran darah yg sebabkan viseral fat tinggi.






daa!
^_^

Monday, October 13, 2014

Hari Ke-3 di JB - JPO here i come!!

Assalamualaikum...

[ muahaha..hari ke2 dalam draft lagi.. ampun... blasah la ye bace.. aku bz menyiapkan assignment..]

Ok hari ketiga aku di JB, macam hari pertama bertolak ke JB, bas khas untuk kami staff dari Cyberjaya. Lepas breakfast, kami bertolak ke JPO. dekat je rupanya dari tempat kami menginap ke JPO tu. Eh maklumlah aku ni bukan selalu ke JB, aku rasa this is the 3rd time kot in mylife aku jejak JB.

Sepatutnya masa berada di JPO adalah 2jam tapi sebabkan dat day,gaji tak masuk lagi. Eh gaji masuk dat day, tapi ikut bank time by time..haaa gituhh.. Aku memang sejak tau jadual ade ke JPO, aku memang da siap2 paww Radhi sikit, and korek-korek balance gaji dulu, so ade la sikit2.

Disebabkan tak pernah pergi JPO, aku siap amek map JPO lagi kau. Yela bukan semua butik aku mampu masuk. Masuk mampu, mampu tengok je la. Macam Coach, Burberry dan seangkatan dengannya memang pandang pun aku tak la. segan nak masuk..hehe

Aku tak ingat first sekali aku masuk mana, tak silap aku masuk GUESS rasanya, sebab semua serbu GUESS..haha.. Lepas tu start la keluar masuk-keluar masuk dari 1 butik ke butik lain. Lepas tu siap aku berjalan sorang-sorang tukar-tukar partner berjalan.

Yang paling best aku masuk butik NIKE.. Aku hampir2 terbeli sport bra and beg ala-ala make up bag dia. sport bra tu aku rasa kena try dl, tapi sebab aku berjalan sorang-sorang so tak de sape aku nak tanya pendapat, kelip-kelip je la..takpe next time beli. Kat butik NIKE aku beli t-shirt untuk Radhi.


Mamat tu memang suka baju warna putih. T-shirt tu murah je, less 70%. Kain pun elok, design tu pun simple dan menarik. So aku tak fikir panjang, aku rembat je.

Lepas keluar dari Nike, aku masuk Baskin Robbin sebab tengok ada Alin, Kak Zara and Norra melepak dalam tu. FYI, this is my 1st time masuk dan membeli di BR tau,basahkan tekak nak duduk dalam aircond sebab luar memang panas gila.. haaaa aku memang camni.. Takde la mengikut peredaran zaman sangat. Orang makan BR, aku makan BR. Orang buat itu kau nak buat jugak. Aku ikut suka hati aku je. haha.. Aku rasa nak ,aku buat..aku rasa taknak lantakkan je. Be ur own style la kate orang. Be our self!!!

Sebabkan 1st time, maka terkemut-kemut la aku nak membeli. Diorang bertiga tu cakap, show ur pink kat kaunter tu, dapat pilih aiskrim murah. Tak gaji, so semua cheapsket. haha

So tadaaaaaaaa... aku pun tak ingat aiskrim ape aku amek. tapi topping tu maple walnut. heheh sedapp!!!


Alamak tembam betul tangan aku..hurm induction asyik fail je skrg ni..aduiii laaa...

Lepas menternak lemak kat BR, sape tah p sebut Victoria Secret ada sale. Ok haruslah aku teruja, sebab dah lama aku tak beli VS.



 Dok beli Body Shop je skrg, dengan Lip Gloss aku pun dah bertukar ke The Body Shop dari yang dulunya aku pakai Lip Gloss Elianto. Sebab aku tukar dari Elianto ke The Body Shop, 'hakak' kt Elianto Alamanda tuhari kelat gila mukanya melayan aku, bajet cam aku nak main-main kot. Sekali nah kau aku terus beredar dari Elianto tu, laju je masuk The Body Shop. Puas hati gila aku dengan Lip Gloss The Body Shop, so suitable dengan kulit aku sebab aku tak suka terang benderang, mau yang just nice aje.

Ok dah melalut, balik pada cite VS..Mula nampak 3items RM129...dalam hati memang dah terpatri nak beli VS untuk aku..haha.. Sekali belek punya belek, si alin tanya yang dalam beg tu bape hengget. Nahhhhh sekali sales assistant tu kata yang tu offer 50%, 3in1 set RM48..tapiiiii yang saiz kecik. Wahhhhh semua terus terbeliak biji mata. Tapi yang offer tu 2 bau je, Pure Seduction and Love Spell. Sebenarnya aku baru nak test Love Spell, tapi sebab ade offer tu, Pure Seduction tetap menjadi pujaan. Make Up bag yang Pure Seduction lagi cute dari Make Up bag Love Spell, so aku tangkap la Pure seduction...hehe


Yeayyy hakak suka hakak sukaaaaaaaaa!!!!!


