Assalamualaikum...
Hari ni memang aku tak keluar langsung dari rumah, bangun pagi kemas-kemas rumah, basuh kain. Tengahari Radhi minta masak kuey tiow goreng je, tak yah masak nasi. Aku jenguk dari tingkap kat dapur, Ya Allah memang teruk jerebunya. Aku duduk tingkat bawah skali, so nak nampak jauh tu memang tak dapatla. Tapi aku cuba tengok blok sebelah pon, macam kabur-kabur je pandangan.
Lepas zuhur tadi, Radhi keluar dengan kawan dia. Katanya nak ke Plaza Low Yat. Aku pun minta dia belikan printer.hihi..Tak kisahla ape jenamanya, janji bulih diprint. Dia nak cari sekali hard disk netbook dia, kesian dah lama tak terON netbook tu. Hard disk rusak, dek kerana game yang berat gamaknya...hahaha
Aku duduk rumah melayan movie kat laptop aku, memula dok mendraft assignment. Pastu tiba-tiba terklik movie plak yang aku baru copy dari ofis..haha..Aku tengok cerita dua kalimah, lakonan Shaheizy Sam, Nora Danish & Yana Samsudin. Best gak, banyak pengajaran..
Habis movie aku baca Berita Harian online. Tup tup nampak berita ni...
image from BH online |
Aku baca sekali imbas, terus aku whatapps kakak aku yang tengah marking paper student dia. Dia pun tak tahu cerita, sebab sibuk dok marking dan esok nak submit markah. Dia kata tunggu berita malam ni.
Ya Allah telah turun bencana dariMu, semoga dugaan ini membuat kita lebih dekat denganNYA.
Mari sama-sama kita berdoa moga Allah turunkan hujan dan melenyapkan jerebu yang tidak sihat ini
Wallahualam.. apa-apa pun, kita dengar berita jam 8 malam ni.
daa~~
sungguh bahaya ni...keluar rumah kejap pun dah sesak nafas akibat jerebu ni..
ReplyDeletehikmah ada jerebu...bleh galakkan org puasa sunat, x yah kluar lunch... hehheheh
ReplyDelete