Showing posts with label rezeki. Show all posts
Showing posts with label rezeki. Show all posts

Monday, November 30, 2015

Baiti Jannati - Alhamdulillah

Assalamualaikum...

Genap 2tahun lepas entry terakhir aku pasal baiti Jannati. hehe.. Kami masih tinggal di rumah sewa ketiga selepas kahwin..Dan Alhamdulillah, kami dah dapat beli rumah sendiri. Alhamdulillah..alhamdulillah.. alhamdulillah....

Sebenarnya urusan rumah ni bermula dari Jun 2015 aritu  2minggu sebelum kitorang berangkat mengerjakan umrah. Loan pulak lulus 5hari sebelum kitorang berangkat. Alhamdulillah syukur sangat, lega hati masa pergi umrah tu.


2 minggu lepas, selesai urusan deposit dan developer bagitahu rumah dah naik 35%, InsyaAllah kalau tak ade aral melintang, pertengahan tahun 2016 siap tapi estimatenya November 2016. Aku tak kisah pun, siap on time pon takpe.

Owh ye, lupa cite... kitorang beli area Jenjarom. Rumah setingkat 4bilik 2bilik air, 1bilik air dalam master room, 1 lagi kat luar. Kitorang beli end lot. Alhamdulillah within our budget. Segala urusan dipermudahkan dari hari kami booking sehinggalah urusan deposit. Rezeki kami masa ini...

Sekarang aku memang hari-hari dok berangan tengok kitchen cabinet la, tengok langsir la..haha...Nak beli pape, sume bajet nantilah kat umah baru, nantila beli masa masuk umah baru...kuikui...

Sabtu ni radhi ajak p site visit tengok tapak projek rumah baru...Nanti aku tepek sini gambar kalau boleh amek gambar dekat eh. Dan insyaAllah later, aku cerita time by time pasal Our baiti jannati ni...Alhamdulillah syukur!!

daa!
^__^

Thursday, June 6, 2013

Produk Garnier Free :)

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak buat amal sikit..hehe..Aku nak sedekah krim dan pencuci muka Garnier pada pengguna tegar Garnier. 

Alkisahnya macam ni, krim muka yang biasa aku guna dah habis, pencucinya pulak hampir habis. Tokey yang biasa aku beli ni, sedang mengerjakan umrah, next week baru balik. Aku ni sebenarnya amat tak suka nak pos-pos barang macam ni, sebab aku takut hat tiruan..hehe..ade aku google pengedar lain yg dekat dengan aku, call tak jawab, sms tak reply. Dua orang plak tu buat peel gitu. aiseyyy..kuciwa!

So end up, aku gatal-gatal g try beli Garnier punya produk- dalam hati harapnye seswai la dengan kulit muka aku.Aku beli pun yang kecik-kecik je, kononnye nak try aje. 2hari aku pakai, haaaa hamek ko..bertepek-tepek jerawat aku keluar. hishhhh gerammmm! Eh! eh! bukan aku kata Garnier tak bagus! NO NO NO...Mungkin Garnier tak seswai dengan kulit muka aku dan kulit muka aku tak nak berkawan baik dengan Garnier...hehehe..So aku fikir, aku nak sedekah aje la ape yang aku dah beli ni. buat amal sket. hehe..Aku pakai 2hari je, berat lagi.

image from google
-yg ini sudah BOOKED BY SHEILA SALIM-
Light Control oil ni aku cuit 2kali rasanya - makin meriah jerawat aku. Aku da lama tak de jerawat meriah-meriah mcm zaman study dok hostel dulu. Kalau period pun, ade seketul dua je, kiri sebijik kanan sebijik. Ni banyak kut, kat dagu ade 3-4 ketul...huwaaa nak menangis aku tau, dah la nak pegi cuti-cuti esok.. ;(

image from google
Light Complete ni krim malam - Dulu aku tak pakai krim malam, tapi sejak produk aku pakai yang dah habis tu krim malamnya sesuai sangat dengan aku, so aku suka plak pki krim malam. Rasa lembut je muka, bila bangun tidur tauu..hehe..

image from google
Pure Active scrub and foam - ok sumpah aku gatal sebenarnya membeli scrub tu..haha..Orang nak scrub kau nak scrub jugak kononnye..kekekek.. yang ni scrub aku pakai sekali, foam aku pakai 2kali.


