Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Monday, April 15, 2013

Launching of Gerobok Hana ~ Giveaway

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak share dengan korang satu online shop yang jual shawl and tudung. Cantik-cantik tau design shawl and tudung diorang. =)

Let me introduce you...

Gerobok Hana

Diorang bergerak secara aktif di FB, Blogspot and Instagram..
Untuk Instagram, korang boleh search aje, Gerobok Hana.. sure akan jumpa!!

Best part yang aku nak share sangat pasal Gerobok Hana ni pasalnye.......
 Hari ini adalah hari launching Gerobok Hana.
Hari launching sudah pastinya ada sesuatu yang menarik dari Gerobok Hana untuk korang =)

Gerobok Hana mencari 4 pemenang bertuah untuk menerima hadiah dari diorang bersempena dengan launching day ini...haaaa suke tak? =)

Untuk di FB, korang hanya perlu lakukan 2steps:

Ini link FB Gerobok Hana (klik)
1- LIKE page Gerobok Hana
2 - SHARE page Gerobok Hana di wall FB korang make sure set to public and komen,
'I Love Gerobok Hana'
step seterusnya adalah tugas pemilik Gerobok Hana untuk memilih pemenangnya..hehe

Untuk Bloggers juga 2steps untuk korang menjadi pemenang bertuah.

Ini link blog Gerobok Hana <klik>
1 - FOLLOW blog Gerobok Hana
2 - CREATE entry tentang launching blog Gerobok Hana dengan letakkan banner seperti di bawah ni dan linkkan semula ke blog Gerobok Hana dan make sure ada word,
 'I Love Gerobok Hana'



Senangkan? So, tunggu apa lagi...lets start... ^___^

 Lagi tinggi peluang untuk korang menang kalau korang buat 2steps tu di FB dan blog. =)

Tempoh untuk korang berusaha jadi pemenang bertuah ni adalah bermula dari hari ni, 
15 April hingga 25 April iaitu 10 hari.
 Pemenang akan diumum pada keesokkan harinya, 26 April bersamaan hari Jumaat.

Satu lagi yg best untuk korang, kalau korang nak beli terus lepas menjamu mata kat Gerobok Hana tu, korang akan dapat free gift sekiranya korang mention code yang tertera di banner dibawah. 
Even korang beli sehelai pun, kalau korang mention code tu, korang akan dapat free gift.
Best tau! haaaa cepat-cepat terjah fb, blog n instagram Gerobok Hana.



Selamat mencuba dan selamat membeli..

^__^

daa~~

Monday, March 18, 2013

Gaji Director Legoland???

Assalamualaikum...

Saya nak share something masa jengah Nuffnang tadi..
ekeeeeekek


Siapakah gerangan yang mencari itu? hehe

hehe..itu saje saya nak share.
macam-macam kan?

seronok jugak kadang-kadang tengok keywords2 orang yang masuk blog kita ni.. 

^__^

daa~~

Thursday, February 21, 2013

BE Februari

Assalamualaikum..

Pagi tadi sempat buka Nuffnang, dah lama tak jenguk. Terasa gatal tangan nak cashkan, tapi sayang..gedixx sgt kan? haha

Sekali tengok ada 3BE baru untuk bulan ni.. Terus memang sah-sah tak jadi cash out..hihi..
Saya memang sangat lack of entry bulan ni.
Berperah keringat menyiapkan 3assignment yang belum siap-siap jugak lagi...
Weekend je ade je aktiviti yang nak dibuat. wiken balik kerja, siap-siap nak bersilat kat dapur..  ssipa bersilat, siap menjamu..badan da lemau.. Kadang kul 10 malam dah tutup mata depan tv kalau whatsapp senyap aje...heheh


TQ Nuffnang sebab bagi juga BE even blog sunyi..hihi

Nanti saya akan giatkan usaha untuk menghupdate..hehe


p/s: Eh tak sabo nak g event anak yatim ahad ni..yeayyyy... =)


^__^

daa~~

Monday, January 14, 2013

Autumnz double electric breastpump to let go..not mine!! :)

Assalamualaikum..

SOLD

Saya nak tolong member saya let go dia punya breast pump. So untuk mommy to be & mommy yang da ada baby bleh la jenguk-jenguk iklan ni yea.. =)

Ini gambar yang kawan saya snap...


ini detailsnya..

Here are the details for breast pump … 
Nama Item : DOUBLE ELECTRIC BREASTPUMP with package ( Value buy ) for serious buyer only!! Hurry up…..
Brand/Model : AUTUMNZ
Harga Let GO : RM450 (Include postage)
Harga Belian Asal : RM550
Market Price : RM499.00 (Only for breastpump price )
Saya baru guna dalam dua bulan sahaja. Dan sekarang lebih suka guna manual breastpum senang carry... Juga saya nak let go dalam package termasuk
- 2 ice pack
- 5 storage milk bottle,
- 1 Autumnz backpack..(Khas utk double Breastpum size)

condition: 8/10 used for 2 Months only...and free gift 1 pack mandian herba sesuai bg ibu yg lepas bersalin..



