Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Sunday, April 19, 2015

Paling lama

Assalamualaikum....

Aku rasa tahun ni paling lama aku menyepi dengan blog ni. Sian dia..huhu..habuk tebal!! Kalau dulu kadang-kadang aku ade je tulis entry time lunch kat ofis, tapi sekarang kerja-kerja kat ofis membatasai dan banyak sangat mata-mata yang memerhati dan mengkomplen itu ini mengadu domba..cehhh ayat aku..haha..so skrg aku mmg lebih suka waktu lunch, memang kelaur dari ofis tu. Amek udara luar.

Actually aku ni masih selsema, dek demam dari minggu lepas lagi. Aku start demam sabtu lepas, and hadap exam isnin tu dengan demamnya and selamba pegang tisu dapur tu 3keping kat tangan masa exam.Nasibla sape dok kiri kanan depan belakang aku masa tu dengar aku sroot sreet hingus...haha...abeh takkan aku nak ke toilet tiap kali "hasil terkumpul' kan? haha Then isnin lepas exam tu, aku decide nak MC je malas masuk ofis dah. Tak larat kauu, wiken tu aku berperang dengan demam and study untuk paper isnin tu. Then lepas exam, aku pegi klinik, just jumpa Doc untuk mintak MC. dat time ubat ada lagi, so Doc just suh continue ubat tu je. Ubat aku habis hari rabu tak silap, first time dalam hidup aku rasa aku habiskan ubat then demam, selsema tak baik-baik. Until now, aku tak pergi pun amik ubat lagi. malas!

Sebab utama aku demam aku rasa sebab tido malam beraircond. Actually kitorg baru je pasang aircond dalam bilik, baru dalam dua bulan gitu kot. Radhi la yang sibuk nak pasang aircond, aku tak berapa kisah sangat, tapi kalau time berpeluh-peluh tengah siap-siap nak ofis sampai bedak aku cair semula tu,aku kisah jugak! bahaha..Tido malam aku tak kisah sangat, sebab aku memang tido berstokin bagai even panas..dah terbiasa dari zaman hostel dl. Masa aircond tak pasang lagi dalam bilik tu, janjinya nak pasang aircond ms nak masuk tido je, pastu dah sejuk nak off, then masa panas brdenting nak tido je. but now bila aircond dan terpacak dalam bilik tu, hari-hari pulak aircond tu terpasang sampai ke subuh. So aku rasa aku kalah dengan aircond agaknya time tido. Kalau jarang-jarang macam tido kat hotel tu takpela. Penangannya sampai hari ni la aku sroot sreet lagi ni, tapi badan tak panas dah, cuma kadang nak tido malam la still macam tak selesa, bila pasang aircond, sakit tekak terbatuk-batuk plak aku, bila tak pasang aircond tido dengan angin kipas je, siaplah kul 3-4pagi aku tersedar berpeluh-peluh baju basah. hmmm..

Owh sebelum ada yang fikir aku preggy, aku bagitau sesiap period aku belum due. kalau due pun aku tak cek jugak kot, sebab tak de instinct pon preggy then now memang kurang berusaha, mungkin sampai masa nk let it be je...berehat dahulu!Usaha terhenti, doa je masih berterusan moga-moga MIRACLE DO HAPPEN! Aaamiin..

Banyak sebenarnya aku nak cerita, tapi nantilah. Aku nak keluarkan gambar dari fon nak tepek kat sini pn bercinta, buat entry tanpa gambar macam sendu je kan..haha..

InsyaAllah doa aku rajin!

Mood tak sabar nak habis exam, tak sabar nak hanimun! yeay!

daa~~
^___^

Friday, January 23, 2015

TTC : Mencari kekuatan

Assalamualaikum...

Hari ni saje nak share sikit dalam blog ni. Selalu aku bercerita hal TTC dalam blog lebih private.

Tahun 2015 ni masuk tahun kelima aku berkahwin dan 5tahun jugaklah aku berusaha untuk peroleh zuriat. Hanya tuhan yang tahu dan mereka yang merasai akan tahu jatuh bangunnya semangat, kekecewaan bila period menjelma. Aku bersyukur punya keluarga dan keluarga mertua yang tak pernah mempertikaikan soal zuriat ni. Cuma mungkin mereka kurang memahami. Dan bagi aku kalau tak faham, lebih baik diam dari berkata-kata yang mungkin akan buat seseorang tu kecil hati. Soal zuriat ni adalah rezeki dari Allah S.W.T. Mungkin kita rasa kita telah berusaha sehabis mungkin dan meminta doa agar dimakbulkan impian menjadi ibu dan ayah, tapi hanya DIA yang tahu bila waktu dan ketika sebenarnya.

Terus terang aku cerita memang aku tak banyak berkongsi dengan family aku sendiri atau family mertua berkenaan hal TTC aku. Ikhlas dari hati aku cerita, memang susah bagi orang yang tak mengalami pengalaman sebegini untuk betul-betul faham tentang hal-hal berkaitan TTC. Aku banyak bercerita, menangis dan mendapat semangat dari kawan-kawan yang senasib terpilih untuk dugaan sebegini. Even dengan kawan baik aku di pejabat pun aku jarang bercerita hal ini.

Kalau nak dihitung entah berapa baldi dah air mata mencurah-curah. Memang selalu aku dengar dan terima nasihat supaya keep positive, berdoa pada Allah...tapi untuk terus keep positive, sangat-sangat perlukan kekuatan dari dalam. Aku belum cukup kuat untuk itu. Kadang-kadang bila sunyi duduk rumah time weekend, masa tu la syaitan datang mengganggu untuk meratapi nasib diri. Akhir-akhir di terlalu ramai rakan-rakan sekolah, rakan-rakan belajar, rakan-rakan kerja yang beranak dan menambah anak, hampir setiap hari bila aku buka FB dan instagram, majoritinya adalah gambar anak. Pernah aku terfikir untuk tutup saja akaun aku di FB untuk menjaga hati sendiri. Cuma buat masa ini, aku limitkan waktu aku buka FB dalam sehari. Kalau tiada notification memang aku jarang buka FB dan di instagram aku lebih banyak follow insta shop untuk menjamu mata.hehe

Cuma 1 yang aku bersyukur walau masih tiada anak, aku dapat puas bermanja dengan suami. Bila bercuti, masih lagi dalam mood honeymoon.

Usaha tetap usaha. Cuma bagi aku kalau tak merasa janganlah ditambah kesedihan buat mereka yang mungkin sedang redha dengan ujian ini. Pepatah 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul' memang sesuai sangat digunakan. Bukan senang nak tahan hati dari menangis depan orang, bukan senang nak dengar tohmahan orang dan bukan senang nak terima kenyataan dari doktor bila doktor bagitahu masalah yang dihadapi atau ada juga yang tiada masalah cuma mungkin masanya belum sampai. Sebab bagi aku bila ada masalah, kita tahu ada ubatnya ada penawarnya tapi bila tiada masalah, cuma SABAR adalah penawarnya.

Kadang-kadang bila sedih, aku sebut sebanyak mungkin kata-kata Ustaz Kazim Elyas agar sentiasa tersemat di hati untuk terus redha, 'orang yang tiada anak, di akhirat nanti Rasulullah tunggu di pintu syurga' .