So aku suggestkan pada yang dah biasa pakai semua produk di atas, kalau rasa nak..boleh email kat aku..
Aku bagi je, tak da bayaran pape, nak ambik by hand lagi bagus. Aku available area Equine Park - Seri Kembangan, Cyberjaya (office hour), Bandar Baru Bangi (weekend).

Kalau nak boleh email aku : leeyanaradhi@gmail.com, letak subject GARNIER- senang aku alert sket. Kalau ada yang nak pos tu, next week la baru aku boleh pos, sebab aku bercuti esok hingga isnin..yeayyyyy!

Ok aku tegaskan sekali lagi, aku tak kata Garnier tak bagus..banyak review kata Garnier bagus, cuma mungkin kulit muka aku jenis sensitif, so dia memilih sket nak 'berkawan' dengan jenama apa..hahha

ok tawaran ni, siapa cepat dia dapat tau..setiap jenis tu ade satu je...hehe..kalau dah tak ada yang available, nanti aku update je dalam entry ni gak..hehe
cepat..cepat ...cepattt pengguna Garnier, tambah stok anda! heheh

^___^

daa~~

Thursday, February 21, 2013

BE Februari

Assalamualaikum..

Pagi tadi sempat buka Nuffnang, dah lama tak jenguk. Terasa gatal tangan nak cashkan, tapi sayang..gedixx sgt kan? haha

Sekali tengok ada 3BE baru untuk bulan ni.. Terus memang sah-sah tak jadi cash out..hihi..
Saya memang sangat lack of entry bulan ni.
Berperah keringat menyiapkan 3assignment yang belum siap-siap jugak lagi...
Weekend je ade je aktiviti yang nak dibuat. wiken balik kerja, siap-siap nak bersilat kat dapur..  ssipa bersilat, siap menjamu..badan da lemau.. Kadang kul 10 malam dah tutup mata depan tv kalau whatsapp senyap aje...heheh


TQ Nuffnang sebab bagi juga BE even blog sunyi..hihi

Nanti saya akan giatkan usaha untuk menghupdate..hehe


p/s: Eh tak sabo nak g event anak yatim ahad ni..yeayyyy... =)


^__^

daa~~

Wednesday, November 28, 2012

of my dream....

Assalamualaikum.

Ye saya sambung study di OUM - Open University Malaysia..Universiti swasta aje!!
Lebih spesifik saya sambung dalam bidang IT -Major in Network Computing.
Before this saya ada diploma bidang elektronik industri.  

Setelah 4tahun setengah bekerja dalam bidang telekomunikasi yang mana tak banyak saya dapat applykan apa yang saya belajar masa diploma dl, so saya tinggalkan bidang elektronik.
Alhamdulillah saya dapat bekerja di syarikat yang besar di Malaysia ni, setelah berkahwin saya rasa fikiran saya lebih matang dalam berfikir. Saya ada satu impian dalam kerjaya saya ni yang mana saya tak pernah cerita kat sape-sape termasuk suami saya sendiri. Saya rasa sangat rugi kalau saya tak grab peluang yang ada depan mata. InsyaAllah untuk impian itu ada lebih kurang 25thn lagi sebelum saya pencen - jika tak dipaksa pencen pada umur 60tahun...kah kah..

Itu cuma impian saya, saya yakin In shaa Allah pasti DIA izinkan. Kerna banyak lagi yang perlu saya usahakan, for sure zuriat buat suami saya. Jangan pernah bosan baca pasal zuriat dalam blog saya ni, sebab saya rasa itu satu dari doa saya juga. Kata-kata itu satu doa kan???

Memang agak sukar bagi saya yang dulu belajar engineering nak convert ke bidang IT. 
Engineering saya banyak guna formula dan calculator, IT rasa kebanyakkannya perlu otak yg kreatif dan banyak membaca. Anyhow saya MESTI buat jugak untuk pastikan impian saya tu tercapai!

