Showing posts with label bulanmadu. Show all posts
Showing posts with label bulanmadu. Show all posts

Tuesday, June 18, 2013

3rd Anniversary Gateway: Backpack Deuter kami

Assalamualaikum..

Aku tak cerita lagi pasal 3rd anniversary gateway kami. Aku cuba cerita step by step dengan ringkas dan padat. hehe.. Actually untuk 3rd anniversary tu kitorang pergi langkawi buat kali ke-2 bersama setelah Oktober tahun kami bercuti bersama family aku di sana juga..hehe Yeaaa, memang aku tak puas pergi Langkawi, ramai tanye aku ape yang best sangat pegi langkawi. Aku pun tak tahu nak jawab ape. Aku rasa tak bosan kat sana..hehe

Cerita pasal kat Langkawi nanti la entry lain. Entry ni aku start pasal backpack jenama Deuter. Kitorang memang suka bawak backpack berbanding beg beroda. Entala ek, memang bag beroda tu lagi mudah time nak ambik-ambik baju, tapi nak membawak tu leceh. Aku malas nk pegang-pegang, heret sane sini. Lagipun mungkin sebab berdua je kot. Lagi selesa galas je kat bahu. Kalau da beranak nanti, aku pilih jugak untuk beg beroda agaknye kotttt..entahlaaaaa... nanti da ada baby, baru fikir! hehe

Backpack lama kitorg, main zipnya dah patah- ganas beno aku neh..haha..Nak cari tempat yang boleh buat tukar zip tu tak jumpa-jumpa lagi. Lagipun backpack lama tu, jenis separuh plastik,separuh kain..so kalau padat-padat sangat aku takut rabak plak.. Memandangkan anniversary gateway ni kitorang kesana selama 4hari, so we all decide beli backpack baru..yeayyyyy!

Mula-mula aku tanya kat FB, yang aku nak tu dah sold out. Pastu aku google jumpa la sorang mamat dgn member dia jual, sama jugak, yang aku tu tak da. Then aku google lagi sekali sampai la aku jumpa blog bro Faizal ni - Backpack.. Aku usha-usha blog dia, then aku call terus dia tanya. Malam tu jugak kitorang janji nak jumpa. Alhamdulillah yang aku nak, ada dalam stok dia. =) Aku terus text Radhi, bagitau dia dah janji malam tu dgn bro faizal nak tengok bag. Kitorang janji kul 830mlm kat Petronas Uniten tu. Aku mintak je dia bawak banyak-banyak, senang Radhi nak pilih. sebab dia yang bayau kan, so dia la pilih...muahahha

si oren (baru) - Deuter - 60L+10L

si merah (yang lama) - the north face- 40L

Aku beli yang biasa-biasa je, gred AAA. Aku bukan kategori orang yang mementingkan keORIan barang-barang cam ni. Janji boleh pakai dan rasa berbaloi. CUN!!!
Tapi siapa yang mencari backpack original punya, bro faizal ni ade jual gak. Kalau kat blog dia tu, ada list MAIN MENU 1 dgn MAIN MENU 2. MAIN MENU 1 tu yang original punya. Yang aku beli tu kat list MAIN MENU 2. Siapa yang duduk area Klang Valley ni nak beli backpack, aku suggest deal aje dgn bro faizal ni, jumpa kat simpang luar. Nanti dia bawak selori sekereta backpack untuk dipilih. Macam kitorang, lain yang ditarget, lain yang kitorang sambar..muahahha.. Target nak tengok yang 50L je, sekali 60L+10L kitorang rembat. Aku ok je, senyum leborrr,Radhi yang bayo..kiikikii.. 

Memang sangat-sangat puas hati bila dapat pilih sendiri depan mata and dapat rasa sendiri, backpack aku memang totally kain, tak macam yang lama dulu. Yang aku punya, macam dalam link ni..hehe

Link blog : Deuterforsale
No Fon : Bro Faizal - 012-3949435

^___^

daa~~

Next cerita Gateway : Kereta sewa kami



Wednesday, June 5, 2013

Today is our 3rd anniversary :)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni genap 3tahun usia mahligai perkahwinan kami. Janji Allah itu pasti, suami isteri ditakdirkan melengkapi satu sama lain. =)

3 tahun bersama masih berdua dan masih berusaha untuk rezeki yang terindah itu. Allah selitkan hikmah dibalik ujian yang diturunkanNYA buat kami berdua. Kasih sayang Allah tidak berbelah bahagi. ;)

Buat suami tersayang, selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ke-3. Suka duka kita telah lalui bersama dan akan terus bersama hingga hujung nyawa, InsyaAllah.. 

Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu kaulah cintaku

Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu

I LOVE U MORE and MORE and MORE...

#yeay, tak sabar untuk anniversary gateway this weekend..hurayyyyy!

^__^

daa~~

Tuesday, January 22, 2013

Snow World Genting Highland

Assalamualaikum..

Wiken lepas-lepas kami dgn BFF pergi short trip ke Genting highland & Fraser's hill. Iye fraser's (again) untuk kami berdua..hehe..tak pe janji best..haha

Perjalanan kami mula jam 10pagi dari putrajaya. Cik White kami park di parking rumah BFF..
Memula panjat Genting dulu..weeeee
Dulu saya yang yang bt request kt Radhi nak pergi Genting, tapi say atak set date la bila..Say ajust nak masuk snow world je..Nak main2 tu malas la.. Takuttt!!! hehe



Tiket masuk snow world : Rm 30/ sekepala
Barang-barang yang kita bawa semuanya TAK BOLEH dibawa masuk dalam snow world. But don't worry, ada peti besi simpanan disediakan siap berkunci. Lepas beli tiket, then masuk amek coat, boot, glove tu, sebelum masuk dalam snow world kiri kanan tu ada peti simpanan. Jangan lupa ingat no peti simpanan tu. hehe.


Even secanggih mana pun kamera korang, ianya tak boleh dibawa masuk dalam snow world tu. So memang korang kena tinggalkan dalam peti simpanan. Kat dalam tu ada photographer diorg. Masa kat luar snow world crew CUMA akan cakap gambar sekeping 8R = RM50 tapi apa yang diorang tak mention adalah korang boleh ambil seberapa banyak gambar dalam snow world tu and diorang boleh burn dalam CD dengan harga RM125 untuk kesemua gambar yang korang ambil masa dalam snow world tadi. haha..
Itu la yang terjadi pada kami. So korang yang tengah plan nak pergi tu, ingat!! Masuk je snow wolrd tu, korang trus grab sorang photographer, suh dia ikut korang and kalau boleh n korang tahan sejuk tu, ambillah gambar seluruh pelusuk snow world tu..hehheh

Saya & Radhi tak ambil sekeping gambar pun dalam snow world tu, BFF kami ada la ambil. Masa nak pilih gambar untuk cuci 8R tu, baru gadis kaunter tu mention pasal burn semua gambar dalam CD tu RM125. BFF cuma ada 10keping je gambar. Masa tu baru rasa nyesal kami tak combine bergambar. Boleh share harga tu kan..huhu..

Tak pe, ada alasan nak repeat lagi ke snow world. Tapiiiiiiii... -7 darjah celcius sangat sejukkkkk! saya & Radhi memang tak tahan... Asyik masuk warm house je. Dalam tu ade warm house, bentuk macam iglu. Bila korang pakai boot yang diorang bagi tu, hati-hati bila melangkah masuk ke dalam warm house tu, sebab agak licin. Jangan berlari masuk sebab tak tahan sejuk, kang ada pula yang jatuh macam nangka busuk!!! heeee

Satu lagi, even korang pakai kasut pun, saya rasa better korang ambil juga boot yang diorang bagi tu. Sebabbbbb, bila berjalan dalam snow world tu nanti, korang mesti akan tercedok ais-ais kat bawah tu. So pasti kasut korang akan basah. Oleh itu, pakai saja la boot yang dia bagi tu. Rugi tak pakai, sebab dah bayar masuk mahal-mahal.. Apa aja yang diorang bagi pakai, kitorang pakai je.

Baju coat tu ada saiz tau. And of course yang kitorg pakai tu big-big size..muahahha..
Yang selim-melim boleh la pakai yang warna purple cantik tu....Ruginya tak dapat sarung yang warna purple tu..huhu..

That's all untuk cerita Genting.. Next cerita Fraser's Hill plak.. Fraser's Hill ni panjang sket kot, sebab saya combine cerita saya & Radhi ke Fraser ms new year haritu sekali dengan cerita pergi dengan BFF ni..hehe
tungguuuuu...

^___^

daa~~

Wednesday, January 2, 2013

teaser : Unplanned new year overnite to Fraser Hill


Assalamualaikum...
        

^___^

daa~~


Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, October 29, 2012

TQ Air Asia =)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah berjaya!



We gonna celebrate our 3rd anniversary honeymoon by flying with AA next year...yeayyyy!!

Cuba teka kemana destinasi kami?
hehehehe :p

Oppsss partner honeymoon kami, masih bertarung utk dapatkan tiket & harga sama seperti yang saya dapat ni.