Untuk aku sebenarnya ada lagi 1 benda aku beli. Tapi lupa nak ambil gambar, sebab aku dah gantung dalam kereta. Masa aku dok snap-snap gambar untuk buat entry ni, kereta Radhi guna bawak g buat part time dia, so tak dapek la nak letak gambar.hehe Sebenarnya aku beli sunglasses yang memang dah lama aku nak beli. Dulu tak terbeli sebab aku kan specky lady, so celah mana lagi aku nak sangkut sunglasses bagai. Sekarang aku dah terajin sikit, dok pakai contact lense sebab dah malas nk pakai spec sangat. Soooo jawabnya bolehlah aku beli sun-glass.hehe. Radhi pun bagi izin aku beli sun-glass, so memang kencang la aku beli. Aku beli kat butik Nose, tapi murah je. 50% jugak. Mula Radhi nak belikan Ray-ban punya, tapi aku macam keberatan sebab takut aku hot-hot chicken poop je pakainye. Beli ratus-ratus rugi weiiiiii...haha. So as training, aku beli je hat murah dulu.

Tu je la kot cerita aku di JB, sudahnya memang tak berkesempatan langsung jumpa kak ipar aku. Sebab memang tak de masa yang sama-sama free. Masa di JPO memang free, tapi kak ipar aku tak free, sebab tenghari tu kalau dia datang jumpa aku, tak berambil la pulak anak-anak buah aku dari sekolah..hehe Tak pe la kak, raya haji kita jumpa, kumpul rumah adik tau!!!!...

datss alll

^__^
daa~~

Monday, September 29, 2014

Hari pertama di JB - Pulai Spring Resort

Assalamualaikum...

Minggu lepas, 22-24 September aku ke JB ber'team building' dengan rakan-rakan 1 division. Mula tu sedih gak aku nak tinggalkan Radhi 3hari. FYI, kitorang tak pernah berjauhan sejak kahwin..hihi Tapi sebab masa aku nak pergi tu, PIL aku dengan adik ipar aku ada kat rumah aku, so takdela sedih mane pon..haha

Aku bawak hiking bag, sebab memang kitorg tak ada troli bag tu. Nantilah ada baby, baru aku nak fikir beli bag troli tu. Sekarang ni berdua senang bawak hiking bag je, sebab aku gulung-gulung je baju. Kalau travel dengan Radhi, memang die la dukung bag tu, aku berlenggang dengan sling bag aku je..hehe

Nahh nak tengok aku dukung hiking bag yang mana baju untuk pakai 3hari 2 malam...


Eh gambar ni, gambar masa dah check out sebabnya aku lupa nak ambil gambar dukung bag masa baru check in. Ingat nak masuk bilik cepat-cepat je.hehe Yang dalam plastik putih bersangkut tepi bag tu, sport shoes aku. Lupa nak bawak sport bag yang aku selalu bawak g aerobik tu sebab sport shoes memang dah ada dalam kereta, nasib aku tak lupa sport shoes tu.

NI gambar dalam bas, kitorang bertolak dari office pukul 740pagi, bas yang dari Cyberjaya memang sebuah je, dari HQ kat Bangsar 9buah bas..plus minus yang bawak kereta sendiri, ada la dalam 500orang..huhuhu


Ko tengok muka masing-masing bukan ceria nak meninggalkan office.muahahha

Untuk 3hari 2malam tu kitorang menginap kat Pulai Spring Resort. Entah aku pun tak tahu kat daerah mana, sebab aku memang fail area JB.kekkee.. Sampai-sampai je kat PSR, terus port bag masing-masing ikut no bas kat dalam 1 bilik, then lepas tu ape lagi santapan tengahari sudah tersedia. Makanlah!! Sorry aku lupa nak ambil gambar makanan..haha.. Tapi standard makanan hotel, masak tak pedas, so sape yang tekak melayu pure, nak pedas-pedas memang kena amik sambal.

Lepas makan beratur plak ambil kunci bilik. Pasangan bilik dah ditetapkan, alhamdulillah aku sebilik dengan ex-exec aku, liaton. Bilik kitorang adalah apartment 2bilik. So ade master room dan ade double singlebedroom. Master room rumah aku, 2orang manager ofis aku duduk, mula cuak jugak duduk dengan manager, tapi so far diorang ok je..macam kakak-kakak kita jugak, xde la peel macam kat office nun.hehe


Ni lah katil Master room. Sorry aku lupa sangat nak ambil gambar the whole bilik ni. So aku describe la sini eh. Depan katil tu, ade TV then tepi yang korang boleh nampak meja tu, ada sliding door luar tu ada balkoni sket. Ok sebelum aku teruskan, bilik-bilik memang romantik2 sangat, sebab lampu yang ada hanyalah lampu site table tu je kalau dalam bilik, Kat living hall ada lah lampu siling downlight..


Ni pulak bilik aku, tu yang ada bag atas katil tu tempat aku menghenyakkan diri la tu...hehe.. Macam yang aku cakap tadi, lampu bilik, tu haaa lampu site table tu je. Kat tepi katil aku tu kan ade meja kan, tu cam meja kalau orang nak menulis macam orang business trip kot bergunalah.Tepi meja tu ada bilik wardrobe dengan dressing table dan cermin besar. Wardrobe tu habis aku susun kain baju aku buat macam rumah sendiri. Yang dah bergosok untuk malam dinner dan baju nak balik pun aku dah siap-siap hanger dalam wardrobe.

Toilet sangat seksi you!!!


Ok aku silap ambil gambar, shower ni kat bilik aku. Tapi gambar toilet bowl kat bawah ni, toilet dalam bilik master, sebab tu kalau korang tengok ada 2 sink situ...haha..Actually 1toilet 1 sink je.. Cumanya aku nak tunjuk kalau orang tengah honeymoon bolehlah main auummm cakk aummm cak dalam bilik air tu...haha sebab memang luas gila dan cermin shower transparent..hehe


Owh ok baru aku perasan lepas upload gambar ni, toilet master ada hair dryer rupanya. haha

Bawah ni pulak living hall. TV besar ada siaran astro dan ada sofa.