Jadi student OUM tak sama dengan student IPTA lain. Yang pasti OUM setahun ada 3semester, kelas 4x setiap semester bagi satu -satu subjek. Sehari satu subjek, 2jam tutorial. Dalam 2jam tu paling sikit 2topik akan habis. Tutor memang akan laju macam ERL..haha..Konsep belajar di OUM, adalah online. Forum, Digital library, e-tutor macam-macam ada dalam website OUM bg registered student. 
Natijahnya, tepuk dada tanya selera. memang kena banyak belajar sendiri dan cari sendiri. 

Saya baru selesaikan 3 assignment untuk 3subjek semester ni. Final exam? InsyaAllah 8disember mula. tapi paper saya start 23 disember. Belum pun start final exam, subjek utk sem depan dah kena register. Alhamdulillah i've done for that 3 subjek utk next sem. 
Excited coz mula subjek network. =)
Semoga saya berjaya hingga hujungnya. Dalam pada tu, usaha saya untuk conceive tak pernah terhenti. Entah-entah dapat bawak baby in tummy pergi kelas dengan mummy..who knows kan? In shaa Allah =)

Kalau ada nak tanya pasal study di OUM , bleh je drop komen or email sy, In shaa Allah saya try jawab mana yang saya tauhu..hehe..

^___^

daa~~

Tuesday, October 16, 2012

Abang di Paris

Assalamualaikum....

Semalam bukak wall fb abang, tiba-tiba nampak gambar ini dulu !!!!


uwaaaaaa...sangat jeles okeh!!!


Cita-cita abang dari kecil nak jadi Juruterbang TUDM tak kesampaian sebab mak tak izinkan. Saya ingat lagi dulu, mak sorok surat tawaran abang dapat masuk ke Maktab Tentera di Raja. Alasan mak tak nak bagi abang masuk sebab abang sorang je anak lelaki mak. Mak taknak abang bawak jet pejuang..hehe
Even macam tu, alhamdulillah kerjaya abang tak lari jauh dari cita-cita asal dia. 
Sekarang kerja abang men'design' kapal terbang. Bukan semua part la, tak salah saya hari tu dia cerita, sayap & body depan kut kalau tak silap.

Walau abang pergi France ni urusan kerja, tapi saya tetap rasa bangga dengan kejayaan abang. Bukan calang-calang orang yang sesebuah syarikat boleh hantar outstation ke luar negara kan? Ikutkan abang belum setahun masuk company ni. Mungkin pengalaman & attitude diri abang yang buat dia orang yang boleh dibanggakan dalam family kami.

Alhamdulillah sejuk perut mak mengandungkan ko bang! Sejuk jugak pusara arwah papa dengan kerjaya kita 3beradik sekarang. Alhamdulillah!

^____^

daa~~

Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday ~ Yippieee =)

Assalamualaikum...


Rejeki! 

^___^

daa~~

Friday, June 15, 2012

Rezeki hari Jumaat

Assalamualaikum..

Rutin hari jumaat bila kerja xbz adalah telefon mak mertua saya.hihi
Minggu lepas tak sempat telefon pun, sebab kebizian yang teramat sangat..huhu

Saya telefon tadi, mak mertua tengah masak lauk nak bawak pergi asrama adik ipar saya yang bongsu lepas abah balik solat jumaat.
Borak-borak punya borak, saya cakap la yang kami akan balik kampung untuk sambut puasa nanti. Tapi mungkin tak balik lama la. Buka puasa hari pertama dirumah mak mertua, buka puasa hari kedua dirumah tok Radhi di kampung sebelah. Lepas berbuka, siap-siap solat terus balik KL, sebab Isnin tu nanti mak saya pulak nak berangkat menunaikan umrah. huhu dah siap planning semua.
Harap-harap dipermudahkan =)

Lepas borak pasal puasa tu dengan ma, ma cakap dia ada hadiah untuk saya. Wahhh dalam hati da girang gumbira.haha...
Saya tanya hadiah apa pulak? Ma cakap saje nak kasi hadiah kat saya. Dia cakap, dia tengok saya tak ada lagi benda tu, so dia beli la untuk saya.huhu

Nak tau ape benda tu?hehe
jeng jeng jeng....