Semoga ada rezeki kita untuk menjadi ibu di tahun 2015 ini.. aamiin...

^__^
daa~~

Wednesday, November 26, 2014

Studio Aerobik Wanita di Equine Park

Assalamualaikum...

Ada 2-3 orang dah whatsapp aku tanya pasal tempat aerobik... huhu..dulu ade sorang tu, tanya aku tempat aerobik yang aku pergi tu. Masa tu tempat lama yang aku pergi dulu, yang ada aku bagitahu dalam entry aerobik dulu-dulu tu dah TUTUP tau..(malas nak cari link entry dulu)... aku da delete conversation and tak save number so tak dapat nak bagitahu dia tempat aku baru pergi ni..sorry ye..

Lama jugakla aku stop aerobik, aku ada cari tempat aerobik baru, tapi almost yang aku jumpa semuanya berpakej dan nk murah kena jadi members. Aku ni susah nak commit dengan masa kalau aerobik malam, or weekend sebab aku setiap minggu kena OT at least sehari, weekend kelas.. So akalau aku tak datang sebanyak mana kelas yang aku kena bayar tu macam rugi je. Nak bayar walk-in sejam RM20 macam mahal la pulak. Ade je aku dah jumpa lama walk-in zumba ke step board ke, hi lo body toning ke, sekali datang RM20/sejam.

Pastu aku try cari-cari lagi and tanya geng aerobik dulu, ade sorang instructor tu dia bagitahu mana tempat dia ajar lagi, memang dekat dengan umah aku dan paling penting studio tu tak ada buat membership or pakej. Ko nak datang, ko datang je. Ko taknak datang takdehal. Walk-in RM 15/sejam, kdg2 lebh sejam gak..


Ni Facebook Studio tu.. Admin akan update kalau ade kelas setiap Isnin or Jumaat pagi, sebab kelas pada hari Isnin dan Jumaat malam... Biasanya Isnin - Step board, Hi-lo dan Body Toning, Jumaat pulak Zumba. Sape nak gedik-gedik joget, so harinya adalah Jumaat malam...hehe.. Kalau nak peluh berjejes lencun bagai, hari isnin malam. Zumba tu basah berpeluh gak, cumanya bagi aku fun-fun la, seronok bergedik-gedik..haha

Pape nak tanya boleh direct Call/Whatsapp Kak Rozi : 012-2355891

Kalau datang studio, cam muka aku tegur-tegur la tau.. C yaa!

^__^
daa~~

Saturday, October 4, 2014

Pengalaman guna Ephyra & Happy week EPHYRA with Leeyanaradhi

Assalamualaikum....

[sticky post until 4 Oct, new post please scroll down]

Aku nak share pengalaman aku minum Ephyra. Rasanya dah ramai yang review and review setiap orang adalah berbeza. So ini pengalaman aku hanya dengan trial pack. Trial pack ada 10 sachet iaitu untuk 10hari penggunaan.

Asalnya aku tertarik dengan Ephyra lepas bace pengalaman orang lain jugak.Aku beli Ephyra secara online jugak sebab takde beza pun beli online dengan COD. Both pack Ephyra samada Premium or Trial adalah sama sebab tak ada caj pos. So aku prefer cara online je, senang!!

Harga Premium pack yang mana dalamnya ada 30sachet adalah RM 197 bg semenanjung Malaysia dan RM207 bg Sabah dan Sarawak. - free gift -shaker & recycle bag EPHYRA
Harga Trial pack - 10sachet adalah RM 68 bg Semenanjung Malaysia dan RM78 bg Sabah dan Sarawak. PM for free gift!!




Semua harga adalah berserta postage ye!!!

Ok so berbalik pada pengalaman aku minum yang trial pack tu, aku perasan blackhead dan whitehead kat hidung aku dah tak ada. Serius weiii, dulu aku kena tenyeh-tenyeh hidung nak buang segala head-head tu. Pastu merah-merahlah hidung aku. Lepas aku consume trial pack Ephyra tu, dalam 6hari kot aku perasan head-head tu dah tak ada dan tumit kaki aku jadi lembut. FYI, tumit kaki aku memang agak teruk pecahnya. Dan yang paling penting aku tak ingat sangat nak mengunyah-ngunyah ni. Senang cite, tak rasa lapar sangat la. Metabolisme meningkat mungkin. =)

Bila aku cerita kat Radhi, dia pun merestuilah suri rumah merangkap suri hati dia ni consume Ephyra. yeayyyy!!..haruslah aku insan yang paling gembira. So disebabkan itu, aku share la segala kebaikan Ephyra ni dengan uolsss..

Dont worry, Ephyra ni Halal dan Selamat, ada kelulusan dari KKM.

So sempena aku nak merasmikan aku sebagai penjual EPHYRA, aku nak buat>>>>>
### Happy Week EPHYRA with Leeyanaradhi ###

Selalu Happy Hour kan, ni aku buat Happy week.. hehehe..
Bermula hari ni - 28 September hingga 4 Oktober, yang betul-betul confirm nak beli dengan aku, InsyaAllah aku akan bagi price paling cun skali. =) Trial pack pun InsyaAllah akan dapat free gift juga. haaa best tak? hehe.. so ape tunggu lagi cepat-cepat grab!!

SMS or WhatsApp aku kat 0123492056. kalau komen kat entry ni, aku bimbang tak perasan komen nanti.

^__^
daa~~

Saturday, September 27, 2014

Sutra Manjakani Feminine Wash

Assalamualaikum....

Aku nak share barang baik ni.. hehe..So far aku guna alhamdulillah aku puas hati..Ni pasal penjagaan wanita, aku memang aku memang tak pakai sabun biasa cuci bahagian itu, sebab sabun biasa berasid sebenarnya. Ok malas nk elaborate panjang-panjang pasal tu, korang sendiri mesti tau kan...hehe

Ni dia pencuci yang aku guna..


Harganya RM25/200ml..Memang sangat-sangat berbaloi sebab guna sikit je, liquid ni pekat. Lepas picit je atas tapak tangan, renjis sikit air gosok-gosok dengan tapak tangan, terus banyak buih. Bau pun sedap tau, bau strawberry!!

Produk ni keluaran Sutra Wellness yang ada berdaftar SSM dan ada kelulusan KKM.


Sebenarnya banyak lagi produk keluaran Sutra Wellness ni, antaranya multipurpose aromatherapy spray macam yang kat bawah ni.


Aku ada beli jugak multipurpose spray ni, ofkos aku beli bau sweet lavender...hehe..actually bau pandan pon sedap, kawan aku beli pandan buat sembur dalam kereta. best jugak!! Untuk multipurpose spray tu harganya RM20/200ml. Aku beli multipurpose spray tu dari office mate aku punya kawan by postage. Cumanya yang Feminine wash tu aku beli dgn kawan office mate aku masa kat HalFest di Mines tempohari, diorang ada bukak booth kat sana, kebetulan feminine wash aku masa tu dah nak habis siap tonggeng-tonggeng botol dah..hehe.. so aku beli jela, memang aku rasa berbaloi sangat sebab rasenye dekat sebulan dah aku guna, tapi macam tak bergerak je isipadunye.

