Friday, January 23, 2015

TTC : Mencari kekuatan

Assalamualaikum...

Hari ni saje nak share sikit dalam blog ni. Selalu aku bercerita hal TTC dalam blog lebih private.

Tahun 2015 ni masuk tahun kelima aku berkahwin dan 5tahun jugaklah aku berusaha untuk peroleh zuriat. Hanya tuhan yang tahu dan mereka yang merasai akan tahu jatuh bangunnya semangat, kekecewaan bila period menjelma. Aku bersyukur punya keluarga dan keluarga mertua yang tak pernah mempertikaikan soal zuriat ni. Cuma mungkin mereka kurang memahami. Dan bagi aku kalau tak faham, lebih baik diam dari berkata-kata yang mungkin akan buat seseorang tu kecil hati. Soal zuriat ni adalah rezeki dari Allah S.W.T. Mungkin kita rasa kita telah berusaha sehabis mungkin dan meminta doa agar dimakbulkan impian menjadi ibu dan ayah, tapi hanya DIA yang tahu bila waktu dan ketika sebenarnya.

Terus terang aku cerita memang aku tak banyak berkongsi dengan family aku sendiri atau family mertua berkenaan hal TTC aku. Ikhlas dari hati aku cerita, memang susah bagi orang yang tak mengalami pengalaman sebegini untuk betul-betul faham tentang hal-hal berkaitan TTC. Aku banyak bercerita, menangis dan mendapat semangat dari kawan-kawan yang senasib terpilih untuk dugaan sebegini. Even dengan kawan baik aku di pejabat pun aku jarang bercerita hal ini.

Kalau nak dihitung entah berapa baldi dah air mata mencurah-curah. Memang selalu aku dengar dan terima nasihat supaya keep positive, berdoa pada Allah...tapi untuk terus keep positive, sangat-sangat perlukan kekuatan dari dalam. Aku belum cukup kuat untuk itu. Kadang-kadang bila sunyi duduk rumah time weekend, masa tu la syaitan datang mengganggu untuk meratapi nasib diri. Akhir-akhir di terlalu ramai rakan-rakan sekolah, rakan-rakan belajar, rakan-rakan kerja yang beranak dan menambah anak, hampir setiap hari bila aku buka FB dan instagram, majoritinya adalah gambar anak. Pernah aku terfikir untuk tutup saja akaun aku di FB untuk menjaga hati sendiri. Cuma buat masa ini, aku limitkan waktu aku buka FB dalam sehari. Kalau tiada notification memang aku jarang buka FB dan di instagram aku lebih banyak follow insta shop untuk menjamu mata.hehe

Cuma 1 yang aku bersyukur walau masih tiada anak, aku dapat puas bermanja dengan suami. Bila bercuti, masih lagi dalam mood honeymoon.

Usaha tetap usaha. Cuma bagi aku kalau tak merasa janganlah ditambah kesedihan buat mereka yang mungkin sedang redha dengan ujian ini. Pepatah 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul' memang sesuai sangat digunakan. Bukan senang nak tahan hati dari menangis depan orang, bukan senang nak dengar tohmahan orang dan bukan senang nak terima kenyataan dari doktor bila doktor bagitahu masalah yang dihadapi atau ada juga yang tiada masalah cuma mungkin masanya belum sampai. Sebab bagi aku bila ada masalah, kita tahu ada ubatnya ada penawarnya tapi bila tiada masalah, cuma SABAR adalah penawarnya.

Kadang-kadang bila sedih, aku sebut sebanyak mungkin kata-kata Ustaz Kazim Elyas agar sentiasa tersemat di hati untuk terus redha, 'orang yang tiada anak, di akhirat nanti Rasulullah tunggu di pintu syurga' .

Semoga ada rezeki kita untuk menjadi ibu di tahun 2015 ini.. aamiin...

^__^
daa~~

16 comments:

  1. amin.... semoga 2015 ni ada rezeki utk kita semua :-)

    ReplyDelete
  2. insyaallah amin....
    keputusan kita pon nk start treatment amk ms bertahun :(
    tp Alhamdulillah dipermudahkan dan dibuka pintu usaha... insyaallah yana boleh..kita kene kuat
    bukn utk org pandang kita kuat...tapi untuk kita sendr!!! hanya TTC yang memahami :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah Reha..

      semoga perjalanan usaha Reha dipermudahkan Allah..

      Delete
  3. Kita TTCians semua kuat sebenarnya Yana...inshaAllah dan akan terus kuat dengan izinNya. hugs*
    Yana beruntung ada TTCians circle yang selaku keep in touch (based pada FB posting Yana). Macam Yani ni, sorung-sorung telan semua perasaan dengan takde siapa nak ngadu nasib (adik beradik pun bukan semua kita boleh cerita sebab diorunk jenis senang lekat, tak perlu tunggu lama untuk hamil), kawan-kawan yang senasib pun tak ramai dan tak berhubung sangat. So....awal2 kawin (1-2 tahun awal perkahwinan, kalau menangis meratap pun depan suami je...masuk 3-4 tahun kawin, agaknya dia pun dah malas nak layan feeling2 sedih isteri ni, diri sendiri je la yang pujuk. Skrg dah tahap "tak kisah" kot, dah kurang sentap...just go with the flow je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai Yani jangan cakap macam tu. InsyaAllah suatu hari nnt kita jumpa ramai-ramai ye... kalau Yana trun ke Melaka, nnt Yana roger Yani.

      Hugs Yani...semoga ada rezeki kita bergelar ibu, InsyaAllah..

      Delete
  4. mata kita masuk habuk lepas baca entry ni.. sobsobsob..

    apappun yg berlaku, ingat bahawa Allah sedang merancang yg lebih baik utk kita..

    luv u dear!

    ReplyDelete
  5. Hi Yana! Salam kenal. Insha Allah ada harapan buat kita semua. DL akan sama doakan. DL dah masuk tahun ke empat perkahwinan pun dah mula rasa pressure dan kesedihannya, tak dapat bayangkan Yana macam mana dah lima tahun. Allah yang beri kekuatan kepada kita. Allah. Tak ada yang lain.

    ReplyDelete
  6. Sama. Dah lima tahun. Tak apa moga ada rezeki kita yang menanti..Saya pun jenis tak bercerita sangat hal macam ni i.e.TTC pada orang, sebab walaupun keluarga terdekat, mereka takkan faham

    ReplyDelete
  7. keep strong beb. i feel u!

    ReplyDelete
  8. amin. semoga kita sama sama capai hasrat tu :) salam singgah

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum . bila anne baca entry ni buat anne lagi berusaha nak dptkan zuriat . walaupun ada sikit rasa kecewa setiap kali mr.p dtg, tp bila baca balik apa sis tulis rasa semangat . anne harap semua ttcians akan dpt zuriat dengan secepatnya dengan izin-Nya

    staystrongstaysteady ! kipidap 😄

    ReplyDelete
  10. UPT tester murah(rm1.00) dan OPK tester murah(rm1.20/pc), boleh pm atau layari blog saya kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
    (cara penggunaan pun diberi sekali), produk sy ini menguji adakah anda hamil-(upt) dan mengetahui masa subur anda dalam usaha mendapat zuriat(opk) secara amnya,bole hubungi nor 0148004302

    ReplyDelete

tulis jgn xtulis..hihi TQ Darl ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...