Assalamualaikum…
Alhamdulillah selesai aku submit assgment..hehe..berasap jugak
menyiapkan, dengan kawan-kawan nak dating beraya, nak ziarah sementara ada bau
mekah lagi..hehe..
Hari ni cerita bertolak dari KLIA ke Jeddah..Flight kitorang jam
3ptg pd 5Julai bersamaan 18Ramadhan-Ahad. Tak sangka ramai kawan-kawan
saya nak dating hantar. Tekejut jugak MIL tengok..hihi..Ustaz Mutawwif kitorg
tu cakap, orang baik, ramai orang sayang..ewaahhhh..Alhamdulillah dikurnikan
dengan kawan-kawan yang baik jugak. Lagi satu mungkin sebab jatuh hari ahad, so
ramai orang free on dat day. So bolehlah dating KLIA kan..hehe.
Perasaan sedih sebab tak dapat raya dengan my mom tahun ni,
memandangkan giliran raya adalah giliran belah aku dan esaited sebab nak jejak
Tanah Suci, rasa tak sabar nak tengok Masjid Nabawi, nak tengok Kaabah..hehe
Kitorang sampai KLIA jam 12 lebih kurang, aku tinggal kereta kat
ofis. Mintak tolong member-member ofis tengok2 dan panaskan enjin sementara aku
tak de. Kakak aku amik kitorang kat ofis aku, then terus gerak ke KLIA. Beg
troli kitorang PIL aku dah bawak dari Kelantan memandang nk group check in
baggage kat KLIA tu. Diorang yang dari Kelantan ni, dah sampai KLIA jam 8pg
lagi. Owh yea, before tu nak cite- travel agent yang aku guna dari Kelantan. That’s
why sumenya urusan dari Kelantan. Aku dari KL ni ade 3org, kami berdua termasuk
nenek saudara Radhi sorang , tinggal d Shah Alam.
Sampai KLIA, port kitorang kat tepi KFC dkt surau lama tu. Masa tu
semua sedara mara Radhi dah sampai. Cinta n Nana bersama Adam dim dam pun dating..hehe..Travel
partner kitorang aka BFF kitorang aka teman sekampung Radhi pon dtg, classmate
aku masa study dulu pon dtg, sgt2 terharu dengan diorang neh sume. Paling last
sampai makpak angkat aku bersama adik2ku tersayang. Hehe..
Dalam jam 1ptg, kitorang Jemaah perempuan masuk surau untuk solat
sunat musafir, solat jamak Zuhur dan Asar. Selesai solat Zuhur yang lelaki
pulak masuk untuk solat. Disebabkan flight kitorang jam 3ptg, so lepas je
lelaki2 sume kluar dari surau, ustaz dah arahkan semua untuk boarding..secara
pantas jugaklah aku salam-salam semuanya, laga-laga pipi bagai…drama start! Ngeh
ngeh
Of course aku sebak salam semuanya, salam Nana aku dah sebak sebab
dia pun cam sebak. Tapi aku control lagi.. Salam Ida, travel partner aka BFF
aku n Radhi pon aku sebak.. Salam dengan mak n yong pun sebak..eh semua la
sebak.. Mak sempat pesan kat aku, “ingat pesan mama ye dik, buatkan umrah untuk
arwah papa”..aku angguk then jawab InsyaAllah mak. Salam mak angkat aku terus
berjurai sikit , sikit je sebab aku control. Mak angkat aku memang ratu air
mata..hehe..dia peluk aku ketat-ketat betul. Aku dengan mak angkat aku lagi
rapat sikit bercerita bab hati dan perasaan ni. Haha..sebab mak angkat aku
jenis open minded. Ko cite je la ape nak cite, die sure akan bagi pendapat, dia
takkan jawab ooooo je..atau ok je…huhuhu.. sebab tu bila aku ade prob hilang
punca nak cerita, aku whatsapp mak angkat aku klu melibatkan family ni. Huhuh..
