Monday, July 1, 2013

Scam email dari RHB Now

Assalamualaikum..

Phewww, alhamdulillah dah masuk Julai pun kita. 9days to Ramadhan, yeay! Aku ada misi untuk Ramadhan ni. Ramadhan lepas tak tercapai misi aku, harapnya setelah Allah bagi peluang untuk aku tempuh Ramadhan ini (inshaaAllah), aku dapat manfaatkannya dengan sebaik mungkin.

Sejak seminggu dua lepas aku selalu terima email dari RHB yang suruh aku validate profile aku macam ni :

nampak kan? sorryla aku edit guna paint je, pc ofis aku tak semakkan dgn software bagai
Aku rasa yang atas tu bukan email pertama yang aku terima. Aku malas nak cari email before-before ni.
Email tu aku ignore tapi dalam hati dok fikir jugak, iye ke tak ek. Sebab monthly salary aku, masuk akaun ni. Mane tak cuak. Itu 24Jun, esoknya payday..hihi

Selang beberapa hari aku dapat lagi email

26 Jun 2013
Masa ni aku dah tak risau sangat, sebab dah dapat gaji. haha.. Actuallu RHB ni semata-mata untuk gaji aku je. Aku tak buat online transaction pun guna RHB ni. Cumanya aku boleh view je gaji dah masuk ke belum or ade berapa lagi balance duit aku.

Dan hari ni, aku dapat lagi email dari RHB ni

email pagi td : 1Julai 2013 dalam 8:30pg
2 Kali aku baca apa yang dia tulis tu, then aku try la klik kata-kata manisnya yang berwarna biru tu. Terus terbukak tab baru yang terpampang website ni

website scam
Ini yang keluar, aku dah termasukkan username, pastu tetiba cam berat jari aku nak menaip bahagian password tu, then aku call la centre diorang yang bernombor : 03-92068228 yang terpampang kat need assistant tu, aku try check dalam database memang nombor tu nombor RHB - (Alhamdulillah keje aku ni, boleh check sape empunya pemilik no direct line sebegitu..hehe)..So aku call, biasalah ada iklan dulu, then aku dapat cakap dengan agent yang bertugas. Di call centre skrg, orang tak panggil operator, orang panggil agent. Operator tu macam operator kilang pulak. Then aku bagi la aku dapat email yang tajuknya sekian-sekian, minta aku buat sekian-sekian, betul ke? Agent tu pun cakap, puan ada klik apa-apa ke? Aku jawab ye, aku ada klik. Then dia tanya, puan ada masukkan username dan password ke? Aku cakap, Alhamdulillah tak lagi. Then dia cakap, OK, Puan JANGAN MASUKKAN apa-apa maklumat yang diminta, sebab ITU ADALAH EMAIL SCAM dari ORANG YANG TAK BERTANGGUNGJAWAB. Fuhhhhh, legaaa aku rasa. Aku hampir terpedaya!!!

Lepas letak telefon dengan agent tu, aku bukak website sebenar-benar RHB online.

true website
Banyak bezanya juga. So kepada kengkawan semua, kalau korang tak pasti betul or tak email yang korang dapat dari bank tu, korang lekas-lekas je telefon call centre diorang.  Biarpun duit tak berkepuk-kepuk dalam tu, tapi jangan sewenang bagi orang ceroboh hak milik kita!!!..

Sekian pesanan khidmat masyarakat..hehe

^___^

daa~~

4 comments:

  1. Assalamualaikum. sheila pun ada dapat email scam ni. tapi sheila tak buka langsung. sheila cuma pakai cimbclicks je. waaa ngerinya kalau terbagi apa2 maklumat kan.

    ReplyDelete
  2. sy pon dpt..tak penah pon guna rhb..huu

    ReplyDelete
  3. hah, mmg Nampak sebijik kan.. kalau yang x alert msti dh main click dah kan.. sue sblum ni pun dh tertipu.. tapi bukan dgn bank..tapi dgn Paypal.. sbb ade urusan jual beli antarabangsa.. sekali paypal yang fake, mmg x dpt la duit..sedih.. huhu

    ReplyDelete
  4. i pon byk dpt email camni...tp dah agak scam, so mmg tak bukla langsung...hehe

    ReplyDelete

tulis jgn xtulis..hihi TQ Darl ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...