Monday, January 9, 2012

Bunga ^_^

Salam peeps..

Sejak bila saya suka pun saya tak tahu. Tapi, bila sekali buat dah menjadi mestilah nak buat lagi kan..hihih...
Idea asalnya, yang sebenar nak siapkan felt brooch yang ofismate tempah. 
Dah siap potong bulat-bulat, tinggal nak cantumkan.
Tetiba rasa nak buat design lain....^_^

Terkeluarla idea cmni..
tadaaaaa.....


Mulanya plan nak tepek kat tepi-tepi frame gambar..hihih..
Tapi tengok-tengok frame kat rumah ni, sume berukir-ukir kat tepi..
itu tandanya kena beli fra,me baru & cuci gambar lain..ihihh
Untuk felt brooch, saya kena kecilkan sikit saiz bunga tu, sebab yang ni besar, mcm over plak letak kat tudung nanti..hihi..

Hurm, kalau jahit kat sarung bantal 4 segi  sama yang letak dalam kereta tu pun okey kan? hihi..
jadikan bunga 3D..ngeh ngeh..

Tapi bila dah saya kumpul-kumpul jadi macam bunga tangan macam kat atas tu,comel jugak kan..
So da dapat idea untuk buat bunga tangan untuk adik angkat saya nak tunang bulan depan.
Just tukar warna felt aje, sebab dia tunang warna gold.
So warna kuning cair bunganya, masuk jugak dengan warna temahari tunang dia kan? ^_^

Okeyla, nak masak! 

Bye! ^_*

Friday, January 6, 2012

teaser ^_^

Salam peeps..

Jam Sekarang pukul 1205 tghmlm..ihih..(masakla nak bangun pagi esok..huhu) T__T
Ini kerja yg sangat pantas sebentar tadi..
Belum siap sepenuhnya..hihi


Baby Girl Booties ^_^

Nanti dah siap sepenuhnya kedua-dua belah saya update yea.. =)

Bye!

Thursday, January 5, 2012

Screenshot ^_^

Salam peeps..


Ini lagu yang selalu saya dengar tatkala bekerja di ofis.
Saya memang suka Backstreet Boys!
Suka tengok Howie.D
ahaks ^____^


Wednesday, January 4, 2012

Kongsi resepi : Asam Pedas Ayam

Salam peeps.

Hari ni over rajin sikit, sampai 2 entry..huhu.

Tadi balik kerja, sampai rumah pukul 4.
Duduk depan tv jap, dalam 4.30, saya naik mandi dan tunggu azan Asar. Saya tak tahu samada kami berdua je ke yang rasa atau orang lain pun rasa. 
Sekarang panas kan? tido pun panas.
Azan je, terus solat dan mengaji sikit dalam 4mukasurat. 

Turun bawah, masak cili kering dulu.
Pastu blend, buat stok.
Buka peti sejuk, tengok barang untuk buat asam pedas semua ada.
Padahal malam tahun baru tempoh hari, abang saya da belanja makan asam pedas pure punye kat Melaka.
Kedai tu memang best. 
~Asam Pedas Claypot Kota Laksamana~

Ni saya share asam pedas versi RnR..tihii

opss ..gambar dulu la.. ^_^


Bahan-bahan (untuk 2org makan)

~ Ayam (dlm 3-4ketul)
~ 3sudu bsr cili boh
~ 1sudu kecil lada hitam (ditumbuk) optional sbb sy suka! ^^
~air asam jawa (ikut kemasaman yg disukai)
~2biji tomato dibelah 2
~bendi 

bahan dikisar
~ 4biji bawang merah
~3ulas bawang putih
~seinci halia
~2btg serai (nk ketuk saja pun OK)

Cara-cara

1) Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk.
2) Tumiskan bahan yang dikisar & lada hitam sampai naik bau harum bukan hangit
3)Masakkan cili boh sampai sebati dengan bahan tumisan dan naik minyak. 
4) Tambah garam & serbuk perasa (agak-agak ikut citarasa)
5)Masukkan ayam, biarkan sampai ayam separuh masak dan airnya keluar, kacau sebati.
6)Masukkan bendi
7) Masukkan air asam jawa, kacau lagi.
Bila dah sebati kuatkan sikit api, jangan kuat sangat. kira sederhana la. ^_^
Kalau suka kuah banyak, tambah air masak/tapis.
Biarkan sampai mendidih, ayam & bendi masak sepenuhnya. 
Saya suka masukkan tomato last sekali, takmo lembik sgt, hilang rasa tomato..hihi.
#kalau nak pedas lagi bleh jugak tambah cili api sikit tumbuk lumat, masukkan sekali dengan cili boh. <-- in case kalau cili boh tu cilinya tak pedas!

Siap untuk dihidang ^_^

Selamat mencuba =)
Kalau ada kekurangan bolehla kasi suggestion ye..hihih.. Kita share same-same

Bye!

Diari Muslimah 2012

Salam peeps..

Hari ni hari pertama persekolahan di tahun 2012. Dalam FB ramai betul yang update hantar anak pergi sekolah for the first time la, yang hantar anak kedua masuk darjah 1 la..hihih..macam-macam gelagat. Mak-ayah risau lebih, anak-anak bila dah jumpa kawan baru, lupa mak ayah tengah tunggu...hiihih...bukan lupa tu, esaited kan jumpa kawan baru, pakai uniform baru..hihi..