So ok kalau korang nak beli boleh visit ig : mylemari83 . Ni instagram kawan office mate aku tu, laili namanya. Ni bukan iklan berbayar ye, aku saje nak share ;)

Wednesday, March 5, 2014

Vitamin C Sustained Release Shaklee

Assalamualaikum....

Hari ni aku nak share tentang kebaikan Vitamin C Shaklee. Ok Gambar bawah ni fakta ringkas tentang 1tablet  Vitamin C ni..


Yaaaa.. bila korang telan sebiji Vitamin C Shaklee ni, korang akan dapat khasiat macam makan 7biji buah oren. Tak perlu susah-susah nak potong buah oren, dan rasa kemasaman buah oren tu. hehe

Vitamin Shaklee mahal? huhu... okey untuk pengetahuan korang Vitamin C Shaklee ni dalam sebotol mengandungi 180biji tablet. Dan sehari cuma perlu makan sebiji je, so purata dalam sebulan adalah 30 hari. maknanya sebotol Vitamin C boleh bertahan 6BULAN tauuu.. IYAAAAA 6 BULAN!!! dan harganya sangat berbaloi...

Bagi mereka yang menghidap darah tinggi, memakan Vitamin C amat digalakkan bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

Nak tahu lebih lagi pasal Vitamin C ni boleh Call/SMS/Whatsapp saya - 0123492056.. aku akan cerita lebih lagi. dan InsyaAllah aku akan share lagi kebaikan Vitamin C Shaklee ni.

Nak tahu produk Shaklee lain atau cara nak jadi ahli Shaklee juga boleh sembang-sembang =).

Leeyana - SID : 910502
COD : Equine Park, Puncak Jalil, Seri Kembangan, Cyberjaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

^_^
daa~~


Saturday, November 30, 2013

Start aerobik semula - Dynamic Aerobic Studio, Equine Park

Assalamualaikum..

Dulu aku pernah cerita yang aku join aerobik kan? pastu dalam 2bulan je kot aku join. Lepas stop aerobik memang tak de langsung aktiviti mengeluarkan peluh.

And now kesedaran untuk menurunkan berat makin membuak-buak dalam diri, so aku mintak izin Radhi untuk start semula aerobik. Alhamdulillah dia ok je. Aku pun terus la call  Kak Pozi, owner dan juga instructor aerobic tu. Sekarang jadual kelas dah lain. Dan rasanya lebih appropriate kot.
Kelas 2hari seminggu- Isnin and Rabu pukul 8.30malam - 9.30malam. So untuk yang bekerja tu, okla sempat memasak dulu untuk ahli-ahli rumah. Yang bujang kire perut sendiri je kan..

Yang paling best waktu aerobik sekarang ni adalah, sebelum aku gerak pergi kelas..memang aku just minum ESP je or not aku makan roti sekeping dua. Kalau untuk dinner Radhi time tu aku masak mee/kuey tiow goreng, aku jamahlah sikit. Dalam 8.15mlm aku gerak ke studio dengan berbekal seliter air. Amazingly in an hour, aku habis air seliter tu siap tak cukup lagi. Of course hari aerobik, aku akan habis 4liter air. Botol 2.2liter tu skrg aku selalu xhabis bawak ke opis, sebab skrg asyik hujan, kerap benor nak terkencing. Air yang tak habis tu biasa aku bawak balik, habiskan time masak or kalau banyak lagi biasa ofismate aku yg keje shift akan paw air aku..hahha.. Biasa aku akan habiskan juga at least 2.5liter paling-paling teruk pun.

Syukur, tadi aku timbang another kilo dah hilang. Alhamdulillah. I want more- insyaAllah. Pada yang sedang dalam diet nak turun banyak-banyak kilos dan menggunakan apa-apa juga supplement utk lost weight, AIR ADALAH TERSANGAT-SANGAT PENTING!!!! . Tak guna kalau korang just makan supplement utk lost weight tapi air tak cukup and tak bersenam dan TAK CONTROL MAKAN.

Ok berbalik pada tempat aku aerobik tu, studio tu memang khas untuk perempuan saje. Kalau nak tau dekat mana, klik pada word 'dulu' di awal entry aku ni. Nanti ade link terus kat entry lama aku yang aku ade bg guide kat mana studio tu sekali dengan nombor phone Kak Pozi , owner studio. Yang nak berzumba, YESS, kami memang ade buat zumba berselang seli dengan step, hi-lo, latin-salsa-mambo.

That's all pasal aerobik. aku nak buat promosi ujung-ujung tahun ni..
Siapa yang beli 3produk SHAKLEE ni, ESP or MEALSHAKE or PERFORMANCE DRINK akan dapat best price and 2 special gift dari aku. Bukan selalu tau aku nak bagi special gift sampai 2 ni....hehe

COD : Seri Kembangan :: Puncak Jalil :: Cyberjaya :: BB.Bangi
Postage to all over Malaysia.
Call/sms/Whatsapp : 012-3492056- Leeyana <SID910502>

^___^
daa~~



Friday, October 4, 2013

Usaha Diet - Beras Taj Mahal Faiza Herba Ponni

Assalamualaikum..

Lagi usaha aku untuk menurunkan berat badan adalah dengan mengubah kuantiti pengambilan nasi. Alhamdulillah cobaan ini berjaya. Memang betul nasi tu kalau ambil berlebihan boleh menaikkan berat badan. Sejak lepas raya, aku sikit2 cuba kurangkan pengambilan nasi dan lebihkan sayur. Best gila rasa bila penimbang aku da menjarak lebih jauh dari berat sebelum puasa aritu. hehe

Nak diet/turunkan berat badan memang perlukan pengobanan. Kat rumah, aku memang tak sentuh segala jajan-jajan or segala bentuk makanan ringan. Memang aku tak belilah senang cite. Air gas memang sejak TTC aku tak sentuh and one more thing aku ada gastrik yang teruk, so memang aku avoid air gas dari aku terseksa bilamana gastrik menjelma... memang hazabbbbbb!!! The only snack yang aku simpan bila lapar kat rumah adalah biskut oat krunch, selain buah-buah. Kalau stok buah dah habis, biasa aku buat air horlick lite 3in1 time dinner teman Radhi makan..hehe...Tapi kenkadang kalau terliur dengan lauk aku masak sendiri, aku jamah jugak lauk tu dengan sesudu nasi..haha sendiri masak sendiri tak tahan..haha


Horlicks lite 3in1

oat krunch

Setelah diskas dengan Radhi, InsyaAllah kitorang akan bertukar ke beras yang kurang kanji - Faiza Herba Ponni. Mulanya ade geng suggest aku dulu suruh pakai brown rice, bila aku cerita kat Radhi. Takde keputusan..haha..aku pun takut tak boleh telan sebenarnya..haha..kang membaziaq kate orang utara..haha
So keputusan kami adalah Herba Ponni.



Nanti aku share pulak, berjaya tak usaha aku dengan tukar beras ni. Diet-diet jugak, aku bukan diet tak makan nasi, cuma aku kurangkan. Tak boleh wey tak makan nasi. Gigil aku rasa! haha

Doakan aku berjaya, sikit lagi nak tukar angka depan berat aku...sronok weiiii..