OK da stop, next year fly sekali je. kang dok grab-grab tiket terkena time final exam, menanges la kau,liana!!!!..haha
Owh yang ni saya da budget memang tak kena time final exam, sebab bulan May adalah semester baru..So in june maybe kelas baru start.hehe

^__^

daa~~

Thursday, October 18, 2012

Cuti-Cuti Langkawi - Day 2

Assalamualaikum..

sambungan dari entry ini -> day 1

Janji dengan mak n kakak, jumpa untuk breakfast jam 830pagi, sebab pukul 10 agent yang kami sewa bot+kereta tu nak datang untuk bawak kami ke jeti for island hopping!!!

Kami breakfast di restoran Rasa coz breakfast included sewa bilik. breakfast bukan buffet but kena pilih dari menu breakfast diorang. Sorang 1 makanan & 1 air. yang dewasa majority makan nasi lemak, anak-anak buah saya mat salleh sikit..diorang makan sandwich dangan scrambled egg...huhu..

Jam 10pg, bdk agent tu dtg bawak van, tapi kami decide bawak kereta sndr.senang!! Masalahnya bila da masuk kereta n gerak ke jeti, baru teringat kami hanya sehelai sepinggang! So nanti balik basah kuyup berendam, duduk atas lantai kereta je la, takmo seat basah..haha..

Budak van tu bawak kami ke jeti bersebelahan TM Resort. Jalannya sempit je, so kalau nak park kereta pun tepi-tepi jalan tu je. Tips disini, kalau korang nak pergi island hopping minta aje dengan orang yang u all beli pakej tu hantarkan ke jeti, nnt diorang akan pick up sekali time nak balik. Senang!. jangan lupa tanya/janji pukul berapa nak balilk..hehe

Sampai dijeti, kami beli air mineral je utk bawa ke sana, sebab rasanya tak lapar dah, tapi mungkin haus je. Lagipun saya teringat say apernah baca kt blog lain yang kata jangan bawa plastik makanan ke sana, sebab dijeti tasik dayang bunting banyak monkey! hehe
Siap beli air, kat jeti tu nanti akan ada orang yang ambil gambar candid kita. Tips disini: Sila senyum dan pandang kamera budak tu. Kalau tak, kamu akan menyesal..hehe Sebab apa? akhir cerita tasik dayang bunting saya nanti saya bgtahu kenapa..hee~~

tengok muka budak excited yang kat tengah tu..hehe
Ini bot kami yang punya!
Kitorang sewa sebuah bot untuk island hopping & nissan Serena untuk 3hari di langkawi
total : RM 600
murah ke mahal ek? tak tahu la.
Tapi kitorang puas hati la, sebab pakcik bot tu tak berkira sangat dengan masa. =)
Terima kasih Pak Abu..hehe

Mula-mula kami ke Tasik Dayang Bunting..yeayyy!
ini yang saya nantikan. ^_^

gambar wajib orang akan ambil dlm bot menuju ke tasik..hehe

sudah sampai..yeay!!

penunggu cum penyambut tetamu..hehe.. meraka tak kacau orang pun ;)
sudah sampai..hehe

Saya takut sebab rasa macam tersedut ke bawah je..hehe

akhirnya! kami berendam disini..yeahh..next year again ok syg!! hehe

mak tak berendam, tapi buat keli spa + dpt tgkp ikan


Siap berendam macam badak dalam tasik tu n saya sempat jugak telan sedeguk dua air nye, kami pun berangkat ke jeti untuk ke destinasi seterusnya..hehe

Pulau Singa Besar

Kat sini aktiviti atas bot je. Tengok eagle feeding. Pak Abu campak daging ayam dalam laut tu, then lama sikit eagle akan trun sambar daging-daging ayam tu. Seronok gak. Cantik tau sebab sangat banyak eagle kat sini. Berhenti kat sini dalam 15-20minit camtu je. Tak boleh lama-lama rugi masa nak berendam lagi..hehe

tunggu eagle trun tangkap chicken dalam air
 next stop is : Pulau Beras Basah

Aktiviti di sini mandi-manda tepi pantai sambil bakar kulit bersuka-ria.hehe...Disebabkan saya dah lama tak mandi pantai, so inilah masanya nak lepas gian..haha

Masa kitorang sampai sini, ramai jugak orang.
Cari port sebab mak taknak mandi. Dapatla port atas kayu besar, bolehla mak duduk sambil jaga bag2 & harta karun kami.

hehe

kakakku snorkelling di tepi laut..ahaks..
kitorang buat aktiviti sendiri, tangkap anak ikan. kebetulan ada pulak sekor nemo sesat kat situ. So siapa yang pki snorkel tu la yg menjejak nemo tu..hehe

itu je yang kami buat di ketiga-tiga pulau.
Seronok tak terkata!
Pak Abu pulak jenis tak cerewet, pukul 230ptg baru kami gerak ke jeti pulau beras basah ni.