Malam kedua masa tunggu nak solat maghrib sebelum nak ke dinner, aku ada baca note pihak resort letak atas coffee table tu yang diorang tengah upgrade siaran TV untuk include siaran HyppTV. TQ for supporting TM =)


Ni pulak dining hall. Ada freezer, lega Liaton boleh simpan susu yang dia pump. Yes, Liaton ada baby, anak kedua. Aku baru teringat rasanya macam aku tak duduk pun kat kerusi dining table tu.haha Tak berkesempatan, sebab makan minum semua kat diorang punya restoran, bukan bawak masuk bilik pun. Balik bilik memang terus tuju katil je..hehe


So this is Pulai Spring Resort from my apartment view. Cantik!! ni sebenarnya Golf Resort, keliling resort ni adalah padang golf, so buggy car memang bersilih ganti meronda-ronda. Cumanya hajat nak naik tu tak kesampaian. Aku tengok yang lelaki ni kemain slumber drive sendiri, kitorang yang gegirl ni takut nak bawak so jadinya tak kesampaian la hasrat nak naik buggy car tu perasan cam Golfer.. muahahha

So kalau korang nak cek rates or tengok lagi macam-macam pasal Pulai Spring Resort ni, let check out their website : Pulai Spring Resort

#next entry, Explorace TM Global Wholesale di Legoland!!!!

^__^
daa~~

Tuesday, August 26, 2014

Free Palestin bersama Heliza Helmi - terkesan di hati

Assalamualaikum...

Siang tadi (read : semalam) ada kempen free Palestin dan tahlil untuk MH370, MH17 dan Gaza. Bila cakap pasal Palestin sure teringat tentang Aman Palestin. Bila sebut Aman Palestin, dalam kepala aku teringat Heliza Helmi dan Diana Amir. Sebab aku memang follow instagram diorang berdua ni sejak diorang ke Gaza dulu.

Cuma yang datang ke tadi Heliza Helmi je, mungkin Diana Amir dah ada komitmen lain sejak bergelar isteri. =) Alhamdulillah. Terdetik dihati memangla nak bergambar dengan Heliza, tapi aku da agak sure ramai yang terkejar nak bergambar dengan dia. So aku tak letak harapan la nak bergambar, ade rezeki ada. Lagi pun time kerja kan..huhu...

Aku sampai kat bangunan sebelah lebih kurang pukul 1ptg, masa tu tetamu VVIP belum sampai. Merayau punya merayau dalam lobby TMNET tu, sempatlah membeli mafla Palestin. yeay! Punyala ramai orang duduk depan pentas, aku and da gang duduk hujung sekali dekat pintu masuk utama. Malas nk bersesak depan pentas.

Dipendekkan cerita, Heliza ada berkongsi pengalaman dia masa dia ke Gaza dulu. Disebabkan kedudukan tempat aku duduk agak jauh dari pentas, so cerita yang Heliza kongsi tu agak kelam2 aku dengar sebab suara macam bergema mungkin sebab dalam bangunan tu dan aku duduk jauh dari pentas. Tpi dapat jugakla tengok video-video dan gambar yang dia kongsi.

Sebelum tamat sesi bersama Heliza tu, dia ada mendendangkan satu lagu yang memang aku belum pernah dengar. Masya-Allah sangat sedap suara dia, lagu tu sangat terkesan di hati aku. sungguh mendayu-dayu.
Yang sangat-sangat terkesan menusuk qolbu aku bait lirik nya...
La Tahzan Robbuna Ma'ana...Jangan sedih Allah bersama kita...

Time diulang ayat tu memang terasa nak menitik air mata aku. Tapi kontrol la, ramai orang tu. Dah la ada aku tak kenal sesape tah. Kalau officemate aku je semua, memang pedulikla aku nk menangis pun..hehe..

Bila sedih aku selalu tercari-cari dengan siapa aku nak bercerita kesedihan aku, tapi bila aku dengar lagu ni alhamdulillah aku rasa aku dah tahu dengan siapa sepatutnya aku bercerita. InsyaAllah DIA sentiasa mendengar.

Nah, aku share lagu tu dari youtube.

Monday, January 20, 2014

Good Bye normal working hours :'(

Assalamualaikum....

Minggu lepas, Asst General Manager (AGM) ofis aku shoot email kat sume staff dept aku. Bulan 3 nanti start semua Non Executives staff akan bekerja dalam rotation shift bermakna termasuklah aku!!! Lepas baca email tu dan tengok jadual yang diattach dalam email, memang nak gugur jantung aku. Once again aku bakal melalui fasa-fasa bekerja shift. :'(

Beginilah nasib kalau bekerja dalam bidang helpdesk support/call centre. Department aku memang 24x7 tak pernah tutup even any public holidays, any disaster kat mana-mana. 2tahun pertama aku kerja, aku da kerja dalam 3shift rotation - means ada kerja pg, ade kerja petang dan ada kerja malam. 2tahun kedua pulak aku kerja 2shift rotation - shift pagi dan petang sahaja. dan 2tahun ketiga aku bekerja dalam normal working hours. dan sekarang sepatutnya masuk tahun ketiga aku bekerja normal working hours, tapi sebaliknya akan terjadi. 1Mac 2014, aku akan mula bekerja dalam 2shift rotation. No more public holidays for me. sobsss..