^__^
daa~~

Sunday, June 23, 2013

Jerebu semakin teruk, sekolah di KL dan Selangor tutup

Assalamualaikum...

Hari ni memang aku tak keluar langsung dari rumah, bangun pagi kemas-kemas rumah, basuh kain. Tengahari Radhi minta masak kuey tiow goreng je, tak yah masak nasi. Aku jenguk dari tingkap kat dapur, Ya Allah memang teruk jerebunya. Aku duduk tingkat bawah skali, so nak nampak jauh tu memang tak dapatla. Tapi aku cuba tengok blok sebelah pon, macam kabur-kabur je pandangan.

Lepas zuhur tadi, Radhi keluar dengan kawan dia. Katanya nak ke Plaza Low Yat. Aku pun minta dia belikan printer.hihi..Tak kisahla ape jenamanya, janji bulih diprint. Dia nak cari sekali hard disk netbook dia, kesian dah lama tak terON netbook tu. Hard disk rusak, dek kerana game yang berat gamaknya...hahaha

Aku duduk rumah melayan movie kat laptop aku, memula dok mendraft assignment. Pastu tiba-tiba terklik movie plak yang aku baru copy dari ofis..haha..Aku tengok cerita dua kalimah, lakonan Shaheizy Sam, Nora Danish & Yana Samsudin. Best gak, banyak pengajaran..

 Habis movie aku baca Berita Harian online. Tup tup nampak berita ni...

image from BH online


Aku baca sekali imbas, terus aku whatapps kakak aku yang tengah marking paper student dia. Dia pun tak tahu cerita, sebab sibuk dok marking dan esok nak submit markah. Dia kata tunggu berita malam ni.

Ya Allah telah turun bencana dariMu, semoga dugaan ini membuat kita lebih dekat denganNYA.

Mari sama-sama kita berdoa moga Allah turunkan hujan dan melenyapkan jerebu yang tidak sihat ini

#dear friends, please drinks a lot of water and less your outdoor activity. lebiu all!!

Wallahualam.. apa-apa pun, kita dengar berita jam 8 malam ni.

daa~~


Tuesday, June 4, 2013

Vitamin B Complex SHAKLEE

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak share kebaikan Vitamin B Complex Shaklee dan kelebihannya bagi setiap individu. rumusan utama Vitamin B Complex keluaran Shaklee adalah :

1) B1 (thiamin)
2) B2 (robiflovin)
3) B3 (niacin)
4) B5 
5) B6 (pyridoxine)
6) B12 (cobalamine)
7) Asid Folic
8) Asid panthothenic
9) Biotin

Setiap rumusan dalam vitamin B complex ini memiliki fungsi yang khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. ia juga membantu dalam menghasilkan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Kurangnya vitamin B Complex boleh melemahkan sistem daraf dan menggangu otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangan ini juga akan menyebabkan pembentukan sel abnormal yang boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu juga, kurangnya vitamin B Complex boleh dikaitkan dengan masalah depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan lain seperti, keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX
- Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir
- Meransang pertumbuhan pada kanak-kanak
- Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut
- Mencegah stress
- Menguatkan antibodi tubuh
- Amat penting untuk aktiviti sel genetik
- Diperlukan dalam pembentukan asid amino.
- Keperluan untuk memproses dan memperbaiki sel-sel darah merah
- Mencegah anemia

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK
- Merangsang pertumbuhan 
- Meningkatkan kemampuan berfikir
- Memberikan tambahan tenaga

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA
- Menambah tenaga - menukarkan makanan menjadi tenaga
- Mengurangkan stress - simptom kemurungan & tekanan
- Melambatkan proses uban di rambut
- Membantu meningkatkan konsentrasi
- Menggalakkan kesihatan jantung, metabolism tenaga dan replikasi DNA yang sihat

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG
- Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik
- Mencegah anemia (tekanan darah rendah)

Info tambahan, since Vitamin B Complex ni dah ada sekali asid folic so ianya sangat sesuai buat TTCian macam aku. No need untuk amek asid folic secara berasingan lagi. Ia juga sesuai untuk ibu mengandung, yang mana asid folic penting untuk mengelakkan kecacatan pada pertumbuhan bayi.


Nampak kan? B-Complex with Folic Asid..aku tak tipu tauuuu..hehe.. Nak tau lebih details or nak order?
Boleh contact aku :

Leeyana - Shaklee ID : 910502
Sms/whatsapp : 0123492056
Email : leeyanaradhi@gmail.com

Lain hari aku share pasal vitamin lain pulak yea.hehe

^__^

daa~~





Monday, May 13, 2013

Cerita diet aku

Assalamualaikum...

Ingat lagi tak cerita diet aku yang ini ? <klik>  Lama aku perap cerita diet aku...haha ampun! Aku masih lagi  kekal dengan diet ni. Dua bulan lepas masa aku start dengan diet minum air kosong ni, aku takset pun nak tengok perubahan berat aku. Sebab time tu tak sanggup nak timbang, sebab aku rasa memang badan aku da berat seberat-beratnya.hohoh..

Dah hampir 2bulan aku angkut kehulu-kehilir botol air aku, aku rasa badan aku jadi ringan. Word ringan tu, bukanlah maknanya aku dah kurus selim melim. Tapi aku rasa aku dah tak mengah-mengah kalau jalan jauh, kalau aku buat kerja-kerja rumah pun, dah tak payah nak rehat duduk dalam 5minit dari 1 kerja ke 1 kerja yang lain. Yess dulu memang aku kena rehat dulu, contohnya lepas sapu 1rumah aku kena rehat dulu untuk sambung mop 1rumah pulak. Lepas sapu tu berpeluh-peluh memang la, rasanya macam kena minta nyawa dah. Tapi bila aku diet minum air ni, memang aku boleh straight je buat kerja.  =)

2minggu lepas aku terasa nak tengok diet aku ni ade beza ke tak. Masa tu kat giant, aku nampak penimbang  digital yang masuk 20sen tu. Aku ajak anak buah aku teman aku nk timbang, aku suruh dia pegang sling bag aku. Tak kisah la berapa berat aku time tu, so aku keep in mind then aku target in 2weeks berapa aku boleh turun. So start hari tu memang aku akan habiskan 3liter air kosong sehari. Aku ni spesis yang tak reti tak minum susu sehari. Aku rasa tak lengkap hidup aku tak minum susu sehari, so aku gantikan pulak susu yang biasa aku minum tu dengan ESP SHAKLEE. Dulu pagi-pagi aku mesti akan buat milo ke,neslo ke untuk sarapan. Tapi aku gantikan semua air tu dengan ESP then aku set dalam otak, itu adalah susu yang biasa aku minum...hehehe...nak diet, set otak ni adalah sangattttt penting *bagi aku*..Aku memang dah jarang sangat minum susu sejak oktober dulu yang mana mula-mula aku start minum ESP. Hingga kini, aku dah masuk botol ke-4 ESP tu...heheh.. Eh, nak beli ESP? boleh beli dengan aku..aku kasi free gift...hehe iklan sat...haha