Ingat tak lagi yang saya cerita ada budak amek gambar time kat jeti tu.

Inilah sebabnya..hehe

kenangan!
 Memangla diorang buat duit, tapi kenangan ni. Radhi tengok je terus dia suruh beli..hehe
Gambar Radhi lawa je, saya suka! Tapi gambar saya tak elok. Saya terpejam mata dengan sekuat hati plak. haha..Mula saya taknak beli, tapi Radhi kata ambil je, kenangan!
Ok word kenangan tu menewaskan saya!..hehe
Selamat RM 20 untuk kenangan..hehe

Lepas beli ni, Kami pun gerak balik ke habitat bilik masing-masing. Mandi-mandi, celup-celup pakaian basah dek air masin tu & solat zuhur. Siap semua kami naik kereta semula, menuju ke pekan Kuah untuk shopping...hehe

Sampai di Kuah, kami cari tempat makan dulu. Kami terus menuju ke dataran lang. Makan area situ je.
Siap makan terus la menuju ke tempat wajib bergambar..hehe

kami memang suka pakai baju yang sama..hehe


me with mom!

Ramai orang time ni, yela hari sabtu kan. Ibarat hari ahad di KL dan negeri-negeri yang cuti sabtu ahad. So time ni la orang amek angin.. =)
Kitorang jalan jugak ke Jetty point, tak beli apa pun, saya beli jagung nelson je. Habis makan sambil jalan menuju ke parking kereta.
Parking kereta dicaj 50sen/sejam.Sangat murah kan..hehe

Keluar dari situ kami gerak ke Haji Ismail group, tempat wajib juga. Ini kat bandar kuah.
Saya beli coklat untuk saya, radhi tak makan coklat sangat & coklat yang dikirim ofismate.

hasil melabur duit
Radhi pulak beli kain batik Jawa Tulis yang ma dia kirim..hehe =)

Siap shopping ni semua pun dah pukul 7 dan azan pun dah berkumandang. Terus balik ke pantai cenang, balik bilik. Dalam 8.30 kami keluar pulak untuk cari dinner.
makan di kedai berdekatan je, sebab hujan renyai-renyai masa tu. Malas nak pergi jauh. Siap makan, saya, kakak & mak pergi tempat urut kaki refleksologi.
RM30/stgh jam
Yang urut tu adalah orang thailand. Memang sangat sedap urutannya. Hilang terus rasa penat seharian tadi.
Mula-mula mak tak nak, tapi teruja tengok saya & kakak diurut, mak pun join dua kaki...hehe.
Bahu pun diurut sekali. Saya memang tak tahan bab bahu ni, Mungkin sebab saya selalu pening/sakit kepala. Ada la kot urat tak betul, nak tanya dgn tukang urut tu agak susah,sebab dia tak faham Malay. English pun ada yang faham ada yang tak.Camno? hehe..So redha je la sebab best..hehe

Siap berurut, kami jalan-jalan sekejap cuci mata di sekitar pantai cenang tu. Pantai cenang ni memang sangat happening time malam tau!!!

okla rasenya itu saja untuk day 2. banyak gila gambar kan? haha.. 1st time saya buat entry yang banyak gila gambar..hehe


^__^

daa~~

bersambung utk last day/ 3... :(


Sunday, October 14, 2012

Cuti-Cuti Langkawi - Day 1

Assalamualaikum...

Sebelum ingatan kenangan langkawi hilang, saya siapkan terus entry langkawi.hehe
Cuti-cuti kami start 5oktober - 7oktober. Singkat je harinye.
Flight kami pada pukul 3.10ptg.
Pagi jumaat tu baru saya terhegeh-hegeh pack barang masuk beg lepas subuh. haha..
sempat jugak saya basuh dulu baju kerja Radhi pagi tu.


Untuk ke LCCT, ofismate sy yang hantar, kitorg park kereta kat ofis saya, then ofismate saya tolong hantar. Pukul  2.15 kami dah terpacak kat LCCT, konon nak isi perut dengan McD, tapi MasyaAllah,full!! yang tengah beratur pun punyalah panjang setiap kaunter, so Radhi malas. End up,berlapor sekejap tunggu sampai langkawi je baru makan. hee~~

Sementara tunggu gate bukak, sempat saya bergambar dulu then tepek kat fb..