Jauh disudut hati aku memang teramat kecewa dengan ketetapan ni tapi siapa aku untuk melawan. Terlalu kerdil untuk dibanding dengan mereka yang lebih berhak. Cuma aku harap aku masih mampu untuk melayan Radhi dengan sebaiknya, menyediakan makan minum Radhi dengan sebaiknya, mengatur masa untuk aku study dengan sebaiknya dan memberi sedikit ruang untuk diri aku sendiri menjadi insan dan hambaNYA yang baik.

Yang aku harap moga ada hikmah yang disusunNYA untuk aku dengan perubahan ini kelak. Aku pasti Ya Allah, segala yang Kau aturkan hanya yang terbaik untukku.. Aku REDHA....

daa~~

Wednesday, September 18, 2013

Wordless Wednesday

Assalamualaikum...



I'm feeling depressed! yesss totally depressed! :(

Friday, August 30, 2013

Pasal Pejabat dan Kerja

Assalamualaikum....

Yeay Alhamdulillah.. habis dah exam aku semester ni dan juga berakhirnya tahun pertama aku buat degree. Syukur, semuanya dipermudahkan.

Pernah tak korang rasa bosan dengan kerja korang, bosan dengan persekitaran kerja korang dan rasa bengang dengan orang yg korang bekerjasama? Hmm tu la yang aku rasa. dan itu jugakla sebab terbesar aku sambung study. Kerja aku melayan customer, walau bukan layan face to face, tapi layan dengan phone call dan e-mail. Bukan aku tak bersyukur duduk dalam sebuah syarikat yang besar, tapiiiii orang kata ofis ni cam rumah kedua kan, so untuk jadi rumah kedua kita kenalah suka dan sayang dengan rumah kita. Yang buat aku masih kuat di sini, adalah kawan-kawan.

Banyak benda lagi aku nak belajar dalam network ni. Dan aku rasa ini bukan hati aku untuk duduk di sini melayan customer sampai aku pencen. Jalan untuk keluar,a ku pilih untuk study. Dan semoga usaha aku untuk keluar dari department ni lepas dapat degree termakbul!!!

Sekian bebelan aku petang ni..

Selamat Hari Merdeka!

^__^
daa~~


Wednesday, August 8, 2012

Hilangkan mengantuk!! =)

Assalamualaikum..

Semalam buka google, nampak ini

V
v

Mula-mula saya start lawan ngan member sebelah meja saya.haha..
Lepas tu berjangkit ke ofismate lain. Habis kecoh satu kawasan tengah ofis saya ni..hehe
Bila ramai yang main, bunyi keyboard dah macam buat pop-corn.haha..
Saje hilangkan mengantuk.

NI rekod terbaik saya dapat buat sepanjang buat 'pop-corn' semalam..haha

Letih woo jari nak menekan keyboard tu..ngeh ngeh :p
Geng ofis saya ade yang cipta rekod sampai 10 saat aje pun..hhuh..
Tak cramp ke jari korang weh? huhu

Hari ni pulak ada game baru..
v
v
v
hehe..seronok gak..korang try la..
bukak aje google mesti da nampak..hehe..
Jangan kusyuk sangat main tu, mengamuk bos korang nanti.
Nak hilangkan ngantuk, release stress bleh la..hehe

Selamat mencoba!

^___^

daa~~

Monday, March 19, 2012

Ayam Penyet Pakcik

Assalamualaikum readers...

Sekarang ni dah macam seminggu sekali baru saya update blog ni..kesian sungguh! :'(
Saya masih dalam usaha adapt dengan waktu kerja baru ni.
YESSSS..after 4years kerja shift, 15 mac lepas saya dah start kerja normal hour macam other people. yeay! 
But then, Radhi still in shift rotation. 
Ada peluang dapat normal hour, saya diskas dengan Radhi. Dia suruh saya fight jugak untuk normal hour.
Dan akhirnyaaa...Alhamdulillah...
Dalam hati kesian sebenarnya, sebab time Radhi kerja petang, lunch dia kena masak sendiri. Even saya tahu suami saya hebat memasak, tapi naluri hati seorang isteri susah nak di ketepikan. ^_^
Dah suami lebih suka saya kerja normal hour, so saya ikutkan..=)

END of that story.

Berbalik pada tajuk entry. 

Minggu sudah, saya pergi makan di terminal bas Cyberjaya. tujuan utama, ofismate saya nak pos barang. Kebetulan pos mini tu letaknya di terminal bas tu, so kitorg end up makan disitu sahaja.

Saya teruja tengok ayam penyet pakcik ni dari jauh and suddenly teringat rasanya gerai pakcik ni pernah masuk dalam JJCM dl. Masa tu Qi lagi yang jadi host.
So saya pun try la nasi ayam penyet pakcik tu.


menarek tak?
nampak je sambalnye tu oren, tapi memang kaw giler..Saya tak kuat pedas sangat, so sambalnya tak habis pun saya makan..hihi

harganya RM 5.50.
pecal lele pun ada..Harga sama tak silap saya..Pakcik ni memang goreng bile kita order. tapi kalau datang ngam-ngam waktu lunch memang kene beratur panjang la. Luckily saya pergi masa tu, dalam 1145, so belum ade line panjang.haha..Tapi orang yang order bungkus pakai fon pun berderet tau!.