"Seutas rantai emas"

(^__^)

Saya memang tak sangka sangat. Dan mungkin mak mertua saya ada instinct kot. Saya memang tengah kumpul-kumpul duit nak beli rantai emas. tapi selalu je la lari ke lain budgetnya..hihi..Ditambah pulak harga emas melambung.huhu..Tapi saya tahu itu kehendak, bukan keperluan.
Nak buat emas jadi aset pelaburan pun, saya belum terbuka hati lagi nak buat benda-benda tu semua. 
Sebab tu saya takla terkejar-kejar sangat untuk simpan duit beli rantai. hehe..Tak ada siapa pun tahu saya simpan duit untuk beli rantai, Radhi pun tak tahu, cuma dulu lepas kawen saya cakap kat dia, duit mas kawen yg dia bagi tu saya nak buat beli rantai, tapi kena tambah lagi la. Dia cuma kata, ikutlah!.huhu
Dan saya rasa dia pun dah lupa pasal itu..huhu

Segan pulak dengan mak mertua.hihi..
Saya tahu dia ikhlas sebab dia memang suka benda-benda camni. Cucu pertama dia tu pun, dia bagi set set rantai dengan gelang. Telinga pun da kena tindik tu seawal umur setahun.hadiah hari jadi aritu, tokma bagi.hehe

InsyaAllah ada rezeki lebih nanti saya bagi hadiah kat ma pulak. Sekarang ni budget untuk tambah duit belanja untuk mak ke umrah. Saya cuma berharap mak selamat pergi dan selamat pulang. 
Hanya satu yang saya nak minta mak buat untuk saya disana nanti, doanya agar saya dikurniakan zuriat.

^__^

daa~~





Monday, June 11, 2012

London vs Australia ^_*

Assalamualaikum..

Malam tadi masa dalam perjalanan balik dari rumah abang saya, kami borak-borak pasal kerja. Plus dari Sg.buloh ke saujana putra agak sunyi, yela time tu dah pukul 1245tgh mlm. Mungkin ramai juga yang dah tido dan ramai yang dah terpaku depan TV tengok Euro 2012.hehe..Tengah-tengah jalan yang sunyi tu, ada jugak la sekumpulan mat rempit dengan motor RXZ buat aksi superman atas motor dengan laju ke kiri-ke kanan jalan. Saya kalau nampak mat rempit camni, memang macam-macam yang keluar dari mulut saya. Nak sangat tengok diorang tergolek depan mata, Padan muka.. menyusahkan orang je!

Dah lepas tgk aksi spiderman yangtak bertauliah tu, terkeluar dari mulut Radhi, suh saya tengok tiket flight ke London. Dalam hati masa tu dah terfikir, demam kot suamiku ni..hehe..
Saya tanya dia nak buat apa? Dia jawab,
" Ayang tengok aje la, abang nak jejak kaki ke sana,"
Saya senyum- senyum kambing pandang dia yang tengah drive tu..hehe
Mungkin dia pun dapat rasa saya tengah, menganjing dia , terus dia cakap.
"Abang cakap betul-betul ni, tak main-main" dengan muka serius.
Saya pun layan aje la.tapi dalam hati nak gelak jugak..Saya tak pernah terfikir yang dia akan cakap macam tu.
Apa pun saya tetapkan doakan impian dia tercapai.hehe. *semestinya dia tak kan tinggalkan wife dia ni kan :p*

Kebetulan pagi ni di ofis, saya tak ada banyak access yang perlu dibuat ad-hoc, cuma ada yang follow up saje, so saya bukak la web MAS. Sekali tengok perghhhh nak terkeluar bijik mata tengok flight return utk sorang..uhuh..Memang saya tak mengharap pun pergi sana, macam membazir. Saya dan suami bukanlah yang berpendapatan hingga 4k sebulan..huhu..Tapi saya tetap akan sokong impian Radhi tu. =)
Dah tengok tiket pergi London, saya cuci mata pulak bukak web Air Asia.
Saya tengok tiket ke Gold Coast. Hurm agak okla kalau kena dengan plan untuk jangka masa panjang. =)

Saya text dekat Radhi dengan apa yang saya tengok tu.hehe
Untuk London tu dia cakap paling awal 2014 boleh pegi, lepas tu saya propose pulak dekat dia apa yang saya tengok di web Air Asia tu..hik hik..