Ke ofis, aku angkut air kosong 2.2liter. Sebenarnya ada je air kt opis, tapi aku saje nak bawak dari rumah.hehe..8jam kerja, aku habiskan separuh botol before lunch break dan separuh lagi lepas lunch hingga balik. Pergi toilet memang kerapla. kadang-kadang pernah jugak air tu tak habis. Aku angkut semula balik rumah then masa memasak aku akan habiskan. Kalau air tu habis di ofis, yang botol 1.2liter tu aku start minum kat rumah masa memasak hingga tidur.Dulu aku tak pandai nk adjust time minum air ni, selalula time tidur 3kali bangun ke toilet, memang ganggu waktu tidur. Tapi sekarang, aku setkan habis minum sejam sebelum tidur. Kiranya sejam sebelum tidur tu time aku untuk buang semula air tu..hehe


Dua-dua botol tu aku beli murah je kat cosway. Tak payah beli yang mahal-mahal, yang penting niat dihati tu.hehe


Haaaa nampak tak? murah je kan...hehe.. Minggu lepas jugak, aku berkesempatan pegi gym sekali. haha..Gym free babe..sejam, kira oraitt la kan. Thanks to my kakak, sebab bawak g gym free..haha..nanti-nanti bawak lagi yea..muahahha..
Kat rumah, wiken memang aku tak sentuh nasi sebabnya Radhi tak ada.. Siang dia pegi kelas, so dia da siap-siap makan kat tempat belajar. Balik kelas, dia pergi buat projek dia kat damansara, balik dah malam so dapur aku memang tak berasap la. Balik dari damansara, dia dah makan. So wiken aku memang boleh habis air 3liter tu petik jari je..cewahhhh..kalau lapo, aku alas dengan biskut or roti sekeping dua. Wiken aku sibuk mengemas rumah, so memang tak terasa sangat laparnye.

Dan tadi (sepatutnya semalam genap 2minggu), aku pergi semula timbang di tempat yang sama, surpriseeeee turun sekilo berat aku..Alhamdulillah..berjaya jugak! Tu pun ada jugak aku ngelat masa balik kampung Radhi time mengundi tu, MIL aku asyik masak sedap je. Malam last kat sana, aku makan nasi menambah ..ahah..MIL aku masak ikan jaket sumbat wehhhh..sedapp sangat..susah nak benti...hahah...Memang cenggitu la sokmo, kalau balik kampung Radhi kelautttt diet aku..Tapi nasib gak, kat kampung panas wehhh, jalan gak la air masak aku 2liter..hehhehe

InshaAllah jauh lagi perjalanan diet aku ni. Aku mesti teruskan, sebab aku ada misi disebaliknya. huhu.. Korang tryla, bila ada perubahan mesti korang lagi bersemangat! percayalahhhhh! =)

^___^

daa~~

Saturday, March 23, 2013

Minum air kosong pun boleh bantu betulkan haid?

Assalamualaikum...

Saya nak share dengan semua.

Tips ini saya dapat dari email senanghamil2u kepada saya.

Bagi yang ada masalah haid bolehlah cuba
tips dibawah :D

1. apabila anda bangun pada waktu pagi sebelum
memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air

2. berus dan bersihkan mulut tetapi jangan makan
atau minum apa-apa selama 45 minit

3. selepas 45 minit anda boleh makan dan
minum seperti biasa

4. 15 minit selepas sarapan, makan tengahari
atau makan malam jangan makan atau minum
apa-apa selama 2 jam

5. mereka yang sudah tua atau sakit dan tidak
mampu minum 4 gelas air pada awal pagi boleh
bermula dengan mengambil sedikit air dan
secara beransur-ansur tingkatkan kepada 4 gelas.


Sharing is loving =)

^___^

daa~~


Wednesday, January 23, 2013

Shaklee Independent Distributor

Assalamualaikum..

Mula-mula malas nk jadi ahli.. Setelah 4bulan saya consume dan rasa sendiri perubahan, dengan sokongan ramai pihak, akhirnyaaaaa

Saya sign up sebagai Independent Distributor...Alhamdulillah..


ID : 910502

COD : Equine Park - Cyberjaya - Kota Warisan

Email : leeyanaradhi@gmail.com

Monday, October 8, 2012

VCO Catalyst ~ mari dapatkannya =)

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak promote lagi pasal VCO dari Catalyst ni. Agak lama saya tak cerita pasal VCO ni.
Saya dah makan VCO ni dari awal tahun lepas lagi. Dah setahun lebih.
Radhi pun makan VCO ni. Dia memang susah nak makan produk-produk supplement ni unless dia nampak & rasa sendiri tindakbalas supplement tu atas diri dia. =)


Saya nak share testimoni yang orang yang biasa beli VCO ni dengan saya:
Ramai yang kata setelah diorang makan VCO ni, rasa badan kurang letih, bangun pagi pun segar je tak ada malas-malas lagi.
 Ada sorang ofismate saya kata, dulu sebelum dia makan VCO ni, keputihan dia terlalu banyak. Lepas makan VCO ni dengan konsisten, Alhamdulillah keputihan dia hilang dan badan dia kurang rasa penat.

Bagi saya & Radhi sendiri kami rasa memang kurang rasa penat & paling penting sistem pembuangan kami rasa lancar je.hehe..Hari-hari pun bila buang air besar, rasa lega macam baru lepas kena cuci sistem perkumuhan kita.
Radhi pulak dulu dia banyak jugak jerawat belakang badan, bila makan VCO ni hilang jerawat belakang badan dia & parut-parut jerawat kat muka pun hilang.

Saya tak akan jual kalau kami sendiri tak rasa perubahan & tindakbalas sesuatu produk tu yea =)




Pada yang nak cuba makan VCO ni bolehla order dengan email pada saya :

leeyanaradhi@gmail.com

Sebotol VCO softgel atau liquid
RM 39.90

postage :  RM6 - semenanjung malaysia
        RM 10 - sabah/sarawak

COD :  Seri Kembangan / Putrajaya / Cyberjaya

^__^

daa~~

Thursday, September 6, 2012

Kisah sebelum raya

Assalamualaikum...

Hehe..orang lain dah habis cerita pasal raya, saya baru nak cerita hal sebelum raya..huhu
Pedulik!!! =)

Hari rabu sebelum raya, saya ke rumah kakak pada malamnya sebab nak ambil baju raya say yang mak buatkan..hee~~ 
Masa tu tekak saya memang da start sakit, macam nak demam. Badan dah seram sejuk je. Malam tu pun saya pakai sweater, actually sebabnye t-shirt yang saya pakai dalam sweater tu lengannya ciput je. Seksi sket..hihi tu yang saya pakai sweater. 
Selamat jugakla kiranya saya pakai sweater tu sebab time balik tu, dalam kereta saya rasa dah macam menggigil-gigil je. Tapi sebelum balik tu sempat jugak makan nasi kat rumah kakak, mak masak gulai ayam..yummmyyy!!!