Air pula di gerai sebelah pakcik tu. Dalam JJCm aritu, QI ada minum satu air tu. Saya lupa pulak namanya. Aritu masa tengok kat gerai tu ingat.hhih

Tapi saya pilih air ni...


Teh bunga!
Seringgit je! sedap, tapi saya tak pandai nak telan sekali dengan bunga tu.haha..
Air ni dia dah buat banyak, panas. 
Kalau nk sejuk dia akan letak ais dalan gelas.
kalau nk panas, boleh mintak aje panas!..hihih

Kalau berkunjung ke cyberjaya, sila la try yea..
Pasti tidak mengecewakan.
^__^

daa~~

Thursday, January 5, 2012

Screenshot ^_^

Salam peeps..


Ini lagu yang selalu saya dengar tatkala bekerja di ofis.
Saya memang suka Backstreet Boys!
Suka tengok Howie.D
ahaks ^____^


Saturday, October 29, 2011

14 days shape up program

Salam peeps...

Hihi..tengak tajuk entry tak menahan kan...huhu..Yea, jangan nak terkelip-kelip sangat biji mata ..haha..
Saya sedang dalam program 14hari misi menurunkan berat badan secara sihat, koloborasi antara syarikat Nestle dan Fitness First.

*image from google..

17 Oktober lalu, saya dan 2orang lagi rakan seofis dah membentuk 1 pasukan untuk program ini. Pra pendaftaran untuk kelayakan berjalan di Bangunan TM RnD pada sebelah pagi. Disebabkan terlewat dapat berita  dan oleh kerana pada waktu itu saya shift petang. Kami terlepas pra pendaftaran pada waktu pagi. 
Rujuk dalam e-mail, pra-pendaftaran pada sebelah petang adalah di MMU Cyberjaya. 
Dalam setengah jam diskas, terus decide utk ke MMU.

Antara syarat utk menyertai program ini:
1) BMI mestilah lebih dari 23
2) 1 kumpulan terdiri dr 3org samada:
a- 2 lelaki dan 1 perempuan 
atau
b- 2 perempuan dan 1 lelaki
3) Jumlah keseluruhan berat yang hilang setelah 14hari adalah tidak lebih dari 10kg
4) Setiap ahli kumpulan mestilah sekurang-kurangnya hilang 1kg, jika tidak kumpulan tersebut akan terbatal. Itu bermakna jika maksimum berat yg boleh diturunkan bagi setiap ahli adalah 3.33kg sahaja!!!


Semalam masa weight in *macam flag on la* berat mula diambil, Big Surprise untuk saya berat badan yang diambil masa pra-pendaftaran adalah sama sebijik sebulat exactly macam berat yang ditimbang smlm. Tak naik dan tak turun walau 100gram.ihihih..
Dengan itu semangat lebih berkobar untuk challenge ni..yehaaa...Saya lebih yakin untuk turun sekurang-kurang 1kg dalam masa 14hari ini.. =)

Lepas weight in smlm, kami semua masuk dewan utk briefing mula. 
Ada orang besar dari Nestle Filipina datang, saya suka orang filipina cakap English. Jelas dan Nyata bunyinya even takde nak slang mat salleh bagai ,like sesetengah org malaysia mesti nak jugak slang macam mat salleh. Kalau dah namanya makan budu, cencaluk,tempoyak, just be true Malaysian OK.. ^_^

Ada Dietitian juga yang brief pasal pemakanan and the best is tips-tips pemakanan untuk diet...
Nak tau ke? hihiih..InsyaAllah next entry saya try kongsikan..
Sebenarya bagi perempuan hanya 1200kalori makanan sehari diperlukan dan utk lelaki 1500kalori.

Part paling best, bersenam dengan trainer dari Fitness First. Mula ingatkan aerobik, sekali kene buat push up haa...adoila..mak pancit noksss!! ihiih..
Even pancit, saya tetap semangat nak buat dek sebabkan one of the trainer sangat handsome hokeh..hahah..Sorry Hubby, i pandang die sket aje..haha..
He is a sikh man! Saya rasa dia trainer Fitness First di Menara Axis.
The woman trainer juga sangat cute. Relax saje dia push up. 
Speechless!

Last before balik. team yg register awal dapat goodie bag. Yeay!
Dalam Goodie bag ada sekotak Fitnesse Cereal.*tak sempat amek gambar*

*image credit to Nestle portal*

Hari ini bermulalah episod baru dalam hidup saya selama 14hari ni. InsyaAllah saya akan kongsikan perkembangannya setelah 14hari nanti. 
Sangat mencabar sebab cabaran ini berlangsung ketika Hari Raya Haji nanti...faham aje la juadahHari Raya, lebih-lebih lagi saya akan menyambutnya di kampung suami yang sememangnya Raya Haji adalah leboh meriah dari Raya puasa..haha.. Mampukah saya? 

Oleh kerana kami terdiri dari 3orang dalam 1 kumpulan, tanggungjawab telah diagihkan.
Saya bahagian timbang- setiap hari kami akan timbang berat
Azlin bahagian pemakanan- setiap hari kami akan semak pemakanan kami
Redha bahagian senaman/gym 

Weight off adalah pada 11 November, nantikan update saya untuk keputusannya. *_^

Wednesday, October 26, 2011

Melepas perasaan

Salam peeps..