Dia balas, " kalau Australia, tengah tahun depan ke takpun nak dekat-dekat salji turun ke bleh la kalau ayang nak pegi"
Weeeee dalam hati hanya tuhan yang tahu, walaupun benda tu rasanya mustahil. Tapi saya sangat berbesar hati sebab suami berhajat nak bawak saya melencong melancong ke negara omputih..hehe

Saya tak pernah minta dia bawak saya keluar negara, apatah lagi ke negara mat salleh. Saya tahu dimana kemampuan kami berdua.Banyak lagi benda-benda yang lagi penting.
Tapi saya sangat-sangat terharu dengan niat suami saya itu.
Impian saya cuma ingin menjelajah 1 Malaysia, jika diberi rezeki lebih alhamdulillah saya terima jika DIA izinkan kami tengok negara orang =)

Jika ada pun rezeki itu, saya rasa nak propose untuk buat IUI berbanding ke Australia.hehe
Apapun hanya DIA yang tahu sejauh mana layaknya kita untuk semua rezeki dariNYA.

^_^

daa~~

Sunday, May 20, 2012

Takaful & Insurans

Assalamualaikum..

Alhamdulillah setelah sebulan saya kerja waktu normal (830am - 530pm), akhirnya Radhi pun dapat kerja waktu normal. Cumanya..huhu still ade cumanya, Radhi kerja 6hari seminggu dan off hanya pada hari ahad. Well pada kami, itu lebih baik dari dulu kan? hehe
Alhamdulillah berkat kesabaran, itulah ganjarannya. =)

Di tempat kerja baru, Radhi dapat pegang jawatan yang setaraf dengan kelulusan dia, iaitu "Chargeman"..hee
Berbanding dengan dulu, walaupun kelulusan Radhi adalah penjaga jentera Elektrik= Chargeman, tapi jawatan yang dia sandang tetap juruteknik = technician.

Dah 3hari dia start kerja tempat baru, nampaknya dia suka dengan kerja baru dia tu. Bila dah sandang jawatan lebih tinggi, dan alhamdulillah gaji pun lebih dari dulu. ^_^
Dia cakap, even gaji dah lebih pun, tak naklah membazir-bazir shopping suka hati. Dia plan nak ambil insurans takaful untuk kami berdua. yahoooo.. =)

Walau tak banyak pun, at least ada jugak menyimpan di insurans takaful tu kan. Tak da la duit tu mengalir entah ke mana. Tapi, nafkah zahir bulanan saya dia akan naikkan sikit dari dulu... *yahuuu lagii* haha

So sekarang kitorang tengah dok terfikir-fikir nak amek insurans takaful yang mana.

Any idea guys?




Yang mana satu bakal menjadi pilihan? hehe

Sape-sape ada cadangan or nasihat, lets share!!!
 Nak email saya pun boleh: leeyanaradhi@gmail.com

thanks in advance =)

^___^

daa~~

Monday, April 2, 2012

Alhamdulillah, masih bernafas =)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ini saya genap 28tahun 2hari. ^_^
Semoga Allah panjangkan usia saya untuk terus beribadat kepadaNYA.
Semoga Allah panjangkan umur saya untuk berbakti kepada mak saya.
Semoga Allah panjangkan usia saya untuk saya lahirkan zuriat buat suami saya yang tersayang.
Amin Ya Rabbal alamin..

Terima kasih buat kawan-kawan yang wish dan doa untuk saya. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Saya dapat hadiah dari Radhi..hehee..
 Nak tahu apa?
v
v
v
v
v
v
v
v


Saya memang tak ada mixer sebelum ni, kalau buat apam ke buat kek ke, saya pinjam mixer ofismate.hehee Dia pun jarang pakai, tu yang dia tak kisah kot. Tapi nak pinjam banyak-banyak kali saya la yang segan pulak.hihi.. Dulu saya pernah la cakap dengan Radhi, nanti bonus saya nak beli mixer. Dia jawab, beli mahal-mahal bukan selalu pakai pun. Lain la kalau selalu buat..terus cam terfikir.. hurm betul jugak, tapi saya balas balik, ala beli yang biasa-biasa aje, ok kot..hiihh.. Dia senyum je..