Ni masa tengah tunggu to depart. Masa pergi, flight full! yang kerusi merah je kosong..hehe
dalam sejam kami dah landing di Langkawi.. yeahhh! esaited gilaaaa..
Kat sana kami sewa Nissan Serena. Best gila kereta ni, yela kereta besauuu ,2.0cc plak tu..hehe
Flight kakak pukul 7 baru landing. So kami ikut suka hati la berjalan dulu.
Radhi tak habis-habis cakap, nak beli kereta tu sebijik! haha
Lupa amek gambar kereta!..hehe
Lepas amek je kereta kami terus cari port untuk makan. Lapar sangat dah! 
Kami makan di tepi roundboard airport tu: Airport corner.Sedap!!

Kami sewa kereta sekali dengan sewa bot untuk island hopping. Next entry saya cerita harganya ye =)
Sepanjang masa menunggu kakak, kami berjalan ke Cable Car, tapi tak naik pun. Radhi takut gayat! haha. Saya tak mahu amik risiko ajak dia, nanti kalau dia sakit kepala, kan dah spoilt holiday kami...hehe
Then kami ke perdana ape tah namanya. yang ada bot layar tu. kami lepak tepi pantai tu, ada orang jual2 minuman & makanan. So minum lagi la kami..hehe 
Dalam 630 kami gerak slow-slow ke airport, tapi kami lepak kat tepi jalan menuju ke pantai cenang tu. Tepi-tepi jalan ada banyak orang jual laksa, pasembor & macam-macam lagi la. Perut da kenyang sangat pulak. kat situ jugakla Laksa power yang sering diperkatakan tu. Memang ramai orang makan situ.

Dekat-dekat pukul 7 saya dah nampak flight AA nak mendarat, so dah tau kakak nak landing.hehe
Amek kakak sefamily n mak, kami terus gerak ke pantai cenang untuk check in.

Kami check in di Rasa Eksotika Vacation Home. Kami amek 3bilik.


1 family room - ada 2 katil queen - utk kakak n suami dan 2 anak - RM140/nite
1 Deluxe room - 1 katil queen - utk saya & Radhi - RM90/nite
1 superior room - 2 katil super single - utk mak & anak sulung kakak - RM80/nite
all room include with breakfast =)
total all rooms for 3D2N = RM620


Ini gambar bilik saya & Radhi. Ade sofa 2seater+1 L shape, tv, peti sejuk, and wardrobe. Bilik ni tak ada kipas siling, ada air-cond je. So memang sejukkkkkkk jeeeeeee.. heheh :p


Ini pulak bilik kakak. Antik kan katilnye..hehe..Dalam bilik air kakak ada bath tub..hehe
Gambar bilik mak saya lupa amek. hehe Gambar bilik kakak pun saya 'sedut' dari blog kakak..hehe

Memandangkan check in pun dah malam, so siap-siap check in, solat maghrib cecepat sbb dah nak habis waktu..hehe.. Then mandi ape sume, kami makan je di Rasa Eksotika punya restoran. Untuk yang menginap di vacation home ni, dia bagi diskaun 10% utk dinner & lunch. So end up malam tu kami dinner di situ je. makan masak panas. Ikan siakap 3rasa, kailan ikan masin, telur dadar, sup tulang, ayam goreng kunyit, nasi sorang sepinggan then siap tambah 4pinggan pulak, pastu air sirap 2jug, mak minum air panas n radhi amek air nescafe ice. total RM 114 after 10% disc. Murah tak? ngeeeeee :D Kami rasa berbaloi, sebab memang sedapppp.. Siap makan kami jalan-jalan sepanjang jalan di pantai cenang tu, happening!! kiri kanan ada kedai-kedai.

Pukul 11 kami berjalan semula balik ke bilik masing-masing, Siap sedia esok untuk island hopping. yeayyyy!
Aktiviti yang paling saya tunggu-tunggu...hehe

End for day 1.

bersambung untuk day 2...tunguuuuuu

^__^

daa~~

Tuesday, October 9, 2012

Teaser ~ Cuti-cuti Langkawi

Assalamualaikum...

Saya tepek teaser dulu ek..hehe


A must shoot in Langkawi..
hehe =)

^_^

daa~~

Wednesday, October 3, 2012

Wordless Wednesday ~ Boarding pass is ready!!!

Assalamualaikum...



yeayyyy! cant wait..

^___^

daaa~~

Friday, September 14, 2012

Promo Air Asia

Assalamualaikum...



Saya tak tahu mana tarikh yang betul. Kita tunggu dah tengok aje la 17hb tgh mlm tu, klu tak ada 18hb la tu..hehe

Tapi hati saya kuat kata 18hb, sbb diorg takkan buatnya promo time esoknya tu orang cuti...kan kan kan?
17hb kan cuti ganti 1malaysia..hehe

Bersedia untuk merembat !!!