Salam Diwali..hihi..
Hari ni saya kerja!..Sepatutnya selalu team saya tak kerja time public holiday ni..Start 1 Oktober tempoh hari, team saya dikerah diarah kerja!..
akur!
Okeyla jugak kan, bukan fikir dapat double ke triple, tapi Radhi pun memang kerja time public holiday. Dari saya dok rumah sorang-sorang, baik saya dok ofis kan. Lebih selamat dari meronda-ronda di shopping complex  yang mungkin boleh membuang duit! ahaks..

Sekarang di ofis terlalu boring, tension, mengarut n ntah ape-ape la..sampaikan satu masa saya boleh fikir, lantakla nk jadi ape pun..rasa nak cuti lama-lama pergi jauh-jauh tenangkan fikiran pun ada..haha..
Dah 4tahun saya di ofis sekarang, jauh sangat berbeza dulu dan sekarang.
Entah!
Bukan saya sorang yang rasa macam ni. Exec saya pun sama, naseb satu kepala.hihi..
Yang masuk batch dengan saya dulu pun menyuarakan pendapat yang sama. 

Kenapa perlu menindas orang bawahan?
Kenapa perlu bagi kerja sendiri pada orang lain?
Kenapa perlu dengki dengan orang lain?

Biarpun kamu tengok kami ni bersenang lenang, tapi kerja kami tetap jalan.

Percayalah, bila tiba satu tahap kami geram, kami mendoakan kamu naik pangkat lebih cepat dan keluar dari department ni. walau begitu kamu perlakukan pada kami, tapi kami tetap mendoakan kamu.. =)

Kerja makin banyak, produk makin banyak masuk, tapi orang yang kerja tetap sama.tidak bertambah malah mungkin berkurang.

Sebelum cari salah orang, selidik dulu salah diri sendiri. mengapa ini yang terjadi.

ishh betul2 tension sebenarnya...rase meluat ada tengok muka dia!..tapi cepat-cepat istighfar..

sangat berterima kasih pada Radhi sebab tadah telinga dengar saya pok-pek2 tiap kali balik kerja..ihihih
Saya jenis yang pendam marah, nangis dan hilang begitu saja...tapi tak pada kerja -kerja di ofis..masing-masing da ada tanggungjawab kan..so do it laa..

Nanti di kubur, mulut ditutup, tangan dan kaki yang akan menjawab amalan kamu tau. bertaubatlah!

Dulu memang ramai yang respek kamu, tapi tidak sekarang. Zaman kegemilangan kamu sudah merudum, dan teruslah mengampu orang atas tu!

bueekkk :p

Thursday, July 21, 2011

Pemeriksaan Kesihatan

Salam peeps...

Semalam di tempat kerja saya ada buat Hari Kesihatan. Macam aktiviti ada, mula 9pagi hingga 5petang. Kebetulan minggu ini saya di shift pagi, so bolehla saya kunjung..hihhih..(Kalau kerja shift petang, surely saya malas nak datang ofis awal..hihhih)

Habis saje waktu bekerja saya jam 3petang, terus saya dengan teammate saya ke lobby TM Point..Ingatkan da petang,orang dah kurang, tapi still ramai lagi...Mula pergi jenguk orang derma darah, sebab ada kawan saya yang mahu derma darah..saya? hahha..penakut...belum bersedia..dan saya tidak boleh menderma darah pada ketika itu..hihihi...(ladies,tau kan? hee~)

Mata terus melilau cari kaunter untuk cek tekanan darah dan gula. Jumpa adik nurse tu,dah xingat baju yang dia pakai dari poliklinik mana..isi nama, then kami Q hingga nama disebut. Owh yang paling best adik tu sebut CIK.hhahha..sampai saya duduk pun still dia panggil CIK...tapi ada teammate yang 'dengki' betulkan,sebut Puan..hahaha..(hafsah! kamu la tu...hahaha)

Saya tak ingat nak snap gambar kat situ..then pergi untuk cek tulang, kat cni da mcm kat klinik...ada kaunter isi borang,ade kerusi untuk menunggu,ada bilik untuk pemeriksaan..


okeh kakak berbaju hijau tu tukang daftar..hihih

 kelihatan seorang mamat sedang diperiksa tekanan darah..hehhe

 owh ini rekod pemeriksaan saya..saya tiada sejarah kencing manis, darah tinggi dan lelah/athma...

Hasil pemeriksaan:

Tekanan darah: 126/76 ~~Nurse kata Normal =)
Gula dlm darah : 5.1~~ Nurse kata Normal =)
saya tanye kolestrol cm mana, dia kata selalunya kalau tekanan darah normal, gula pun normal, kolestrol should be OK..dont worry...cuma Nurse kata, berat sy mmg terlebih...BMI da over...hahaha..nurse suruh diet dan kurangkan makanan karbohidrat..takut berat lebih sangat nanti lagi susah nak pregnant...Noted Nurse!!!InsyaAllah Nurse, puasa nanti saya cuba kurangkan berat badan.

Cek mata: kene pakai spekla, cabut spek mmg saya xnampak kalau tulisan :
pakai spek: mata kiri n kanan ..OK

ade satu lagi...huhu..
Payudara..kawan saya yang lain segan nak cek.saya pun segan, tapi sebab dah kawin ni,hormon pun da bercampur,saya hilangkan rasa segan tu...Nurse tu ada ajar jugak cara untuk cek payudara. Lepas dia ajar, dia cek saya sambil ajar n ajar-ajar sikit cara urutan untuk cek jika ada benjolan..Alhamdulillah saya Normal..

p/s: saya dan teammate akan start bersaing berat sape plg bnyk turun sepanjang puasa ni..hee~~

Thursday, July 7, 2011

Menaip atau Menulis????