Seminggu sebelum harilahir saya, saya cakap dekat Radhi. Saya dah berniat lama nak buat apam polka dot tu  dan nak sedekah kat taska or tadika yang ada kat area rumah saya. Tapi saya tak tahu berapa orang ada kat taska/tadika tu. Nak tanya segan.heeee *_^

Sampailah saya bercerita kat ofismate saya, tetibe saya terfikir nak hantar kat taska anak dia je. hehhe.. So saya mintak tolong dia je tanyakan cikgu taska anak dia, berapa ramai anak-anak disitu. Bila dah tahu berapa ramai, saya pun cerita kat Radhi. Saya cakap kat dia, sabtu tu saya nak beli mixer la..tak payah ada bowl pun takpe. Beli yang pegang kat tangan je. Radhi kata OK..

Sampai di supermarket, Radhi pergi tarik tangan saya ke bahagian barang2 elektrik. Then dia cakap, "pilihla mixer yang mana nak, abang kasi hadiah"
Dalam hati dah berbunga riang, naseb kat supermarket, kalau kat rumah tu, dah kena peluk ketat-ketat tu..muahhha...
 Sebenarnya dia da cakap awal-awal tak de birthday present, sebab dah bagi awal aritu masa bulan januari. Saya dapat Sony Cyber Shot yang saya idamkan..hihih
Saya OK je, sebab saya bukan jenis dimanjakan dengan hadiah-hadiah yang berharga time hari istimewa. Bagi kitorg ikut dan je, kalau ada duit lebih nak kasi present kat pasangan, just do it. saya pun tak pernah tanya duit dia ada banyak mana, sebab cukup dengan nafkah yg dia bagi untuk saya dan rumah untuk saya berlindung. :)

Sehari lepas dapat mixer tu, saya start buat apam polka dot untuk anak-anak di taska tu.
Alhamdulillah niat saya dipermudahkan. =)


apam yang siap dikukus..menunggu masa untuk dipacking..hehee



Gambar atas ni pulak, yang dah siap dibungkus. Ada dua ketul setiap bungkus. Semua sekali ada 35bungkus.
Semoga gembira anak-anak di taska tu dapat apam yang demok-demok n colourful..ihihhih.

InsyaAllah ada rezeki nanti saya buat lagi..Ada lagi ni niat & nazar yang belum sempurna...

^_^  

daa~~

Monday, December 12, 2011

Dia sangat comel..

Salam peeps

Malas nak taip panjang-panjang, layan gambar si dia yang comel ni je eyh...

ini gambar masa 4hari

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ini pula gambar sekarang..
agak-agak korang la berapa umur baby ni? hihi
comel kan ? geram...


ini lagi buat aunty oleen geram tau adreanna!..
owh calar kt tepi mata tu, kena kuku dia..da pandai cakau-cakau yea..


haaa tengok kau...gaun kembang lagi gitu.. ;)
Nama dia : Nur Adreanna Delisha..


inilah anak teman baik saya dan Radhi.. Mama & Papa Adreanna ni 2tahun kawen baru dapat Adreanna..dua bulan lepas anniversary kedua, Mama Adreanna disahkan pregnant..hihhi..
3bulan Adreanna dalam perut Mama, saya n Radhi angkut diorg ke Cameron Highland, hanimun secara berpakej..kitorg mmg cenggitu..ihih..
Next year tunggu Adreanna besar sket, kita jalan jauh lagi yea tayang mucuk-mucuk..

Aishhh...memang buat aunty geram, kang hari-hari ajak uncle Radhi g umah nanti...hihi..

Thursday, December 8, 2011

Solat sunat Isyraq

Salam peeps..