Product Descriptions:-

Autumnz ULTIMATE Double Electric Breastpump comes with the following features:

Dual Pumping : pump both breast simultaneously so can pump more in a shorter time

2-Stage Pumping (T1 & T2) : 'stimulation' & 'pumping' stages for effective & efficient pumping

Anti Backflow Device : prevent milk contamination

Multi Suction Levels : 8 suction levels to choose from

Dual Power Source :  main electric power or batteries

Ultrasoft Silicone Massage Breast Shield : with comfortable massage bubbles design

Light, Compact & Portable : only 400g and with quiet motor unit

User Friendly: easy to assemble, use and clean

Autumnz ULTIMATE Double Electric Breastpump comes with 2-Stage Pumping to mimic baby's natural suckling pattern.

What is 2-Stage Pumping?

While breastfeeding, babies suck in 2 very clear stages:
- fast and light sucking to start your milk flowing
- slower and deeper sucking to get as much milk as quickly as possible
Autumnz ULTIMATE Double Electric Breastpump has the following 2-Stage pumping ability to encourage higher level of milk production:

T1 (Stage 1 – Stimulation Stage) – short & fast rhythm with lighter suction to activate milk letdown

T2 (Stage 2 – Pumping Stage) - slower rhythm with deeper suction to encourage maximum milk flow

The combination of these 2 stages will produce quicker let down and encourage milk flow.

Happy Breastfeeding!

Okeh itu semua saya copy je dari email yang kawan saya bagi..hehe.. Al-maklum, saya tak tahu pasal breastfeeding ni..hehe

So kalau ada siapa-siapa nak tanya or berminat dengan offer ni, boleh email or sms kawan saya..

email : norabiqah@yahoo.com
h/p : 012-7180379

^_____^

daa~~

Wednesday, November 7, 2012

Blog & BE bulan September

Assalamualaikum..


Minggu lepas sekali je saya tengok BE ni. Masa tu terkejut sebab BE bulan September still ade lagi.
macam tak percaya aje. Lama betul dia menari-nari kat blog saya. Then boleh pulak terfikir betul ke tak ni, dah lama sangat tak habis-habis lagi. Bila ada masa masuk page nuffnang ni, saya suka tengok keywords je, nak tau dari keyword mana orang google boleh masuk blog saya. Kadang-kadang ada keyword yang boleh buat saya tersenyum dan tersengih..hehe..hari tu saya jumpa keyword "abang TUDM"..hehe.. lupe nak print screen..hehe

Pagi tadi tergerak hati nak tengok BE pulak. Sekali tengok 2 BE bulan September tu dah dikreditkan. Lepas tu digantikan pulak dengan BE baru, Colgate Palmolive Slim. Bulan Oktober hanya ada 1 BE yang masih menari-mari. BE di blog sayay memang jarang kekal lama-lama sampai sebulan, paling kuat pun 3minggu camtu. itu pun sangat-sangat jarang. Tapi bila BE September tu buat port yang lama di blog saya, of course saya super excited. Benda Baru!!! hehe

Tujuan saya berblog bukanlah untuk duit mahupun mencari follower yang ramai. Saya berblog saje-saje sebab seronok tengok orang lain berblog, meluahkan apa saja yang ada dihati & fikiran. Saya start berblog since 2008 sebenarnya. First entry saya di blog lama, masa tu saya kerja shift malam. Tak tahu nak buat apa, sebab kerja da settle, so saya register blog saya..hehe itu cerita blog lama yang da pudar. Tapi blog tu still ada, maybe ade segelitir blogger yang tahu link blog lama saya dulu. Dalam blog lama tu ade segala cerita preparation kahwin saya. =)
Setakat ni saya ada 2 blog yang masih aktif. Satu blog lagi blog TTC saya. Tapi saya tak annouce kat mana-mana atau siapa-siapa. Mungkin yang tahu hanyalah Geng TTC Corner saya. =) Di situ segala cerita treatment dan usaha TTC saya lahirkan untuk perkongsian dengan rakan-rakan senasib yang dipilih Allah untuk ujian itu. ^_^

Owh rupenya dah lama saya boleh cash outkan duit nuffnang ni. Eh tapi sayangla. Nak biar lama-lama la sikit. Sebab tak pernah terfikir nak buat apa lagi. Tunggu la, fikir dulu nak buat apa. Nak buat bayar yuran belajo boley? haha..