Sampai rumah, saya cuci muka, basuh kaki terus masuk tido. Radhi suruh ambil suhu badan saya sebab rasa dahi dan tengkuk saya panas. Masa cek tu dalam gelap dah, sekali beep termometer tu bunyi laju, lain dari biasa, terus amik henfon suluh pakai screen henfon tu je.
Hurmm sekali tengok 38.5 darjah celcius. Memang saya pun terkejut. Malam tu tukar posisi tidur dengan radhi. Saya tido tepi dinding, dia tidur tepi side table sebab dekat dengan kipas. Saya tak tahan sejuk, tapi badan panas. Selimut jangan cakap la, 2lapis!
Lega jugak sebab mata memang mengantuk, so senang je la nk tidurnye..alhamdulillah =)

Bangun pagi esok tu, saya cakap kat Radhi memang saya tak larat sangat nak pergi kerja. Dia suruh saya cek lagi suhu saya. Kali kedua cek, naik 0.3darjah celcius. = 38.8darjah celcius.
Saya still tak larat, memang lemau. Tekak rasa sakit sangat, nak telan air liur pun rasa nak menangis.
Radhi pesan suruh pergi klinik. Dat time memang saya 'dah raya'..heee~~
Lepas Radhi pergi kerja, saya sambung tidur semula sampai pukul 9.30pagi. Saya bangun masak air, then mandi. Siap-siap nak pergi klinik , sebelum tu sempat buat air milo dulu even tekak sakit. Minum separuh je, tak larat nak telan. sobssss :(

suhu sebelum ke klinik =(

Sampai klinik, mujur tak ramai orang. Dalam 5minit saya duduk terus kena panggil masuk. Saya cakap kat doc, saya demam since malam tadi and saya makan panadol before tidur. Suhu saya masa doc cek 38.6, turun 0.2darjah celcius.
Doc pegang torchlight then baru je dia nak masukkan yang batang mcm kayu aiskrim tu dalam mulut saya, terus je dia buat muka frust bgtau tonsil saya bengkak. Memang frust sangat muka doc tu time tu. Mungkin sebab die fikir saya akan beraya dalam 2-3hari lagi.. oh doc tu Indian Guy. =)
Dia tanya saya ada alah ubat tak? saya memang tak pernah alah pada ubat setakat ni, alhamdulillah.
Doc bagi saya 2 types of antibiotik. First time of my life dapat 2jenis antibiotik terus. Doc diagnose saya kena demam tonsil, dats y bila malam suhu badan akan tinggi dan rasa sejuk.

ubat yang doc bagi

Owh lupe sebelum pergi klinik,saya sempat wassapp dengan Yannie dulu..hehe..
Boleh pulak saya tanya yannie, klu saya pergi drivethru McD,beli bubur bleh tak? Sebab saya tak larat nak masak n tak sanggup nak telan benda kasar, mau berderai air mata kot. Yannie bagi semangat untuk saya ke drive thru beli bubur..hahah.. So lepas amik ubat kat kaunter klinik, teruslah saya ke drive thru McD, beli bubur ayam..hehe

Balik rumah saya amek toto 2lapis, selimut n bantal bentang kat depan tv. Atas toto tu jugak selamat saya telan separuh bubur ayam, then telan semua ubat dan terus zaaaassssssss tidur dengan kipas pusing speed 1 n selimut sampai leher, kepala je tinggal luar selimut..heee..Dalam pukul 4, Radhi call tanya camana. Saya kata nanti balik saya cerita, nothing to worry just a fever...
Pukul 6.15ptg dia sampai rumah, dia nampak bekas bubur McD tu ada atas meja makan. Terus dia tanya saya, 'ayang nak bubur ke, abang masak bubur ye?', saya angguk je.


ini bubur ayam yang Radhi masak

Malam tu berbuka dengan bubur ayam yang dia masak jugakla, sebab dia malas nak masak benda lain dah..huhu..Menjelang nak tidur, demam saya dah kebah sikit tapi sakit tekak still macam tu.
So esok tu pun saya mc and keep makan semua ubat ikut aturan sebab nak baik cepat, nak RAYA punya pasal..hihihih

Alhamdulillah sabtu masa nak balik ke kampung Radhi tu, saya rasa tekak saya dah ok. Boleh telan roti dah.heee
Memang pengalaman ngeri menjelang raya saya rasa kes saya ni..Saya memang suka pergi klinik Dr Indian Guy tu, ubat dia memang mujarab berbanding 2 klinik panel lain yang saya pernah pergi. 

Alhamdulillah saya lega sangat demam n tonsil saya baik sebelum raya, kalau tak mau nya orang datang beraya rumah mak mertua, datang sekali melawat saya ni..haha
Terima kasih Ya Allah kerana mendengar doa saya untuk cepat sembuh.

^____^

daa~~

Thursday, March 1, 2012

Kelas Aerobik

Assalamualaikum readers...

Dah 2hari saya start ber'aerobik'..hihi..syiok..Dah lama tak rasa peluh keluar dengan banyaknya.
Sebenarnya dah lama saya mencari tempat untuk aerobik. Kalau boleh tak nak la jauh-jauh dari rumah.
Boring dah kot main badminton depan rumah dengan suami.
Penat, Radhi main mengelat, asyik smash tajam kebawah aje, nak menang cepat..haha

Lepas google punya google, jumpala satu tempat aerobik.
dapat no telefon owner, saya pun call direct.
Baik akak tu, Malay!
Dia bagitahu datang terus, senang cerita dan boleh tengok sekali. ^_^

Luckily time saya pergi for the first time saya dapat tengok diorg ber'zumba'...wahhh seronok!
Makin semangat pulak nk join. Sebelum datang lagi say adah minta izin Radhi untukjoin aerobik.
Dia ON aje.. Sejak kawin dah kurang aktiviti mengeluarkan peluh.Selalu dok kemas rumah, sapu sampah, mop lantai je la yang keluar peluh...hihi

Memang berbaloi-baloi dengan harganya. Dekat pun dekat dengan rumah. Sekali sesi dalam sejam saja. Itu pun dah berpeluh mencurah-curah.
Setakat ini saya belum berzumba. hihi..haritu pergi tengok je. Isnin aritu kelas hi-lo petang, malam zumba tapi saya balik terus, first day kan tak nak tekan sangat..
Selasa  petang kelas step. haa ini pun best.
Macam biasa first time masuk, step saya berterabur lagi. Ada jugak yang saya boleh catch up dengan cepat.
suka! suka! suka!
Serius seronok..

Balik rumah terus Radhi tanya, best tak?
Sure la saya jawab best!..haha
Cuma yang tak best, saya kerja shift. Seminggu pagi, seminggu petang. Aerobik pulak petang dan malam.
Jadinya saya hanya dapat pergi aerobik time shift pagi je. :(
Better than nothing kan?!!..
Kena positif  =)

Owh lupa, pusat aerobik ni area Equine Park.
Khas untuk perempuan sahaja!
Jomlah join..hihihih

daa~

Saturday, February 11, 2012

kejang otot

Salam peeps..