Korang pernah buat solat sunat Isyraq?
Saya baru tauhu tahu pasal solat sunat Isyraq ni semalam dari seorang kakak..uhh jahiliah nye aku, MasyaAllah..
:( 
Saya rasa macam pernah tahu pasal solat sunat Isyraq ni masa di sekolah agama dulu, tapi tu la kan bila masuk sekolah tu tanpa kerelaan hati, memang susah nak lekat ilmunya..lagi sekali jahil...Ampunkan hambamu ini Ya Allah..

Malam semalam kakak tu cakap amalkan solat sunat Isyraq, banyak kelebihannya..
Sebelum tido semalam, saya try buka buku panduan solat-solat sunat yang ada dalam simpanan. 
and yes ternyata tertulis di mukasurat 8, Solat sunat Isyraq..tengok sekali imbas sebab da larut malam sangat, perlu berjaga awal sebab baju belum gosok untuk ke pejabat pagi ni..^_^

Pagi ni sampai pejabat, dah siap log on semua sistem, terus saya google tentang solat sunat isyraq.

Untuk panduan kamu yang membaca: 

Solat sunat Isyraq ialah solat dua rakaat yang dikerjakan pada pagi hari sebaik sahaja terbit matahari di mana tingginya kira-kira 3 meter (10 kaki)pada jam antara 7.00 hingga 7.30pagi. Solat sunat ini memberi ganjaran pahala yang besar bagi seseiapa yang menunaikannya. Sabda Rasulullah saw (maksudnya) :

"Sesiapa yang solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah SWT sehingga naik matahari dan mengerjakan soalt dua rakaat, adalah baginya pahala seperti pahala haji dan umrah yang sempurna".

Lafaz dan niatnya :

"Sahaja aku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Taala".

a) Pada rakaat pertama, selepas membaca al-Fatihah disunatkan membaca surah 
al-Kafiruun hingga akhir.

b) Pada rakaat kedua pula, disunatkan membaca surah al-Ikhlas hingga akhir selepas 
membaca surah al-Fatihah.

Selepas memberi salam, baca doa berikut :

"Segala puji bagi Allah yang menjadikan hari dengan sejahtera dan menjalankannya dengan matahari daripada laluannya. Ya Allah, kurniakan aku rezeki yang baik pada hari ini dan jauhkan daripada aku keburukan. Ya Allah, kurniakan cahaya pada hati aku dengan nur hidayah, sebagaimana Engkau telah menyinari bumi dengan cahaya matahariMu selama-lamanya, dengan rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang".

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama menunaikan solat sunat Isyraq bila mana kita mempunyai kelapangan, khususnya pada waktu pagi. Rebutlah peluang semasa hayat kita dikandung badan untuk mencari sebanyak mungkin bekalan menuju ke akhirat sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

"Dan carilah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah taqwa".

image credit to google

Friday, November 25, 2011

Malang tak berbau T__T

Salam peeps..

Hari ni nak share kisah sedih..huhuh..fresh lg neh..hihi

Kisahnya jadi semalam, memang our bad day kot..huhu..bukan rezeki kami..tapi hati kena tenang  ^_^

Minggu ni kami kerja pagi, so dalam jam 3.30- 4 petang baru ada di rumah. Hari ni punya plan, ke rumah ibu di Kg. Bharu.  Mulanya rancangan nak belanja my big family kat satay aje..tapi Radhi kata tak mau makan Satay Kxxxx Haji. S tu...hihi..so end up dengan kami beli ikan siakap senohong gelama ikan duri di pasar dan bawa utk di masak di rumah ibu..

-kes pertama-
Semalam saya lewat sikit touch out di opis.. dalam pkul 4.08ptg gitu, sebab bergosip dulu kejap..ihih..Tengah menapak ke kereta, Radhi kol tanye sport shoes saya letak mana? dalam hati masa tu dah terdetik ada yang tak kena kat rumah..
Saya cakap , ada je dalam kereta. (Mostly kasut saya semua dalam kereta.huhu....selipar jepun je kat rumah..) saya tanya Radhi, kenapa?
Dia cakap kasut kena rembat. Tinggal selipar buruks je..adoi dalam hati lagi sekali, habisla sandal baru laki aku..haha..