Saya nak share 1 benda yang saya miliki, dah sebulan kot saya beli. Lepas beli tu belek sikit-sikit aje..
nak tau ape?
inilah....

credit to google
Hari tu jalan-jalan ke jusco dengan Radhi, saya masuk Popular sebab nak cari kalender meja untuk letak atas meja ofis, sekali jumpa diari muslimah tu, terus je mintak kat Radhi , saya nak itu..dia anggukkan aje..hihih

Balik rumah esaited tengok-tengok. Hurm best jugak..Banyak panduan dalamnya.
Doa-doa pun ada. ^_^
Tahun lepas saya ada buku kecik yang harga RM1 tu je  untuk tulis hal-hal penting yg saya buat/beli.
Memang ada je lah buku tu dalam handbag saya walau ke mana saya pergi..hihi..
Tahun ni upgrade sikit.

Dulu masa study, dapat elaun dari Kementerian Belia & Sukan. Makan free, hostel free. Study free, uniform pun free. Sebulan dapat elaun RM200 (eyh 200 ke 300 ek...haha)
Segala apa yang saya buat dengan duit tu dalam sebulan saya akan tulis..hihhi..
Saya sangat detail dengan duit..

Even sekarang pun still macam tu, bukan kedekut tapi takut membazir.
Bila dah bekerja, baru tahu betapa susahnya nak dapat makan untuk sesuap nasi, baru tahu seksanya kene bayar sewa rumah (masa sebelum kahwin dulu), bila dah ada kereta sendiri, baru tahu seksanya kena bayar kereta  setiap bulan, kene isi minyak bila bar minyak dah tinggal setakuk (tapi nak jugak pakai kereta, patah kaki woo xde kereta..haha)

Okeh da melalut, hakikatnya memang saya suka tulis apa yang saya buat dalam hari tu, yang penting aje la.
Bila dah lama-lama kan, bila baca semula, akan ada satu perasaan ..macam mmmmm entahla xtahu nak cakap cemana! ihihh..cube try buat..nanti kamu akan tahu sendiri..hihihi.. ^_^
tapi takyah la tulis macam budak-budak tulis diari tu. berbunga-bunga la, panjang berjela..
Saya tulis pun dalam bentuk point-point aje.
Saya bukan jenis orang yang berbunga-bunga.haha =)

Okeh ini bahagian belakang buku diari muslimah tu.


Serius buku ni best, harga pun affordable .. RM 10.90 je.
^____^

Friday, December 30, 2011

Kenangan 2011 ^_^ Impian 2012

Salam peeps..

Jam dah pukul 2pg, mata ni dah mengantuk sebenarnya. Tapi malas nak naik bilik lagi, Radhi pun dok online lagi, cari benda tah! Mudah.com la tu..huhu

Owh tadi (semalam=khamis) hari last saya kerja untuk tahun 2011. Hari ni saya amik cuti, ada lagi sehari cuti boleh digunakan untuk tahun ni, the rest carry forward la..^_^

Secara ringkasnya, saya imbau kenangan di tahun 2011. Rasanya tak banyak sangat kenangan yang tercipta.
Wishlist pun tak ada yang tercapai lagi..sobss. :(
Tapi yang best, Radhi dah offer diri untuk beli kamera untuk saya,dah lama hajat tu tersimpan, mungkin dia dah kesian kat wife dia ni. huhu..
Yes, saya memang menjadi kupik(kedekut) sekarang, sebab i wanna spend my money for my study next year..Sampai nak beli kamera pun asyik downgrade aje.huhu..
Lastly, asal ada sudah! 
Tapi bila Radhi nak belikan, of course saya demand sikit..ihikss.demand lebih 100 aje dari target nak beli dengan duet sendiri..ahaha

Niat nak khatam Quran di tahun 2011 tak kesampaian pun. Ish terlalu banyak perkara 'lagha' yang dibuat gamaknya..hurmmm..apa nak jadi la..Rasanya 3/4 pun tak sampai. 
Astagfirullahalazim.. !__!

Impian 2012..
Yang pertama masih kepinginkan cahayamata penyeri rumahtangga, pendakap kasih sayang suami isteri.
Harapnya Allah makbulkan niat itu.Amin
Kedua, lebih banyak mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa.
Semoga berjaya saya khatam Quran di hujung tahun 2012 atau lagi baik awal dari itu. Niat saya tak mahu tinggal bacaan Yasin pada setiap hari khamis malam jumaat kecuali dengan alasan uzur. (mintak-mintak 9bulan tak datang uzur utk tahun 2012)
InsyaAllah, Februari nanti i will start my class for 4years on every weekend..Semoga saya boleh menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik sepanjang waktu itu.

Bukan senang nak senang kan? Owh hampir menuju 3series. Moga Allah bukakan pintu hati untuk lebih dekat padaNYA.. ^_^

Wednesday, December 28, 2011

WW ^_^ : the way he propose me

Salam peeps...


got it somewhere in December 2006 *_^

since ada yang tanya, saya jawab terus je kat sini:::> pokok tu buat dari kabel yang dicabut penebat diluarnya..Cinta orang elektrik katenya..ihikss..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...