^____^

daa~~

Tuesday, September 11, 2012

Matta Fair September 2012

Assalamualaikum...

Cerita pasal Matta fair dulu ek..hehe
Sorang ofismate saya pergi makan angin ke Turki minggu lepas. Tak ramai yang tahu, itupun saya puas korek-korek dari tuan punya badan ke mana dia nak melancong..hehe. 

Macam-macam saya tanya dia. Bajet la ape la.. Dia cakap dia amek pakej masa pergi Matta Fair sebelum ni. Lepas 10minit habis borak dengan dia, dia bagitahu saya minggu depan (pada waktu itu) ada Matta Fair - 7-9 Sept. Dat tyme saya tengah 'gtalk' dengan kakak saya, terus aje jari laju menaip ajak dia jenguk Matta Fair. hehe..Ajakan saya terus dijawab OK..hehe
Iye! Saya tak pernah pergi Matta Fair even da duduk Klang valley ni bertahun. Saya malas ke tempat crowded ditambah pulak Radhi pun spesis tak suka ke tempat crowded so memang tak la nak pergi ape-ape fair ni.

Saya & kakak decide pergi ke sana hari Sabtu. So pagi tu saya keluar seawal jam 8.30pagi. Menuju ke rumah kakak, pick up dia di rumah then park kereta saya di Komuter UKM. Rumah kakak sekangkang kera aje dengan komuter UKM tu..heee..

Sampai kat PWTC, dalam pukul 1045pagi, orang tak ramai sangat lagi. Bolehla nak berlenggang kangkung dalam dewan tu. Kami masuk dewan1 kot.Dewan yang jumpe mula-mula sekali. Kakak nak cari pakej ke Sabah, saya ? tettttttt..hehe.. Kitorg amek je flyers yang diorg bagi, sambil jalan sambil telek-telek flyers.

Then jalan punya jalan, sampaila kat booth yang banyak pakej ke Langkawi. Oh yes! saya akan ke langkawi untuk hanimun 3minggu lagi..owhhh xsabar!
kami pergi dengan mak, kakak n family. Sepatutnya ada abang n family, tapi semalam abang da selamat berlepas ke France untuk outstation 3bulan. So kakak ipar saya tak mau pergi without abang, susah nak kawal anak-anak dia..hehe

Untuk ke langkawi kami cuma belum ada kereta sewa & pakej island hopping. Kitorg decide nak amek MPV je nanti, senang. So dari 1 booh ke 1 booth kami singgah, sampaila kami deal di meja bulat dengan 1 agent. Mulanya akak tu kasi kami pakej MPV + island hopping (bot sendiri, bkn sharing) + mangrove tour.
Tapi disebabkan kesuntukan masa dan tujuan saya memang nak island hopping yang utama, so kami tolak pakej mangrove tour. Next time kite mangrove tour..
Dah  diskas punya diskas, siap tekan calculator akak tu 5-6 kali, kakak setuju dengan harga yang diberi. Kitorg bayar dalam 30% deposit aje dulu. balance nanti masa di langkawi baru bayar habis.
Rasanya dah berbaloi kot tu..hehe
Kami dapat sebuah MPV untuk 3hari disana, dan sebuah bot untuk kami island hopping yang mana tidak perlu share dengan orang lain dan kami boleh ikut time kami sendiri. Just deal dengan orang agent tu bila sampai nanti, pukul berapa kami nak start island hopping..hehe Yeay!!!

kakak merenung calculator..ehhe
Beside pakej ni, kitorg ade beli jugak tiket ke Dinasour World di Pusat Sains Negara.. ini ofkos la kakak nak layan anak-anak dia. Tiket murah jugak. total tiket untuk kami 4dewasa, 1 senior citizen, 1 kanak-kanak under 6years old & 1 tiket kanak-kanak under 12years old = RM55 shj.hehe
Ini expired hingga hujung bulan 10. Kakak kata, tunggu suami dia balik cuti wiken, baru kite pergi..yeay!!!



Dapat beg kaler pink ni masa beli tiket.hehe..
owh ye, untuk masuk kesemua dewan, hanya bayaran Rm4 seorang dewasa. Kanak-kanak saya tak ingat..hehe


Banyak ni la flyers dalam beg pink saya tu..hehe. Esok tu baru saya tengok-tengok semua. Kalaula banyak duit dan banyak cuti, saya susun 1-1 percutian saya... ewahhhhh..hehe


tengah jalan nak ke STAR LRT di depan The Mall tu, saya perasan banner ni.
Matta Fair next year is on 15 -17 march!!!
Dont Miss it bebeh!

itu saja, kalau ada apa nak tanya, just drop the comment or email saya yea..