Radhi baru je beli sandal Admiral yang jenis bertali tu. Walaupun design macam dah lama, tapi saya suka tengok Radhi pakai sandal tu, sebab terserlah kaki dia yang putih mengalahkan saya..haha..
Dia kata 1st time dia pakai sandal macam tu..hihi
Poor my hubby, da la kaki panjang susah nak car saiz, bila dapat yang berkenan n ada saiz. ini pula jadinya.. Rasanya tak sampai 5kali pun lagi pakai..
Tak pe sayang, nanti kita beli baru ek..Jangan nanges tau! heee~~

- kes kedua-
Lupa dah kisah kasut kene curi. bersiap untuk ke pasar dan shoot ke Kg. Bharu. 
Secara pantas, pilih-pilih ikan, beli-beli bahan lain. Dalan jam 530ptg gerak ke KL melalui Max Highway sebab fikir jam orang balik kerja. Biasa la Max Highway memang perjalanan lancar je kalau tak eksiden ataupun kontraktor baiki jalan. Dah separauh jalan, rasanya sampai di Bukit Jalil, tiba-tiba "tuuuppp", seketul batu singgah ke cermin kekasih gelapku, Si putih...adehhhhhh.. trus nak nanges... 
berbekas tau!. dan luka kekasih gelap..even selapis aje yg retak (belah dalam xrasa) tapi saya tetap rasa nak nangis.. huhu..Yela kekasih gelap tu accident free tau setakat ni..Terus keluar dari mulut Radhi,
""Yang, nanti renew roadtax n insurans tambah windscreen la"
huhu..
Bila renew sebelum2 ni, dia asyik cakap tak payah je bila saya tanya nak tambah windscreen ke..Dia just suruh tambah untuk bencana alam je.. Hoho
Lega jugak bulan depan saya dah nak renew roadtax n insurans..So harap cermin kekasih gelap bertahan la yea..ihihi..

-kes ketiga-
Sampai rumah ibu, kakak belum balik bawak anak-anak dia jalan-jalan. So saya dengan mama n ibu la yang bersilat kat dapur..ihih.
Time basuh ikan siakap yang 3ekor tu, zassss ibu jari kanan saya tercucuk siripnya. adeh trus mengalir darah. dalam jugak la tercucuknya. terus saya alih ikan dr sinki, alirkan terus ibu jari ke paip air.. picit darah kuar sampai habis.. ade jugak la dalam 2-3minit..Rasa nak nanges lagi (kuat betul drama!)
Buat relax aje, sebab rasa cam tak de pape. 
Owh kasi perut kamu kamu berdendang sket

Ikan siakap yang 3ekor tu saya masak :
2 ekor saya masak 3rasa - yippiee!!
           seekor saya buat masak stim..yummieee!!

Bila dah beramah mesra dengan anak-anak buah saya yang 6org tu, saya pun mintak diri untuk pulang, esok (arini la tu) kerja, haruslah pulang awal, sebab sy yang paling jauh. Abang sy sampai lambat sebab habis kerja pun pukul 7mlm. Mula kerja pun pukul 10pagi, xyah la nak terkejar-kejat balik kan. huhu..Sepupu saya pun dok Gombak tu je haa...Pejam sekali celik sekali dah sampai (okeh tipu!) ..Dalam kereta msa nak balik tu baru terasa ibu jari saya sakit lagi sebenarnya, sampai rumah mandi, tengok macam bengkak je. Sebabkan ngantuk gile n penat masak kat dapur tadi, saya terus tertido dan lupa nk sapu minyak gamat yang Radhi suruh tu.

Eyh tapi bangun pagi tadi saya bau minyak gamat kat jari saya..hee~~~
So sweet u hubby! 
^_^

Itulah 3 kes yang jadi semalam, saya sedar hidup kita ibarat roda..adakalanya diatas dan adakalanya dibawah.

p/s : Kalau duet banyak-banyak pun tapi xde life, dan tidak mengagihkan kesenangan kamu itu ke arah kebaikan, percayalah ia tidak akan bertahan lama.. renung-renungkan.. ~ buat ingatan kamu-kamu dan diri sendiri juga  =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...