Showing posts with label Deliciousdota. Show all posts
Showing posts with label Deliciousdota. Show all posts

Monday, April 2, 2012

Alhamdulillah, masih bernafas =)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ini saya genap 28tahun 2hari. ^_^
Semoga Allah panjangkan usia saya untuk terus beribadat kepadaNYA.
Semoga Allah panjangkan umur saya untuk berbakti kepada mak saya.
Semoga Allah panjangkan usia saya untuk saya lahirkan zuriat buat suami saya yang tersayang.
Amin Ya Rabbal alamin..

Terima kasih buat kawan-kawan yang wish dan doa untuk saya. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Saya dapat hadiah dari Radhi..hehee..
 Nak tahu apa?
v
v
v
v
v
v
v
v


Saya memang tak ada mixer sebelum ni, kalau buat apam ke buat kek ke, saya pinjam mixer ofismate.hehee Dia pun jarang pakai, tu yang dia tak kisah kot. Tapi nak pinjam banyak-banyak kali saya la yang segan pulak.hihi.. Dulu saya pernah la cakap dengan Radhi, nanti bonus saya nak beli mixer. Dia jawab, beli mahal-mahal bukan selalu pakai pun. Lain la kalau selalu buat..terus cam terfikir.. hurm betul jugak, tapi saya balas balik, ala beli yang biasa-biasa aje, ok kot..hiihh.. Dia senyum je..

Seminggu sebelum harilahir saya, saya cakap dekat Radhi. Saya dah berniat lama nak buat apam polka dot tu  dan nak sedekah kat taska or tadika yang ada kat area rumah saya. Tapi saya tak tahu berapa orang ada kat taska/tadika tu. Nak tanya segan.heeee *_^

Sampailah saya bercerita kat ofismate saya, tetibe saya terfikir nak hantar kat taska anak dia je. hehhe.. So saya mintak tolong dia je tanyakan cikgu taska anak dia, berapa ramai anak-anak disitu. Bila dah tahu berapa ramai, saya pun cerita kat Radhi. Saya cakap kat dia, sabtu tu saya nak beli mixer la..tak payah ada bowl pun takpe. Beli yang pegang kat tangan je. Radhi kata OK..

Sampai di supermarket, Radhi pergi tarik tangan saya ke bahagian barang2 elektrik. Then dia cakap, "pilihla mixer yang mana nak, abang kasi hadiah"
Dalam hati dah berbunga riang, naseb kat supermarket, kalau kat rumah tu, dah kena peluk ketat-ketat tu..muahhha...
 Sebenarnya dia da cakap awal-awal tak de birthday present, sebab dah bagi awal aritu masa bulan januari. Saya dapat Sony Cyber Shot yang saya idamkan..hihih
Saya OK je, sebab saya bukan jenis dimanjakan dengan hadiah-hadiah yang berharga time hari istimewa. Bagi kitorg ikut dan je, kalau ada duit lebih nak kasi present kat pasangan, just do it. saya pun tak pernah tanya duit dia ada banyak mana, sebab cukup dengan nafkah yg dia bagi untuk saya dan rumah untuk saya berlindung. :)

Sehari lepas dapat mixer tu, saya start buat apam polka dot untuk anak-anak di taska tu.
Alhamdulillah niat saya dipermudahkan. =)


apam yang siap dikukus..menunggu masa untuk dipacking..hehee



Gambar atas ni pulak, yang dah siap dibungkus. Ada dua ketul setiap bungkus. Semua sekali ada 35bungkus.
Semoga gembira anak-anak di taska tu dapat apam yang demok-demok n colourful..ihihhih.

InsyaAllah ada rezeki nanti saya buat lagi..Ada lagi ni niat & nazar yang belum sempurna...

^_^  

daa~~

Tuesday, August 16, 2011

Ladybird

Salam peeps..

Boleh tak kalau malas nak taip..hihih..

Okeyla intro sikit..
Ni projek saya dgn BFF .... Kami start buat untuk makan sendiri, ade la 2-3kali buat. bawak ke tempat kerja, upload dalam album di facebook. Orang bertanya mahu tempah. Errmmm bincang punya bincang, fikir punya fikir..kami setuju untuk menerima tempahan sehinggalah terbentuknya :
v
v
Delicious. A
(read: delicious dot A) 





Itu antara tempahan dari customer =)

Jika berminat bolehla order :)

Boleh email mahupun sms/call ke nombor yang tertera tu.
okeh kalau tak nampak email tu , ni saya write down ya. 

Email: deliciousdota@gmail.com

Nombor telefon sudah terang lagi bersuluh kan..ihih

Pick up point : 
PKNS/Warta Bangi 
  Jusco Equine Park
satu lagi tempat kat KL nanti saya update semula ya. 

that's all 
=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...