Salam peeps..

hihi..mana pilihan korang? 

Tiba-tiba pulak boleh dapat idea nak buat entry pasal ni..huhuhu..

Dulu masa study, tulisan cantik, sebab hari-hari menulis tapi bila menaip, MasyaAllah lembab Ya Rabbi..huuu

Sekarang, kerja di office totally pakai komputer, semua kerja dalam sistem, setiap sistem kene masuk username dan password...dari itu menaip pun sudah cekap, laju mak aihhh...kadang-kadang orang sebelah tengah bercerita mata pandang dia kejap-kejap, tapi jari masih lagi menari-nari atas keyboard. Bila dengar bunyi menaip laju..ewaahhhh best jugak..ahaksss....

Tapi, tiba-tiba kena isi borang nak buat sticker parking kereta, meraban cari pen.. Iye, saya tak tipu..Memang teramat jarang kerja saya menggunakan pen. Melainkan ada pen untuk conteng-conteng..Bila dah meraban cari pen, menulis pulak kekok. Rasa macam "ishhh beruk betul tulisan aku, ke laut"...huhuuh.

Itu saja bebelan pada petang ini..sekian..hihihhi

Sunday, July 3, 2011

Nasi Minyak di Kajang

(ini entry yg saya buat 2mgu lepas,disebabkan xdpt nk publish pic setelah dicuba,sy hold dl..)

Salam Peeps!!

Weekend yg lepas, saya pergi kenduri ofismate di Kajang. Radhi kerja so saya pergi dengan ofismate yang lain. 

Pergi dengan kereta Kak Iqa sebab suami kak Iqa pun turut serta. Saya dan Adila (ofismate) bersama baby boy Adila, Harriz jadi penumpang kat belakang..hiihih

Owh ni kenduri ofismate dengan ofismate..hehehe.. Pengantin lelaki-Hafiz & Pengantin Perempuan-Amy kerja dalam bangunan yang sama,dan department yang sama..hhhihh..Dulu sebelum saya kahwin, saya & Amy 1 shift.,so selalunya lepas habis shift kerja malam = on our rest day,lepas habis kerja pukul 8pagi tu kami akan terus join gang-gang lelaki main badminton (diorg court lain,kami court lain)..agak-agak dah penat dan berpeluh tu, rehat jap,yang perempuan ni pergi terjun kolam renang pulak..hihhh..syok waktu tu..sekarang gang-gang terjun kolam semua dah kahwin,tinggal sorang je lagi berstatus bujang.. =D

Okeh berbalik cerita nasi minyak..lauk sangat sedap tau..owh ekceli bukan nasi minyak, nasi beriani rasa saya...lauk2 memang best la.ada ayam golek..masak daging tu pun best..rasa saya orang rewang kawasan taman rumah hafiz yang masak,sebab diorg semua pakai t-shirt oren yang tertulis 'Rewang Crew' di belakang baju...

Okeh malas nak bebel panjang sangat, let pics tell da story :p

 ini pengantin di meja makan beradab...

 ini da crew photographers....geng opis saya juga...hihhi...

 Kek pengantin...

 ini sis Iqa with her lovely son-Little Ajeeq

 ni Adila dengan anak bujangnye- Harriz Rizqi

last but not least...Us wift da pengantin...

Semoga berbahagia dan berkekalan hingga hujung nyawa buat Amy n Hafiz..

Friday, March 11, 2011

Tsunami Jepun

Salam peeps..

rasenye semua org da aware pasal tsunami di jepun yg berlaku pd waktu tghari td...tsunami setinggi 8.9 Skala Ritcher...ketika ini sy berada di ofis...sungguh bnyk berita yg sy dpt..sehingga skrg, ada 2-3 report yg department sy jage terlibat dgn bencana alam ini..dan yg terbaru selepas menonton live streaming bersama rakan sekerja yg lain...ada satu cable station suda musnah disana..kami masih lagi menunggu feedback dr team international..sbb mereka yg lebih bnyk berkomunikasi dgn partner...sy pasti customer kami yg satu itu...ihihi...customer company jepun disini yg juga bersebelahan dgn bangunan ofis sy, suda menerima bnyk report da bnyk perhubungan mereka dgn jepun suda terputus...

tatkali ini baru sy rase betapa beruntung sy duduk dan mmenabur di syarikat ini... ;)

ini sy kongsi sedikit gambar yg sempat sy capture semasa menonton live streaming...


sungguh sy takut...


kamu semua boleh menonton live streaming disini --> http://english.aljazeera.net/watch_now/   dan disini --> http://blogs.wsj.com/japanrealtime/2011/03/11/live-blog-japan-earthquake/

p/s: mari kite sama2 berdoa semoga dijauhkan dr segala musibah....