Korang pernah tak kena kejang otot (cramp) masa tidur malam??? huhu.. sakit giler kan? euuwwww..
Dulu masa study saya selalu jugak kena kejang otot time tidur malam ni, tapi boleh handle sendiri. 
Dalam seminit dua takup muka pakai bantal, jerit then goyang-goyang sikit kaki tu, dah hilang. hihi..
Selalu saya kena kejang otot ni sebab aktif sangat di siang harinya. 
Kalau petangnya ada training volleyball sure tidur malam saya terganggu dek kejang otot. hihi..

credit to google

Lepas kahwin saya rasa saya dah kurang kena kejang otot waktu tidur malam. Kalau ada pun, ada la sekali dua camtu, tapi saya still boleh handle sendiri. ^_^
Semalam saya kena kejang otot bukan malam, tapi masa tu dah cerah dah. 
Petang jumaat tu, balik kerja terus suruh Radhi siap-siap nak pergi Sungai Buloh.
Ada 3 perkara perlu buat!
1) Pergi rumah Yannie - ambil pati delima gulsan
2) Pergi rumah adik ipar - ambil tudung baru ^_^
3) Pergi rumah abang saya - jalan-jalan
Semua saya akan cerita dalam entry lain..hihi

Berbalik cerita kejang otot.
Dek kerana terlalu mengantuk + penat berjalan sakan, pukul 1pagi baru sampai rumah...hihi
Pagi tadi solat subuh pun dah lambat, memang tak larat. Lepas subuh, kami berdua terbaring semula, sambung tidur.huhu
Dalam pukul 830pagi (sempat jugak jenguk jam) tiba-tiba betis saya sakit sangat. 
Boleh lagi terfikir, adehh lama dah tak kena macam ni.
Saya ingat saya boleh handle sendiri. Masa tu dah beradoi-adeh-adoi-adeh dah.
Tapi Radhi sedap je tido lagi. Saya ingat boleh handle sendiri.
Ada jugaklah dalam 3minit, air mata dah keluar sebab sakit sangat dan tak berjaya handle sendiri.
:"(
Saya kejut jugak Radhi, goncang-goncang badan dia. Terperanjat dia tengok saya dah menangis. 
huh drama giler kau tauhu tau!..keh keh
Memang Radhi cemas gila. Terus saya cakap ,kaki saya sakit.
Sekali boleh dia pegang salah kaki pulak...haha
Saya tepuk-tepuk kaki kiri saya, bingkas dia bangun pergi kat kaki kiri saya.
Ada la dalam 4-5minit jugak dia picit-picit, urut betis saya. Dat time, saya still menangis *drama tak habis-habis*..memang this is the worst yang saya pernah rasa. Tak pernah lagi orang tolong bila saya kejang otot. 
Lepas dah okey, memang kene ejek la saya..haha..
Radhi kata, 'buruk giler budak manja yang cengeng!'
*kata anak bongsu kan* haha..

Petang tadi pergi IOI Mall dengan geng opis. Radhi kerja.
Memang wiken saya selalu macam ni. Boring kat rumah, saya keluar dengan ofismate.
Bawak kereta manual, kaki kiri tekan clutch, masih terasa lagi aura-aura kejang tu. hihi.
Naseb jalan tak jam, siap-siap terus nak sampai ke gear 5 je. Sebab tak payah main kaki kiri lagi..haha

Saya ada tanye en.google tentang punca kejang otot.
ini yang saya jumpa
alamak sorry xbleh copy la, saya pulak malas nak menaip.

Pergi IOI Mall, tak lengkap kalau tak melawat pasaraya jepun tu ..haha


tadaaaaa..haha
saya masuk Daiso, jumpa stokin yang cumil..

Saya beli la nak pakai tidur malam, maybe jugak sebab saya sejuk tu yang kejang otot.
So saya nak buat balik rutin masa duduk di hostel dulu, tidur malam pakai stokin.
Lagipun mama pernah cakap, elok tidur pakai stokin kerna sebarang anasir-anasir tak elok semua masuk dalam badan kita melalui kaki.
Wallahualam...

Ini full gambar stokin baru saya..ihih


comel tak? ada ruang untuk jari kaki lagi tuuu..hiih
As all know, stokin ni haruslah RM5 kan..
Nama pun beli kat Daiso..
hiihih
harap malam ni saya tak kena kejang otot lagi..
seriau wehh.. *_^

Daa~

Saturday, November 12, 2011

Result 14 days shape up program

Salam peeps..

Seperti yang saya janjikan..ini sy share result 14day shape up program sy..huhuh
drum rool!!!!!
hahaha.. over!! :)

I lost 500gram. Alhamdulillah at least i lost. better than nothing kan..
7hari pertama sy scale berat sy, tidak berganjak walau 100gram even sy dah start my diet.
then wiken lepas Raya Haji, blk Kelantan. Saya gagal kekalkan diet. haha. Dok rumah mertua, adik-adik ipar rajin sgt masak nugget la, crab stick la, sosej la..hhahah..(salahkan org len plak.hoho)
Pegi rumah kakak pulak, Mama da siap masak rendang daging. ade pulak pulut kuning. Wahhhh, memang hentam cukup-cukup la. 

Balik KL, baru insaf! - Menyesal kemudian tiada guna Leeyana!!!!..haha
Baru terhegeh-hegeh start diet makan, baru tercungap-cungap joging kt tmn kt umah, klu Radhi sebok, lari kt lrg depan umah, nk lari ke lorong lain, takut ade anjing. Radhi ckp die pnah kene kejar ms bwk moto.hahha..
Pastu baru sebok pergi Gym 1 malaysia kt Kementerian Belia & Sukan.huhu.

Semalam Weight off utk program ni. Alhamdulillah. Ade jugak bergerak menurun angkanye walau tak sampai sekilo daging . Walaupun sehari sebelum weight off saya sempat taram jugak kat opis, sbb ada potluck.haha..makan lg macam-macam.
Dari situ sy dpat konklusikan, sy yakin kalau sy rajinkan diri exercise at least seminggu 3kali pun, sy rase berat saya boleh turun. 

Yes u can Leeyana!!!!

ini  latest pic : ms potluck di ofis..hihih =)


Saturday, October 29, 2011

14 days shape up program

Salam peeps...

Hihi..tengak tajuk entry tak menahan kan...huhu..Yea, jangan nak terkelip-kelip sangat biji mata ..haha..
Saya sedang dalam program 14hari misi menurunkan berat badan secara sihat, koloborasi antara syarikat Nestle dan Fitness First.

*image from google..

17 Oktober lalu, saya dan 2orang lagi rakan seofis dah membentuk 1 pasukan untuk program ini. Pra pendaftaran untuk kelayakan berjalan di Bangunan TM RnD pada sebelah pagi. Disebabkan terlewat dapat berita  dan oleh kerana pada waktu itu saya shift petang. Kami terlepas pra pendaftaran pada waktu pagi. 
Rujuk dalam e-mail, pra-pendaftaran pada sebelah petang adalah di MMU Cyberjaya. 
Dalam setengah jam diskas, terus decide utk ke MMU.

Antara syarat utk menyertai program ini:
1) BMI mestilah lebih dari 23
2) 1 kumpulan terdiri dr 3org samada:
a- 2 lelaki dan 1 perempuan 
atau
b- 2 perempuan dan 1 lelaki
3) Jumlah keseluruhan berat yang hilang setelah 14hari adalah tidak lebih dari 10kg
4) Setiap ahli kumpulan mestilah sekurang-kurangnya hilang 1kg, jika tidak kumpulan tersebut akan terbatal. Itu bermakna jika maksimum berat yg boleh diturunkan bagi setiap ahli adalah 3.33kg sahaja!!!


