Showing posts with label abang. Show all posts
Showing posts with label abang. Show all posts

Tuesday, October 16, 2012

Abang di Paris

Assalamualaikum....

Semalam bukak wall fb abang, tiba-tiba nampak gambar ini dulu !!!!


uwaaaaaa...sangat jeles okeh!!!


Cita-cita abang dari kecil nak jadi Juruterbang TUDM tak kesampaian sebab mak tak izinkan. Saya ingat lagi dulu, mak sorok surat tawaran abang dapat masuk ke Maktab Tentera di Raja. Alasan mak tak nak bagi abang masuk sebab abang sorang je anak lelaki mak. Mak taknak abang bawak jet pejuang..hehe
Even macam tu, alhamdulillah kerjaya abang tak lari jauh dari cita-cita asal dia. 
Sekarang kerja abang men'design' kapal terbang. Bukan semua part la, tak salah saya hari tu dia cerita, sayap & body depan kut kalau tak silap.

Walau abang pergi France ni urusan kerja, tapi saya tetap rasa bangga dengan kejayaan abang. Bukan calang-calang orang yang sesebuah syarikat boleh hantar outstation ke luar negara kan? Ikutkan abang belum setahun masuk company ni. Mungkin pengalaman & attitude diri abang yang buat dia orang yang boleh dibanggakan dalam family kami.

Alhamdulillah sejuk perut mak mengandungkan ko bang! Sejuk jugak pusara arwah papa dengan kerjaya kita 3beradik sekarang. Alhamdulillah!

^____^

daa~~

Friday, September 7, 2012

Tiba-tiba sedih... =(

Assalamualaikum...

Bila adik-beradik tak ramai, sorang duduk jauhhhhhh, mesti akan sangat terasa kan?

Abang saya kena outstation ke France selama 3bulan,
Isnin ni bertolak, berita kami baru dapat semalam..
So Honeymoon and holiday saya bersama keluarga tanpa family abang. 
=(

Lepas balik dari France, abang akan siap-siap untuk pindah ke Bristol, UK.
Abang dapat kerja dengan company sana and surat terima jawatan dia dah hantar.
Paling lewat Februari depan, dia akan pindah ke Bristol.
Tinggallah saya dua beradik dengan kakak di sini.
=_=;

Disebalik kegembiraan dengan kejayaan kerjaya abang, saya sedih bila kami berdua je akan tinggal. Hanya abang adik beradik kami yang lelaki.

Apa pun saya doakan abang selamat pergi dan selamat pulang.

daa~~
                   

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...