Tuesday, March 8, 2011

bahulu doreamon

salam peeps...

ni cite mgu lepas...Bos saye baru pulang dr Jepun..die bawakkn ini utk anak2 buahnya...huhuhu



ini kotaknye....sy awal2 lg da cop kotak tu..sgt comellll



tadaaaaaaaaaaaa....bahulu doraemon..


halal ke x? owh dlm opis sy ade sorg mamat yg study kt jepun dl...die fhm tulisan tu...so klu ade ape2 makanan yg bos sy bawak dr jepun or customer kami bg yg tiada tulisan ABC....Z..hanya tulisan cacing kerawet bahasa Jepun..mamat tu tmpt kami refer...hahah


last but not least....ini sy ms keje...di tgn kanan sy, doreamon..tgn kiri plak adik doreamon- Doralin..huhuh



sgt sedap okeh bahulu ni....uhuhuuh..

p/s: bos nnt beli berkotak2 lg yea...

Friday, February 25, 2011

Banjir Kilat

salam peeps...

huhuh mgu ni keje mmg memcabar betulla...dgn major breakdown berlambak..org ramai cuti n kursus..huh mcm2...dgn sy dpt brite adik yg dr mak n ayah angkat sy disahkan leukimia...owh terlalu bnyk dugaan..

ini lagi satu dugaan..smlm kete wife ex-opismate sy ditenggelamkan air banjir kilat..Kak CK ni bertugas di Menara TM, tp smlm ada training di TMTC jalan Semarak..xtau la cmne perasaan klu jadi kt saye ni..

layan aje piccas kt bwh ek..

 tgkla bumbung aje nmpk..uhuuh

Naza FORTE..aduyaiiii

ni bomba tgh rescue kete Kak CK

Enjin kete Kak CK selepas banjir

agak2 kete ape tu...huhuhu
*******
****
***
**
**
**
****
huhu ni la ketenye....COOPER tu....

ssy mmg selalu nmpk cooper ni klu g training kt TMTC...mayB kepunyaan staff cni...

Wednesday, February 16, 2011

bosan & stress,,,,

salam peeps...

huhh...hari ni entry melepas stress...tahun ni masuk tahun ketiga sy di kompeni yg besar kt malaysia ni..kompeni je beso..tp gaji ciput..even sy hanye pemegang diploma,tp sy tau ade kompeni laen yg menawarkan gaji lebih besar walaupun dgn position yg same seperti saye skrg...bukan sy tidak bersyukur dgn apa yg ada...tp kata org,  kesabaran seseorg hamba Allah tu ada juga tahapnye....

iye ,jika setahun atau dua tahun yg lalu, mmg sy sgt gembira dan bersemangat mau ke pejabat dan memulakan tugas even dl sy masih memegang pangkat CIK dan bekerja di dlm 3shift..sepatutnye setelah sy bergelar PUAN dan bekerja dlm 2shift, sy akan lebih gembira..tp sebaliknya yg berlaku....ms sy dlm 3shift, sy tau ramai org xsuke dgn team leader sy, seorg indian guy..tp sy suke..sy suke cr die bekerja...sy suke cr die melayan anak2 buah die..dan sy suke cr die menarik perhatian anak2 buah bawahannye..sy tau die ikhlas....bile sy dan rakan sesame shift da serasi dgn die..die pula telah melangkah ke tempat laen yg sy kira mungkin die akan lebih dpt pengalaman yg baek..walaupun ketika die melangkah keluar dr kompeni ini,sy suda berada di dlm 2shift..tp kehilangan die amat sy rasai..xtau la kenapa sy mmg suke bekerja dibwah arahan dia...walaupun begitu,sy dan rakan shift tetap menganggap die ketua kami..di kala shift malam, jika berlaku breakdown..dia la org plg sibuk, melayan setiap escalation dr pelanggan dan mencari makluman berkaitan...serius sy rindu saat2 itu...

di waktu hari persandingan sy, dia hadir dan bergambar bersama sy di bilik pengantin...sy tidak akan lupa waktu itu..die seperti kawan yg baek..tidak pernah keluar dr mulut die,minta dihormati sbg ketua..die selalu kate..kite kawan2 satu team..(owh mahu menitis air mata plaks...)

skrg di department sy sudah mcm2 hal yg berlaku..dgn karenah rakan sekerja,dgn kareanah org atasan..mungkin sy dan rakan laen2 tidak bersuara, tp smpi bile? dgn kerja melayan karenah pelanggan...itu harus di beri tahap kesabaran yg amat tgi...CSI jatuh..kami dipersalahkan..tidakkah boleh difikirkan dan dibincangkan dgn kami pihak bawahan bagaimana kerja kami..apa masalah kami? ini tidak..jari yg satu itu hanya menuding kesana sini..tidakkah pernah terfikir yg 4jari lg menghala ke arah diri sndr?

insyaAllah sy sedang merancang yg lebih baek utk diri sy dan masa depan sy...mohon petunjuk dr Allah...semoga dibukakn pintu yg terbaek buat sy...ameen~~~

p/s: xsabar mau honeymoon next week...mau tgglkn fikiran kusut ini ...

Monday, February 7, 2011

kursus! training! kursus! Training!

salam peeps..

huhu..skrg sy berada di Telekom Training Centre Jalan Semarak KL...huhuh owhh sgt boring hokeh menghadiri training utk 3ari...uuwwaaa...sy benci bl kene masuk keje area bandar KL...meredah jam and so on...eeeyyeeekkk...boleh muntah hijau tekanan perasaan mengadap jam hokeh...owh skrg tutor kasi break for half an hour...so i take this tyme utk hupdate..


p/s: harap2 harini tutor kasi blk awal..tihiihi...klu 530 habes.cnfm n surely 730mlm baru smpi umh..owhh tidakkkk!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...