Semalam masa weight in *macam flag on la* berat mula diambil, Big Surprise untuk saya berat badan yang diambil masa pra-pendaftaran adalah sama sebijik sebulat exactly macam berat yang ditimbang smlm. Tak naik dan tak turun walau 100gram.ihihih..
Dengan itu semangat lebih berkobar untuk challenge ni..yehaaa...Saya lebih yakin untuk turun sekurang-kurang 1kg dalam masa 14hari ini.. =)

Lepas weight in smlm, kami semua masuk dewan utk briefing mula. 
Ada orang besar dari Nestle Filipina datang, saya suka orang filipina cakap English. Jelas dan Nyata bunyinya even takde nak slang mat salleh bagai ,like sesetengah org malaysia mesti nak jugak slang macam mat salleh. Kalau dah namanya makan budu, cencaluk,tempoyak, just be true Malaysian OK.. ^_^

Ada Dietitian juga yang brief pasal pemakanan and the best is tips-tips pemakanan untuk diet...
Nak tau ke? hihiih..InsyaAllah next entry saya try kongsikan..
Sebenarya bagi perempuan hanya 1200kalori makanan sehari diperlukan dan utk lelaki 1500kalori.

Part paling best, bersenam dengan trainer dari Fitness First. Mula ingatkan aerobik, sekali kene buat push up haa...adoila..mak pancit noksss!! ihiih..
Even pancit, saya tetap semangat nak buat dek sebabkan one of the trainer sangat handsome hokeh..hahah..Sorry Hubby, i pandang die sket aje..haha..
He is a sikh man! Saya rasa dia trainer Fitness First di Menara Axis.
The woman trainer juga sangat cute. Relax saje dia push up. 
Speechless!

Last before balik. team yg register awal dapat goodie bag. Yeay!
Dalam Goodie bag ada sekotak Fitnesse Cereal.*tak sempat amek gambar*

*image credit to Nestle portal*

Hari ini bermulalah episod baru dalam hidup saya selama 14hari ni. InsyaAllah saya akan kongsikan perkembangannya setelah 14hari nanti. 
Sangat mencabar sebab cabaran ini berlangsung ketika Hari Raya Haji nanti...faham aje la juadahHari Raya, lebih-lebih lagi saya akan menyambutnya di kampung suami yang sememangnya Raya Haji adalah leboh meriah dari Raya puasa..haha.. Mampukah saya? 

Oleh kerana kami terdiri dari 3orang dalam 1 kumpulan, tanggungjawab telah diagihkan.
Saya bahagian timbang- setiap hari kami akan timbang berat
Azlin bahagian pemakanan- setiap hari kami akan semak pemakanan kami
Redha bahagian senaman/gym 

Weight off adalah pada 11 November, nantikan update saya untuk keputusannya. *_^

Thursday, September 22, 2011

unwell

Salam peeps..

Hari ni masuk hari ke-3 saya demam. Dan serasa saya genap juga 3 bulan berturut-turut setelah Radhi demam, saya pula yang dijangkiti..

Cerita bermula pada hari sabtu 17 September, Radhi keje petang masuk jam 3..sepatut pukul 11 mlm baru pulang, sebaliknya maghrib tu da dengar bunyi motorbot  motor dia kat depan pagar..saya dengan kencang bukak pintu, tanye kenapa balik awal..
ringkas jawabnya, "demam"
dengan keadaan diluar hujan rintik-rintik, Radhi masuk rumah terus saya suruh pergi mandi basahkan kepala.
Saya dengan kencang masuk dapur, masak nasi + goreng ayam + sup sayur..
berselera pulak Radhi makan sebab ada sup sayur.. :p

Esoknya, ahad badan Radhi masih panas..siap masak untuk makan tengahari, saya bawak Radhi pergi klinik amek mc..naseb kedua-dua kami ada klinik panel.. hihi..yela lepas-lepas raya di tengah-tengah bulan kering nan kontang ni kan..ihiihh..
Isnin, kami ke pejabat masing-masing seperti rutin harian. minggu ini kami berdua dalam shift petang..disebabkan hujan masa nak ke ofis tu, Radhi hantar saya ke pejabat saya dan dia meneruskan perjalanan ke pejabat dia..Malamnya, sementara menunggu Radhi jemput, tekak saya dah macam xsedap, rasa pedih bila telan air liur.saya da dapat agak kalau baik je Radhi dari demam dia, selang sehari atau 2hari pasti saya akan demam pula..

Selasa, jam 12tghari kami berada di LCCT untuk menjemput mama dan ibu (mak saudara) saya setelah mereka berdua pulang beraya di kampung halaman. Mama orang seberang, sama seperti keluarga Nawal kalau tidak silap saya, sulu saya pernah cerita dlm blog ini takpun di dalam blog lama saya..uhuh..Mungkin sebab berada dalam air-cond terlalu lama, badan terus jadi sengal-sengal. Di rumah ibu, saya nak solat pun rasa susah je nk gerakkan badan..terasa sengal seluruh badan. dalam jam 5, kami terus gerak balik rumah. sampai Seri kembangan, saya ke klinik Fadzliyana..naseb tiada orang langsung masa tu. ihih

Doktor cek suhu melalui telinga saya, nahhhhh 39darjah selsius..huhuh terkejut, seingat saya tak pernah saya demam suhu badan saya sampai 39darjah selsuis..terus jadi takut..doktor bilang kalau esok masih rasa panas macam ni, kerapkan makan ubat jadi 6 jam yang mana sebelum ni disuruh makan ubat setiap 8jam. dan kalau dah 3hari masih demam panas sebegini, pergi kecemasan terus... whutttt???? itu yang saya takut..tp saya xbgtau Radhi..hiihih..saya takut..

Semalam saya ditugaskan ke International Helpdesk di Jalan Raja Chulan untuk jadi trainer system baru. Saya ke sana dengan seorang rakan sejawat. Pagi naik kereta dia, park kereta di Star Sg.Besi, naik lrt terus ke Masjid Jamek, menapak hingga ke Muzium Telekom..Balik, lebih kurang jam 3ptg, hujan gerimis dilautan terpaksa redah juga menapak lagi dari Muzium telekom hingga ke lrt masjid jamek..dalam kepala da terbayang saya akan melepek lagi hari ni.. Pagi tadi sebelum mandi saya test suhu guna termometer yang memang ada saya simpan dirumah, bacaannya suhu saya dah berkurangan ke 37.3darjah selsius. Tiba di rumah lebih kurang jam 4.30 petang, terus capai tuala mandi, cek suhu lagi. kali ni pula naik 37.9darjah selsius..owh hati da risau.. hidung pun dah mula berair..saya paling benci selsema..rumit..leceh..susah nk tido..susah nak hidu..

Dan hari ni masuk hari ketiga saya demam, saya gagahkan diri ke ofis juga..Di rumah saya sendirian bila radhi kerja, kalau ada apa-apa terjadi tiada orang yang akan tahu. Saya fikir lebih baik saya ke ofis..ihiihih..
Harap-harap berakhirlah demam dan selsema saya ni dengan cepat..Terbengkalai segala kerja-kerja rumah.huhuh

Ya Allah berikanlah kami kesihatan yang baik..ameen 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...