Dah kalut-kalut salam semua, kitorang pun start tarik bag dan
menuju ke escalator untuk trun boarding tu. 1st time wei dalam hidup
aku turun ke situ. Hehe.. Mak angkat aku turut aku sampai ke escalator, siap
polis bantuan tu cek passport n tiket aku, sempat lagi mak angkat aku panggil n
peluk aku, dia pesan “Lin mintak je semua kat sana, gunakan masa yang ada” masa
tu memang aku berjurai-jurai dah..tak tahan dah wei, uncontrollable.ngeh ngeh..
Masa cek passport kat mesin imbas tu, jakun jugakla aku
jap..haha.. Sumenya scan aje. Ko diri tegak, then scan ibu jari..pintu bukak,
settle boleh kuar, jalannnnn.. Member kitorang sorang ade keje KLIA, so dia
follow je kitorang sampai kat boarding area belah dalam nun.. Sampai tempat
tiket kitorang di kerat die follow.. TQ Chap! Hehe..Dah lama tak naik train,
hari tu naik train nk ke Flight..hehe.. Tengah2 beratur masa nak masuk boarding
area, aku perasan macam kat hujung2 line aku beratur tu, macam rupa Rosyam Nor.
Tapi macam ye macam tak je. Disebabkan masa tu tengah borak dengan Chap, aku
tak pulak bersuara pasal Rosyam Nor tu…
gambar yang aku tepek kat FB aku sebelum masuk flight..kalut2, muka Radhi dah macam hape je...sebab da kena tarik beg masuk flight ni..haha |
Kitorang masuk je dalam boarding area, chap whatsapp dalam grup
bagitau “Rosyam Nor ada kat belakang korang”… haha.. so betullah Rosyam Nor
yang aku tengok tu..huhu..Sekejap je duduk situ, dah kena masuk flight. Masa ni
esaited gila aku rasanya..hehe.. Alhamdulillah masa pergi aku dapat seat
sebelah Radhi dan seat kitorang adalah couple seat..Yeay! hehe..MIL, FIL dan SIL
aku seat bertiga 3seat depan kami…hihi..Tak lama lepas kami duduk, Rosyam Nor
ddgn adik dia yang pelakon ugak tu duduk hujung sebelah kanan kapal-terbang
sederet dengan kami..huhu.. Sempat aku terpandang dia, dia senyum lebar sambil
tunduk kepala kat aku..Mungkin terperasan aku dok perati dari tadi kot..haha
SIL...MIL...FIL |
8jam dalam flight lama gila aku rasa. Aku dengan Radhi tak boleh
tidur pun. Last2 kitorang main bowling dalam game kt screen tu.. siap lawan
lagi. Memang sokmo aku yang kalah. Lepas 4jam penerbangan, sepatutnya dah buka
puasa waktu Malaysia, tapi sebabkan kitorang dalam flight dan menuju ke Arab
Saudi so waktu berbuka ikut Arab Saudi yang mana pukul 7pm ( 12mlm waktu
Malaysia) baru kami akan buka puasa. Maksudnya lebih kurang 5jam lagi.. huhu..
Sampai airport Jeddah, jam 6petang masih ada lagi sejam untuk
berbuka. Sampai je turun flight kitorang naik bas untuk ke terminal haji. Duduk
je dl dalam tu sementara tunggu berbuka dan pak-pak imigresen arab tengah rehat
tunggu waktu berbuka. Kitorang berbuka dengan bekalan yang flight Saudi bagi
je. Ada roti tuna dan croissant , air mineral, jus oren, kurma. Kire bolehla
alas perut. Selesai buka, solat Maghrib dalam kawasan tempat duduk tu je
sementara menunggu pak imigresen arab panggil untuk cop passport. Dalam pukul 8
baru diorang panggil kitorang semua untuk turun cop passport.
Hah ada drama tau masa nak cop passport.. tunggu next entry la..
panjang sangat dah ni.hehe..
Later!