#yeayyyy minggu depan cuti seminggu balik klate!!!..hip hip hurraayyy..rusakdietku! :p

^_____^

daa~~

Tuesday, October 2, 2012

Blueberry cheese tart yang sedap

Assalamualaikum...

Saya jarang beli cheese tart melainkan beli kat bakery. Itu pun kalau teringin sangat-sangat.
Ahad aritu masa dok belek-belek buku prinsip management (baru belek tak bace lagi time tu) hehe, saya jengah jugak fb setengah 15minit sekali..haha..

Sekali nampak ni


Terus saya like and komen nakkkkk..hehe
Alhamdulillah ada rezeki saya.

Rai suruh amek petang semalam, tapi bila petang habis kerja ni 'bercinta' sikit saya nak ke tempat lain selain pecut balik rumah terus..haha. Orang yang duduk Equine Park mesti tauhu sebab apa..haha
Yea, jalan nak masuk equine park/seri kembangan dari putrajaya tersangatlah jam dikala petang orang habis kerja.Sebab tu saya paling lewat pun 5.50ptg akan keluar dari opis. Itu pun jarang sangat la..selalunya tepat 5.30 atau lebih  4-5minit saya pecut balik.hehe

Saya tanya Rai boleh tak amek malam, dia kata boleh aje asal terpacul depan pintu rumah dia.haha..
Dulu saya dah pernah order coklat dari dia dulu..

So malam tadi, tart tu selamat jadi milik saya..haha
Dapat jugak aku rasa tart ko Rai!!! haha
Pergi pun da lewat, thanks to my sayang hubby sebab dalam sakit-sakit kepala tu rajin jugak bawak saya pergi amek tart tu.

Sampai rumah Rai,saya sorang je naik Radhi tunggu dalam kereta.
Masa amek tu borak-borak kejap je, dah malam kan?
Sampai dalam kereta, terus saya bukak dan dengan bismillah ngap masuk mulut saya separuh ketul tart tu..huhu. Erm first bite, sedap, lembut & macam biase saya tahu rai punya air tangan memang tak manis sangat.. 



Air tangan dia ni, saya dah pernah try kek chocolate moist, coklat yang macam dalam link yang saya share tu and this 1, blueberry cheese tart.

Ni saya share link fb & blog Rai bake house



do check if u like to taste it yaaa.. 

^__^

daa~


Wednesday, June 20, 2012

Kakak saya nak jadi penulis

Assalamualaikum...

Meh nak share sikit pada sape yang suka baca novel online.hehe

Dulu cita-cita kakak saya, nak jadi penulis novel, tapi dah amek bidang engineering dan jadi pensyarah terpaksa tinggalkan cita-cita jadi penulis novel..hehe.. :p

Sekarang dia da ada blog. 
Dalam blog dia, dia da start menulis semula. 

Pada siapa yang suka membaca cerita/novel tu bolehla jenguk dan support kakak saya.

Ini link blog dia.


Kakak saya masih baru dengan blog. So jangan pening mencari sambungan cerita tu yea.
Tengok pada blog achieve yang senang.
Tajuknya : Tabahkah Aku.

Selamat membaca!

^___^

daa~~

Friday, June 8, 2012

BE Pertama, Tq Nuffnang!

Assalamualaikum..

Rasanya dah 3-4 bulan saya tak tengok-tengok pun akaun Nuffnang saya. Sebab saya memang tak amek kesah sangat pasal earning-earning ni. haha..Tapi saya seronok tengok earning blogger lain.hehe
Dulu saya pernah cuba nak dapat BE, tak tak dapat pun. At last saya give up, berblog ikut suka, ade idea ada mood saya update.hehe

Lepas terjah blog Zana tengok dia ada update pasal BE dia, teringat pulak saya dah lama tak bukak tengok akaun nuffnang saya. First sekali biasa saya bukak nuffnang saya, saya tengok kata kekunci apa yang orang lepas masuk blog saya. hehe..Kadang-kadang boleh tergelak tau tengok kata kekunci yang dicari..haha..Lepas tu saya tengok analitik. =)

Tadi, ofismate saya datang meja saya, dia tanya berapa dah ada duet? Saya baru teringat nak tengok duet. haha..
Ingatkan masih ditakuk lama atau pun bergerak dalam seringgit, tapiiiiii..beringgit-ringgit yang naik..Alhamdulillah..Sepanjang 3tahun berblogging, pertama kali saya dapat jumpa BE menari di blog (bak kata zana) saya..hehe

TQ NUFFNANG!!!! 
senyum lebar..
^___^


Thanks untuk BE Kimberly Clarke Kotex, RHB Internet banking GSC & UP Madagascar 3..hihih..

Semangat pulak nak mengupdate..huhu..

^_^

daa~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...