^____^

daa~~

Monday, September 10, 2012

Teaser ~ Matta Fair September 2012

Assalamualaikum...

Nah saya tepek teaser aje dulu..
Cerita selanjutnya tentang pengalaman jejak kaki ke Matta Fair buat kali pertama after this yerrr..



Dalam draft ade cerita raya, ade cerita hanimun kuching haritu...adoii bila nak siap tah..haha..
Ampun!!!
Tunggguuuuuu.. 
Saya mesti publish jugak nanti..hehe

^__^

daa~~

Wednesday, September 5, 2012

Last Honeymoon on 2012 ^__^

Assalamualaikum..

yeayyy!!! cant wait!

   
Last vacation for this year..
Betul, sungguh!!
hehe
Next month akan dapat tittle baru ..amin =)

#Plan vacation untuk 2013 suda masuk list...yehaaaa...ofkos dengan pasangan BFF kami..hehe

Cant wait! cant wait! cant wait!!!

^__^

daa~~          

Monday, July 9, 2012

Percutian RnR di Kuching ~ Day 1

Assalamualaikum..

Seminggu berlalu lepas kami pulang dari Bumi Kenyalang. Ini impian saya dari sekolah rendah nak jejak kaki ke Negeri Santubong ni.
Alhamdulillah Allah makbulkan =)

Kami berlepas ke Sarawak dengan penerbangan Air Asia Airbus A320 jam 1145pagi pada hari Sabtu 30 Jun 2012.
Gambar dalam flight tak dapat nak di snap sebab, sepatutnya saya duduk di tepi tingkap dan Radhi duduk disebelah saya. Tapi sebab saya sampai LCCT pun ngam-ngam choi 5minit sebelum gate tutup, seat saya dah diduduki oleh sorang nyonya Sarawak yang baru pulang dari China. huhu..
Kudos untuk kakak dan abg ipar saya yang sudi hantar ke LCCT, dan kereta avanza dipandu dengan kelajuan 140km/jam..haha

Setelah 1jam 40minit di awangan, kami selamat jejak kaki di Kuching International Airport (KIA) jam 1.25ptg.

Signboard bertentangan KIA

Posing dulu - mengahabiskan masa tunggu kereta sewa dihantar.



Oh yea! Percutian kami adalah bersama BFF. Tahun ni kita terbang jauh sket. Tahun lepas kami bercuti bersama di Cameron Highland. Untuk tahun depan, lokasi telah dikesan. Perbincangan lanjut akan di buat selepas raya.hehe.

Inilah kereta sewa kami sepanjang 4hari 3malam di Kuching.
Untuk price yang kami dapat, saya akan buat separate entry yea.
 Sekali dengan sewa hotel, tiket flight! ;)


Disebabkan berkejar ke LCCT, kami tak sempat makan atau isi perut dulu. Dalam flight pun kami tak amek makanan. Nyonya sebelah makan satay ayam gemuk-gemuk, saya dan Radhi amek bau aje!..hehe
Dapat aje kereta, Radhi terus on papago kat handphone dia dan kami menuju ke hotel untuk check in dan simpan barang dulu.
Satu tips yang saya nak share # kalau dah sampai waktu boleh check in hotel, pergi saje check in dulu dan simpan beg di dalam bilik. Ini boleh menjimatkan sedikit penggunaan minyak kereta kerana kurangnya muatan didlm kereta. =)

Sesudah simpan barang, kami terus menuju ke RJ Ayam Bakar yang saya nampak semasa perjalanan menuju ke hotel tadi..hehe..

Ini gambar di meja makan kami @ RJ Ayam Bakar.
Saya dan Radhi makan Ayam Penyet.
Eyda & Azrul makan nasi bawal bakar. =)
Disini kalau ayam penyet biasa : hanya ada nasi putih, ulam-ulaman dan ayam penyet serta sambal.
Jika nasi ayam penyet special : sama seperti ayam penyet biasa cuma yang specialnya ada tauhu goreng dan tempe goreng. bagi kita disini, semua sama aje kan? hehe
Saya ofkos pilih yang special. Radhi pilih yang biasa aje, sebab dia tak makan tempe! huhu
Total : RM 48.90


Siap makan, kitorg parking semula kereta di kawasan hotel dan bercinta sambil berjalan kaki di kawasan waterfront. Yang sayup di seberang sungai tu adalah bangunan Dewan Undangan negeri (DUN).
Masa kami berjalan di tepi sungai tu, baru lepas hujan. So tak de lah panas sangat.hihi..angin sepoi-sepoi gitu..hihi

Tempat wajib bergambar bila berkunjung ke Kuching. Ke tugu Kuching ni pun, kami hanya berjalan kaki dari waterfront juga tidak jauh dari hotel kami.
Masa nak amnil gambar di tugu ni, sangat ramai orang. Kami macam biasa, buat relax aje dan biarkan orang semua bergambar dl. Lepas tu tinggal kami berempat aje kat situ.hihi. Memang galak berposing, orang dalam kereta dan motor yang lalu lalang dok tengok aje kami.haha

Siap bergambar di tempat wajib, kitorg pulang ke hotel dalam jam 5.30ptg untuk solat asar dan rehat.


Lepas solat maghrib,dalam jam 8malam kami keluar semula. Malam tu kami dinner di Pizza hut sebab ada kupon beli hot tiket yang Eyda simpan tarikh akhirnya adalah 30Jun. So malam tu makanlah pizza. Tapi pizza dia xgebu sangat. tak tahulah diorg makan pizza macam tu ke ataupun diorg tak cukup masak sebab memang padat giler pizza hut malam tu.huhu.

Siap makan, kitorg berjalan semula di waterfront. Menikmati suasana malam di tepi sungai.hihi..
Meriah jugak malam-malam. Kami duduk di kerusi yang disediakan sambil borak-borak dengan badut yang buat bentuk-bentuk dari belon tu. hehe..
Dalam pukul 11 kitorg balik bilik untuk merehatkan mata dan sambung berjalan esok harinya.hihi


that's all for day 1.

bersambung utk day 2 - perjalanan yang jauh ke pasar satok- pasar serikin- semenggoh wildlife.

^__^

daa~~

Wednesday, July 4, 2012

Percutian RnR di Kuching ~ TeASeR =)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah selamat jejak kaki ke KL semula setelah 4hari di Kuching.

As teaser, nah saya tepek A MUST SHOOT @ Kuching..hehe


muka penat tunggu turn nak bergambar kat situ..huhu, time kitorg pergi situ ramai pulak orangnye..

later saya share lagi yea...=)

^__^

daa~~

Wednesday, June 27, 2012

Episod tak sabar!

Assalamualaikum...


3days to go! yabeda bedoooooo...

Minggu ni gi kerja pakai baju kurung aje la sampai jumaat.hihi
Tak nak pakai casual sebab semua baju yang selalu pakai tu, nak digulung masuk dalam bagpack.hihi
 Yes, sy mmg suka gulung baju masuk bag, lagi menjimatkan space rasanya.ihihi.
Backpack 'The North Face' saya hanya yang 45liter je. Itu yang saya punya.
Masa beli yang saya punya tu, saya cuma pendam dlm hati yang yang kaler merah. hihi..
Radhi nak kaler blueblack. Tapi rupanya, dia lagi cerewet dari saya. Dia tak jumpa yang berkenan di hati.
Sudahnya bag saya je dapat disambar.

Untuk terbang sabtu ni, saya pinjam lagi satu bagpack dari ofismate. Tu yang kecik je, saje kot-kot ade benda nak selit-selit bawak lagi..hihi..Saya tak minat dengan bag tarik-tarik ala-ala Akademi Fantasia tu..Susah dan menyusahkan..huhu.. 
Owh itu depend on yourself!
Saya lebih suka bag sandang dibelakang, lebih Rare! *rare la sgt..wewewew*
haha

Biarlah orang kata Kuching tak best pun! Saya pergi nak tengok-tengok tempat orang lantas melengkapkan edisi "RnR Jejak 1Malaysia"....
RnR adalah shortform untuk nama saya n Radhi..ihih
=)

^__^

daa~~


Saturday, June 2, 2012

Tak sabarrrrr....

Assalamualaikum..

Tengok ticker ni:
v
v
v

Hati dah bergelora nak pergi bercuti. Kepala dah serabut dengan macam-macam hal. Rasanya terbang je flight nanti, nak lupakan segala yang terjadi kat sini. Otak takmo fikir apa-apa selain berjalan bersama sidia yang tersayang. ^_^

Badan penat!
Otak penat!
Mata lagi penat dengan schedule site access yang banyak lagi tak settle..phewww..

Saya paling tak suka bila bukan salah saya, tapi disebabkan kerja dalam syarikat yang besar, saya yang menjadi mangsa. Hello!!! pergi marah orang yang sepatutnyalah! phuiiiii..choiii betul!!!

Cepatlah hujung bulan, saya nak bercuti..hihi. Semoga tiada aral melintang diwaktu itu nanti..amin..

^_^

daa~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...